Anda di halaman 1dari 2

Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus

" Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung? Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) "
banyak yang perlu saya pelajari.

Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1 1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid 2. Guru baca bersama murid 3. Menyalin perenggan demi perenggan 4. Semak ejaan/tanda bacaan 5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 1. Beri gambar tunggal/bersiri 2. Bina ayat berdasarkan gambar 3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar 4. Mula mengarang 5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan Teknik 3 1. Edar karangan lengkap 2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur 3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut 4. Guru menyebut - murid mengeja 5. Perbetulkan ejaan 6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja 7. Tuliskan di papan kapur 8. Bina ayat daripada isi karangan

9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca Teknik 4 1. Salin contoh karangan 2. Mengambil imlak 3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula 4. Baca contoh-contoh karangan 5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :)

Anda mungkin juga menyukai