Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menjalankan tugasan ini


bersama ahli kumpulan saya yang bernama Saya juga bersyukur pada Tuhan
kerana di atas limpah kurnianya saya telah Berjaya menyiapkan tugasan untuk
subjek ini.

Banyak telah saya pelajari melalui tugasan ini. Saya telah mempelajari
lebih banyak tentang kemahiran mengambil nota.Semasa mengambil nota,
banyak hal yang patut kita ambil berat seperti cara-cara mengambil nota dan
sebagainya. Selepas kita menguasai cara yang betul, kita dapat membuat kerja
kita dengan lebih bagus. Ini membantukan kita dengan lebih mudah
mengingatkan nota-nota yang penting.

Semasa saya menjalankan tugasan ini, saya juga dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan diri saya. Kekuatan saya adalah mampu untuk
bekerjasama dengan pelbagai orang. Kerjasama adalah penting kerana kerja
yang sukar akan menjadi mudah dan ringan jika kita membahagikan tugas
tersebut. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Saya perlu banyak bertanya banyak kepada guru semasa melaksanakan tugas
ini. Kemahiran komunikasi saya yang baik banyak membantu saya untuk
mengumpul maklumat. Pada mulanya agak sukar kerana kita masih baru di
tempat orang jadi kita tidak tahu apa yang orang akan fikir tentang kita. Jadi
sebagai seorang guru kita perlu melatih diri agar tidak malu dan berani
berhadapan dengan perkara dan tempat baru.Kelak apabila kita sudah menjadi
guru tentu kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah guru lain dan murid-
murid.

Kelemahan diri yang saya kenal pasti adalah tidak memahami


sepenuhnya tentang topik. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat
pelbagai bacaan dan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu,
saya mudah berfikiran negative tentang sesuatu. Fikiran ini membuatkan saya
tidak yakin melakukan sesuatu kerana fikir sesuatu yang buruk dan memalukan
akan terjadi. Namun saya sering berkata pada diri sendiri bahawa saya boleh
belajar dari saat yang buruk dan memalukan tersebut agar perkara tersebut tidak
akan berlaku lagi. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya di atas tunjuk ajar mereka.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai