Anda di halaman 1dari 2

SIMPULAN BAHASA/ PERIBAHASA

LATIHAN 1
Padankan maksud simpulan bahasa berikut:

1 lintah darat Orang luar yang datang menetap di sesuatu


tempat
2 Darah daging Peniaga yang mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.
3 bermuka dua Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
4 anak dagang Anak dan saudara-mara daripada keturunan
sendiri
5 terang hati Tidak jujur.
6 Tangan kosong Hampa.
7 memerah otak Lekas pandai.

LATIHAN 2
Padankan maksud peribahasa berikut:

1 bagai kaca terhempas ke batu Kalau takut berhadapan dengan


penderitaan , lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah
2 seperti lembu dicucuk hidung Sangat sedih atau kecewa
3 dayung sudah di tangan, Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
perahu sudah di air menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya
4 kalau takut dilambung segala-gala yang dikehendaki sudah
ombak, jangan berumah di diperoleh.
tepi pantai
5 bukit sama didaki, lurah sama Perhubungan yang sangat akrab, senang
dituruni susah bersama.
6 ibarat telur sesangkak, pecah Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah
sebiji, pecah semua sabar, sehingga mencapai kejayaan.
7 bara yang digenggam biar Orang yang selalu menurut kemahuan
sampai jadi arang orang

LATIHAN 3
Padankan peribahasa yang sama maksudnya.

1 belut pulang ke lumpur bukit sama di daki, lurah sama dituruni


2 api dalam sekam haruan pulang ke lubuk
3 sudah dapat gading bertuah, gunting dalam lipatan
tanduk tidak berguna lagi
4 hati gajah sama dilapah, hati habis madu, sepah dibuang
nyamuk sama dicecah
5 bapa borek, anak rintik masuk telinga kiri keluar telinga kanan
6 mencurah garam ke laut genggam bara api biar sampai jadi arang
7 alang-alang mandi biar basah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi
SIMPULAN BAHASA/ PERIBAHASA

LATIHAN 4
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

1. Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.

2. Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu
gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.

3. Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang
pekerjaan .

4. Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala
terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai.

5. Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya
berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju.

6. Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain
badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya.

7. Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal
sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu .

8. Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga
menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.

9. Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin,
seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya.

10. Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang
lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak.

11. Ali seorang yang baik dan dihormati oleh jiran-jirannya. Tetapi adiknya Husain tersangat jahat. Mereka selalu
bertentangan kerana berbeza pendapat.

PILIHAN JAWAPAN

1. Laksana bulan dipagari bintang/ bagai pinang dibelah dua/seperti dakwat dengan kertas
2. Seperti lembu dicucuk hidung
3. Air beriak tanda tak dalam/ tong kosong nyaring bunyinya
4. Bapak borek anak rintik/ ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
5. Ada rotan, ada duri.
6. Api dengan air, alangkah bezanya/ bagai bumi dengan langit
7. Berpatah arang, berkerat rotan/ air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.
8. Sekali air bah, sekali pasir berubah.
9. Seperti ayam patuk anaknya Ada gula, ada semut/ ada padi adalah pipit
10. Kacang lupakan kulit/ ulat lupakan daun

Anda mungkin juga menyukai