Anda di halaman 1dari 9

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

KERTAS 1 – MODUL SET 1


BAHAGIAN A

Lengkapkan ayat – ayat dibawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Pengurus syarikat itu menerima aduan ____________ kecuaian pekerjanya semasa
menjalankan tugas.
A. oleh
B. akan
C. tentang
D. terhadap
2. Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah ____________dengan tali yang baharu.
A. kendur
B. lembik
C. longgar
D. renggang
3. Kamarul ______________tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh abangnya
itu.
A. samar – samar
B. kabur – kabur
C. betul – betul
D. jelas – jelas
Ayat – ayat yang diberikan mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan ,
tandakan jawapan pada A, B atau C. Jika tiada kesalahan jawapan pilihan adalah D. Pilih
jawapan yang sesuai.
4. Perbincangan di antara pemaju projek dengan para penduduk tidak mencapai
keputusan
A B
yang diharapkan kerana semua pihak enggan bertolak ansur. Tiada kesalahan
C D

5. Seluruh kampung gempar apabila seorang pemuda meninggal dunia akibat dibelit ular
A B C
sawa. Tiada kesalahan
D

6. Masalah pengangguran dalam siswazah yang melanda negara belakangan ini


A B
akan dibincang dalam mesyuarat kabinet. Tiada kesalahan
C
Pilih ayat – ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betulnya.
7. I Azizi mengupas buah limau itu dengan hati -hatinya.
II Dia mengupas badannya yang kepanasan dengan surat khabar.
III Mak andam mengupas pengantin sebelum majlis persandingan.
IV Forum itu mengupas permasalahan dalam kalangan remaja masa ini.

1
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
8. I Rombongan pengantin lelaki dijangka sampai pada pukul 12.00 tengah hari.
II Saya tidak sampai hati melihat keadaan mangsa kebakaran itu.
III Jarak rumah Adnin ke rumah Nadia tidak sampai satu kilometer.
IV Sampai hari ini, Surina masih tudak dapat melupakan peristiwa pahit itu.

A. I dan II
B. I , II dan IV sahaja
C. II , III , dan IV sahaja
D. Semua diatas
9. I Sanjit menghirup sup yang masih panas itu perlahan – lahan.
II Afiqah gemar bersiar – siar di taman sambil menghirup udara segar.
III Nyamuk Aedes selalunya menghirup darah mangsanya pada waktu siang.
IV Amalan menghirup rokok dapat memudaratkan kesihatan.

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Bahagian yang bergaris dalam ayat – ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
10. Perabot itu mahal sungguh kerana perabot tersebut dibuat dari kayu jati.

A. Ia dibuat dari
B. Ia dibuat daripada
C. Perabot tersebut dibuat daripada
D. Perabot tersebut dibuat dari
11. Wahid mengalami kesakitan yang teramat sangat akibat terjatuh dari basikal .

A. Sakit teramat -amat


B. Kesakitan yang amat
C. Sakit yang sangat – sangat
D. Kesakitan yang teramat sangat
12. Surat khabar lama itu akan saya ikatkan dengan tali.

A. Akan saya ikat


B. Saya mengikatkan
C. Akan diikat oleh saya
D. Akan saya ikatkan
13. Para pelajar perlu membuat persediaan sebelum hadapi peperiksaan.

A. Membuat persediaan sebelum hadapi


B. Membuat persediaan sebelum menghadapi
C. Buatkan persediaan sebelum hadapi
D. Membuat persediaan sebelum hadapi

2
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

Pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
14. Amalan rasuah , jika dibiarkan berleluasa akan mengundang pelbagai keburukan
yang dapat menghancurkan negara.

A. Rasuah yang berleluasa akan mengundang kehancuran yang dapat menghancurkan


negara.
B. Antara keburukan rasuah termasuklah amalan yang mengundang pelbagai
keburukan yang dapat merosakkan negara.
C. Pelbagai keburukan akan timbul dan negara akan binasa seandainya rasuah
dibiarkan berleluasa.
D. Rasuah akan mendatangkan keburukan sekiranya amalan itu mampu
menghancurkan negara.
15. Jalan – jalan utama di ibu kota akan di tutup sempena perarakan kereta berhias.

A. Jalan – jalan utama akan ditutup sempena perarakan- perarakan kereta berhias di
ibu kota.
B. Perarakan kereta berhias akan dijalankan selepas jalan – jalan utama di ibu kota.
C. Sempena perarakan kereta berhias, jalan – jalan utama di ibu kota akan ditutup.
D. Penutupan jalan – jalan utama di ibu kota adalah disebabkan oleh perarakan kereta
berhias.
16. “Wah, cantik betul perabot yang awak beli ini,” kata Dila kepada Yati.

A. Dila mengatakan kepada Yati bahawa dia kagum akan kecantikan perabot yang
dibeli oleh Yati.
B. Dila memberitahu Yati bahawa dia baru membeli perabot yang sungguh cantik.
C. Yati mengatakan bahawa dia kagum dengan Dila yang baru membeli perabot yang
cantik.
D. Dila dan Yati kagum akan kecantikan perabot yang baru dibeli oleh mereka.
Pilih ayat – ayat yang betul
17. I Bungkusan yang dikirimkan oleh abang saya itu belum saya terima.
II Pengetua meminta kerjasama daripada ibu bapa untuk meningkatkan prestasi
murid – murid.
III Siapa yang ingin turut serta dalam lawatan itu diminta mengisi borang yang
disediakan.
IV Tidak sedikit jasa yang nelayan curahkan kepada masyarakat.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
18. I Berbagai jenis kuih – muih di jual di gerai itu.
II Pada lengannya terdapat bekas sengatan lebah.
III Haidar membeli sebentuk cincin permata untuk tunangnya.
IV Karangan itu mesti kamu siapkan di dalam kelas.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I , III dan IV

3
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

D. II , III dan IV
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai
19. Kita harus banyak membaca surat khabar untuk meluaskan pengetahuan tentang isu
semasa. Jika tidak , kita dikatakan

A. Seperti ulat lupa akan daun


B. Seperti tikus membaiki labu
C. Seperti kerbau dicucuk hidung
D. Seperti katak di bawah tempurung

20.
Azrul mendapat pujian daripada Cikgu Hanim, padahal Danial yang
bertungkus lumus menyiapkan projek itu.

Peribahasa yang sesuai dengan keadaan di atas ialah


A. Burung terbang di pipiskan lada
B. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
C. Lembu punya susu , sapi dapat nama
D. Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

RUANG JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

BAHAGIAN B

4
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

1.Dalam perengaan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Garis kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula .

Pengetua SMK Parit Nibong mengucapkan terima kasih di atas sokongan ibu bapa yang telah
menjayakan aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan sekolah. Jika sekiranya ibu bapa
terus bersikap positif, sudah tentulah kawasan sekolah akan bebas daripada ancaman denggi.
Beberapa ibu bapa yang ditemu bual juga telah menunjukkan komitmen mereka untuk terus
membantu pihak sekolah. Sebagai tanda terima kasih, pengetua telah menganugerahi sijil
penghargaan kepada ibu bapa yang hadir.

i. _________________________________________

ii. _________________________________________

iii. _________________________________________

iv. _________________________________________
( 4 markah )

2. Dalam setiap ayat di bawah ini , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Cuaca pada hari itu agak lembab kerana hujan lebat di Taman Seri Rampai
semenjak semalam
________________________________________

ii. Program anti – dadah yang diadakan di sekolah tersebut berjaya menyedarkan
murid – murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah

__________________________________________

iii. Ketrampilan diri Amar yang hebat itu membolehkan dipilih sebagai ketua
pengawas sekolah untuk sesi persekolahan 2018.

____________________________________________

( 3 markah )

2 . Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

5
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

Bahan 1

Bahan 2

Hanif : Rajan, buku apakah yang sedang kamu baca?


Rajan: Buku ini adalah tentang sejarah negara Malaysia.
Hanif : Bolehkah kamu terangkan kepada saya tentang isi kandungan buku ini?
Rajan: Boleh. Buku ini menceritakan kisah penjajahan kuasa asing yang
pernah menakluki negara kita. Secara tidak langsung, kita dapat
membuka mata dan minda kita agar terus menjaga dan
mempertahankan negara daripada kuasa asing.
Hanif : Nampaknya kamu sangat meminati buku seperti ini.
Rajan : Betul. Saya amat meminati buku seperti ini supaya saya dapat
menghargai jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu.
Hanif : Adakah kamu selalu ke perpustakaan? Saya selalu ke perpustakaan
Rajan : kerana saya dapat membaca pelbagai jenis buku.
Hanif : Terima kasih atas penjelasan kamu, Rajan.
Rajan : Sama-sama, Hanif.

i) Nyatakan persamaan yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2.


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………....................................

(3markah)

ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2.


…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………...........
(3 markah)

iii) Sebagai seorang murid, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu?

6
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………........

(4 markah)

3. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Huraikan tiga perwatakan watak utama serta contoh peristiwa yang sesuai dalam Novel
Formula Termodinamik.

(10 markah)

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

BAHAGIAN C
[ 15 markah ]
7
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

Soalan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Percutian Secara Persendirian Pakej Percutian


 Akan menginap di salah sebuah  Dianjurkan oleh Pakej Agensi Urus
inap desa milik salah seorang rakan Bakti
di sana  RM500 seorang untuk penginapan
 RM250 seorang untuk penginapan selama tiga hari
selama tiga hari  Penginapan di hotel bertaraf empat
 Atur cara lawatan disediakan bintang
sendiri oleh anda dan rakan-rakan  Sarapan disediakan
 Khidmat jurulatih selam scuba
disediakan
 Atur cara lawatan yang lengkap

Soalan 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan pengurusan masa dalam kalangan pelajar. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Menyedari bahawa masa pasti tidak akan menunggu kita, kita sebagai golongan
pelajar harus bijak mengurus masa dengan sebaik mungkin. Hal ini supava kita tidak kerugian
dan menyesal sebagai akibat gagal dalam pelajaran. Terdapat beberapa kepentingan bagi kita
jika kita mengurus masa dengan baik
Kepentingan utama pengurusan masa yang baik adalah untuk membolehkan kita
mengoptimumkan setiap detik yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dengan
bersikap hati-hati menggunakan masa, kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi leka
atau lalai terhadap sesuatu hal yang tidak berfaedah. Di samping itu, orang yang mengurus
masa dengan baik akan mempunyai ciri-ciri seperti berdisiplin, kreatif, cekap bekerja, dan
mempunyai matlamat atau berwawasan. Sesungguhnya, mengurus masa bukanlah suatu

8
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK ZURANI BINTI NIK PA

perkara yang mudah. Maka, apabila seseorang itu mampu mengurus masanya, bermakna
bahawa dia memiliki beberapa nilai positif yang lain, terutamanya berdisiplin.
Selain itu, seseorang yang tahu mengurus masa dengan baik juga tahu membuat
perancangan demi mencapai matlamatnya. Misalnya, pelajar yang ingin mencapai cita-citanya
akan menyusun masanya untuk diagih-agihkan kepada perkara-perkara yang mengarah cita-
citanya itu. Masanya akan dihabiskan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah, mengulang kaji
pelajaran, berbincang tentang topik-topik pelajaran, membaca untuk meluaskan minda, serta
mendapatkan rehat yang cukup agar badannya senantiasa cergas. Di samping itu, pengurusan
masa yang baik akan menghasilkan kesempurnaan dalam kerja juga. Pelajar sebegini akan
dapat menyusun dan menulis nota-nota ringkas kerana menjelang peperiksaan, pelajar tidak
berkesempatan lagi untuk membuat rujukan daripada buku-buku teks. Kualiti kerja pelajar
sebegini juga lazimnya lebih baik daripada pelajar yang membuat kerja pada saat-saat akhir.
Akhir sekali, pengurus masa yang baik dapat melalui kehidupan hariannya dengan
tenang. Hal ini demikian kerana segala aktiviti hariannya telah disusun berdasarkan
perancangan yang telah dibuat. Hal ini membolehkannya melakukan kerja-kerjanya satu
persatu dengan tenang dan sempurna. Dia tahu untuk mendahulukan kerja-kerja yang penting
dan disusuli dengan kerja-kerja yang lain. Sesungguhnya mereka yang tahu mengurus masa
akan dapat mengatur hidupnya dengan sempurna dan tentunya akan menjamin kejayaan yang
cemerlang pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pengurusan Masa,


Fokus SPM, Julai)

Anda mungkin juga menyukai