Anda di halaman 1dari 14

Soalan 1 hingga 14

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “_________________ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid


baharu?” tanya Rajesh kepada Sulaiman.
A. Aku C. Kami
B. Saya D. Kita

2. Zuraidah berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian


Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu
hadapan.
A. gusar C. celaru
B. keliru D. kecewa

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Izwan menunjukkan se ____________ rantai yang ditemuinya di tepi


padang permainan.
A. lingkar C. lembar
B. urat D. untai

4. Suasana ___________ di dalam stadium tiba-tiba senyap apabila


penyair itu mendeklamasikan sajaknya.
A. huru-hara C. kucar-kacir
B. kacau-bilau D. hiruk-pikuk
5. _________________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian
compang-camping itu!
A. Wah C. Aduhai
B. Aduh D. Wahai

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Jamal _____________ kambingnya pada sebatang pokok agar tidak


terlepas lagi.
A. melilit C. mengikat
B. menambat D. membelit

7. Hukuman yang lebih berat akan dikenakan atas _____________


memberikan rasuah kepada penjawat awam.
A. kesalahan C. kesilapan
B. kecuaian D. kelalaian

8. Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu


arahan pengarah muda itu perlu menjalani _____________ terlebih
dahulu.
A. uji kaji C. temu janji
B. uji bakat D. temu ramah

9. Dia mendapat jawatan itu kerana kelulusannya baik. _______________,


dia mahir menggunakan komputer.
A. Malahan C. Tambahan pula
B. Sebaliknya D. Sehubungan dengan itu
10. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu


disegerakan?

A. Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini.


B. Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.
C. Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat
semalam.
D. Mereka ingin membincangkan masalah pecah rumah yang
berleluasa sekarang.

11. Bakul itu hasil daripada _____________ orang buta yang tinggal di
rumah kebajikan itu.
A. bekas tangan C. wang saku
B. buah tangan D. sagu hati

12. Cikgu Khusairy mendesak Fauzan supaya menceritakan perkara


sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.

Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.


A. merayu C. memaksa
B. merungut D. menyuruh

13. “Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman
kepada murid-muridnya.

Pilih perkataan antonim bagi kutip.

A. angkat C. pungut
B. buang D. campak

14. ______________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas


makan makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.
A. Setiap C. Beberapa
B. Setengah D. Sebilangan
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangan saya


dalam bidang kurikulum dan kokurikulum,” kata Jessica.

A. Jessica menerangkan bahawa dia memohon ke MRSM kerana


kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
B. Jessica memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM
kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.
C. Jessica menyatakan bahawa dia setuju ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
D. Jessica mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran ke
MRSM kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

16. Pilih ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Humairah mengacau air kopi yang dibancuh sebelum
meminumnya.
II. Bunyi bising jentera berat itu mengacau ketenteraman hidup
penduduk.
III. Ayah tidak dapat tidur kerana fikirannya mengacau teringatkan
kerja yang belum selesai.
IV. Johari telah mengacau masa yang ada dengan melakukan
perkara yang tidak berfaedah.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Amirul bin Rashid,


No. 7, Jalan DBI 4,
Desa Bukit Indah,
47000 Selayang,
Selangor.

18 April 2019.
Menemui Saudara Syafik yang kini berada di Tuaran, Sabah. Semoga
saudara dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara bertarikh 20 Mac 2019 telah saya terima. Terima kasih
saya ucapkan. Namun begitu, saya memohon maaf kerana kelewatan
membalas surat saudara. Sebenarnya sudah lama saya menerima surat
saudara, iaitu lima hari selepas surat itu ditulis. Pada minggu itu, saya terlalu
sibuk dengan ujian bulanan. Kemudian, saya terlibat dengan program
motivasi yang dijalankan di pusat rekreasi Pantai Morib, Sepang, Selangor.
Motivasi UPSR yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
sekolah saya merupakan satu daripada pelbagai usaha pihak sekolah untuk
menarik minat dan memberi galakan kepada murid-murid supaya belajar
bersungguh-sungguh agar mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Seramai 130 orang calon UPSR dan 18 orang guru terlibat dengan program
tersebut.
Saya sungguh tertarik dengan Kempen Menabung Syiling Lima Sen
yang dilancarkan oleh sekolah saudara. Bukan itu sahaja, langkah pihak
sekolah saudara yang menggalakkan murid-murid membawa bekalan
makanan ke sekolah juga telah menyebabkan saya terdorong untuk berbuat
demikian. Langkah itu patut kitateladani kerana dapat melatih kita
mengamalkan cara hidup berjimat cermat.
Untuk pengetahuan saudara, kampung saya telah dikunjungi oleh 25
orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka menjalankan
Projek Khidmat Masyarakat selama dua minggu. Saya rasa bertuah kerana
mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Ini menambahkan semangat saya
untuk mengikut jejak langkah mereka ke menara gading. Program tersebut
berakhir pada 25 Mac 2019.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara.
Sehingga kita berjumpa lagi. Salam mesra kepada saudara sekeluarga.

Sahabatmu,
Amirul

17. Apakah aktiviti yang dijalankan di sekolah Syafik?


A. Program Motivasi UPSR
B. Program Khidmat Masyarakat
C. Kempen Menabung Syiling Lima Sen
D. Kempen Menabung

18. Mengapakah Amirul memohon maaf daripada sahabatnya itu?


A. Tidak membalas surat Syafik.
B. Terlalu lama menyimpan surat Syafik.
C. Tidak bertanya khabar tentang rakannya itu.
D. Agak lambat membalas surat Syafik.

19. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang isi surat tersebut
kecuali
A. Amirul bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
B. Amirul menyokong langkah berjimat cermat membawa bekalan
ke sekolah.
C. Semua peserta menaiki bas semasa mengikuti program motivasi.
D. Amirul menyokong Program Khidmat Masyarakat.

20. Dalam petikan, menara gading bermaksud _________________.


A. maktab
B. universiti
C. madrasah
D. kolej
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
Bahagian B

NAMA
CALON :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI


SEHINGGA DIBERITAHU Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa :

1.Tulis nama kamu pada petak yang Bahagian No. Markah


disediakan. Soalan
(a)
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada
21 (b)
ruang jawapan yang disediakan dalam
kertas soalan ini. (c)
(a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama 22
borang jawapan objektif kepada (b)
pengawas peperiksaan pada akhir (a)
peperiksaan. 23
(b)
(a)
24 (b)
(c)
(a)
25 (b)
(c)

JUMLAH
30

BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21(a)
Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

i. Pak Cik Rahim begitu ( bermati-mati, bersungguh-sungguh,


beria-ria ) mengerjakan tanaman sayur organik di tanah lapang di
belakang rumahnya itu.

ii. Encik Kamarul ( bolak-balik, kacau-bilau, mundar-mandir )


di luar bilik temu duga itu ketika menunggu gilirannya untuk
dipanggil oleh panel penemu duga.

(2 markah)

Soalan 21(b)
Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
(i) ______________ jumlah itik yang
kamu ternak di dalam reban Bagaimanakah
itu?
______________ keadaan datuk
(ii) kamu yang sedang dirawat di Siapakah
hospital?
(iii) ______________ yang kamu
berdua bincangkan sejak dari Apakah
tadi?
(iv) ______________ johan
pertandingan Pidato Piala Berapakah
Ketua Menteri itu?

(3 markah)
Soalan 21 (c)
Tandakan betul (√ ) bagi kata ganti diri yang sesuai.

i. Dalam cerita dongeng itu, Si Tanggang telah bertukar menjadi


batu kerana ____________ biadap dan menderhaka kepada ibunya.

beliau ( ) dia ( ) kamu ( )

ii. Sultan Alaudin telah mangkat akibat gering. ____________ akan


dimakamkan dengan penuh adat istiadat.

Beta ( ) Baginda ( ) Beliau ( )

iii. Lim Seng dan Radhi bersahabat baik dengan Azhar semenjak
______________ kecil lagi.

kami ( ) kalian ( ) mereka ( )

(3 markah)

Soalan 22 (a)
Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat dibawah.
Contoh:
Majlis perkahwinan anak Datuk Shukri berlangsung dalam betul
suasana yang gilang-gemilang.

i. Nenek tidak dapat mendengar dengan jelas kerana


lelangit telinganya telah rosak.

ii. Kakak membuang angkut-angkut pada dinding


rumahnya.

iii. Danial tersipu-sipu kerana tidak dapat menjawab


soalan yang diberikan oleh gurunya dengan betul.
Soalan 22 (b)
(3 markah)
Tuliskan kata adjektif yang sesuai berdasarkan gambar.

Budak itu berlari dengan __________________ untuk mengelakkan diri daripada


ditanduk oleh kerbau.
(1 markah)
Soalan 23 (a)
Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal.

Murid Tahun Enam Cempaka menaiki bas mini manakala murid Tahun Enam
Melur menaiki bas sekolah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23 (b)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan di bawah ini.

ialah atau kepada dengan


dan pada untuk apabila

Masa lapang tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Kita boleh mengisi

masa lapang __________________ aktiviti membaca. Melalui pembacaan, kita

akan memperoleh pelbagai ilmu, maklumat, ________________ pengalaman

baharu. Selain itu, bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat mengisi

masa lapang secara bermanfaat. Badan kita juga akan menjadi semakin

sihat ____________________ kita bersukan. Bermain bola sepak, hoki, bola

baling, dan sebagainya adalah beberapa contoh permainan yang boleh

kita amalkan ________________ waktu lapang.

(4 markah)

Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENGARANG
BERSEMPENA DENGAN BULAN PATRIOTIK

Anjuran
Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu
Cepat!
Sekolah Kebangsaan Bandar Permai Cepat!
Serlahkan
bakat anda.
Syarat-syarat penyertaan :
 Terbuka kepada semua murid tahap dua.
 Panjang karangan adalah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
 Tajuk karangan hendaklah bertemakan semangat patriotik.
 Karya hendaklah asli.

Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Sumber Sekolah


pada 30 Julai 2019 dan dihantar bersama-sama karangan yang
telah siap pada atau sebelum 25 Ogos 2019.

Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk setiap peserta.


Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.

(a) Tarikh tutup pertandingan mengarang adalah pada __________________


(1 markah)

(b) Siapakah yang layak menyertai pertandingan mengarang tersebut?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah pertandingan mengarang
tersebut diadakan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

Soalan 25
Baca surat kiriman di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Zakiah binti Anas,


21, Kampung Asam Jawa,
Pendang,
06700 Kedah.

16 Jun 2019.

Menemui Kakanda Norlia yang berada di Seremban. Semoga kakanda


sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga tercinta. Kami di kampung
amat merindui kakanda. Bagaimana dengan pekerjaan kakanda yang
baharu? Adinda berharap agar kakanda dapat menyesuaikan diri di tempat
tersebut.

Kakanda,
Di kampung kita, musim durian baru sahaja bermula. Oleh itu, adinda
dan Faridah akan pergi ke rumah kakanda pada cuti sekolah minggu depan
untuk menghantar buah durian. Adinda berharap agar kakanda tidak pergi
ke mana-mana pada musim cuti sekolah nanti. Adinda juga berharap agar
kakanda tidak keberatan untuk menunggu kami di perhentian teksi.

Akhir kata, sambutlah salam kasih mesra daripada adinda dan seisi
keluarga di kampung. Sekian, terima kasih.

Adindamu
Zakiah
(a) Zakiah dan Faridah akan pergi ke Seremban dengan menaiki
______________
(1 markah)

(b) Nyatakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi
pernyataan yang salah.

Zakiah dan Fatimah akan bercuti ke Kedah.


Norlia menunggu adiknya di perhentian teksi.
Tujuan Zakiah menulis surat adalah untuk bertanya
khabar.

(2 markah)

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat menjalinkan


hubungan yang erat dan mesra dengan saudara-mara?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai