Anda di halaman 1dari 3

SULIT BAHASA MELAYU- RINGKASAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH


KAMPUNG LAPAN BACHANG, 75200 MELAKA

MODUL PT3
TINGKATAN 3
(PERATURAN
KAWALAN
PERGERAKAN)
2020

SKEMA JAWAPAN
BAHASA MELAYU
SOALAN RINGKASAN

Disediakan oleh:
Puan Nur Hafizah Binti Zaidi
Ketua Panitia Bahasa Melayu Menengah Rendah
SULIT BAHASA MELAYU- RINGKASAN

MODUL SET 1
Faedah-faedah berpersatuan
1. Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan
sukarela dan kebajikan.
2. Kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras
dengan usaha mewujudkan masyarakat prihatin.
3. Berpersatuan dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana
yang harmoni.
4. Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat
meningkatkan keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun
kehidupan.
5. Membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih berwibawa.
6. Dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri.
Contoh jawapan ringkasan:
Antara faedah berpersatuan dalam kalangan belia ialah berpersatuan dapat
meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.  Selain
itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras
dengan langkah mewujudkan masyarakat prihatin.  Seterusnya, berpersatuan
dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni manakala
pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan
keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan.  Berpesatuan
juga membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih berwibawa.  Akhirnya,
dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri.

MODUL SET 2
Kepentingan pelancongan di Malaysia
1. Menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan.
2. Merupakan sumber pendapatan kedua terbesar negara.
3. Menjadi penggerak utama tukaran wang asing.
4. Membuka peluang pekerjaan.
5. Meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman.
6. Golongan pekerja mahir dan separa mahir juga akan mendapat peluang
untuk bekerja.
7. Menarik lebih banyak pelabur asing.
8. Membuka peluang peniagaan yang luas kepada rakyat tempatan.
9. Membolehkan Malaysia mempromosikan produk tempatan.
SULIT BAHASA MELAYU- RINGKASAN

MODUL SET 3
Contoh Jawapan
                      Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar
pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman
tentang sesuatu perkara dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran
dapat disusun dengan rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat
menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Pada masa
yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Di
samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan
yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan
kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.
                                                                                     (80 patah perkataan)

Panduan Pemarkahan:
 Isi ringkasan mesti sekurang-kurangnya 5 x 2 markah = 10 markah
 Bahasa = 5 markah

Anda mungkin juga menyukai