Anda di halaman 1dari 14

UJIAN SUMATIF

MENGGILAP PERMATA
UJIAN PRAAKHIR SESI AKADEMIK
TAHUN ENAM [SK / SJK]

1½ JAM 1 JAM 30 MINIT

Nama Murid: UPaSA


Sekolah: TAHUN 6

BAHASA MELAYU - TAHUN ENAM UJIAN SUMATIF


NOVEMBER 2022

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa


SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Nombor Soalan Penuh Diperoleh
dan Bahagian D.
(1, 2, 3, 4) 4
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini. A (5, 6) 2
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh (7, 8, 9, 10) 4
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan (11, 12) 2
kamu pada kertas soalan tersebut.
B (13, 14) 3
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
dalam ruang jawapan yang telah disediakan. (15) 5
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada C (16) 10
akhir ujian tersebut.
D (17) 20
Modul UPaSA 2022
disediakan oleh: JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak.
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 2 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN A


(Tatabahasa dan Pemahaman) 10 (10 Markah)

Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am
5.1.1 (ii) kata nama khas (iii) kata ganti nama (iv) penjodoh bilangan.

Soalan 1 hingga 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mak Cik Zuraini menyiang ikan cencaru dan ikan bawal putih itu dengan sebilah ________
yang tajam.
A sabit
B pisau
C kapak
D parang

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah


2 Muhammad Azim baru sahaja membeli sepasang kasut sukan
berjenama ________ di sebuah pasar raya.
A Nike
B Puma
C Adidas
D Reebok

3 “Cikgu, apakah yang perlu ________ lakukan sebelum melayari Internet?” tanya Nur Azaki
dan Muhammad Hadif.
A dia
B saya
C kami
D mereka

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah


4 Nurul Hidayah mengikut ayahnya mencari ________ rebung
di belakang rumah mereka.
A ketul
B pucuk
C tangkai
D mayang

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 3 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks .

Soalan 5

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

5 “Jangan sekali-kali membantah arahan guru kamu,” pesan ayah kepada adik.
A Ayah memarahi adik kerana membantah arahan gurunya.
B Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali.
C Adik dinasihati oleh gurunya agar tidak ingkar pesanan ayahnya.
D Ayah mengingatkan adik supaya patuh akan arahan gurunya.

5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks .

Soalan 6

Pilih ayat yang betul.

6 I Balai agung itu khas untuk para jemputan dan tetamu kehormat sahaja.
II Perabot berasaskan kayu itu sungguh mahal kerana ia diimport dari Itali.
III Kereta pancuan empat roda itu tiba-tiba membelok daripada kiri ke kanan.
IV Tembakan pistol automatik Sarjan Mejar Husni itu tepat pada alamatnya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 4 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.

3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan .

Soalan 6 hingga 10

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sarawak yang terkenal dengan nama jolokan Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang
terdiri daripada pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira tiga puluh kumpulan etnik di Sarawak.
Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu,
Bidayuh, Melanau, Kayan, Kelabit dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang
mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat
resam yang diamalkan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi bangsa yang begitu
dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Maklumat berkaitan adat
resam masyarakat etnik Sarawak yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan seni dan
kebudayaan. Bagi kaum Melayu di Sarawak, satu daripada hasil kraf tangan mereka yang dapat
dibanggakan dan terkenal ialah kain tudung kelingkam.
Penghasilan kraf tangan kain tudung kelingkam ini biasanya diusahakan di rumah oleh
golongan wanita yang mahir. Beberapa alat perlu disediakan sebelum proses penyulaman kain
tudung kelingkam dimulakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kain nipis yang disebut kain
robia, benang kelingkam, kain belacu, benang kapas atau nilon, jarum pipih berlubang dua,
bingkai kayu sebagai pemidang, gunting, lilin, mancis api dan pisau.
Selepas semua alat disediakan, barulah proses penyulaman dapat dimulakan. Proses
penyulaman memerlukan kesabaran, ketelitian, ketekunan, dan kemahiran yang tinggi. Hal ini
supaya sulaman yang halus dapat dihasilkan. Corak-corak sulaman pula biasanya diilhamkan
daripada motif alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Apabila proses
penyulaman siap, kain yang telah disulam pada bingkai kayu pemidang tadi akan dipotong.
Kemudian, tepi kain itu dibakar dengan lilin agar benangnya tidak terburai.
Warna kain kelingkam turut menjadi aspek yang penting. Pemilihan warna yang tepat
akan dapat menimbulkan benang yang disulam. Biasanya warna kain yang dipilih ialah merah
dan hitam. Bagi masyarakat Melayu Sarawak, kain tudung kelingkam amat berharga sekali dan
penting dalam kehidupan harian mereka. Kain tudung ini digunakan juga oleh kaum wanita
Melayu dalam upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan keramaian. Kini, kain tudung
kelingkam dipelbagaikan penggunaannya seperti dijadikan hiasan dinding dan cenderamata.

7 Mengapakah kain tudung kelingkam telah dipelbagaikan penggunaannya?


A Untuk menunjukkan kehalusan nilai seni tenunnya.
B Untuk mengekalkan tradisi budaya dan warisan bangsa.
C Supaya dapat bersaing dengan kraf tangan dari luar negara.
D Supaya kraf tangan ini dikenali oleh semua lapisan masyarakat.

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 5 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

8 Apakah peralatan terakhir yang digunakan untuk menyiapkan kain tudung kelingkam?
A Mancis api dan lilin
B Bingkai kayu dan kain robia
C Benang kelingkam dan benang kapas
D Jarum pipih berlubang dua dan gunting

9 Rangkai kata kain belacu dalam petikan di atas membawa maksud


A kain putih.
B kain batik.
C kain nilon.
D kain kapas.

10 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali


A warna merah dan hitam biasanya digunakan sebagai benang sulaman.
B kain tudung kelingkam turut dipakai oleh pengantin semasa bersanding.
C corak sulaman kain tudung kelingkam menggunakan motif alam semula jadi.
D perusahaan kain tudung kelingkam dijalankan secara besar-besaran di Sarawak.

BAHAGIAN A [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 6 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

SISTEM BAHASA (SINTAKSIS) MARKAH BAHAGIAN B


Item Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 10 (10 Markah)

3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Soalan 11 dan 12

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku dan empat puluh orang ahli pengakap serta empat orang guru pengiring melakukan aktiviti
meredah hutan. Inilah aktiviti yang kami tunggu-tunggu selama ini. Pelbagai jenis tumbuhan dan
haiwan yang kami temukan. Aku lihat pokok di hutan tinggi-tinggi kerana masing-masing
bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Kami juga nampak dengan jelas seekor tenggiling
menggulungkan dirinya. Kata Cikgu Abdul Rahman, begitulah cara tenggiling melindungi diri
daripada musuh.
Kami juga nampak sumpah-sumpah dan kekura. Seekor pelanduk lari lintang-pukang
apabila melihat kami. Kami berjalan diiringi bunyi reriang yang nyaring dan bersahut-sahutan.
Seterusnya kami mencatat nama-nama pokok seperti halban, pulai dan cengal. Cikgu Abdul
Rahman mengatakan bahawa kayu-kayan di negara kita amat berharga. Aku juga hairan melihat
beberapa jenis bunga yang sungguh cantik dan aneh yang kami temukan. Kami juga nampak
pokok rotan, buluh dan enau. Aku memberitahu kawan-kawan tentang kegunaan pokok rotan
dan pokok buluh.

11 Berapa ramaikah ahli pengakap yang melakukan aktiviti meredah hutan?


45 orang
Ahli pengakap yang melakukan aktiviti meredah hutan seramai __________________________ .
[1 markah]

12 Penulis memberitahu kawan-kawan tentang kegunaan pokok rotan dan pokok ____________
buluh .

[1 markah]

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 7 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Soalan 13 dan 14

Baca dan teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Berbaris apabila loceng Tutup semua Patuh dan ikut


kecemasan berbunyi suiz elektrik arahan guru

LATIHAN MENGHADAPI KEBAKARAN DI SEKOLAH

Mendengar Berkumpul di tempat Berjalan mengikut


taklimat yang selamat laluan khas

13 Di manakah tempat yang paling sesuai bagi murid dan guru berkumpul?
padang
Tempat yang paling sesuai bagi murid dan guru berkumpul ialah di ______________________ .
[1 markah]

14 Bagaimanakah bunyi deringan loceng keselamatan dalam menghadapi situasi kebakaran?


Deringan loceng keselamatan dalam menghadapi situasi kebakaran akan berbunyi panjang
_________________________________________________________________________________________
serta diikuti bunyi siren yang kuat.
_________________________________________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 8 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Soalan 15

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap.

Pada pendapat kamu, apakah kebaikan yang boleh kita peroleh apabila berkunjung ke pusat
sumber sekolah (PSS)?
Tulis jawapan kamu itu selengkapnya pada ruangan yang telah disediakan.

Pada pendapat saya, di pusat sumber sekolah ada banyak bahan bacaan yang boleh kita jadikan rujukan
seperti buku nota, majalah, surat khabar, eksklopedia dan buku cerita. Selain itu, kita juga dapat mengisi
masa lapang dengan mengulang kaji pelajaran, berbincang dengan rakan sebaya serta boleh
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru-guru dalam suasana yang harmonis.

[5 markah]

BAHAGIAN B [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 9 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN C


Penulisan (Rumusan / Pendapat) 10 (10 Markah)

2.2.1 Membaca, memahami, menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan, ramalan.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Soalan 16
Grafik di bawah menunjukkan maklumat tentang hapuskan nyamuk aedes untuk membasmi
demam denggi.
Tulis rumusan kamu tentang hapuskan nyamuk aedes untuk membasmi demam denggi itu.
Jawapan rumusan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Rumusan saya berdasarkan bahan ialah nilai prihatin terhadap kebersihan persekitaran.
Misalnya, kita mesti menanam tayar buruk, tin kosong, dan botol kosong bagi mengelakkan
air bertakung dan menjadi tempat nyamuk bertelur. Selain itu, kita hendaklah memastikan
supaya mangkuk pasu bunga tidak menakung air bagi mengelakkan jentik-jentik membiak.
Seterusnya, jika kita mengidap demam denggi hendaklah berjumpa doktor bagi mendapatkan
rawatan. Konklusinya, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran agar
dapat menghapuskan nyamuk aedes untuk membasmi demam denggi.
.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 10 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN D


Penulisan (Menulis Karangan) 20 (20 Markah)

Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif
3.2.1 daripada sesuatu bahan multimedia.

3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi.

Soalan 17

Teliti bahan grafik yang telah disediakan di bawah ini. Kemudian tulis karangan berdasarkan
bahan grafik dan soalan yang diberikan.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kamu berpeluang mengunjungi pameran buku yang sedang diadakan di tempat kamu. Sebagai
wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan bagi menulis satu berita tentang pameran buku
tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.
Tulis berita kamu itu selengkapnya.

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 11 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 12 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

BAHAGIAN D [20 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022
Menggilap Permata Menghadapi UASA 2022 13 Soalan Bahasa Melayu (SK / SJK) - Tahun Enam

SKEMA JAWAPAN: KARANGAN CONTOH YANG LENGKAP DISEDIAKAN

Kerangka Karangan - Panduan untuk Menulis Karangan Berformat (Berita)


Format tempat peristiwa, tarikh – tajuk berita yang ditulis – tetamu istimewa yang terlibat
Idea 1 objektif pameran – memupuk minat dan suka membaca – Budaya Gemar Membaca
Idea 2 pertandingan bercerita, melukis – terbahagi dua kategori – tahap satu, tahap dua
Idea 3 pertandingan melukis – hadiah wang tunai, alat tulis – sumbangan syarikat buku
Penutup potongan harga istimewa – suasana meriah – mendapat sambutan menggalakkan

TEKNIK : {I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] / {I. C. I} : (Idea), (Keterangan), (Huraian)


{I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] Peluasan Idea : (Apakah? / Nyatakan ... / Bagaimana?)

PAMERAN BUKU SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2022

NIBONG TEBAL, 31 Ogos – Pameran buku sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 telah
dilangsungkan pada 27 Ogos bertempat di Auditorium Institut Latihan Perindustrian, Jalan
Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Pameran ini telah dirasmikan oleh
Datuk Husni bin Roslan, Pengerusi Gerakan Belia 4B (Malaysia) Negeri Pulau Pinang.
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat serta
suka membaca dalam kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran ini merupakan satu
daripada aktiviti Gerakan Belia 4B (Malaysia) Negeri Pulau Pinang sempena sambutan Hari
Kebangsaan negara kita kali ke-65.
Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan mewarna Jalur Gemilang juga
turut diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-
murid tahap satu manakala satu kategori lagi untuk murid-murid tahap dua.
Peralatan dan kelengkapan bagi pertandingan bercerita dan peraduan mewarna
disediakan oleh pihak penganjur. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah
berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat
buku terkemuka.
Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga istimewa sehingga 50%
daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Pameran buku yang diadakan juga
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

(* Jawapan lain yang logik dan sesuai diterima.)

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


PBD©Sumatif-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Menggilap Permata - Persediaan Menghadapi UASA 2022

Anda mungkin juga menyukai