Anda di halaman 1dari 15

PENGURUSAN DAN EKONOMI

NAMA KURSUS:

ISU-ISU PENDIIDIKAN SEMASA (PPT60104)

TAJUK TUGASAN :

DLP (DUAL LANGUAGE PROGRAMME)


NAMA PELAJAR:

ANGAMAL A/P PALANESAMY

NO.MATRIKS:

M20191000315

NO.KP

790222065758

PENSYARAH:

PROFESOR DR OMAR ABDULL KAREEM


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 LATAR BELAKANG 4

3.0 DEFINISI 5

4.0 KRITERIA DUAL LANGUAGE PROGAM (DLP) 6

5.0 PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGAM (DLP) 8

6.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DUAL LANGUAGE PROGRAM 10


(DLP)

7.0 PENUTUP 13

8.O RUJUKAN 15

9.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa mengejar cita –cita tinggi untuk menjadi
salah sebuah negara ASEAN yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Perubahan dasar dari
masa ke masa dan pelaksanaan perancangan pendidikan sedikit sebanyak membekalkan
pendidikan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Walaupun banyak usaha yang dilaksanakan, Malaysia tetap sukar mencapai taraf pendidikan
antarabangsa. Misalnya selepas enam tahun pendidikan formal di sekolah rendah, murid masih
belum menguasai bahasa Inggeris. Menurut (KPM, 2016) hampir 1 daripada 4 orang murid
masih tidak mencapai penguasaan minimum dalam bahasa Inggeris UPSR.

Malah dalam permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari, lebih 60 peratus calon
Malaysian University English Test (MUET) mempunyai bahasa Inggeris yang terhad dan hanya
mencapai Band 1 dan 2. (Kementerian Pengajian Tinggi, 2011). Hal ini membuktikan program
MBMMBI perlu melakukan penambahbaikan agar penguasaan bahasa Inggeris mencapai tahap
maksimum.

Oleh itu, Program Dual Language (DLP) telah diperkenalkan di 300 buah sekolah perintis
peringkat sekolah rendah dan menengah secara pilihan dengan kos 38.5 juta ringgit. Bahagian
seterusnya akan menerangkan dengan lebih dalam definisi Dual Language Progam (DLP) .

3
2.0 LATAR BELAKANG

Dual Language Programme (DLP) telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi
Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia dalam pembentangan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015. Program ini dilaksanakan
sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI).Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta
meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaaan. Program ini dapat membantu dan
menarik minat murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari. Dengan pelaksanaan DLP,
Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada
dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang
terlibat.

DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah,
manakala PPSMI adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah. Dasar MBMMBI
diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk
mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan beberapa program. Kini,
Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly
Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP).
Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh
kemahiran berbahasa Inggeris. Selain daripada itu, pelaksanaan DLP turut meningkatkan masa
pendedahan murid kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat memperkukuh
bahasa Inggeris mereka.

4
3.0 DEFINISI

Dalam garis panduan ini;

“Kementerian Pendidikan Malaysia” bermaksud Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah di bawah
KPM;

“DLP” merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik
dan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain.

“Sekolah DLP” bermaksud Sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan PdP
dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain
(sekurang - kurangnya satu kelas DLP) .

“Kelas DLP” bermaksud kelas yang melaksanakan PdP bagi mata pelajaran yang telah dikenal
pasti dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

“Guru DLP” bermaksud guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran STEM dalam bahasa Inggeris sepenuhnya (sekurang-kurangnya satu kelas).

“Murid DLP” bermaksud murid yang diberi kebenaran oleh ibu bapa untuk mengikuti PdP
dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran yang telah dikenal pasti.

“Mata pelajaran yang telah dikenal pasti” adalah Sains, Matematik, Reka Bentuk &
Teknologi (RBT), Asas Sains Komputer (ASK) dan mata pelajaran STEM yang akan ditentukan
dari semasa ke semasa. Mata pelajaran Sains mesti diambil bersama-sama Matematik.

5
4.0 KRITERIA DUAL LANGUAGE PROGAM (DLP)

Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi
pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata
pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan
Teknologi.

Program ini memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan
mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain. Malah guru
Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang mengajar mata pelajaran tersebut dalam
bahasa Inggeris sepenuhnya. Antara kriteria yang diperlukan untuk sekolah pilihan DLP ialah :-

i. Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi.

Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar
dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pengetua/Guru Besar dan Guru bersedia untuk melaksanakan DLP.

Pengetua/Guru Besar perlu bersetuju dengan pelaksanaan DLP serta bekerjasama


dengan PPD/JPN bagi rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk
memastikan bilangan guru yang bersedia mengajar mata pelajaran DLP dan murid
yang mencukupi.

iii. Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa

lbu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk
membolehkan anak mereka mengikuti DLP. lbu bapa juga perlu mengambil
peranan yang aktif dalam pendidikan anak mereka dengan memberi sokongan
kepada pihak sekolah untuk menjayakan DLP.

6
iv. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata
kebangsaan Bahasa Melayu seperti berikut:

a. Sekolah Rendah:

GPMP Bahasa Melayu Pemahaman (UPSR 2015) mencapai atau lebih


baik daripada 1.86 dan GPMP Bahasa Melayu Penulisan (UPSR 2015)
mencapai atau lebih baik daripada 1.86.

b. Sekolah Menengah:

GPMP Bahasa Melayu (SPM 2015) mencapai atau lebih baik daripada
4.59.

Pihak sekolah boleh memanjangkan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah


(PPD) masing-masing. PPD akan menjalankan tinjauan/ pemeriksaan sewajarnya ke atas ekolah
berkenaan. Sekiranya sekolah disahkan bersedia untuk melaksanakan program ini, permohonan
tersebut akan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. JPN akan memanjangkan
permohonan ini kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk penilaian terakhir
dan kelulusan KPM. Sekolah yang tidak dipilih untuk menyertai DLP boleh membuat rayuan
kepada PPD dan rayuan akan dipertimbangkan oleh KPM.

Selaras dengan anjakan 2 PPPM iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran
berbahsa dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, DLP memberi peluang kepada murid untuk
mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP membolehkan masyarakat Malaysia
meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global. Maka
DLP dilaksanakan dengan sistematik melalui beberapa peingkat untuk mendapatkan output yang
efektif.

7
JyjN
U
utK
-F
Ir1029M
sm
ipeghbS
P
L
ondalD
kE
O
A
fY
B
37
5.0 PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGAM (DLP)

Program DLP mula diwujudkan selepas sesi sindikasi bersama – sama pihak berkepentingan
secara komprehensif. Berikut merupakan carta alir pelaksanaan DLP sebelum dimulakan di
sekolah pada tahun 2015 sehingga kini :

8
K
A
E
L
A
U
O
R
T
M
9
h
o
Isg
B
G
id
m
tk
ru
1
la/3
y
en
D
N
JP
0
2
cS
p
7
6
(
Carta alir ini akan berterusan sehingga DLP memberikan satu impak positif dan
penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa mengikut keperluan negara. Pelaksanaan
DLP mendapat sokongan dan sesetengah pihak membantah sepenuhnya kerana terdapat
kelebihan dan kelemahan dalam pelaksanaan DLP. Oleh itu, bahagian seterusnya
membincangkan kelebihan dan kelemahan program DLP.

9
6.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP)

Pelaksanaan DLP ini memberi kesan positif dan negatif kepada semua pihak. Berikut
merupakan penerangan yang lebih spesifik mengenai kelebihan dan kelemahan DLP :

i. Kelebihan

Program ini memberi kesan yang positif kepada pelajar dimana masa depan
pelajar lebih cenderung kepada era globalisasi. Misalnya penggunaan bahasa Inggeris
dalam subjek teras seperti Sains dan Matematik, akan membantu pelajar jika mereka ke
pengajian tertiari di luar negara. Malah pelajar juga berpeluang besar untuk menyertai
pertandingan antarabangsa dengan menguasai bahasa Inggeris. Hal ini membuktikan DLP
akan membantu pelajar mengembangkan potensi diri sejajar dengan perkembangan
dunia.

Selain itu,Sains,Matematik, RBT dan TMK adalah satu bidang ilmu yang sangat
dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru yang berlangsung hampir setiap
hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini penting dalam kemajuan negara.
Hal ini kerana sebahagian besar maklumat yang ingin diakses hanya dalam bahasa
Inggeris. Dengan itu, pendedahan awal kepada subjek utama akan memberikan peluang
kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh literasi maklumat.

Di samping itu, pelaksanaan DLP hanya diberikan keutamaan kepada sekolah


yang bersedia untuk menghadapinya. Hal ini menyebabkan guru dan pelajar tidak akan
mengalami bebanan kerja. Malah cara pelaksanaan yang lebih sistematik telah
diaplikasikan dalam DLP untuk membantu proses pengajaran di 300 buah sekolah
berjalan dengan lancar dan memberi satu impak yang positif.

10
Jelaslah bahawa insiatif yang diambil oleh Kementerian dalam mencapai
objektif MBMMBI akan tercapai, sesungguhnya DLP membawa banyak
kelebihan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

ii. Kelemahan

Antara bahagian yang perlu dititikberatkan untuk mengelakkan berlakunya


kekurangan semasa pelaksanaan DLP ialah kualiti peperiksaan. Berdasarkan
kepada keputusan sebelum ini, penggunaan bahasa Melayu dalam subjek teras
membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

Namun hal akan menjadi lebih rumit apabila bahasa Inggeris mengambil
alih dalam penyediaan kertas soalan. Aras soalan yang tinggi seperti sintesis dan
aplikasi kemungkinan besar menjadi masalah semasa menghasilkan jawapan
yang tepat. Maka piawaian peperiksaan akan menurunkan sistem pemarkahan
untuk meningkatkan bilangan pelajar A. Hal ini menyebabkan pelajar tidak
menepati kualiti yang diingini oleh universiti.

Selain itu, kualiti guru juga mempengaruhi pelaksanaan DLP.


Pelaksanaan DLP yang terlalu drastik telah menyebabkan guru-guru terpaksa
mempersiapkan diri dalam jangka masa yang pendek bagi memastikan hasrat
kerajaan tercapai. Hal ini menyebabkan kualiti dan kuantiti pelajar cemerlang
hanya sekadar cukup makan kerana pengajaran dan pembelajaran yang masih
belum sistematik.

Malah memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru kerana


perubahan hanya boleh dilihat dalam jangka masa yang panjang. Maka dikhuatiri
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru sehingga DLP hanya
akan menjadi seperti PPSMI.

11
Tambahan pula, hanya 300 buah sekolah yang akan melaksanakan DLP
dimana boleh menyebabkan murid yang berpindah ke sekolah tertentu
mengalami kesukaran untuk mengakomodasi perubahan. Hal ini sedikit sebanyak
akan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pihak ibu bapa. Maka
pelaksanaan DLP hanya akan memberi satu pandangan yang negatif kepada
rakyat.

Jelaslah bahawa pelaksanaan DLP membawa kelebihan dan kekurangan dalam menjayakan
sistem pendidikan ke taraf antarabangsa.

12
7.0 PENUTUP

Pada pandangan saya, perancangan dan pelaksanaan Program Dual Language merupakan
salah satu jalan penyelesaian yang sangat bagus untuk mengharumkan nama Malaysia di
seantero dunia melalui bidang pendidikan yang bertaraf antarabangsa. Maka saya bersetuju
dengan pelaksanaan DLP walaupun terdapat beberapa isu yang di bangkitkan dalam keratin
akhbar.

Antara isu yang menarik perhatian saya ialah isu yang yang dibincangkan oleh Prof
Datuk Dr Teo Kok Seong wakil Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan
Malaysia. Beliau meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula pelaksanaan program
baharu DLP kerana dilihat seolah-olah mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada 2009.(Surat khabar
STAR, 2015). Hal ini kerana DLP boleh menyebabkan sesetengah murid di kawasan luar bandar
tidak mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Maka bahasa perlu diperkukuhkan
sebelum diajar dalam subjek lain.

Isu ini telah pun dicari satu penyelesaian oleh pihak kementerian iaitu Kajian
antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar
semasa (15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris (PPPM).Maka DLP
mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih lama dari kadar
semasa yang diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

Selain itu, sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang telah
digariskan. Sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP
adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah. Maka agak
mustahil untuk murid tidak menguasai bahasa Inggeris. Malah penambahbaikan akan dilakukan
sepanjang ujian rintis dijalankan di 300 buah sekolah.

13
Isu seterusnya dikemukakan oleh Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Ahli Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara
bahawa pengukuhan terhadap pendidikan literasi atau bahasa perlu diutamakan berbanding
numerasi.Kedua-dua program yang ingin dilaksanakan perlu mematuhi prasyarat tersebut
bagi mengelakkan kegagalan PPSMI berulang kembali. yang menjadi satu polemik yang
akhirnya memaksa kerajaan memansuhkan dasar berkenaan kerana murid-murid belum mampu
menguasai bahasa Inggeris. Maka jelas menunjukkan kerisauan pakar berkaitan peningkatan
literasi memainkan peranan utama.

Jelaslah bahawa DLP dapat meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi
memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan
menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya
untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat. Malah Institusi
Pendidikan Guru akan melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk mengajar mata
pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

Konklusinya, pelaksanaan DLP akan membantu kualiti pendidikan negara dengan lebih
terurus. Dasar yang diaplikasi ini tepat dengan matlamat Wawasan 2020 namun pihak guru
memainkan peranan dalam mengasimilasi DLP semasa proses pengajaran dan pembelajaran .
Hal ini diutamakan agar tidak membebankan pelajar untuk menguasai literasi bahasa Inggeris.
Pelaksanaan DLP perlu diteruskan dan dilakukan penambahbaikan sejajar dengan kemahuan
negara Malaysia.

14
8.0 RUJUKAN

Awang, H. B. (2015). Isu dalam DLP. MStar .

Hailmi. (2015). Apa itu DLP dan HIP? Retrieved 2016, from Cikgu.com Hailmi Blog:

http://Apa%20Itu%20Program%20DLP%20dan%20HIP_%20_%20CiKGUHAiLMi.htl

JAMALUDDIN, M. K. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia:Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan


ke Arah Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA, 4(1) , 33-47.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Blueprint : Pelan Pembangunan Malaysia. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelaksanaan rintis Program Dual Language di

sekolah pada tahun 2016. Putrajaya.

Seong, T. K. (2015). Jangan Kembalikan PPSMI. MStar .

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. (2015). Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh.

Buletin Anjakan , 2-4.

15

Anda mungkin juga menyukai