Anda di halaman 1dari 5

ELEMEN MEREKA BENTUK LAMAN WEB YANG MENARIK (RAYPORT DAN

JAWORSKI, 2001)

Pengenalan
E-dagang adalah kaedah elektronik dan platform untuk menjalankan perniagaan dimana
pelanggan dapat melakukan urusniaga melalui talian dengan memperolehi maklumat latar
belakang syarikat, polisi, barangan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, e-dagang
membolehkan aktiviti pembelian secara elektronik dan juga pemasaran. E-dagang mula
berkembang di Malaysia sejak tahun 2011, di mana lebih banyak syarikat asing e-dagang yang
berkaitan mula meneroka ke dalam pasaran tempatan. Namun di tahun 2020, telah mengubah
trend perniagaan di Malaysia secara keseluruhan melalui cara hidup, bekerja dan berbelanja
dalam talian disebabkan oleh pandemic covid-19. Scenario ini menyebabkan penerapan e-dagang
dalam aktiviti perniagaan dikalangan peniaga meningkat secara mendadak samaada dalam
perusahaan kecil mahupun industri besar. (sumber berita harian online)
Laman web menjadi salah satu medium yang digunakan dalam e-dagang bagi meneruskan
aktiviti perniagaan. Pengalaman pengguna yang sangat baik merupakan ciri penting bagi kedai e-
dagang untuk bersaing dalam perniagaan. Oleh kerana itu, bagi meningkat penjualan dalam
sesebuah kedai e-dagang, rekabentuk laman web yang menarik adalah kriteria utama yang perlu
di tekankan umtuk menggalakkan pengguna web sering melayari laman web tersebut. Menurut
model Rayport dan Jaworski, 2001 terdapat 7 elemen utama untuk merekabentuk laman web
yang menarik iaitu konteks, kandungan, komuniti, penyesuaian, komunikasi, hubungan dan
perdagangan.

KONTEKS

- Susunan dan reka bentuk


- Susunan laman web yang teratur dan disertakan sambungan2 yang jelas akan menjadi
daya tarikan kepada pembaca. Bagi mendapatkan “output” yang menarik disarankan anda
membuat peta tapak iaitu ‘outline’ bagi laman web anda dengan menunjukkan idea dan
topik besar bersama-sama dengan subtopic yang terkandung di dalamnya. Peta tapak ini
juga memaparkan struktur heirarki untuk tapak web anda. Susunkan kesemua data dan
informasi yang ingin anda masukkan supaya ia kelihatan kemas. Ini akan memudahkan
pembaca anda memperolehi sebarang informai yang dikehendaki mereka. Para
pengunjung pasti akan kembali ke laman web dan jika ia dapat memenuhi apa yang
dikehendakinya.
- Infomasi yang lengkap dan menarik
Dalam

KANDUNGAN/ ISI KANDUNGAN


- Teks, gambar, bunyi dan video yang sedia ada di laman web.
- Mengemaskini isi kandungan baru dalam laman web anda menunujkkan bahawa
pelanggan sedang berurusan dengan peniaga yang masih aktif dan boelh dipercayai.
Majority bahagian dalam laman web tidak perlukan kandungan yang sentiasa
dikemaskini. Sekurang-kurangnya satu bahagian sahaja yang selalu dikemaskini.
- Tambah halaman blog atau berita yang menunjukkan event/kursus terkini, pelancaran
produk terbaru, dan lain-lain yang sesuai dengan perniagaan anda. Ini menunjukkan
perniagaan yang sentiasa hidup dan berkembang, malah ia juga menyumbahng kepada
optimasi laman carian. Google lebih menyukai laman web yang sentiasa dikemaskini dan
kandungan laman webnya adalah releven dengan industry yang diceburi.
-
- Pengguna kini mengharapkan laman web yang lebih teratur dan reka bentuk yang baik. Ia
mampu memberikan pengalaman berbeza kepada pelawat laman web. Tak kira samada ia
adalah gambar yang menyerlah, video yang menarik atau reka bentuk responsif, pastikan
pelawat laman web terkesan dengan design yang senang pada pandangan. Gunakan
gambar produk atau servis yang jelas sebagai gambar utama. Gambar video yang
berkualiti tinggi akan membezakan laman web satu perniagaan dengan pesaingannya
sendiri.
- Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman web. Biasanya navigation bar
diletakkan di atas setiap mukasurat laman web dan hendaklah konsisten antara satu muka
dengan muka yang lain. Tidak kurang juga navigation berada di sebelah tepi sesuatu
laman web. Terdapat juga laman web yang membahagikan muksurat mereka kepada dua
bahagian: satu mengandungi navigation bar dan satu lagi mengandungi isi kandungan
yang hendak disampaikan. Rekabentuk begini menetapkan navigator pada kedudukan
asal walaupun butang navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak
terhad kepada teks sahaja. Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu laman web itu
lebih cantic dna menarik. Tidak kira anda menggunakan teks atau grafik apa yang penting
ialah, setiap butang navigation bar itu perlu mewakili sambungan-sambungan yang
tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan butang
mukasurat yang sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan mukasurat2 lain
atau buatkan ia sebgai butang tidak aktif. Sebagai tambahan maukkan butang back dan
forward ataupun previous dan next bagi menyenangkan pembaca.

KOMUNITI
- Bagaimana laman web membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama
lain.
- Hubungkan dengan media social. Salah satu cara memasarkan perniagaan anda secara
organic dengan kos rendah.
- Biarkan semua orang tahu apa yang orang lain anggap tentang perniagaan anda.
- Menurut kajian brightlocal, 85% daripada pengguna membaca ulasan/review tentang
sesuatu perniagaan- meningkat daripada 76% pada tahun 2012. Semakin pengguna rasa
lebih selesa dan biasa dengan review, mereka akan lebih cenderung menjadi pelanggan
atau tidak menjadi pelanggan dalam sesuatu perniagaan baru.
- Sediakan ruang dalam laman web anda yang menunjukkan ulasan positif tentang apa
yang pelanggan akan katakana. Tambahkan ‘plugin’ yang membenarkan pelawat
menambah ulasan terus ke dalam laman web. Itu lebih meyakinkan seperti meletakkan
plugin facebook atau yelp.
- Apabila mempunyai review, andalah lebih baik review tersebut dikemaskini dari semasa
ke semasa. Jadi latih pekerja anda untuk cuba meminta ulasan atau review berkenaan
servis atau produk bagi perniagaan anda daripada pelanggan.
- Soalan lazim (faq- frequently asked question)- anda mungkin berhadapan dengan soalan2
yang sama dari pembaca2 yang berlainan. Dengan mewujudkan ruangan FAQ, anda
boleh menjimatkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan
sekaligus menyenangkan pembaca2 lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang
bakal ditujukan kepada anda. Kebanyakan laman web yang mengandungi ruangan FAQ
ini, biasanya akan menyeneraikan soalan2 popular di bahagian atas muka surat dengan
membuat sambungan kepada jawapan2nya. Pembacan hanya perlu klik pada soalan dan
mereka akan disambungkan kepada jawapan kepada soalan berkenaan.

PENYESUAIAN / PEMADANAN
- Keupayaan laman web yang membolehkan pengguna mengubah struktur dan kata
penghantar laman web dan memberi kepuasan dan kemudahan yang maksimum.
- Borang komen- ruangan komen membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan
secara online dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Anda
juga tidak perlu memeningkan kepala melayan pemanggil2. Sebaliknya anda hanya perlu
menjawab sebarang pertanyaan melalui email ataupun surat. Bukan setakat tempat
mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki
sebarang kelemahan yang terdapat di dalam laman web anda. Anda dapat
memperlengkapkan informasi-informasi di dalam web anda berdasarkan komen-komen
pembaca.
-

KOMUNIKASI
- Bagaimana laman web membolehkan komunikasi antara laman web dan pengguna.
- Buktikan bahawa wujudnya anda atau orang lain yang menguruskan laman web.
- Tambahkan maklumat hubungi kami dengan jelas. Ia kadangkala diambil mudah oleh
sebahagian peniaga yang tidak mempunyai tapak jualan atau pejabat sehingga boelh
menyebabkan pelanggan kurang percaya atau jatuh kredebiliti perniagaan.
- Pengguna menganggap mereka boelh berhubung langsung dengan seseorang apabila
ingin melakukan pembayaran. Nyatakan dengan jelas cara menghubungi pemilik laman
web samaada melalui email, facebook atau nombor telefon.
- Penting juga untuk anda memasukkan alamat perniagaan walaupun ia adalah alamat
rumah atau pejabat maya (virtual office) yang anda sewa alamatnya. Biasanya maklumat
ini berada paling bawah laman web anda.
HUBUNGAN (CONNECTION)
- Tahap kecekapan laman web untuk menghubungi laman web yang lain.
-
-

PERDAGANGAN
- Keupayaan laman web untuk membolehkan urus niaga perniagaan dijalankan.
- Perniagaan yang menjual produk seharusnya mempunyai laman web ecommerce bagi
memudahkan pelanggan membuat pembayaran. Tak kiralah samada kedai anda terletak di
lokasi strategi atau tidak, pasikan pelanggan dapat membeli produk anda walaupun tidak
dapat ke kedai.
- Biarpun anda menggunakan laman web lain untuk menjual produk anda seperti zalora,
lelong atau amazon, ia sudah mencukupi, namun masih terdapat kesukaran untuk anda
menerima pembayaran seperti ia perlu melalui bahagian pemilik laman web terlebih
dahulu.
- Pilihan terbaik, adalah menambah tempahan atas talian atau laman web ecommerce yang
boleh memudahkan anda menerima tempahan dan pembayaran.
-

Rujukan: (https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/05/689812/covid-19-lonjak-
penggunaan-e-dagang)

Anda mungkin juga menyukai