Anda di halaman 1dari 11

TAHUN 4-5-6 - SET 1 1 BM011 - TERHAD

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 2 BM011 - TERHAD

UASA 2023

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4-5-6 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama Murid:

Kelas:
UASA
TAHUN 4-5-6

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Nama Pemeriksa:

2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang BAHAGIAN Markah Markah
Nombor Soalan Penuh Diperoleh
yang disediakan.
3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada raung
A 1-10 10
jawapan yang telah disediakan di dalam kertas 1 (a, b, c, d) 5
ujian ini. B
2 5
4. Kertsa ujian ini hendaklah diserahkan kepada
guru bertugas pada akhir ujian. C 1 10
D 1 20

Modul UASA 2023 JUMLAH 50


disediakan oleh:

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 3 BM011 - TERHAD

UJIAN SUMATIF - UASA MARKAH BAHAGIAN A


(Tatabahasa dan Pemahaman) 10 (10 markah)

Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am
5.1.1 (ii) kata nama khas (iii) kata ganti nama (iv) penjodoh bilangan.

Soalan 1 dan 2

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Setelah tamat acara perbarisan sukan, semua ________ beredar ke khemah rumah pasukan
masing-masing untuk memulakan acara seterusnya.
A peserta
B penonton
C pengawas
D pemenang
[1 markah]

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah


2 Pak Wahid menggunakan se ________ jala untuk menangkap
ikan dan udang galah di sekitar Sungai Perak.
A helai
B rawan
C keping
D pasang
[1 markah]

5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks.

Soalan 3

Pilih ayat yang betul.

3 I Baju kurung kakak saya itu diperbuat dari kain sutera yang mahal.
II Batu arang ialah antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
III Pekerja itu sedang memperdalam longkang di taman perumahan tersebut.
IV Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan masalah harga kelapa sawit.
A I dan II
B I dan V
C II dan III
D III dan IV
[1 markah]

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 4 BM011 - TERHAD

2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.

3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan.

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kain samping merupakan pelengkap kepada pakaian Melayu sejak beberapa zaman yang lalu.
Kain samping ialah kain yang dipakai selepas memakai baju Melayu. Kain tersebut dinamakan
samping kerana kain itu merupakan pakaian sampingan yang diikat pada bahagian pinggang.
Pemakaian kain samping membuatkan penampilan kaum lelaki kelihatan lebih bergaya.
Tahukah kamu fungsi pemakaian kain samping pada zaman dahulu? Pemakaian kain
samping dapat menunjukkan perbezaan darjat serta kedudukan seseorang. Perbezaan ini dapat
dilihat melalui pemilihan motif warna dan jenis ikatan samping.
Pada asalnya ikatan pancung merupakan ikatan samping bagi golongan raja, sultan dan
kerabat. Ikatan kembung digunakan oleh pembesar-pembesar istana manakala ikatan lingkup
pula digunakan oleh orang kebanyakan. Terdapat dua cara bagi mengikatkan kain samping bagi
baju Melayu cekak musang. Kain samping diikat di luar baju bagi baju Melayu teluk belanga.
Kain samping yang diikat di dalam baju pula dikenali sebagai ikatan dagang.

4 Pemakaian kain samping pada zaman dahulu dapat menunjukkan perbezaan


A taraf dan kekayaan seseorang.
B darjat dan keberanian seseorang.
C pangkat dan kebesaran seseorang.
D martabat dan kedudukan seseorang.
[1 markah]

5 Berikut adalah antara beberapa jenis ikatan samping, kecuali


A ikatan dagang.
B ikatan lingkup.
C ikatan pancung.
D ikatan kembang.
[1 markah]

6 Pilih pernyataan yang tidak betul berdasarkan petikan di atas.


A Kain samping boleh diikat di bahagian dalam baju Melayu sahaja.
B Kain samping ialah kain yang dipakai selepas memakai baju Melayu.
C Pemakaian kain samping membuatkan penampilan kaum lelaki lebih bergaya.
D Kain samping boleh dipakai bersama-sama dengan baju Melayu cekak musang.
[1 markah]

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 5 BM011 - TERHAD

3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan.

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1:

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai.
Kami tiba di destinasi pada pukul 10.00 pagi. Kami melihat orang sudah banyak ketika itu.

BAHAN 2:

Semasa kami tiba di tepi pantai. Kelihatan orang ramai sudah mula memenuhi pantai. Kami
mencari tempat untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk
meletakkan bekalan makanan dan tikar.
Kemudian, aku dan adikku berlari-lari anak menuju ke arah laut. Kami berkelah dan
mandi-manda dengan sungguh gembira sekali. Adikku menggunakan pelampung sebagai
langkah keselamatan.

7 Mengapakah adik penulis menggunakan pelampung semasa mandi-manda di tepi pantai?


A Supaya tidak penat
B Supaya tidak lemas
C Supaya boleh berenang
D Supaya boleh menyelam
[1 markah]

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 6 BM011 - TERHAD

8 Encik Muhammad Rahmat sedang membaca surat khabar sambil menghirup udara segar
di tepi pantai.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A helai.
B keping.
C lembar.
D naskhah.
[1 markah]

9 Perkataan berkelah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A berehat.
B bersantai.
C berpiknik.
D bersenam.
[1 markah]

10 Berikut adalah aktiviti yang dilakukan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, kecuali
A mengambil gambar.
B mengutip kulit siput.
C menikmati hidangan.
D membuang sampah sarap.
[1 markah]

BAHAGIAN A [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 7 BM011 - TERHAD

PEMAHAMAN (TEKS/SINTAKSIS) MARKAH BAHAGIAN B


Respons Kritis dan Kreatif (SRTh) 10 (10 markah)

3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tembikar Sarawak ialah hasil kraf tangan tradisi masyarakat peribumi Sarawak. Kemahiran
membuat tembikar diwarisi sejak dahulukala oleh masyarakat tersebut. Tembikar tradisional ini
memang sangat istimewa. Buatannya sungguh halus, cantik dan tahan lama.
Tembikar diperbuat daripada tanah liat. Tanah liat yang telah diuli akan diterap dengan
corak bunga atau garisan. Kemudian, tembikar teraebut diasapkan dan dibakar supaya kukuh.
Tembikar digunakan dalam upacara Hari Gawai, perkahwinan dan pengebumian. Barang-barang
tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuklah pinggan, mangkuk, tajau, takar dan
perkakas memasak. Sesetengah barang itu dijadikan hadiah perkahwinan.
Salah satu seni tembikar yang mendapat sambutan sehingga hari ini ialah pasu Sarawak.
Bentuk, warna dan corak hiasannya memang unik. Para pelancong juga sangat menggemarinya.
Mereka sering menjadikannya sebagai buah tangan dari Bumi Kenyalang.

tanah liat
1 (a) Kraf tangan tradisi masyarakat peribumi Sarawak berasaskan apa? __________________.

[1 markah]

(b) Apakah buah tangan yang sangat istimewa dari Bumi Kenyalang?
Buah tangan yang sangat istimewa dari Bumi Kenyalang ialah pasu Sarawak kerana
_______________________________________________________________________________________
warna dan corak hiasannya unik sekali.
_______________________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Kemahiran membuat tembikar diwarisi sejak dahulukala oleh masyarakat tersebut.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Tanah liat yang telah diuli akan diterap dengan corak bunga atau garisan.

Corak bunga atau garisan akan diukir pada tanah liat yang telah diadun. √
Corak bunga atau garisan akan diadun pada tanah liat yang telah diukir.

[1 markah]

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 8 BM011 - TERHAD

Soalan 2

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Tulis jawapan kamu dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 30 patah perkataan.

Soalan 2

Berjoging atau bersenam antara aktiviti sukan yang sangat


mudah dilakukan. Aktiviti ini sungguh disukai oleh semua
lapisan masyarakat.

Berdasarkan situasi tersebut, tuliskan pendapat kamu


tentang kebaikan berjoging atau bersenam.

Pada pendapat saya, berjoging merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh
serta menyihatkan tubuh badan kita. Selain itu, berjoging juga merupakan aktiviti mengisi
masa lapang secara bermanfaat. Kesimpulannya, berjoging merupakan aktiviti yang boleh
melahirkan rakyat Malaysia yang cergas fizikal dan cerdas.

[5 markah]

(* Jawapan lain yang logik dan sesuai diterima.)

PANDUAN MENYEDIAKAN JAWAPAN:


Pendahuluan yang ringkas - dua isi dengan keterangan - penanda wacana - penutup yang ringkas (kesimpulan).

BAHAGIAN B [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 9 BM011 - TERHAD

UJIAN SUMATIF - UASA MARKAH BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) 10 (10 markah)

2.2.1 Membaca, memahami, menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan, ramalan.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Grafik di bawah menunjukkan tentang pokok kelapa yang dikenali sebagai pokok pelbagai
guna. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan dan keistimewaan pokok kelapa tersebut.
Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Pada pendapat saya, pokok kelapa ialah satu daripada hasil pertanian yang banyak memberi
manfaat kepada manusia. Antaranya, air kelapa muda sangat enak dijadikan minuman sejuk
di samping baik untuk kesihatan. Selain itu, daun kelapa muda dapat dijadikan sarung
ketupat manakala, lidinya pula boleh dijadikan penyapu. Seterusnya, isi buah kelapa boleh
dijadikan minyak masak dan bahan kosmetik seperti sabun wangi atau sabun mandi yang
boleh digunakan untuk membersihkan badan kita. Kesimpulannya, pokok kelapa mendapat
pengiktirafan sebagai pokok pelbagai guna.

(* Jawapan lain yang logik dan sesuai diterima.)

PANDUAN MENYEDIAKAN JAWAPAN:


Tiga isi / idea dengan peluasan keterangan serta huraian yang bernas, idea subjektif respons terbuka (SRTb).

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

MARKAH
BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1
20
TAHUN 4-5-6 - SET 1 10 BM011 - TERHAD

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN D


Penulisan Karangan (SRTb) (20 markah)

3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif
daripada sesuatu bahan multimedia.

3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi.

Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

SUKSES BUAT GURU TERSAYANG - JASAMU TETAP DALAM KENANGAN

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

BAHAGIAN D [20 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1


TAHUN 4-5-6 - SET 1 11 BM011 - TERHAD

SKEMA JAWAPAN: KARANGAN CONTOH YANG LENGKAP DISEDIAKAN

01 Kerangka Karangan - Panduan untuk Menulis Karangan Tidak Berformat (Cereka)


Info betul berita yang didengar – akan meninggalkan sekolah – sambung belajar di UPSI
Idea 1 berasa sedih – seorang guru yang berdedikasi – sanggup berkorban untuk muridnya
Idea 2 mengadakan jamuan perpisahan – semua rakan bersetuju – membahagikan tugasan
Idea 3 segalanya berjalan lancar – guru, diraikan terkejut – slogan “Selamat Maju Jaya”
Penutup ucapan penghargaan – air mata bergenang – kami sukar untuk menerima kenyataan

TEKNIK : {I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] / {I. C. I} : (Idea), (Keterangan), (Huraian)


{I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] Peluasan Idea : (Apakah? / Nyatakan ... / Bagaimana?)

SUKSES BUAT GURU TERSAYANG


Berita yang saya dengar itu benar. Cikgu Fadhilah akan meninggalkan sekolah ini. Minggu ini
merupakan minggu terakhir beliau mengajar di sekolah ini. Minggu hadapan, beliau akan
melaporkan diri melanjutkan pelajarannya ke peringkat Doktor Falsafah (Phd) di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
Saya begitu sedih menerima berita itu. Cikgu Fadhilah ialah seorang guru yang sangat
rajin, dedikasi dan banyak berkorban untuk kami. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan
sebagai Guru Cemerlang namun, sempat juga beliau mengadakan kelas bimbingan Bahasa
Melayu pada waktu malam.
Selaku ketua kelas, saya membuat usul mencadangkan untuk mengadakan jamuan
perpisahan buat Cikgu Fadhilah. Semua rakan saya bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami
telah membahagi-bahagikan tugasan untuk menjayakan jamuan tersebut.
Pada hari yang ditetapkan, segalanya telah berjalan lancar. Alangkah terkejutnya Cikgu
Fadhilah kerana kelas bertukar menjadi bilik jamuan yang ceria. “Selamat Maju Jaya”, slogan
ini dan gambar Cikgu Fadhilah menghiasi skrin komputer di bilik jamuan.
Cikgu Fadhilah menyampaikan ucapan penghargaannya. Air mata bergenang di kelopak
matanya tetapi lebih banyak berlinangan di pipi kami. Kami tidak sanggup berpisah dengan
beliau tetapi apakan daya kami, ini sudah suratan takdir buat kami walaupun terlalu pahit
untuk menerima kenyataan ini.

(* Jawapan lain yang logik dan sesuai diterima.)


Jika jawapan melebihi 100 hingga 120 patah perkataan, masih diterima, tidak tolak markah. KPM tidak
menghalang idea bernas daripada murid. Jika menulis karangan melebihi 80 patah perkataan, pastikan
masa yang diperuntukkan untuk menjawab kesemua soalan, satu jam lima belas minit itu mencukupi.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

BAHAGIAN D [20 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

BM011 - TERHAD TAHUN 4-5-6 - SET 1

Anda mungkin juga menyukai