Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan
tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah saya,
iaitu Tn. Hj. Muhammad Amin Bin Simon , saya telah mendapati bahawa apa yang perlu saya
menjalankan dalam tugasan ini. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau tentang kerja kursus ini.

Tugasan Teknologi Dalam Pengajaran merupakan tugasan yang tidak akan saya lupakan
kerana ia sangat mencabar kesabaran saya. Walaupun tugasan ini adalah tugasan secara
individu tetapi kerjasama daripada semua rakan sekelas amat penting dan amat dihargai
semasa dalam perbincangan. Dengan ini, hubungan antara kelas juga bertambah erat dan
harmoni. Selain itu, pensyarah saya, iaitu Tn. Hj. Muhammad Amin Bin Simon telah
menerangkan langkah-langkah dan proses-proses untuk menghasilkan tugasan ini secara
ringkas dan tidak formal kepada kami. Saya berasa tertekan kerana tugasan ini amat
mencabar dan saya risau saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang
ditentukan. Sebelum ini tugasan ini merupakan tugasan dalam kumpulan, tetapi dalam
tugasan rasmi, tugasan ini telah berubah dan tugasan ini bukan lagi dalam kumpulan, malah
merupakan tugasan individu. Apabila mendapati maklumat ini, saya berasa lagi tertekan dan
riasu kerana saya tidak boleh membuat perbincangan dengan ahli kumpulan saya dan saya
perlu menyiapkan tugasan yang mencabar ini dengan sendiri. Justeru, saya berasa
bersyukur kerana masih boleh berbincang dengan rakan sekelas dan mengamalkan amalan
saling menolong. Manakala perbincangan ini kurang berjaya kerana ramai kawan juga
kurang faham dalam proses-proses menghasilkan tugasan ini.

Semasa cuti, saya juga memaksa diri untuk mula melaksanakan tugasan saya walaupun saya
berasa tidak ingin bermula dengan tugasan yang begitu mencabar ini. Pada mulanya, saya
mencari dan menkaji maksud dan takrif integriti kerana saya masih kurang faham tentang
maksud tersebut. Saya ingin memahami maksud tersebut sebelum saya memulakan tugasan
saya. Setelah mencari maksud dan contoh integriti dari web, buku dan kamus, saya juga
menanya kawan-kawan dan menemu ramah guru-guru semasa saya melaksanakan
Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah. Ramai guru yang tidak faham maksud tersebut
dan hal ini telah menjadikan proses saya untuk mendapatkan maksud ini agak susah. Dengan
maklumat yang begitu banyak daripada pihak sekolah, akhirnya saya telah memahami
maksud tersebut.

Tambahan pula, dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu video klip berasaskan tema
integriti. Oleh sebab itu, saya telah memilih tajuk yang berkaitan dengan Pendidikan Moral,
iaitu Pencemaran Alam Sekitar dan Jaga Alam Sekitar sebagai permulaan tugasan saya.
Saya telah memilih tajuk tersebut kerana saya mendapati pencemaran alam sekitar di
negara semakin serius seperti pencemaran air dan pencemaran udara. Alam sekitar yang
cantik merupakan anugerah Tuhan dan sepatutnya perlu dijagai dan dihargai oleh semua
rakyat. Amalan ini perlulah dididik sejak kecil lagi. Oleh itu, saya memilih tajuk ini supaya
murid yang menyaksikan dapat menerima objektif dan maklumat yang saya ingin sampaikan.

Sebelum saya mengambil rakaman video saya, saya bercuba untuk mereka halaman web
saya dengan menggunakan program exe. Pada mulanya saya berasa senang untuk mereka
satu halaman web, tetapi saya asyik gagal dalam mereka halaman web setelah beberapa kali
saya mencuba dalam satu hari. Pada masa itu, saya berasa gelisah kerana saya tidak tahu
apa yang perlu saya lakukan seterusnya. Walaupun saya berasa susah hati dan tertekan,
tetapi saya tidak berputus asa dan saya memberitahu sendiri bahawa saya tidak boleh
menangis kerana saya adalah seorang lelaki dan saya seharusnya bertabah.
Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk mencuba sehingga berjaya.

Sehubungan itu, saya telah melakar skrip video dalam masa yang singkat tetapi dalam
langkah rakaman video, saya telah mengambil masa yang agak panjang. Saya telah memilih
merakamkan video di dalam IPTHO iaitu di Taman Seni yang berlokasi di sebelah blok C
(Jabatan Kajian Sosial). Pandangan di taman tersebut indah dan sesuai dijadikan tempat
rakaman saya kerana saya dapati kebersihan di sana perlu diberikan perhatian. Oleh sebab
saya kurang yakin dalam pertuturan, saya telah NG beberapa kali. Saya berasa malu
apabila menghadapi shot kamera dan saya ingin ketawa pada mula merakam video kerana
ini adalah kali pertama saya membuat rakaman video. Selepas rehat beberapa minit,
akhirnya saya telah berjaya menghasilkan satu rakaman video yang tiada masalah.

Selepas itu, saya juga menyemak video yang saya hasilkan tersebut dengan teliti dan saya
juga menunjukkan video tersebut kepada kawan-kawan supaya mereka boleh menunjukkan
kesalahan atau cadangan kepada saya untuk saya menambahbaik rakaman video tersebut.
Justeru, saya pun bermula mereka web dengan menggunakan Microsoft Publisher. Saya
tidak jelas sangat tentang penggunaan Microsoft Publisher kerana jarang saya gunakan
Microsoft ini tetapi saya pernah menggunakan Microsoft Publisher ini dalam rekaan poster
dan tentatif. Demi mendapatkan cara penggunaannya yang lebih jelas, saya juga meminta
tunjuk ajar daripada kawan-kawan sebelum saya menggunakan Microsoft Publisher. Semasa
mereka web, saya perlu tentukan isi kandungan yang perlu diletakkan, reka letak dan
animasi yang perlukan.

Teknik-teknik seperti insert, upload dan hyperlink amat diperlukan dalam mereka
halaman web. Walaupun teknik-teknik ini merupakan teknik yang asas dalam pendidikan
teknologi, tetapi saya masih mengadapi masalah semasa menjalankan bahagian ini. Saya
tidak dapat insert video saya pada mulanya dan saya juga meminta tunjuk ajar daripada
kawan. Manakala kawan-kawan juga berasa sakit kepala tentang insert video dan kami
terpaksa berbincang bersama-sama untuk mendapatkan cara penyelesaian masalah ini.

Seterusnya, program Hot Potatoes 6 juga digunakan untuk mereka kuiz. Saya langsung
tidak ada pengetahuan tentang program ini dan inilah kali pertama saya menyedari terdapat
program yang demikian. Malah, sekarang saya mengetahui program ini telah membawa
banyak faedah dan kemudahan bagi guru untuk menghasilkan soalan. Saya telah cuba
menghafalkan cara penggunaan program ini supaya dapat saya digunakan pada suatu masa
nanti kerana sebagai profesion guru, program ini amat berguna. Selepas itu, saya
menggunakan Hot Potatoes ini membuat empat soalan kuiz.

Di samping itu, papan cerita video juga tidak boleh diabaikan. Sebelum saya meniap semula
ke dalam jadual papan cerita video, saya perlu mencatat masa yang diambil untuk setiap
tayangan audio, video, tulisan dan grafik dalam kertas. Dalam langkah membuat analisis dan
meniap semula, saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan papan
cerita video. Kemudian itu, saya upload semua hasil kerja yang telah dilaksanakan. Semasa
upload bahan-bahan ini, ia memerlukan masa yang banyak. Saya juga mendapati bahawa
membuat laman web ini, upload video bukan perkara yang senang. Saya perlu sentiasa
belajar dan sentiasa menggunakan supaya saya dapat senang untuk membuat laman web ini.

Secara konklusi, tugasan ini telah memberi saya banyak pengalaman yang baru dan
sekarang saya telah mempunyai ilmu pengetahuan tentang mereka halaman web. Melalui
tugasan ini, saya juga telah mempelajari banyak ilmu yang baharu dan canggih yang akan
membawa banyak faedah dan kemudahan kepada saya kelak. Ilmu pengetahuan tentang
teknologi ICT juga telah dipertingkatkan melalui tugasan yang mencabar ini supaya saya
dapat menyesuaikan diri dengan profesion keguruan. Pengetahuan tentang tentang
teknologi ICT misalnya program Hot Potatoes 6 amat penting untuk saya semasa saya
menjadi guru pada masa depan.

Refleksi

Saya telah menerima tugasan ini pada 30 Januari 2012 oleh pensyarah
pembimbing bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu. Menerusi tugasan ini,
saya perlu menyiapkannya secara individu. Terdapat empat sub-tugasan
yang diberikan iaitu berkaitan pengenalan kepada kandungan bidang kajian
morfologi, definisi konsep pembentukan kata, proses pembentukan kata,
analisis kata pinjaman dalam petikan berkaitan bahasa serta proses dan jenis
pembentukan akronim.
Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus
berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya
mengaplikasikan semua pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman
tentang subjek morfologi. Sememangnya semua maklumat atau nota dapat
dicari dan dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun
untuk menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini kami perlu memahami
konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya
perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui
pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Saya sebenarnya sudah mempelajari tajuk morfolgi pada semester
yang lalu. Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota
yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya
merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini
membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di
dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat
yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang
disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula
hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas
dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar samata-
mata. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan
menguasai bidang sintaksis ini, latihan ialah perkara yang paling penting perlu
dilakukan.
Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya
mulai jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab
dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat
gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat
membina banyak kefahaman berkenaan konsep pembentukan kata serta
proses pembentukan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang belum
saya kuasai sebelum ini. Walaupun masih tidak dapat menguasai
sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini banyak membantu saya
memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Pada masa sekarang, saya
rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang
telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa
apa yang telah pelajari. Oleh hal yang demikian, sebagai guru bahasa Melayu
kelak, saya sangat menyesal atas kesilapan ini. Saya akan berusaha untuk
sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan penguasaan saya dalam bidang
tatabahasa kerana sangat memalukan jika seorang bakal guru bahasa tidak
mahir tentang bahasa khususnya berkaitan morfologi.
Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di
institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan.
Oleh hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai
perkaitan antara satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang
bakal guru bahasa. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah
terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya
memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam
kelas. Saya mulai sedar masih banyak kelemahan diri saya dalam bidang
morfologi. Pada masa akan datang, saya akan mendapatkan bimbingan yang
lebih daripada pensyarah Pengajian Melayu terutamanya dalam bidang
tatabahasa Melayu.
Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan
perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap
subjek yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar
penguasaan dalam bidang tatabahasa dapat dikukuhkan. Saya akan cuba
memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih
mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas
dalam aspek bahasa Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan
saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan
pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak
pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya
fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru
kelak.

KPM

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-
rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun
asia dan islam secara terperinci lagi.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana
saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri..
Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk
sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang
bagi saya amat bernilai ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah
s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para
pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini
akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan
bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin
rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-
rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini.
Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah
dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi


melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar
yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan
tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini
telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai
profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang
guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban
demi agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai