Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENULISAN KARANGAN

mengenal pasti struktur perenggan mengenal pasti isi utama, isi sokongan dan isi penyimpul membina ayat topik, ayat huraian dan ayat penyimpul menyusun isi dalam perenggan menyemak perenggan

APAKAH PERENGGAN?

Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali berlaku perubahan isi atau fokus, kita perlu memulakan perenggan baharu.

APAKAH AYAT TOPIK?


Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesebuah penulisan.

APAKAH AYAT HURAIAN?


Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan. Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi fokus utama.

APAKAH AYAT PENYIMPUL? Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis:


ayat yang menyatakan semula ayat topik. ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan. ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

MENULIS PERENGGAN 1 Tulis lima isi utama yang berlainan tentang tajuk yang dipilih. 2 Fikir dan pilih satu isi utama yang sesuai bagi menyatakan isi atau idea yang ingin disampaikan dalam perenggan anda. 3 Senaraikan isi sokongan bagi memberikan huraian, bukti atau fakta bagi memperincikan isi utama anda.

4 Pilih dan susun isi-isi yang ada. Potong isi yang tidak berkait dengan isi utama. 5 Tulis isi anda dalam bentuk ayat yang lengkap (ayat Topik dan ayat Huraian). 6 Tulis ayat-ayat anda dalam bentuk sebuah perenggan. 7 Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mengikat ayat-ayat anda. 8 Semak semula perenggan anda. CONTOH SOALAN KARANGAN Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak dapat menjaga seorang ibu. Huraikan peranan anak-anak untuk menjaga ibu bapa. PETA MINDA PENDAHULUAN ISI 1-menjaga ibu bapa semasa mereka uzur ISI 2-memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa ISI 3-menziarahi ibu bapa pada musim cuti sekolah/perayaan ISI 4-menyediakan pembantu rumah untuk ibu bapa ISI 5-meluangkan masa membawa ibu bapa melancong KESIMPULAN JENIS-JENIS PENDAHULUAN Suasana/Gambaran Definisi Fakta Petikan Ucapan Pemimpin Peribahasa Persoalan

CONTOH Perenggan Pendahuluan Dasawarsa ini sering kedengaran dari bangunan Parlimen yang berhawa dingin hingga ke warung-warung kopi di tepi jalan mengenai isu pengabaian ibu bapa. Anak-anak dewasa ini bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana membiarkan ibu bapa terlonta-lonta hidup merempat di rumah-rumah setinggan dan di rumah-rumah kebajikan. Apakah nilai-nilai murni sudah terhakis dari dalam diri anak-anak kita hari ini? Tepuk dada tanya selera kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mahukah kita melihat anak-anak generasi hari ini mewarisi sifat-sifat yang negatif ini kerana kalau kita mahu melihat pemimpin hari esok, lihatlah sikap anak-anak muda hari ini. Pepatah yang mengatakan seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu ada kebenarannya. Sebelum benang disulam menjadi kerawang, sebelum mata pena melakar aksara, moleklah kita menelusuri peranan dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa agar kudis tidak menjadi tokak dan bisul tidak menjadi barah di kemudian hari. Perenggan 1 (Isi 1 - menjaga ibu bapa semasa mereka uzur)

Lumrah alam setiap benda hidup di dunia akan mengalami proses penuaan dan seterusnya mati. Pokok yang tumbuh akan tua dan mati. Binatang yang hidup akan tua dan mati. Begitu juga dengan manusia. Setiap manusia akan melalui proses penuaan sebelum meninggalkan alam buana ini buat selama-lamanya. Ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita juga akan tua suatu hari nanti. (Ayat Pendahuluan) Sebagai seorang anak, sewajarnya kita menjaga ibu bapa yang sudah tidak berdaya untuk melakukan aktiviti rutin mereka.(Ayat Topik) Rumah-rumah orang tua yang bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan bukanlah tiket untuk kita menghantar ibu bapa yang uzur ke sana. Suatu masa dahulu, ibu bapa kita sihat dan bertenaga untuk melakukan pekerjaan demi memberi sesuap nasi dan seteguk air kepada kita. Kini, tiba pula giliran kita membalas jasa-jasa ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita. Justeru, menjaga ibu bapa yang uzur adalah tanggungjawab anak-anak. Anak-anak tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing terhadap ibu bapa mereka. Seharusnya anak-anak bersikap seperti terlentang sama-sama menadah embun, tertiarap sama-sama makan pasir. Anak-anak yang bertanggungjawab akan bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka yang uzur kerana hayat mereka tidak lama. Janganlah kita menyesal sehingga mengalir air mata darah selepas ibu bapa kita menutup mata buat selama-lamanya. Sayangilah ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. (Ayat Huraian) Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak menjaga ibu bapa yang uzur agar rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah orang tua akan berkurangan penghuninya.(Ayat Penyimpul)

TEKNIK MENULIS CARA MUDAH PERENGGAN


PENJELASAN RINGKAS TCMP BAHAGIAN PENDAHULUAN Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..) Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....) Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa) Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......) Ayat 5 Ayat arah soalan(Oleh itu,....(arah soalan) BAHAGIAN ISI Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:. Ayat 1 Ayat arah soalan t tema Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat 4 Ayat contoh / tokoh Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya,...) BAHAGIAN KESIMPULAN Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalamnya,.) Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga.) Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....) Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....) Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....) TEKNIK CARA MUDAH PERENGGAN TMP : ALTERNATIF BAGI PELAJAR SEDERHANA DAN POTENSI TCMP sebagai alternatif pelajar sederhana dan potensi dibentangkan dalam Pertandingan Inovasi Guru Kategori Individu Menengah Pahang 2009. Memperoleh tempat ketiga Negeri Pahang 2009 dan tempat kedua Sempena Hari Guru Daerah Kuantan 2009. A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN A1 =Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ; Akhir-akhir ini,...... Kebelakangan ini,...... Sejak belakangan ini,...... Mayapada,............. Marcapada,........... Dalam mengejar era modenisasi.......

C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA Mulakan ayat idea utama dengan kata arah soalan seperti berikut; Punca/cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalusi ialah,..................... D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,......... Sebagai akhir kalam,....... Konklusinya,............ Sebagai intiha,.......... E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR Tema = isu dalam soalan Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh(dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat yang betul Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan , pandangan dan cadangan terhadap isu F. PROSEDUR PELAKSANAAN OLEH GURU DI SEKOLAH 1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E 2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan,isi dan kesimpulan kepada pelajar. 3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan. 4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis sebelum memulakan ayat seterusnya. Perkara asas yang perlu ada pada pelajar semasa menulis bahagian kesimpulan ialah; i. Mengetahui elemen asas kesimpulan seperti pandangan, cadangan dan harapan . ii. Pandangan perlu bermula dengan (Sememangnya...) iii. Harapan perlu bermula dengan (Semoga...) iv. Cadangan perlu bermula dengan ( Oleh itu, kita perlu...)

TEMA DAN ARAH SOALAN Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah. Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anakanak terabai. Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti ini. Tema : .......................................................................................

Arah soalan ; ................................................................................

Latihan 2 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Di Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat yang amat prihatin terhadap golongan tersebut. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut. Tema : ....................................................................................... Arah soalan ; ................................................................................

Latihan 3 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Negara kita telah berjaya merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar melalui bahasa, kebudayaan, dan sistem pendidikan yang sistematik. Ulaskan pernyataan tersebut Tema : ........................................................................................ Arah soalan ; .................................................................................

Anda mungkin juga menyukai