Anda di halaman 1dari 4

NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA (JENIS-

JENIS AYAT) 10 SEPTEMBER 2015

NAMA :__________________________________________ KELAS:__________________

Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

(a) ayat penyata


(b) ayat tanya
(c) ayat perintah
(d) ayat seruan

Keterangan dan contoh ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata

1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
3. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita,
benda, kejadian, dan sebagainya. Contohnya:

i. Kakak sedang menyiram bunga.


ii. Lembu itu akan dijual.
iii. Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b) Ayat tanya

1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat
yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda,
manusia, binatang dan sebagainya.

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :

a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.


- ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana,
Bagaimana,, kenapa dan mengapa.
- Ia diakhiri dengan partikel -kah

Contohnya:
i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layang-layang itu dibuat?

b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya


- Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
- Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat .

Contoh :
Kamu belum hantar buku itu ?
Lelaki itu abang kamu ?

1
NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA (JENIS-
JENIS AYAT) 10 SEPTEMBER 2015

Kamu belum makan ?

(c) Ayat perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.


2. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta
seseorang melakukan sesuatu.
3. Ayat perintah terbahagi kepada:

a. Ayat Suruhan
b. Ayat Permintaan
c. Ayat Larangan
d. Ayat Silaan

Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh :
a) Hantarlah buku itu sebelum pulang.
b) Turunlah dari sini sekarang juga.
c) Cuci kasut kamu.

Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.

Contoh :
a)Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
b) Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
c) Tolong jemurkan pakaian itu.

Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh :
a) Jangan minum air itu.
b) Usahlah menangis lagi.
c) Jangan petik bunga itu.

Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh :
a) Sila bawa sejadah bila ke surau.
b) Jemputlah menikmati

2
NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA (JENIS-
JENIS AYAT) 10 SEPTEMBER 2015

c) Datanglah ke rumah saya.

Ayat seruan

1.Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan,
dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
2.Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai dengan kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii. Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

======================================================================

LATIHAN 1

Tentukan jenis ayat di bawah.


Tulis jawapan anda dalam ruang jawapan yang disediakan.

1. Leonardo Da Vinci ialah pelukis potret Mona Lisa.


2. Biarkan sahaja mereka bermain di situ.
3. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul ?
4. Aduh, sakitnya kepalaku !
5. Hebatkah pasukan Malaysia berbanding pasukan Arab Saudi ?
6. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
7. Harap hadirin bersabar seketika.
8. Kampung saya terletak di daerah Keningau.
9. Jemputlah makan.
10. Kamu belum bersiap lagi ?
11. Tolong siapkan semua kerja ini sebelum masa tamat.
12. Usahlah bersedih lagi.

LATIHAN 2

Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asalnya .

(i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada
Anak-anak agar mereka tidak berasa tersisih.

3
NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA (JENIS-
JENIS AYAT) 10 SEPTEMBER 2015

________________________________________________________________________

(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.

______________________________________________________________________

(iii) Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali.

______________________________________________________________________

(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato Malik.

______________________________________________________________________

(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.

_______________________________________________________________________

LATIHAN 3

Tukarkan ayat tanya kepada ayat penyata tanpa mengubah maksud asal.

(i) Di manakah Norlia membeli pakaian tadi?

____________________________________________________________________

(ii) Surat itukah yang dibaca oleh Ahmad?

____________________________________________________________________

(iii) Puan Mariam suri rumah?

____________________________________________________________________

(iv) Siapa gurunya?

____________________________________________________________________

(v) Manakah yang dipilih olehnya?

____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai