Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C

[15 Markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
faktor-faktor yang menyebabkan remaja kurang bijak mengatur masa. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Benarkah tanggapan sesetengah pihak bahawa remaja pada hari ini begitu ghairah untuk
melakukan banyak perkara dalam masa yang begitu terhad? Namun di sebalik keghairahan
mereka itu, adakalanya mereka tidak sedar bahawa mereka kurang bijak mengatur masa
mereka.
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa kepada pelbagai
jenis peranti termasuklah telefon pintar dan kamera digital. Keasyikan menggunakan alat
komunikasi ini untuk berkongsi pelbagai perkara akhirnya menyebabkan mereka banyak
membuang masa. Selain itu, remaja yang memiliki pelbagai akaun media sosial akan gemar
untuk mengaksesnya pada setiap masa. Perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar secara percuma
turut mendorong remaja menghabiskan masa mereka sehingga berjam-jam lamanya untuk
melayari Internet. Situasi ini menyebabkan masa yang berkualiti terbuang begitu sahaja.
Di samping itu, terdapat remaja yang memiliki hobi bermain permainan video dalam
talian seperti Mobile Legend, PUBG dan sebagainya. Kegilaan terhadap pemainan ini tidak
berbaloi apabila mereka menghabiskan masa dan wang yang banyak semata-mata untuk
kepuasan dan keseronokan diri. Seterusnya, kajian menunjukkan remaja kerap membazir
masa dalam media sosial kerana mempunyai kecenderungan untuk menjadi idola atau
bintang dalam kelompok mereka. Sesetengah remaja juga sanggup menghabiskan masa
dengan membuat pelbagai perkara yang mampu untuk mendapatkan tumpuan dan
penghargaan secara terbuka di media sosial. Dalam konteks ini, ada remaja yang asalnya ulat
buku berubah menjadi orang yang aktif dalam media sosial untuk menonjolkan dirinya agar
kelihatan hebat, disanjung, dan disegani.
Kegagalan dalam pengurusan masa oleh remaja sebenarnya turut berpunca daripada
mereka yang agak keliru dengan matlamat dan tujuan hidup mereka. Remaja seharusnya
sedar bahawa mereka bukannya ‘Adiwira’ yang mampu melakukan banyak perkara utama
dalam tempoh 24 jam sehari. Oleh itu, mereka perlu menghargai setiap detik masa yang
diperuntukkan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai