Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya

menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pertama sekali, saya ingin merakamkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang mengajar iaitu Encik Zaimuddin Bin
Hj Hussein atas ilmu yang diajar kepada saya. Ilmu yang dicurahkan hanya Allah sahaja yang dapat
membalasnya.

Jujur saya katakan, kerja kursus ini bagi saya amat mencabar untuk diselesaikan kerana
terdapat banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan kerja kursus yang telah diberikan
sebelum ini. Kerja kursus ini memerlukan saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih
teliti dan pembacaan yang banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan-tugasan yang
diberikan lebih meluas dalam bentuk blog. Saya akui, terdapat banyak masalah dan kekangan yang
perlu saya hadapi sepanjang tempoh menyempurnakan kerja kursus ini memandangkan ini
merupakan pengalaman pertama dalam menghasilkan blog. Namun, segala masalah dan kekangan
tadi dapat saya atasi berkat kesabaran serta sokongan dan dorongan daripada orang-orang di
sekeliling saya.

Masalah saya yang paling utama dalam menyiapkan blog ini ialah masalah untuk menguruskan
blog ini sendiri. Jujur saya katakan, ini adalah pengalaman saya yang pertama dalam menghasilkan
blog memandangkan saya tidak pernah memiliki blog sendiri sebelum ini. Sebelum ini saya hanya
berminat untuk membaca blog-blog yang dihasilkan oleh orang lain sahaja. Namun, apabila kami
diminta untuk menghasilkan sebuah blog sebagai memenuhi permintaan kerja kursus, saya pada
mulanya agak takut untuk menghasilkannya sendiri kerana penguasaan saya dalam bidang teknologi
komputer ini sangat lemah. Saya yang pada mulanya menghadapi masalah untuk mencari dan
meletakkan aksesori-aksesori tambahan ke dalam blog saya kerana saya bukanlah seorang yang
kreatif, yang juga tidak mampu menghias blog saya agar tampak menarik. Namun, saya akhirnya
berjaya menghadapi masalah ini dengan melihat cara-cara menghasilkan blog di youtube dan rakan-
rakan sekelas telah memberi tunjuk ajar yang lengkap dan padat kepada saya mengenai aksesori-
aksesori tambahan yang perlu diletakkan di dalam blog saya.

Apa yang saya belajar daripada pengalaman ini ialah, saya sebagai seorang bakal guru haruslah
mempelajari lebih banyak kemahiran dan menguasainya kerana pada zaman hari ini, semua perkara
memerlukan seseorang itu untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran
menggunakan komputer. Saya harus lebih kreatif dalam melakukan apa-apa juga perkara sama
seperti menghias blog ini. Saya harus kreatif dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) kerana saya bimbang kanak-kanak akan mudah bosan jika corak pembelajaran
sama dari awal tahun sehingga akhir tahun

Masalah seterusnya yang perlu saya hadapi ialah masalah pengurusan masa. Jujur saya
katakan, saya bukanlah seorang yang mahir dalam menyusun jadual harian saya. Saya bahkan tidak
mempunyai jadual perancangan yang rapi bagi aktiviti harian saya. Tutorial, perbincangan kumpulan,
pembentangan dan kuiz serta ujian bagi subjek-subjek lain adalah perkara-perkara yang turut
memerlukan perhatian daripada saya. Saya perlu menyelesaikan semua ini dengan kadar yang
segera kerana tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan semuanya sangat singkat. Dalam
usaha menghasilkan blog yang sempurna, saya perlu mengambil masa yang lama untuk mengurus
blog saya. Hal ini ada kalanya telah mengehadkan masa saya untuk menumpukan perhatian saya
kepada blog ini kerana faktor-faktor lain yang telah saya sebutkan tadi. Ada kalanya juga saya
menghadapi masalah pertembungan masa dengan rakan-rakan sekelas yang lain apabila masa yang
telah saya peruntukkan untuk mengurus blog ini telah bertembung dengan perbincangan kumpulan
misalannya. Jadi saya mengambil jalan penyelesaian dengan mengambil waktu yang betul-betul
lapang untuk menyiapkan blog saya dengan menyiapkan semua tugasan yang memerlukan kami
untuk berbincang sebagai satu kumpulan.

Pengajarannya di sini ialah, kita sebagai satu kumpulan harus saling bertoleransi dengan ahli
kumpulan kita yang lain. Saya tidak boleh bersikap mementingkan diri saya sendiri memandangkan
kerjasama adalah tunggak dalam gerak kerja secara berpasukan. Saya juga tidak boleh
mengharapkan orang lain sentiasa memahami kepadatan jadual harian saya kerana sudah memang
menjadi adat dan perkara biasa bagi seorang pelajar dalam menghadapi situasi kepadatan jadual
seperti ini. Saya dapat belajar untuk memupuk sikap toleransi dalam diri saya memandangkan saya
perlu bertoleransi dengan anak-anak murid saya nanti, yang bersesuaian dengan keadaan pada masa
itu. Sikap toleransi dalam perkataan dan perbuatan ini kadangkala boleh menunjukkan kematangan
kita dalam bertindak mengikut situasi yang sedang berlaku.

Setelah berjaya menghasilkan sebuah blog mengikut tuntutan kerja kursus, saya dapati yang
pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, adalah sangat penting dan boleh dikatakan
wajib bagi setiap individu untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan menguasainya.
Sebagai seorang bakal guru, amatlah penting bagi saya untuk mempraktikkan segala kemahiran
dalam bidang teknologi yang telah diajarkan kepada saya ini supaya saya boleh menjadi seorang
guru yang berilmu tinggi bukan sahaja dalam bidang pendidikan yang berkaitan dengan buku,
malahan turut menjadi seorang yang berilmu tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi ini supaya kelayakan saya sebagai seorang guru kelak tidak akan dipertikaikan oleh
mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai