Anda di halaman 1dari 2

Contoh Analisis Etika(Teori Etika Berkaitan Perbuatan Rasuah) Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah

walaupun tidak dinyatakan.. Kesalahan rasuah boleh berlaku di dalam organisasi, pentadbiran dan di kalangan guru. Misalnya seorang guru Matematik yang mengajar di kelas 5A, anak perempuannya juga belajar di kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun, anaknya tidak mendapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu beliau merasa kasihan terhadap anaknya. Beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan markah anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain. Adakah tindakan guru ini beretika? Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh guru dalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral kerana tindakannya tidak memberi manfaat kepada orang lain malah merugikan murid lain yang telah berusaha keras untuk peperiksaan tersebut. Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah baik kerana mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya sendiri selain meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan. Niat yang baik seringkali membawa kepada kebaikan kerana mendahului kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri. Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak beretika dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang dilakukannya. Kesan yang pasti timbul adalah pandangan negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsia guru ini diketahui umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan tidak beriman kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala. Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yang menpunyai sikap pilih kasih terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang jelas dilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang tidak bertepatan. Kadang kala disebabkan pihak pentadbir yang mempunyai pertalian yang akrab dengan guru seringkali dipandang berbanding guru yang memberi perkhidmatan sepenuh hati tetapi tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atas alasan guru berkenaan tidak popular di kalangan pentadbir. Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian, menyatakan do to others as you would have them do to you. Dalam hal ini, tindakan yang diambil oleh pentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang diterima perlu dibalas dengan kebaikan. Berbeza dengan pandangan Utilitarianism ianya tidak memberi manafaat kepada organisasi kerana kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya perhubungan menjadi kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada majoriti atau anggota organisasi sekolah

berkenaan,menyebabkan suasana bekerja tidak menjadi kondusif. Secara tidak langsung. Misi dan visi sekolah sukar untuk dicapai. Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalam pendidikan perlu diberikan semula agar masalah ini dapat dibanteras dari akar umbi.

Anda mungkin juga menyukai