Anda di halaman 1dari 19

AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

MODUL BIMBINGAN UNTUK LULUS (MOBUL)


BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1

1.O PANDUAN UMUM BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

KONSEP PENTING : WAJIB SENTUH SEMUA BAHAN. BUKAN WAJIB SENTUH SEMUA
ISI ATAU MAKLUMAT.

1
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

2
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

ANALISIS SOALAN

Siapa
3
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

Tema

Arahan
Soalan/
FOKUS

Format

Bahagian B

[70 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Apa yang perlu anda BUAT!!!!!!!

1. Baca stimulus/petikan dengan teliti


2. Kenal pasti maklumat penting kerana setiap ayat mempunyai maklumat
3. Kenal pasti tema dan jenis soalan.
4. Anlisis maklumat dalam stimulus/petikan
5. Senaraikan maklumat yang terdapat dalam stimulus/petikan

ANALISIS SOALAN

4
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

A Ulaskan

Cadangan Idea
1. Mendapat pekerjaan yang lebih luas
2. Dapat melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang.
3. Dapat menjamin masa depan seseorang

PERINGATAN PENTING
Sebelum menulis karangan calon perlu menulis tajuk terlebih dahulu

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12. STRATEGI MENULIS PENDAHULUAN

(M) Pada era ledakan maklumat hari ini (I) isu

5
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
…(Tema)..............kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar di media

elektronik. (S) Hal ini berlaku disebabkan isu …(Tema)................... bukan sahaja telah

menjadi buah mulut masyarakat malahan mendapat perhatian oleh pemimpin-

pemimpin masyarakat. (O) Oleh itu, hal ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak

agar isu ini dapat dirungkaikan demi kepentingan bersama. (P) Persoalannya, apakah……

(Tugasan)…..?

13.

14. Pendahuluan jenis kedua


Marcapada, isu ............(tema/isu......)......sering diwara- warakan di media

massa sama ada media elektronik atau media cetak. Keadaan ini menandakan

titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini

kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Persoalannya, apakah............

(tugasan).....?

15. KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI ( IMBaKUP)


Idea/Isi (I) Isi yang telah diberikan dalam bahan ransangan / isi yang
telah difikirkan tugasan/ tajuk

Mengapa (M) ambil perkataan/frasa / kata nama kecuali kata kerja

6
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
Bina ayat berkenaan dengan frasa tersebut dan kaitkan dengan
tema
Bila sebab/ punca
Bagaimana Siapa
Buat apa
Di mana
Bila
Contoh yang bersesuain dengan idea

Kesan (K) Kesan positif sekarang / pada masa akan datang


Kesan negatif sekiranya tidak dibuat

Ungkapan Peribahasa yang bersesuaian dengan situasi/konteks


Menarik(U) ayat
Ayat Penyimpul (AP) Tugasan
Isi/idea

16. Contoh rangka karangan lengkap


17. IMBaKUP
1 I Isi/idea + tugasan(wajib ada)

2 M Hal ini demikian kerana......


Hal ini kerana
3 Ba Contohnya, Sebagai contoh,
4 K Kesan
5 U Ungkapan Menarik
6 P Ayat Penegas/Kesimpulan
Kecil

I Mendapat pekerjaan yang lebih luas

M Orang yang berilmu akan mudah mendapatkan pekerjaan

Ba . Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu

Kesan positif
K
Akan mendapat kejayaan dalam bidang akademik sekali gus mudah mendapatkan
pekerjaan seperti…………………………………….

7
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

Kesan negatif

Namun begitu, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, ……………………..


…………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….

U Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk menjadi seorang yang berilmu kerana
usaha tangga kejayaan

I Dapat melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang.

Ba

- Kesan positif

- Kesan Sebaliknya
K

I Dapat menjamin masa depan seseorang

Ba

- Kesan positif

- Kesan Sebaliknya
K

8
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

18. Kesimpulan 1

Tuntasnya, ........(Tajuk)........termasuklah ......(Isi 1)......., ...........(isi 2),.............. dan


..................(isi 3)........................ Hal ini bermakna isu ..............(tajuk/tema)..................
perlu diberi perhatian agar.......(harapan).............. Marilah kita menyokong isu ini. Oleh itu
semua pihak perlulah bekerjasama untuk menjayakannya persis kata peribahasa bagai aur
dengan tebing.

Kesimpulan 2

Tuntasnya, ternyatalah isu ……Tema/Tajuk…………….

dapat ditangani/diatasi secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata untuk memahami
senario ini. Sikap saling menuding jari atas kesalahan orang lain bukan jalan yang terbaik.
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada jalan di situ ada kemahuan. Sudah
terang lagi bersuluh apa-apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada penyelesainnya jika semua
pihak bersikap bagai aur dengan tebing. Hal ini penting untuk melahirkan ………….

Karangan Contoh IMBaKUP


Pada era modenisasi ini masyarakat sibuk mengejar kekayaan, kemewahan dan keselesaan
sehingga mengabaikan kepentingan amalan hidup bersatu padu. Perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat amat mustahak kerana merupakan sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Amalan
hidup bersatu padu juga mendatangkan seribu manfaat kepada kita. Tamsilnya, amalan tersebut dapat
mewujudkan suasana yang harmoni dan meningkatkan imej negara. Bukan itu sahaja, negara kita
menghadapi cabaran dalam memupuk perpaduan rakyat disebabkan oleh perbezaan bangsa dan bahasa.
Oleh yang demikian, semua pihak haruslah mengambil tindakan yang proaktif bagi mengatasi cabaran
tersebut. Persoalannya apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengekalkan amalan hidup bersatu
padu?
Sebagai pembuka tirai perbincangan, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang dominan dalam mengekalkan amalan hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak dan merekalah yang memulakan
pendidikan asas terhadap anak yang berumur setahun jagung di rumah. Sehubungan dengan itu, ibu
bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
untuk menghadiri aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan majlis rumah terbuka agar dapat
berinteraksi dengan masyarakat lain yang berbeza kaum. Tambahan pula, ibu bapa sepatutnya
9
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
mendedahkan kepentingan amalan hidup bersatu padu kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Melalui cara-cara tersebut anak-anak pasti akan mengikut
jejak ibu bapa dalam mengamalkan amalan hidup bersatu padu kerana ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi.
Dari sudut perspektif yang lain, pihak sekolah hendaklah memikul akauntabiliti untuk
mengekalkan amalan hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan acuan
dalam pembentukan sikap pelajar. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu mengambil kesempatan ini
dan jangan bersikap seperti melepaskan batok di tangga untuk mendidik pelajar agar mempraktikkan
amalan hidup bersatu padu dalam kehidupan mereka. Sebagai analogi, pendidikan tentang kepentingan
amalan ini boleh didedahkan melalui subjek Pendidikan Moral dan Sejarah. Lebih-lebih lagi pihak
sekolah boleh menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, perbincangan dalam bentuk
kumpulan, dan aktiviti sukan berpasukan. Dengan ini, pelajar yang berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagi memperoleh kemenangan bersama-sama, bak kata peribahasa bulat air kerana
pembetung bulat kata kerana muafakat.
Jika ditinjau dari dimensi yang lain, media massa merupakan wahana perdana dalam
mengekalkan amalan hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa merupakan
medium informasi yang paling dekat di hati rakyat dan berperanan penting dalam menyebarluaskan
maklumat. Oleh itu, media massa perlulah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan amalan
hidup bersatu padu secara menyeluruh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Media massa
mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagai alang-alang berminyak biar licin supaya
kempen yang dianjurkan mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Media massa sama ada media
cetak mahupun media elektronik bertanggungjawab untuk menyiarkan iklan dan poster yang berkaitan
dengan perpaduan di negara kita. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia pasti sedar akan kepentingan
amalan tersebut.

Teknik Acuan
Pendahuluan
Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini, isu
_______________(Tugasan)__________________ sering diperkatakan oleh
semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini memberikan pelbagai
kesan kepada kita semua. Oleh hal yang demikian, isu _______________
(Tugasan) ________________akan mewarnai fokus perbincangan demi
kepentingan semua pihak.

Isi 1 (pertama )
Pada pendapat saya, _____(Tugasan/tajuk)________ yang pertama ialah
________(Isi 1/Idea 1)____. Hal ini demikian kerana______(Isi 1/Idea
1)______ menyebabkan_____(Kesan positif)________ __________________.
Sebagai contohnya, ________(contoh)________ ____________ Namun sekiranya
jika kita tidak ………………… maka _____(Kesan negatif)________ (. Oleh
itu, jelaslah bahawa ________(Isi 1/Idea 1)_____________________________.
adalah antara _____(Tugasan)________ _____________________________________

10
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

Isi 2 (kedua)
Selain itu, _____(Tugasan/tajuk)_________________ yang kedua ialah
________(Isi 2/Idea 2)____. Hal ini demikian kerana_____(Isi 2/Idea 2)______
mengakibatkan _____(kesan positif)________
______________________________.
Sebagai contohnya,_________________ _____ . Jika
sekiranya……………… maka _____(Kesan negatif)________ Oleh itu, jelaslah
bahawa ____(Isi/Idea 2)_____________.adalah antara
_____(Tugasan)________

Isi 3 (ketiga)
Di samping itu, _____(Tugasan)_________________ yang ketiga ialah
________(Isi 3/Idea 3)____. Hal ini demikian kerana______(Isi 3/Idea 3)_____
menyebabkan_____(kesan positif)________
________________________________.
Sebagai contohnya, ___________(contoh yang sesuai)________
__________________________ . Oleh itu, jelaslah bahawa ________(Isi 3/Idea
3)_____________________________. adalah antara _____(Tugasan)________
_____________________________________

Penutup

Setelah mengkaji dari akar umbi, dapatlah dirumuskan dalam perkongsian


di sini bahawa terdapat banyak _____(Tugasan)________.
Antara________(Tugasan)__________ ialah________(Isi
1)____________________, _____________(Isi 2)______ dan ________(Isi
3)______. Sebagai penutup bicara, dapatlah dirumuskan bahawa
________(Siapa)______ haruslah _________(Kata
kerja)______(Tugasan)_________ agar dapat _____(kesan
umum)_____________.

BAHAGIAN C -
RUMUSAN PANDUAN
UMUM RUMUSAN

11
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
1. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang
berbeza seperti petikan prosa, puisi dan grafik. Semua bahan tersebut mempunyai tema yang
sama.
2. Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
3. Markah isi ialah 20 markah termasuk pendahuluan dan penutup manakala Bahasa 10 markah.
4. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan semua fokus. Calon
boleh mengemukakan lebih daripada 8 isi dengan syarat tidak melebihi 120 patah perkataan.
5. Lazimnya isi yang terdapat dalam bahan yang diuji melebihi 8 isi.
6. Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 1 isi daripada setiap fokus dan
daripada setiap bahan.
7. Semua isi tersebut berdasarkan pemindahan maklumat sahaja. Calon tidak
perlu mengubah perkataan atau maksud maklumat yang dipilih sebagai isi.
8. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

LANGKAH MENULIS RUMUSAN


1. Perhatikan / Baca setiap bahan (KENAL PASTI TEMA)
2. Kenal pasti semua fokus yang terdapat dalam semua bahan.
3. Tentukan fokus bagi setiap bahan (Sekurang-kurangnya ada 2 fokus dalam bahan 1-petikan)

TIP MUDAH UNTUK MEGENAL PASTI FOKUS DAN ISI PADA PETIKAN

BIL FOKUS PERKATAAN YANG SERING DIGUNAKAN SEBELUM ISI

1 Kesan Dapat/ telah mampu / berupaya / akan / boleh mendatangkan /


menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan /
2 Faedah / punca / faktor Disebabkan/ kerana / daripada / oleh sebab / menyumbang
3 Langkah / peranan Hendaklah /perlu /mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib /

4. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan. Disyorkan untuk menulis kesimpulan

(SIAPA + CADANGAN - PERLU + TEMA + HARAPAN - AGAR) –


DALAM SATU AYAT SAHAJA

Soalan 9

12
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Trauma ialah pengalaman individu yang unik tentang suatu peristiwa atau keadaan yang kekal
seperti keupayaan individu untuk mengintegrasikan pengalaman dan emosi, atau terharu dengan
suatu pengalaman yang luar biasa seperti rangsangan yang kuat dan berbahaya. Trauma
meninggalkan kesan yang sangat menakutkan. Pesakit trauma mengalami gangguan mental akibat
ketegangan psikologi dan fisiologi serta kebanyakan pesakit sukar tidur kerana insomnia yang
serius. Dalam jangka masa panjang, pelbagai kesan lain akan ditanggung oleh pesakit trauma.

Dari sudut yang lain pula, pesakit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap semua
perkara yang dilakukan. Hal ini menyebabkan perkara yang dibincangkan akan terhakis daripada
fikiran mereka. Pada masa yang sama, individu yang mengalami trauma akan mudah terkejut,
cepat marah dan panik dalam semua situasi. Dalam situasi yang berbeza pula, pesakit sering
berasa sedih dan bersalah dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, menjejaskan aktiviti normal
seseorang. Dalam hal ini, terapi kognitif tingkah laku perlu dijalani oleh pesakit, selain mengambil
ubat antikemurungan seperti Prozac dan Zoloft untuk membantu pesakit.

Masyarakat juga perlu dididik agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan masalah yang dihadapi,
sebaliknya mencari jalan penyelesaian supaya dapat keluar daripada kepompong permasalahan
yang membelenggu minda mereka. Tegasnya, pesakit perlu berkongsi masalah yang berkaitan
dengan trauma bersama-sama ahli keluarga supaya proses pemulihan dapat dipercepat. 

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Trauma Mengganggu Emosi’
oleh Rehanah Mohd Zain,
Dewan Kosmik, Januari 2016

Bahan 2
13
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

Rumusan membincangkan

14
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

Soalan 8

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Kerana kegelapan mengundang jenayah. Perkara jahat berlaku dalam gelap seperti
kecurian, rompakan dan maksiat,” terang Dato’ Johann.
Wajah Nurul Hafsa itu tiba-tiba seperti dilanda ilham dan sepantas kilat dia
menjawab.
“Dato’ Johann, ada lampu atau tiada lampu tidak mempunyai kaitan dengan kadar
jenayah. Kawalan penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasalah yang dapat
menurunkan kadar jenayah,” Nurul Hafsa menjawab penuh yakin.
Polis tidak boleh berada pada semua tempat pada setiap masa,” Dato’ Johann
membidas.
“Di samping itu, langkah-langkah kawalan untuk mengelakkan aktiviti jenayah juga
sepatutnya diambil sebelum jenayah itu berlaku. Misalnya, pasangkan gril dan kunci
rumah dengan baik. Elakkan daripada melalui jalan-jalan sunyi. Elakkan keluar malam,”
Nurul Hafsa mengukuhkan hujahnya.

Dipetik daripada novel ‘Bimasakti Menari’


karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan langkah-langkah mengatasi masalah jenayah pada waktu malam mengikut pandangan
Nurul Hafsa?
[4 markah]

15
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
Langkah-langkah mengatasi masalah jenayah pada waktu malam mengikut pandangan Nurul
Hafsa ialah
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:-

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari, karya Sri Rohayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina, karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan
perasaan simpati kepada pembaca.

[6 markah]

Novel yang saya kaji ialah ___________________________________ . Peristiwa yang


menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca ialah _PERISTIWA
_______________________________________________________________ . Peristiwa ini
menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca kerana
___________________________________________________________________________________

Seterusnya, peristiwa ___________________________________________________________

____________________________________________________________________. Peristiwa ini


menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca kerana _____________________________________

___________________________________________________________________________________

16
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103

LATIHAN

Bahan 1 - Petikan

Baca petikan dan bahan grafik dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu
merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang
tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam untuk
berkongsi keriangan dan kegembiraan.

Permainan tradisional ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan memupuk semangat
berpasukan. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai
permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan
sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong
asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan
bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional
kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana
pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional boleh dilakukan oleh pihak sekolah
dengan menubuhkan kelab permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni,
warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum. Seni, warisan dan budaya bangsa Malaysia yang
dimaksudkan termasuklah tarian, muzik, kraf, tulisan jawi, syair, permainan tradisional dan seni
pertahanan diri. Seterusnya, penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada
masyarakat perlu dilakukan melalui media massa. Hal ini dikatakan demikian kerana media
merupakan saluran utama dalam pencarian maklumat terutama dalam kalangan remaja. Jabatan
Warisan Negara menganjurkan festival dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional
kepada masyarakat agar dapat menanamkan rasa cinta terhadap warisan negara kepada generasi
muda. Dipetik dan diubah suai daripada

“Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara‟


oleh Samat Buang
Dewan Siswa, Jun 2015

17
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
Bahan 2 – Grafik

PERMAINAN TRADISIONAL

Sumber: www-permainan-tradisional.html

Soalan 8 i

Latihan 1

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik
sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu
mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil
mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan
kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya
ialah penjimatan tenaga, “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti! Kata Nurul Hafsa
senyap-senyap.
Kelihatan abangnya itu sedang bercakap sesuatu dengan orang yang memandu
kereta tersebut sebelum dia mengangguk-angguk dan kereta itu bergerak keluar dari
halaman rumahnya.
Dipetik daripada novel ‘Bimasakti Menari’
karya Sri Rahayu Mohd Yusop, KPM

Apakah kelebihan kereta hybrid ? (4 markah)

18
AKU NAK SIJIL Bahasa Melayu 1103
Latihan 2

“Ah, kegiatan cetak rompak!” Datuk Yasser dengan nada geram mengejutkan
Zahid daripada konsentrasinya. ‘Begitulah Malaysia di mata dunia. Teknologi kelas
pertama, mentaliti masih kelas ketiga, ‘kesal nada Datuk Yasser. ‘Walaupun pahit,
kita harus mengakui kebenaran taklid orang luar. Kita mempunyai sistem
pengawalan yang lemah. Sebab itu perkara ini berlaku.’ Datuk Yasser tidak
menafikan kebenaran.
“Cetak rompak terukkah di sini, er … di Malaysia abah?” Zahid membetulkan sasur,
lupa mereka berada di luar tanah air.“Hmm … Begitulah. Selagi ada permintaan, selagi itu
cetak rompak berleluasa. Sukar untuk dibendung. Pelaku tidak serik pun denda sebanyak
RM3000.00 jika menjual setiap keping cakera padat dan tindakan buang daerah pula,”
katanya sambal melipat akhbar lalu

Mengapakah kegiatan cetak rompak sukar dibendung? (4 markah)

Soalan 8 ii

1. Berdasarakan novel yang anda kaji, huraikan amalan bekerjasama yang dipraktikan dalam
masyarakat.

Novel yang saya kaji ialah ____________________ Amalan bekerjasama yang terdapat
dalam novel ini ialah bekerjasama ___________________________________ . Sebagai contoh
dapat dilihat apabila ____________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Selain itu, bekerjasama _________________________________________. Sebagai


contoh _______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

19

Anda mungkin juga menyukai