Anda di halaman 1dari 47

Nama: _________________________________________________ Kelas: ___________

MODUL PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

SET 1

BAHASA MELAYU
TAHUN 5
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini terdiri daripada Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas pentaksiran
ini.
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan
sahaja. Bulatkan jawapan yang betul.
4. Bagi soalan subjektif, jawab semua soalan dalam ruang jawapan
yang disediakan.

1
Soalan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ________ merupakan raja yang berjiwa rakyat dan sangat disayangi

oleh rakyat jelata.
A Beta
B Patik
C Baginda
D Beliau

2 “ Bilakah _______ akan ke rumah saya lagi untuk belajar bersama-sama?”

tanya Nadia kepada Siti dan Amira.
A kita
B kamu
C kami
D kalian

3 Muhammad Nabil _______ berbahasa Jepun setelah tinggal di

Tokyo selama lima tahun.
A gagap
B fasih
C cekap
D laju

4 Semua peserta mempunyai peluang yang _______ untuk memenangi

pertandingan berpidato itu.
A cerah
B tipis
C jelas
D terang

2
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Danial belajar __________ biola dengan seorang guru muzik yang

tinggal berhampiran dengan rumahnya.
A memetik
B menggesek
C menggosok
D menghayun

6 Hasrat Kamal untuk bekerja di Kuala Lumpur ________ oleh kedua-dua

ibu bapanya.
A diakui
B diluluskan
C disetujui
D dimarahi

7 _________ itu sedang memperagakan pakaian kebaya ciptaan

pereka fesyen terkenal.
A Perawagawan
B Peragawati
C Seniman
D Sukarelawan

8 Keluarga Encik Hanif _______ bercuti selama tiga hari di Pulau Tioman
pada cuti sekolah yang lalu.
A sedang
B akan
C pernah
D mungkin
3
9 Farhan memang ________ kerana tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan
sekelasnya.
A ayam tambatan
B kera sumbang
C berat tulang
D kaki bangku

10
“Beta mahu rakyat hidup saling menghormati dan bertolak
ansur,” ________ Sultan Kedah.

Apakah perkataan yang sesuai diisi di tempat kosong dalam ayat di atas?
A ucap
B sabda
C titah
D kata

[ 10 markah ]

4
Soalan 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang perlu mengambil berat tentang penjagaan kesihatan diri. Amalan

menjaga kesihatan haruslah bermula dari rumah. Ibu bapa merupakan pihak yang

bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka tentang penjagaan

kesihatan.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah

dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat setiap hari. Antara makanan

yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin,

bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang mengandungi protein.

Elakkan daripada mengambil makanan ringan yang tidak sihat seperti snek.

Ini kerana kandungan gula dan kalori yang tinggi dalam makanan ringan tidak baik

untuk kesihatan.

Selain daripada pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat, kita perlu

beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Aktiviti yang sihat ini dapat

membantu anggota badan kita berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga

dapat membakar lemak yang berlebihan di dalam badan dan dapat mengeluarkan

peluh. Bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke

jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

5
(a) Mengapakah peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak
mereka tentang penjagaan kesihatan?
A Kanak-kanak lebih mendengar kata-kata daripada ibu bapa mereka.
B Ibu bapa mempunyai lebih banyak masa dengan anak-anak mereka.
C Kanak-kanak lebih percayakan cakap ibu bapa mereka.
D Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab mencari rezeki.

(b) Cara menjaga pemakanan yang sihat ialah mengambil makanan yang
A berkhasiat.
B seimbang.
C rendah kalori.
D berkhasiat dan seimbang.

(c) Perkataan sama maksud dengan mendidik ialah

A mengajar.
B menjaga.
C memelihara.
D mengasuh.

(d) Kanak-kanak tidak digalakkan makan makanan ringan kerana

A makanan ringan sangat murah harganya.
B makanan ringan tidak mengenyangkan.
C makanan ringan tidak berkhasiat.
D makanan ringan tidak sedap.

(e) Antara yang berikut, yang manakah bukan kebaikan melakukan aktiviti
senaman?
A mengeluarkan peluh
B membakar lemak dalam badan
C melemahkan pengaliran darah dalam badan
D menyihatkan tubuh badan

[ 10 markah ]

6
Soalan 3

(a) Tandakan ( / ) bagi kata hubung yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Faiz membuka kasut sukannya _______ masuk ke dalam rumah.

[ ] sambil [ ] lalu [ ] dan

(ii) Syahirah rajin bersenam ________ dapat menurunkan berat badannya.

[ ] supaya [ ] tetapi [ ] jikalau

(iii) Ridzuan segera bangun _________ namanya dipanggil oleh Cikgu Hasnah.

[ ] semenjak [ ] apabila [ ] hingga

(iv) Hairul bersiul ________ menunggang basikal semasa pulang dari sekolah.

[ ] sambil [ ] tetapi [ ] atau

(v) Sarah berasa sedih dan sering duduk termenung ________ kucing
kesayangannya mati.

[ ] hingga [ ] semenjak [ ] tetapi

[ 5 markah ]

7
(b) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah ini.

oleh dengan untuk di

demi pada kepada tentang

(i) Cikgu Mazenah menerangkan __________ proses tumbuhan membuat

makanan sendiri.

(ii) Kejohanan sukan tahunan yang dirancang diadakan _______ hari Ahad itu
telah ditunda pada bulan hadapan.

(iii) Peserta akhir pertandingan pidato itu mengakhiri pidatonya _______

serangkap pantun nasihat.

(iv) Kita perlu makan makanan yang seimbang _________ mengekalkan

kesihatan yang baik.

(v) Pameran komputer itu diadakan selama tiga hari ________ Dewan Datuk
Idris.

[ 5 markah ]

8
Soalan 4

Baca e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kepada : suhaila@gmail.com
Daripada : ashikin@yahoo.com.my
Perkara : Kempen Galakan Membaca

Terima kasih atas kiriman e-mel saudari tempoh hari. Saya memohon maaf atas

kelewatan membalas e-mel saudari. Semoga saudari sihat sentiasa di samping

keluarga tersayang.

Untuk pengetahuan saudari, sekolah saya baru sahaja selesai mengadakan

Kempen Galakan Membaca. Program ini dianjurkan oleh pusat sumber sekolah

saya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk amalan membaca

dalam kalangan murid-murid.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah

pertandingan menulis ulasan buku, pertandingan bercerita, pertandingan menulis

cerita pendek dan pertandingan resensi buku. Saya telah menyertai pertandingan

menulis ulasan buku. Saya telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan

tersebut.

Setakat ini dahulu, coretan saya kali ini. Kirimkan salam saya kepada

keluarga saudari. Moga kita akan berjumpa suatu hari nanti.

(a) Pengirim e-mel memohon maaf kerana ___________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 1 markah ]

9
(b) Apakah matlamat utama Kempen Galakan Membaca diadakan?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

(e) Amalan membaca buku semakin kurang diamalkan.

Pada pendapat kamu, mengapakah amalan membaca buku semakin kurang
diamalkan oleh kanak-kanak pada masa kini?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

10
Soalan 5

Berdasarkan, gambar di bawah, tulis rumusan tentang cara-cara menjadi

pengguna bijak semasa berbelanja dalam bentuk perenggan.,
Panjangnya rumusan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

TIPS MENJADI PENGGUNA BIJAK

Menyediakan senarai barang yang hendak dibeli

Melihat tarikh luput pada label makanan

Membandingkan harga bagi barangan yang sama

Membeli barang yang berkualiti

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK

11
Sebagai pengguna yang bijak, kita hendaklah ____________________________________

__________________________________________________________________________________

15

KERTAS PENTAKSIRAN TAMAT

12
Soalan 1
1 C 6 C
2 D 7 B
3 B 8 C
4 A 9 B
5 B 10 C

Soalan 2
(a) B
(b) D
(c) A
(d) C
(e) C

Soalan 3 (a)
(i) lalu
(ii) supaya
(iii) apabila
(iv) sambil
(v) semenjak

Soalan 3 (b)
(i) tentang
(ii) pada
(iii) dengan
(iv) untuk
(v) di

Soalan 4
(a) lewat membalas e-mel sahabatnya.
(b) Matlamat utama Kempen Galakan Membaca diadakan adalah untuk
memupuk amalan membaca dalam kalangan murid-murid.
(c ) Pada pendapat saya, amalan membaca buku semakin kurang diamalkan oleh
kanak-kanak pada masa kini adalah kerana mereka lebih menghabiskan
masa menggunakan gajet atau bermain permainan video.

13
Soalan 5

….. menyediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya tidak membazir wang
dengan membeli barangan yang tidak begitu diperlukan.
Selain itu, kita perlu melihat tarikh luput pada label makanan agar tidak
membeli makanan atau minuman yang sudah luput tarikhnya.
Di samping itu, kita hendaklah membandingkan harga bagi barangan yang
sama supaya dapat membeli barangan yang lebih murah.
Seterusnya, kita perlulah memilih untuk membeli barang yang berkualiti
sahaja supaya tidak terbeli barangan yang tidak berkualiti.
Kesimpulannya, kita perlu menjadi pengguna bijak semasa berbelanja
supaya tidak membazir wang dan menjadi mangsa penipuan.

14
Nama: _________________________________________________ Kelas: ___________

MODUL PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

SET 2

BAHASA MELAYU
TAHUN 5
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini terdiri daripada Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas pentaksiran
ini.
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan
sahaja. Bulatkan jawapan yang betul.
4. Bagi soalan subjektif, jawab semua soalan dalam ruang jawapan
yang disediakan.

1
Soalan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mak Esah berasa _______ apabila melihat anak dan cucunya bersiap
untuk bertolak pulang ke ibu kota.
A kecewa
B gementar
C sayu
D rindu

2 Raihan _________ apabila ditanyakan tentang bagaimana cermin

tingkap itu pecah.
A berbolak-balik
B berdolak-dalik
C berdesas-desus
D bersimpang-siur

3 "Siapakah yang tiba di garisan ______ terlebih dahulu?" tanya

Cikgu Jalil kepada Ridwan.
A penamat
B penamatan
C menamatkan
D ditamatkan

4 Encik Yusri bertolak ______ Ipoh untuk menghadiri majlis kenduri

kahwin anak sahabat baiknya.
A di
B ke
C pada
D daripada

2
5 Indah _______ pemandangan di tepi pantai itu terutama pada
waktu senja.
A betul
B benar
C nian
D teramat

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Puan Wendi _________ cili dan bawang besar untuk menyediakan

kuah laksa.
A mengupas
B mengisar
C menumbuk
D mencincang

7 “Bendahara, bagaimana dengan persiapan untuk ______ ke negara

China?” tanya Sultan Pahang.
A bertolak
B berlepas
C berangkat
D beradu

3
8 ________ besar pekerja kilang sarung tangan itu tinggal di Taman
Saujana.
A Semua
B Segala
C Beberapa
D Sebahagian

9
Azizan tercengang-cengang melihat bangunan-bangunan pencakar

langit di ibu kota.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

A seperti rusa masuk kampung.
B seperti katak di bawah tempurung.
C seperti layang-layang terputus talinya.
D seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

10 “Tolonglah orang lain dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa

balasan,” nasihat Pak Uda kepada cucunya.
Pilih perkataan seerti bagi ikhlas.
A amanah
B jujur
C sopan
D setia

[ 10 markah ]

4
Soalan 2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amalan gotong-royong merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh penduduk

kampung dan luar bandar. Namun, amalan ini agak kurang diamalkan oleh
masyarakat bandar. Amalan gotong-royong ini patut diamalkan kerana membawa
banyak kebaikan.

Antara aktiviti gotong-royong yang biasa dilakukan adalah seperti

membersihkan kawasan perumahan, mengadakan majlis kenduri perkahwinan,

mengadakan majlis rumah terbuka dan sebagainya.

Amalan ini dapat mengeratkan hubungan penduduk setempat. Penduduk

setempat dapat saling mengenali antara satu lain semasa aktiviti gotong-royong

diadakan. Mereka akan berbual-bual sambil bertukar pandangan dan cerita.

Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mewujudkan suasana

hidup yang lebih harmoni. Anggota masyarakat yang saling mengenali antara satu

sama lain dapat bertegur sapa serta dapat saling membantu.

Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyemarakkan semangat gotong-

royong sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Pihak media massa perlu

memainkan peranan dengan menghebahkan tentang kebaikan mengamalkan

semangat bergotong-royong.

Amalan ini patut terus diamalkan walaupun arus pemodenan semakin

berkembang pesat. Semua pihak perlu berganding bahu untuk menjayakan usaha

menggalakkan amalan bergotong-royong seperti kata peribahasa “berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing”.

5
(a) Apakah maksud amalan bergotong-royong?
A amalan yang mudah dan cepat dilakukan
B amalan dilakukan pada musim perayaan
C amalan untuk meringankan sesuatu beban
D amalan yang dilakukan secara beramai-ramai

(b) Pada pendapat kamu, mengapakah amalan bergotong-royong semakin

kurang diamalkan di kawasan bandar?
A Amalan bergotong-royong tidak mendatangkan keuntungan.
B Penduduk bandar sibuk dengan kerjaya masing-masing.
C Aktiviti yang perlu dilakukan memerlukan kos yang tinggi.
D Amalan bergotong-royong agak menyusahkan.

(c) Semua yang berikut merupakan aktiviti yang sesuai dilakukan secara
gotong-royong, kecuali
A membersihkan kawasan perumahan.
B mengadakan majlis kenduri perkahwinan.
C mengadakan pertandingan berkaraoke.
D membina balai raya yang baharu.

(d) Frasa “berganding bahu” dalam petikan bermaksud

A saling mengingati.
B saling membantu.
C bertegur sapa.
D mengenali antara satu sama lain.

(e) Maksud peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” ialah
A kerja akan mudah selesai jika dilakukan bersama-sama.
B susah atau senang dirasai bersama-sama.
C segala kesusahan perlu diatasi sendiri tanpa mengharapkan orang
lain.
D betapa sukar orang melihat kesusahan namun kita sendiri yang
menanggungnya.

[ 5 markah ]

6
Soalan 3
(a) Gantikan perkataan bergaris dengan kata ganti nama yang betul. Kemudian,
salin semula ayat.

“Faiz, tolong kita angkat meja ini ke sudut sana,” kata Mohan dan Salim.

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

(b) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Kita perlu menggunakan jejantas supaya dapat melintas jalan raya

dengan selamat.

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

(c) Gantikan perkataan bergaris dengan perkataan yang betul.

(i) Tiap peserta pertandingan bercerita akan menerima sijil penyertaan.

(ii) Masalah disiplin di kalangan para pelajar semakin membimbangkan.

[ 2 markah ]

7
Soalan 4
(a) Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

agar jika kerana

apabila demi sementara

(i) Haikal tidak dapat menyertai lawatan sambil belajar itu ________ tidak
mendapat kebenaran daripada ibu bapanya.

(ii) Mak Kiah berdoa ________ anak sulungnya tiba di Kuala Lumpur dengan
selamat.

(iii) Puan Hidayah menyiram pokok bunga di halaman rumah _________

suaminya mencuci kereta.

[ 3 markah ]

(b) Betulkan kesalahan ayat di bawah dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan.
Kemudian, salin semula ayat.

(i) persatuan bahasa melayo akan menggadakan lawatan sambil pembelajaran

di sebuah kilang pencetakkan buku
_______________________________________________________
_______________________________________________________

(ii) siapakah yang pemilihan sebagai pengerusi kelab alam sekitar yang baru
tanya ashikin kepada fatin nabila
_______________________________________________________
_______________________________________________________

[ 4 markah ]

8
Soalan 5
(a) Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

PERTANDINGAN MENGARANG PANTUN

SEMPENA MINGGU BAHASA MELAYU
Anjuran :

PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN SERI DAMAI

Syarat-syarat Penyertaan: Hadiah pertama

sebanyak RM50
• Terbuka kepada murid-murid tahap dua

• Pantun mestilah ciptaan sendiri

• Pantun mestilah bertemakan warisan budaya

• Setiap peserta perlu menghasilkan tiga rangkap pantun

• Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada guru mata

pelajaran Bahasa Melayu masing-masing

Bersama Mengekalkan Warisan Budaya

Sila dapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Azlinda Samad.

Hantar penyertaan sebelum 12 Mac 20___

9
(i) Pihak manakah yang menganjurkan Pertandingan Mengarang Pantun?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

(ii) Mengapakah setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada guru

mata pelajaran Bahasa Melayu masing-masing?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

(iii) Pada pendapat kamu, mengapakah warisan budaya seperti pantun perlu
dikekalkan?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 3 markah ]

10
Soalan 5
(b) Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan perkataan dan gambar di bawah.

menyiram - memetik - memasukkan

menyusun - membayar

11
1 _______________________________________________________

_______________________________________________________

2 _______________________________________________________

_______________________________________________________

3 _______________________________________________________

_______________________________________________________

4 _______________________________________________________

_______________________________________________________

5 _______________________________________________________

_______________________________________________________

12
Soalan 5
(c) Tulis rumusan kamu tentang gambar di bawah. Cadangkan langkah-langkah
untuk mengatasi masalah yang ditunjukkan.

Rumusan tentang gambar di atas ialah _______________________________

___________________________________________________________

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut ialah

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

KERTAS PENTAKSIRAN TAMAT

10

13
Soalan 1

1 C 6 B
2 B 7 C
3 A 8 D
4 B 9 A
5 C 10 B

Soalan 2
(a) D
(b) B
(c) C
(d) B
(e) B

Soalan 3
(a) “Faiz, tolong kami angkat meja ini ke dudut sana,” kata Mohan dan Salim.
(b) Mengapakah kita perlu menggunakan jejantas?
(c)
(i) Setiap
(ii) dalam

Soalan 4
(a)
(i) jika
(ii) agar
(iii) sementara

(b)
(i) Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan lawatan sambil belajar di
sebuah kilang pencetakan buku.
(ii) “Siapakah yang dipilih sebagai Pengerusi Kelab Alam Sekitar yang baharu?”
tanya Ashikin kepada Fatin Nabila.

14
Soalan 5 (a)
(i) Pihak yang menganjurkan Pertandingan Mengarang Pantun ialah Persatuan
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Taman Seri Damai.
(ii) Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada guru mata
pelajaran Bahasa Melayu masing-masing untuk memastikan karya yang
dihasilkan adalah asli dan tidak diciplak.
(iii) Pada pendapat saya, warisan budaya seperti pantun perlu dikekalkan
supaya tidak pupus begitu sahaja dan dapat diwarisi dari zaman ke zaman.

Soalan 5 (b)

1 Pak Abu akan menyiram sayur-sayuran di kebunnya supaya tanamannya

hidup subur.
2 Seorang lelaki memetik sayur yang sudah matang lalu dimasukkan ke dalam
sebuah bakul.
3 Seorang lelaki memasukkan bakul sayur-sayurannya ke dalam bonet kereta
untuk bertolak ke pasar
4 Peniaga sayur itu menyusun sayur-sayur di gerainya supaya mudah dipilih
oleh pelanggan-pelanggannya.
5 Puan Zaharah menghulurkan wang untuk membayar sayur yang dibeli di
pasar pagi itu.

Soalan 5 (c)
Rumusan tentang gambar di atas ialahencemaran udara berlaku disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranya ialah asap dari kenderaan. Selain itu, asap dari
kawasan kilang atau perumahan juga menyebabkan udara tercemar. Pencemaran
udara juga berlaku akibat pembakaran hutan dan kerja-kerja di tapak pembinaan.
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut ialah
mengurangkan penggunaan kereta individu di jalan raya. Pihak kilang juga perlu
mengiurangkan pengeluaran asap. Kegiatan pembakaran hutan perlu dikawal agar
tidak banyak kawasan hutan dibakar. Seterusnya, semua pihak perlu
bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar daripada terus tercemar.

15
Nama: _________________________________________________ Kelas: ___________

MODUL PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

SET 3

BAHASA MELAYU
TAHUN 5
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini terdiri daripada Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas pentaksiran
ini.
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan
sahaja. Bulatkan jawapan yang betul.
4. Bagi soalan subjektif, jawab semua soalan dalam ruang jawapan
yang disediakan.

1
Soalan 1

(a) Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Rambut pengemis yang meminta sedekah di kaki lima itu agak _________.
A bolak-balik
B compang-camping
C kusut-masai
D simpang-siur

2 Guru besar akan ________ Program Menjaga Keselamatan Diri di

Rumah dan Sekolah pada minggu hadapan.
A perasmi
B perasmian
C dirasmikan
D merasmikan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Pak Abu membeli se _________ mata kail untuk memancing pada

hari Ahad ini.
A utas
B bilah
C pucuk
D bentuk

2
4 “Aktiviti senaman ini dapat _______ otot kamu,” kata Cikgu
Shahizan kepada murid-muridnya.
A memupuk
B membina
C mencungkil
D melancarkan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Mak Esah sedang __________ sarung ketupat daripada daun palas

untuk persiapan menyambut hari raya.
A menggubah
B menyulam
C menganyam
D menyusun

[ 5 markah ]

3
Soalan 1
(b) Padankan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

(i) Puan Maznah membeli tiga ______

tongkol
petai untuk dijadikan sebagai ulam.

(ii) “Berapakah harga se _________

naskhah
jagung bakar ini?” tanya Aiman.

(iii) Farah membawa se _______

payung apabila melihat keadaan cuaca utas
yang agak mendung.

(iv) Encik Lim membeli se ________

kaki
surat khabar di kedai buku itu.

(v) Pembantu rumah Puan Fatin

menjumpai se _______ jam tangan di papan
bawah sofa.

[ 5 markah ]

4
Soalan 2
(a) Tulis BETUL atau SALAH pada ruangan yang disediakan bagi penggunaan
perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Faizal menonton basikalnya kerana jejari basikal itu telah

patah.

(ii) Mangsa kemalangan jalan raya itu diusung masuk ke dalam

ambulans.

(iii) Adik menangis berdekah-dekah kerana kakinya sakit terpijak

kaca.

[ 3 markah ]
Soalan 2
(b) Bina ayat berdasarkan kata kerja yang diberikan di bawah.

(i) mengisar
_______________________________________________________
_______________________________________________________

(ii) menyampaikan
_______________________________________________________
_______________________________________________________

[ 2 markah ]

5
Soalan 3

(a) Letakkan imbuhan yang sesuai bagi kata dasar dalam kurungan. Kemudian,
isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan.

Banyak (i) ________ ( reka ) terbaharu dicipta dengan (ii) __________ ( maju )

sains dan teknologi. Pelbagai mesin dan rekaan terbaharu ini (iii) ____________

( mudah ) kerja-kerja manusia. Antaranya ialah ciptaan robot yang dapat

melakukan kerja-kerja di rumah.

Kemajuan sains dan teknologi membawa kebaikan dalam bidang (iv)

___________ ( ubat ). Kajian telah (v) _____________ ( laku ) dengan

mencipta ubatan yang dapat merawat pelbagai penyakit.

[ 5 markah ]

Soalan 3

(b) Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan tandakan ( X ) pada ayat yang
salah.

(i) Pelbagai pertandingan-pertandingan diadakan sempena Minggu

Bahasa Melayu.

(ii) “Bilakah kalian akan datang lagi ke rumah saya?” tanya Fatin
kepada Anis dan Zarina.

(iii) Puan Hasnah membeli sepapan petai dan beberapa ulas

cendawan.

(iv) Warganegara awam diingatkan supaya menjalankan tugas

dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

(v) Pemandu perlu berhati-hati kerana jalan masuk ke kawasan air

terjun itu berbolak-balik.

[ 5 markah ]

6
Soalan 4
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apabila tiba di ibu kota yang ibarat hutan batu itu, Hasan seperti rusa masuk
kampung. Namun, Hasan cepat menyesuaikan diri. Dia melakukan apa jua
pekerjaan agar tidak hidup susah di tengah kota.

Hasan diterima bekerja di sebuah gerai makan berhampiran dengan

kawasan pembinaan. Dia bekerja sebagai pelayan gerai. Hasan beruntung kerana
tuan punya gerai itu menyediakan tempat tinggal secara percuma.

Masa berlalu dengan pantas, Hasan sudah enam tahun berada di ibu kota.
Tuan punya gerai itu sudah tua dan selalu uzur. Beliau menyerahkan gerai itu
kepada Hasan kerana melihatkan Hasan begitu rajin dan baik orangnya.

Hasan mengambil alih perniagaan itu. Keuntungan yang diperoleh

disimpannya sedikit demi sedikit. Akhirnya, Hasan berjaya mengumpul wang yang
mencukupi untuk dijadikan sebagai modal perniagaan. Hasan berhasrat untuk
membuka sebuah restoran.

Tidak lama kemudian, Hasan berjaya membuka sebuah restoran. Restoran

yang dibuka oleh Hasan menyajikan makanan kegemaran rakyat negeri Kedah.
Ramai pelanggan memuji keenakan makanan yang terdapat di restoran Hasan.

Perniagaan Hasan berkembang maju. Hasan mempunyai beberapa orang

pekerja yang bekerja di restorannya. Kejayaan dan kemajuan dalam perniagaan
tidak mengubah sikap Hasan. Dia masih seperti dahulu yang bersikap peramah
dan tidak sombong.

7
(a) Apakah maksud frasa hutan batu dalam petikan di atas?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 1 markah ]

(b) Mengapakah tuan punya gerai makan itu menyerahkan perniagaannya

kepada Hasan?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[ 2 markah ]

(c) Tandakan [ / ] pada pernyataan yang betul dan tandakan [ X ] pada

pernyataan yang salah.

Hasan berjaya mengambil alih perniagaan setelah tuan punya

gerai itu meninggal dunia.

Hasan melayan pelanggan-pelanggan di restorannya dengan

penuh mesra.

[ 2 markah ]

8
Soalan 5
Baru-baru ini, kamu menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh
pasukan pengakap di sekolah kamu.

Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu
menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

9
__________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

20

KERTAS PENTAKSIRAN TAMAT

11
Soalan 1 (a)
1 C
2 D
3 D
4 B
5 C

Soalan 1 (b)
(i) papan
(ii) tongkol
(iii) kaki
(iv) naskhah
(v) utas

Soalan 2 (a)
(i) SALAH
(ii) BETUL
(iii) SALAH

Soalan 2 (b)
(i) Mak Piah mengisar cili kering untuk menyediakan makan tengah hari.
(ii) Guru besar sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada kesemua
peserta pertandingan bercerita.

Soalan 3 (a)
(i) rekaan
(ii) kemajuan
(iii) memudahkan
(iv) perubatan
(v) dilakukan

12
Soalan 3 (b)
(i) X
(ii) /
(iii) X
(iv) X
(v) X

Soalan 4
(a) bandar yang dipenuhi dengan banyak bangunan.
(b) Tuan punya gerai makan itu menyerahkan perniagaannya kepada Hasan
kerana dia sudah uzur dan tua serta melihatkan Hasan seorang yang rajin
dan baik orangnya.
(c) X, /

Soalan 5

32, Jalan Kenanga,

Taman Seri Kenanga,
84100 Muar,
Johor Darul Takzim.

16 Jun 20____.

Ke hadapan sahabatku, Amirul yang kini berada di Sungai Petani, Kedah, semoga
berada dalam sihat sejahtera.

Apa khabar saudara di sana? Semoga saudara berada dalam keadaan

bahagia di samping keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima
kasih atas kiriman surat saudara tempoh hari.

Saudara,
Baru-baru ini, saya telah menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan
oleh pasukan pengakap sekolah. Aktiviti perkhemahan tersebut diadakan di tepi
kawasan air terjun di Sungai Congkak.

Aktiviti perkhemahan itu diadakan selama tiga hari dua malam. Seramai 45
orang ahli pengakap dan enam guru pengiring telah menyertai perkhemahan
tersebut.

13
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang aktiviti perkhemahan itu. Antara
aktiviti tersebut ialah aktiviti berkawad, mendaki anak bukit, mengharungi anak
sungai, pertandingan memasak dan persembahan berkumpulan. Banyak
pengetahuan dan pengalaman baharu yang saya peroleh sepanjang menyertai
aktiviti perkhemahan itu.

Setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga kita akan berhubung
lagi pada lain kesempatan. Kirimkan salam saya kepada semua anggota keluarga
saudara.

Sahabatmu,
Fakhrul

14

Anda mungkin juga menyukai