Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami kemahiran mengambil nota
semasa kuliah. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih
mendalam mengenai tentang kemahiran mengambil nota . Saya juga dapat belajar
kemahiran tersebut selepas menyiapkan kerja kursus ini .

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet , selain itu saya juga
tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih lanjut . Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan
yang begitu memahami serta banyak memberi bantuan dengan menyumbangkan
idea dan sokongan kepada saya .

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu
En Rosli Bin Othman untuk mendapat maklumat lebih lanjut .

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu , saya


membuat kerja kursus dengan begitu tekun dan sabar . Saya saling merujuk antara
satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini . Dengan kerjasama
pelbagai pihak , akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya .

Akhir sekali , proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan
dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini . Saya begitu berpuas hati
dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada
masanya . Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini .
Semoga dengan bantuan anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa .

Sekian , terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai