Anda di halaman 1dari 11

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

TAHUN 6
Bahasa Melayu
1 jam 15 minit

Nama
Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini
Untuk Kegunaan Pemeriksa
apabila diberitahu. Nama Pemeriksa:
2. Tulis nama dan nama kelas
kamu pada ruang yang Markah Markah
disediakan. Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
3. Jawapan anda hendaklah
ditulis pada ruang jawapan A 1-10 10
yang disediakan di dalam
kertas ujian ini. 1 5
4. Kertas ujian ini hendaklah B
diserahkan kepada guru 2 5
bertugas pada akhir ujian.
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

Kertas Ujian Percubaan


Bahagian A
【10 markah】

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Bapa amat ________________akan kejayaan kakak


memperoleh ijazah hingga menitiskan air mata.
A. kurang gembira
B. tenang
C. sedih
D. bangga
2. Encik Saiful membeli ____________bentuk cincin untuk
dihadiahkan kepada isterinya sempena ulang tahun
perkahwinan mereka.
A. satu-satu
B. segala
C. satu
D. setengah
Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A. Jalan raya yang rosak akibat hakisan tanah telah dibaiki
petang semalam.
B. Reka letak almari baharu itu memikat hati penggemar
perabot.
C. Cermin mata ayah air ketika menonton filem yang sedih
itu.
D. Puan Suraya menghidangkan sepinggan goreng pisang
kepada ahli keluarganya.

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 2


Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya.

Irfan dan keluarganya telah berkunjung ke tempat peranginan


yang terletak di Raub, Pahang. Mereka bermalam di sebuah inap
desa. Tempat peranginan yang berkonsepkan alam semula jadi,
benar-benar telah menambat hati mereka sekeluarga. Mereka
telah memilih aktiviti berakit sewaktu disana.
Ketika berakit, mereka menikmati pemandangan flora dan
fauna di kiri dan di kanan sungai. Setelah hampir dua jam
menyusuri sungai yang jernih airnya, mereka sampai di jeti
semula. Sebelum pulang, mereka mengambil gambar keluarga
sebagai kenangan.

4. Bagaimanakah suasana di tempat peranginan tersebut?


A. Rakit terdapat di kiri dan kanan sungai
B. Berkonsepkan inap desa
C. Air sungainya jernih
D. Terdapat aktiviti berkhemah
5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Irfan sampai di jeti selepas pulang ke tempat
peranginan.
B. Keluarga Irfan menikmati pemandangan flora dan fauna.
C. Irfan telah mengunjungi keluarganya di Raub, Pahang.
D. Keluarga Irfan menyusuri sungai selama 3 jam.
6. Berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh Irfan dan
keluarganya berdasarkan petikan kecuali
A. menaiki rakit.
B. melihat flora dan fauna.
C. menyusuri sebatang sungai.
D. merakam gambar alam semula jadi.
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 3
Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1
Thomas memerhatikan ayahnya di garaj. Ketika itu ayahnya
sedang memeriksa kereta.
"Ayah, apakah yang sedang ayah lakukan?" tanya Thomas.
"Ayah sedang memeriksa bunga tayar kereta sebelum kita
memulakan perjalanan pulang ke kampung esok. Kita perlu
memeriksa kenderaan supaya sentiasa berada dalam keadaan
baik untuk keselamatan keluarga kita," jelas ayahnya.
"Betul ayah. Semalam kawan Thomas terjatuh dari
basikalnya ketika menjalani aktiviti berbasikal kerana brek
basikalnya tidak berfungsi," kata Thomas.

BAHAN 2
Program Berbasikal Selamat
Tempat: Kompleks Sukan Bangsar, Kuala Lumpur
Tarikh: 12 Ogos 2023
Hari: Ahad
Masa: 6:00 pagi hingga 11.00 pagi
Aktiviti menarik:
Syarat Penyertaan: • kayuhan basikal sejauh
• wajib memakai helmet 3km
• basikal mempunyai brek • cabutan bertuah
yang berfungsi • kempen keselamatan
• umur 9 tahun ke atas berbasikal

kemeja-T percuma bagi semua peserta

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 4


7. Kawan Thomas terjatuh dari basikalnya ketika
A. pulang ke kampung.
B. memulakan perjalanan.
C. memerhati ayahnya di garaj.
D. menjalani aktiviti berbasikal.

8. Ketika itu ayahnya sedang memeriksa kereta.


Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di
atas ialah
A. biji.
B. buah.
C. butir.
D. bentuk.

9. Perkataan aktiviti dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh


digantikan dengan perkataan
A. kerja
B. tugasan
C. kegiatan
D. tindakan

10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2


di atas.
A. Kayuhan basikal sejauh 3km akan diadakan di Kompleks
Bangsar.
B. Ayah Thomas mendapat kemeja-T percuma semasa
memeriksa kereta.
C. Kawan Thomas jatuh dari basikal kerana tidak pakai
helmet.
D. Thomas menyertai Program Berbasikal Selamat.

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 5


Bahagian B
【10 markah】
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap kali cuti persekolahan bermula, Amiru akan meringankan


beban ibu dan ayahnya di rumah. Setiap pagi, Amiru akan
membantu ibunya mengemas rumah dan memasak.
Jika ada masa terluang, Amiru akan menolong ayahnya
menjual kuih-muih di gerai mereka. Pada waktu malam pula, Amiru
akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.
Amiru bersyukur kerana dapat berbakti kepada ibu dan
ayahnya.

1. a) Amiru akan menolong ibunya melakukan kerja-kerja


___________________________ [1 markah]
b) Bilakah Amiru akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang
diberikan oleh gurunya?
__________________________________________
________________________________________
[2 markah]
c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang
diberikan. [1 markah]

Jika ada masa terluang, Amiru akan menolong


ayahnya menjual kuih-muih di gerai mereka.

d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud


dengan ayat yang diberikan.
Amiru akan meringankan beban ibu dan ayahnya di rumah.
Beban ibu dan ayahnya di rumah akan
diringankan oleh Amiru.
Ibu dan ayahnya akan meringankan beban
Amiru di rumah.

[1 markah]

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 6


Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian berikan pendapat
kamu berdasarkan situasi tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30


patah perkataan.

2. Fahana telah menerima undangan rumah terbuka daripada


kawan baiknya Noraini. Pada masa yang sama, Fahana perlu
menjaga adik kerana ibunya perlu membawa nenek mereka
yang demam ke klinik.

Pada pendapat kamu, apakah yang perlu Fahana lakukan?

[5 markah]

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 7


Bahagian C
【10 markah】
Grafik di bawah menunjukkan tentang penjagaan kesihatan diri.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan


diri yang perlu dilakukan.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50


patah perkataan.

[10 markah]

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 8


Bahagian D
【20 markah】

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan


dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak
berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah


perkataan.

Aktiviti Di Pasar Raya

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 9


UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 10
Jawapan

Bahagian A Bahagian C: Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri yang Perlu


Dilakukan
1. D Menjaga kesihatan diri adalah aspek penting dalam kehidupan.
2. C Untuk mencapai itu, kita perlu berjoging atau bersenam secara
3. A berkala supaya badan kita lebih cergas. Kita juga harus melawat
4. C doktor untuk pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Makan makanan
5. B yang berkhasiat juga penting untuk mengekalkan keadaan
6. D kesihatan yang baik. Cara-cara ini membantu kita hidup dengan
7. D lebih bertenaga dan bermakna.
8. B
9. C
10. A
Bahagian B Bahagian D :Aktiviti di Pasar Raya
Pada hari Sabtu yang cerah, keluarga saya berkumpul untuk
1 menghabiskan masa di pasar raya setempat. Kami tiba pada pukul
a) rumah 9 pagi, bersedia untuk mengalami satu hari yang penuh dengan
b) Amiru akan keseronokan.
menyiapkan kerja-
kerja sekolahnya Kebetulannya, pasar raya sedang
pada waktu malam. mengadakanjualan hebat. Terdapat banyak gerai baharu di depan
c) menolong / menjual pasar raya itu. Kami memulakan pagi dengan berjalan melalui
d) Beban ibu dan gerai-gerai yang dipenuhi dengan pelbagai barangan menarik.
ayahnya di … Banyak penjual menawarkan pakaian, mainan, dan barang-barang
antik yang menarik perhatian kami. Kami mengambil kesempatan
2. untuk membeli beberapa barang yang menarik perhatian kami.
Fahana seharusnya
memberitahu Noraini tentang Setelah puas membeli-belah, kami bergerak ke
keadaannya terlebih dahulu lalu bahagian makanan. Di sini, kami mencuba hidangan tempatan
memohon maaf daripada seperti nasi lemak, mee goreng, dan rojak. Hari yang panas
Noraini. Komunikasi terbuka menyebabkan kami juga minum jus buah segar untuk menyegarkan
dan jujur dengan kawan adalah diri.
penting dalam situasi seperti
ini untuk menghindari sebarang Kami meninggalkan pasar raya dengan perasaan
salah faham. puas. Ini adalah satu aktiviti yang membantu kami mengukuhkan
hubungan keluarga kami.

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 6 11

Anda mungkin juga menyukai