Anda di halaman 1dari 34

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADE 1013
ASAS KEUSAHAWANAN (JJ171)
SEMESTER JANUARI 2018/2019

NAMA AHLI KUMPULAN

BIL NAMA NO MATRIK


SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Mohd Farid Bin Mhd Nasir


1 249080

2 Farah Binti Ishak 249976

3 Mohd Nu’man Bin Abd Aziz 250105

4 Mohd Suhaimi Bin Haji Ahmad 250136

NAMA PENSYARAH
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

PUAN SAUDAH AHMAD

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JANUARI SESI 2018 (JJ171)

SADE1013-ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH

NO PENILAIAN MARKAH YANG MARKAH YANG


DIPERUNTUKKAN DIPEROLEHI
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

1. Pengenalan 3

2. Huraian, Perbincangan dan 15


cadangan

3. Kesimpulan dan kualiti 5


penulisan

4. Rujukan dan lampiran 2

Jumlah markah 25 markah

Komen :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

___________________________________________________________________
Tandatangan Pemeriksa : _______________________

Nama Pemeriksa : _______________________

Tarikh : _______________________

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 PENGENALAN 1

2 MATLAMAT PERNIAGAAN , VISI, MISI 2


SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

3 CIRI – CIRI USAHAWAN BERJAYA 3-5

4 STRATEGI PERNIAGAAN 6-7

5 PENGGUNAAN E-DAGANG 8-9

6 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN 10 - 11

7 KESIMPULAN 12

8 RUJUKAN 13
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

9 LAMPIRAN 14 - 16

1.0 PENGENALAN
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Rempeyek dan tumpi merupakan kuih tradisional yang cukup digemari oleh
masyarakat Melayu di negara ini kerana keenakan yang tersendiri.Berikutan
keenakannya, kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India. Kini
tumpi dan rempeyek boleh dianggap sebagai kuih 1Malaysia.Berdasarkan
sejarah, kuih tumpi dan rempeyek ini popular dalam kalangan masyarakat Jawa
yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.Justeru, kerana ia terus digemari
khususnya apabila menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, kini ramai
pengusaha mewarisi pembuatan rempeyek dan tumpi bagi memenuhi
permintaan tinggi pelanggan.Namun, tidak ramai pengusaha yang masih
mengekalkan bentuk, mutu dan rasa aslinya kerana ia diubah suai bentuk dan
ramuannya(Utusan Malaysia, 04/09/2010).

Seorang usahawan muda, yang dikenali sebagai Encik Zainal Azmi yang
berumur 27 tahun memulakan perniagaan Rempeyek Sri Kejai pada tahun 2010.
Beliau mempunyai pelbagai pengalaman sebelum memulakan perniagaan
rempeyek tersebut iaitu seperti bekerja di kedai makanan dan lain-lain lagi.
Dengan berbekalkan pengalaman dan minat dalam bidang makanan dan
perniagaan, beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya rm7000 untuk
membina sebuah tempat kecil, peralatan khas serta bahan mentah yang
digunakan.
Beliau merupakan anak yang ke empat daripada lima beradik juga
merupakan seorang Pegawai Imigresen yang bertugas di Pejabat Imigresen
Padang Besar, Perlis. Dengan bantuan ahli keluarganya, Encik Zainal
memulakan perniagaannya dengan membuat rempeyek dahulu, menggunakan
resepi rahsia warisan keluarganya. Dengan hanya 6 orang pekerja terdiri
daripada ahli – ahli keluarga, beliau mampu menghasilkan hampir 1000 paket
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

seberat 1 kilogram rempeyek dalam sehari. Beliau juga menghasilkan pelbagai


kuih – muih seperti murukku, karipap, biskut almond untuk meningkatkan
keuntungan perniagaan beliau.
Beliau memasarkan produknya di kedai- kedai sekitar Kuala Ketil, Pasar Kuih
Tradisional, dan sebagainya. Encik Zainal Azmi juga menghasilkan produk
rempeyek dalam pelbagai saiz paket dan balang mengikut keperluan pelanggan
untuk meningkatkan keuntungan. Encik Zainal juga mempunyai pelbagai ciri
usahawan dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

MATLAMAT PERNIAGAAN
1) Menjual produk dengan harga berpatutan bagi meningkatkan keuntungan
perniagaan.
2) Mengembangkan produk keluaran Rempeyek Sri Kejai ke seluruh Malaysia
melalui penyelidikan pasaran yang lebih intensif menerusi program
perkongsian dengan pelanggan.
3) Menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan bagi meningkatkan taraf
ekonomi penduduk setempat .
4) Memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan.

MISI
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Memaksimumkan keuntungan atas penjualan rempeyek di samping memberi


peluang pekerjaan kepada masyarakat amnya dan penduduk setempat khasnya.

VISI
Menjadikan Rempeyek Seri Kejai sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua
lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan
antarabangsa.

CIRI – CIRI USAHAWAN REMPEYEK SRI KEJAI

Seorang individu yang berjaya dalam bidang keusahawanan ataupun ingin


membina diri sebagai seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri – ciri
tertentu. Usahawan juga dikatakan mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik,
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

hebat serta mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan


kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi keusahawan dengan berkesan. Encik
Zainal Azmi juga mempunyai ciri – ciri usahawan yang tertentu untuk mencapai yang
matlamat yang ditetap. Antara ciri – ciri penting yang ada pada encik Zainal Azmi
adalah :-

1) Mempunyai insiatif yang tinggi

Usahawan bersikap proaktif dalam melakukan sesuatu tanpa memunggu


arahan. Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala
tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan juga akan
menentukan matlamat dan mengambil langkah- langkah yang tertentu untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan. Usahawan kita juga, iaitu Encik Zainal
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh encik dalam perniagaan. Dia
juga meletakkan matlamat sendiri dan juga berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut.

2) Berani mengambil risiko


SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan


mengalami kerugian ataupun keuntungan. Usahawan juga menghadapi
ketidaktentuan masa depan perniagaan kerana mungkin terpaksa
menaggung kerugian. Namun dia mengambil risiko sebagai cabaran.
Usahawan kita juga seorang usahawan yang berani mengambil risiko.
Sebagai contoh, encik Zainal menghadapi pelbagai masalah dalam tahap
awal memulakan perniagaan seperti kerugian, permintaan yang kurang,
kekurangan tenaga kerja dan sebagainya. Namun, dia berusaha dan
menyelesaikan masalah untuk mengeluarkan produk dia.

3) Bijak merebut peluang

Usahawan merupakan seorang yang sensitive terhadap perubahan


persekitaran. Dia juga mempunyai kepunyaan melihat masalah sebagai
peluang untuk mendapat keuntungan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Seseorang usahawan itu akan merebut
peluang untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan
lagi perniagaan mereka. Sebagai contoh, setiap kali menjelang Hari Raya
Aidilfitri permintaan rempeyek daripada pelanggan sangat tinggi. Encik Zainal
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

juga merebut peluang tersebut dan memenuhi permintaan musim perayaan


untuk mendapat keuntungan yang banyak.

4) Kreatif dan Inovatif

Usahawan juga perlu mempunyai kemampuan melahirkan idea yang baru. U


sahawan juga perlu mencuba sesuatu yang baru dan melakukan inovasi
dalam pernigaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Usahawan
hendaklah sentiasa peka dan berfikiran terbuka bagi membuat penggubah
suaian dalam organisasi serta operasinya supaya usahawan tersebut dapat
melakukan perubahan serta mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh,
usahawan kita juga mencuba sesuatu yang baru seperti mempromosikan
rempeyekdalam sosial untuk meningkatkan penjualan. Encik Zainal juga
mengubah rekaan pembungkusan dan bentuk produk untuk menarik
perhatian pelanggan.

5) Berwawasan
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Usahawan merupakan seorang sentiasa memandang kehadapan dan


mempunyai cita – cita tinggi. Usahawan juga bersikap positif terhadap segala
kemungkinan masa depan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka
masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Dengan adanya
hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke
arah pencapaian wawasan yang ditetapkan. Sebagai contoh, encik Zainal
juga mempunyai hala tuju mengembangakan perniagaannya ke luar negara
bermula dengan Singapura dan Indonesia untuk meningkatkan keuntungan
perniagaan Rempeyek Sri Kejai.

6) Sanggup berkorban

Pelaburan masa usahawan dsalam perniagaan adalah sangat tinggi.


Usahawan juga perlu mengorbankan pelbagai aktiviti untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Usahawan perlu melibatkan diri secara
sepenuhnya dalam tugas kalau kerja bawah sesuatu syarikat. Dengan itu dia
mungkin tidak mempunyai cuti dan terpaksa bekerja jangka waktu yang
panjang. Sebagai contoh, usahawan kita juga sanggup berkorban masa, tidur
untuk perniagaan tersebut. Encik Zainal juga merupakan seorang penjawat
awam dan dia juga perlu beratur dan berkorban masa untuk perniagan masa
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

musim perayaan sebab mendapat permintaan yang tinggi. Usahawan kita


juga berhenti pelajaran untuk meneruskan perniagaan tersebut.

7) Motivasi untuk kejayaan dan berkembang maju

Motivasi dalaman yang tinggi dan berkobar – kobar dalam diri usahawan
merupakan factor utama yang mendorong dan menggerakan usahawan
untuk sentiasa berkembang ke hadapan. Seseorang usahawan akan
membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.
Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil
yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu,
usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping
itu, usahawan akan berusaha menghasilkan barang baru. Encik Zainal juga
mengambil usaha untuk mendapat keuntungan yang lumayan dan berusaha
untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara.

5.0 STRATEGI PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN


SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan
itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain.
Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit
yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan
jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang
dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan
dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan
tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia
mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam
perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.
ditetapakan. Antara strategi yang digunakan oleh pemilik perniagaan Rempeyek

Sri Kejai adalah:-

5.1 PRODUK

Produk adalah sesuatu yang bisa ditawarkan di pasar untuk mendapatkan


perhatian, permintaan, pemakaian atau konsumsi yang dapat memenuhi
keperluan pelanggan. Seorang usahawan juga perlu melakukan perubahan rasa,
bentuk, warna, ukuran dan kualiti dan melakukan info atau pemberitahuan
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

kepada pelanggan. Encik Zainal juga harus menjaga kualiti produk dia untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Dia juga selalu mencuba varian rasa dan
varian ukuran yang baru. Sebagai contoh, encik Zainal mencuba varian rasa
yang baru dalam rempeyek seperti rempeyek Cappucino, Bbq, Tomyam dan
sebagainya. Usahawan kita juga mengeluarkan remepeyek saiz kecil `mini
rempeyek’ untuk menarik perhatian ramai pelanggan. Dia mengeluarkan produk
seperti ini menikut kehendak dan citarasa pengguna.

5.2 HARGA

Harga adalah sejumlah wang yang dibebankan untuk sebuah produk atau jasa.
Secara lebih luas, harga adalah keseluruhan nilai yang ditukarkan konsumen
untuk mendapatkan keuntungan dari kepemilikan terhadap sebuah produk atau
jasa.pelanggan juga terbahagi kepada 2 kategori. Ada pelanggan yang suka
dengan harga yang murah dan tidak ambil peduli pasal kualiti sesuatu produk itu
dan ada juga pelanggan yang melihat kualiti sesuatu produk tanpa melihat harga
produk tersebut. Encik Zainal juga menentuka harga yang berpatutan untuk
produk dia. Ramai pelanggan memilih produk rempeyek Sri Kejai sebab harga
produk tersebut lebih rendah berpatutan berbanding dengan rempeyek syarikat
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

lain. Harga produk Rempeyek Sri Kejai adalah Rm 13 untuk sebalang dan Rm 8
untuk sepaket rempeyek.

5.3 PROMOSI

Langkah seterusnya untuk mengembangakan perniagaan ialah promosi.


Promosi bermaksud usaha – usaha yang diambil oleh pemilik atau syarikat untuk
menyebarkan informasi kepada pelanggan. Promosi sangat penting dalam
perniagaan,jika tidak ada promosi,pelanggan tidak tahu apa kelebihan produk
ataupun kelemahan produk. Encik Zainal juga mempromosikan produk dia dalam
pelbagai aspek. Biasanya, encik Zainal menggunakan media sosial untuk
mempromosikan produk dia. Media sosial peranan yang penting untuk menark
perhatian ramai pelanggan. Dia juga meletakkan gambar pelanggan dengan
produk dia dalam facebook untuk menyebarkan maklumat produk. Tambahan
pula, cara yang dilakukan oleh encik Zainal ialah mulut ke mulut. Dia
memberitahu dan menyebarkan tentang produk dia kepada kawan – kawan dan
saudara. Banner/Banting boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang
baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul. Encik Zainal juga bergantung
banner dan banting di seluruh kawasan daerah Kuala Muda untuk mendapat
ramai pelanggan.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

5.4 PROSES

Proses (process) adalah kegiatan yang menunjukkan bagaimana pelayanan


diberikan kepada konsumen selama melakukan pembelian barang. Usahawan
yang ingin berjaya sering menawarkan berbagai macam bentuk pelayanan untuk
tujuan menarik konsumen. Proses juga bermaksud sebagai mutu layanan sangat
bergantung pada proses penyampaian informasi kepada konsumen. Encik Zainal
juga memberi layanan baik kepada pelanggan semasa melakukan pembelian
barang. Setiap konsumen yang datang akan dilayani oleh Zainal dan akan di
arahkan sesuai dengan keperluan dan kebutuhan konsumen masing – masing.
Encik Zainal memberi diskaun dan gratis kepada pelanggan untuk menarik
perhatian. Dia juga memberi testimonial kepada pelanggan sebelum konsumen
membeli produk.

6.0 PENGGUNAAN E – DAGANG


SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

E-Dagang merupakan satu sistem laman web yang membolehkan pemiliknya


melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggan. Hal ini sudah
semestinya melibatkan keseluruhan proses jual beli termasuk pengiklanan dan
penghantaran. Pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan,
pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan.
Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang.

6.1 ISU DAN KEPENTINGAN E - DAGANG

Perniagaan dalam talian boleh dikatakan berlangsung 24 jam sehari, 7 hari


seminggu. Urusan jual beli dan transaksi boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana
sahaja. E-dagang telah melahirkan peluang perniagaan yang baharu. Ramai
usahawan dalam talian telah merebut peluang-peluang ini seperti menghasilkan dan
menjual ebook. Penulis-penulis tempatan telah menghasilkan dan menerbitkan
tulisan serta karya mereka sendiri ada juga yang bijak memasarkan produk mereka
menerusi aplikasi seperti Adsense (google) dan Fbads (facebook.com). Produk-
produk IKS tidak lagi berlegar di sekitar kawasan terdekat malah mampu merentasi
sempadan, daerah, negeri dan seterusnya sempadan antarabangsa. Ketelusan
transaksi sangat dituntut terutama apabila berurusan dengan pihak atau jabatan-
jabatan kerajaan. Penggunaan konsep e-dagang oleh jabatan atau badan-badan
kerajaan menerusi e-Perolehan telah menghapuskan penyelewengan dana-dana
kerajaan dikalangan pentadbir jabatan-jabatan kerajaan kerana urusan perolehan,
pembekalan dan perkhidmatan boleh dipantau secara langsung. Encik Zainal juga
menggunakan facebook untuk memasarkan dan mempromosikan produk dia. E-
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

dagang juga memainkan peranan penting untuk peningkatan penjualan produk


Rempeyek Sri Kejai. Encik Zainal telah memperolehi keuntungan lumayan melalui e-
dagang.

6.2 CABARAN DAN HALANGAN E – DAGANG

E-dagang mendatangkan banyak manfaat dari segi ekonomi dan sosial, namun
cabaran-cabaran atau halangan tetap akan wujud seperti mana perniagaan
tradisional. Aktiviti jual beli jika tidak dilakukan dengan berhati-hati boleh
mendatangkan kerugian yang besar kepada peniaga dan pembeli.

A) KEPERCAYAAN PELANGGAN

Kepercayan pelanggan amatlah penting dalam e-dagang. Hal ini kerana, jika
penaiga telah melakukan sesuatu samada sengaja atau tidak, risiko
kehilangan pelawat e-shop atau laman jualan di laman-laman sosial boleh
berlaku. Memperolehi kepercayaan prospek ternyata amat sukar kerana
pendapat-pendapat negetif tentang sesuatu amat mudah tersebar. Sebab itu,
encik Zainal cermat dan bijak dalam menarik keyakinan pelanggan untuk
mengelakkan penyebaran pendapat negatif.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

B) KOS INTERNET YANG TINGGI

Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah organisasi


perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan
dengan produk. Para peniaga dan pelanggan akan menghadapi masalah
sekiranya kos bagi mengakses Internet melibatkan kos yang tinggi. Sekiranya
kos bagi Internet mahal atau tinggi, ianya pastinya akan menyukarkan
banyak pihak. Selain itu, ianya juga menjadi penyumbang kepada halangan
untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi Internet. Encik
Zainal juga menghadapi masalah kos internet yang tinggi. Dia juga terpaksa
menggunakan facebook masa yang lama untuk memasarkan produk. Sebab
itu, encik bayar kos yang tinggi untuk akses internet.

C) KEKURANGAN PENGETAHUAN DALAM KONSEP E – DAGANG

Masalah seterusnya ialah kekurangan pengetahuan dan pendedahan di


kalangan pengguna tempatan berkaitan dengan konsep e-dagang, lebih-lebih
lagi di kawasan pendalaman. Kebanyakan pengguna internet dan vendor
gagal dalam mempromosikan bahawa konsep e-dagang hanya merupakan
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

satu pengembangan kaedah jualan tradisi kepada jualan elektronik dalam


proses perniagaan. Encik Zainal juga mempunyai pengetahuan rendah
terhadap konsep e – dagang sebab dia tidak masa belajar tentang e –
dagang dan duduk dalam kampung kawasan pendalaman.

7.0 FAKTOR – FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

Setiap individu yang menceburi bidang perniagaan inginkan kejayaan. Individu


yang mempunyai keinginan untuk menjadi usahawan berjaya, ia bukanlah
sesuatu perkara yang mudah. Kejayaan akan dapat dikecapi oleh usahwan
sekiranya mereka gigih dan bersungguh – sungguh. Usahwan berjaya perlu
melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam
menguruskan perniagaan untuk mencapai kejayaan. Faktor – faktor kejayaan
perniagaan Rempeyek Sri Kejai adalah:-

A)KEPUTUSAN YANG BIJAK

Pertama ialah keputusan yang dibuat yang secara sedar. Rancangan


perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

perniagaan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya


maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat
mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri
yang mereka ceburi. Encik zainal membuat keputusan yang bijak dan dibuat
secara sedar untuk meningkatkan keuntungan perniagaan dia. Usahawan
kita juga membuat rancangan perniagaan sebelum memulakan perniagaan
untuk mengembangkan perniagaan rempeyek Sri Kejai.

B)MINAT TERHADAP PERNIAGAAN

Kedua ialah minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi. Usahawan


ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun
tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam
bidang yang telah diceburi. Contohnya, encik Zainal sanggup meluangkan
masa dalam perniagaan sendirin walaupun tidak mencukupi masa dan sibuk
dalam kerja kerajaan. Dia juga bekerja di pelbagai kedai makanan sebab
minat dalam perniagaan dan mencari pengalaman dalam perniagaan. Encik
Zainal azmi belajar mebuat rempeyak dan melakukan proses membuat
rempeyek sendiri.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

C)BERANI MENGAMBIL RISIKO

Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah, dari segi


kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap
aspek dan iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan
dihadapi, lebih – lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai.
Oleh itu, usahawan perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang
berlaku.
Encik Zainal juga berani mengambil risiko. Dia juga mengahadapi masalah
dari segi kewangan. Walaupun, encik Zainal tidak berputus asa dan
meminjam duit dri saudara untuk memulakan perniagaan. Dia juga
menghadapi masalah dari segi pesaing. Walaupun, dia memulakan dan
mengembangkan perniagaan.

D)PASARAN PRODUK
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Keempat, berkebolehan memasarkan produk. Usahawan sewajarnya


mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan boleh
mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakuakan untuk menarik
perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu tentang perniagaan dan
ilmu yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini. Encik
zainal juga mengeluarkan produk yang boleh memberikan keuntungan. Encik
zainal memilih produk ini sebab ramai orang tidak mencuba untuk
memulakan perniagaan makanan tradisional.

8.0 USAHA-USAHA MEMPERBAIKI LAMAN SESAWANG

8.0 KESIMPULAN
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Kesimpulan, saya mendapat pelbagai faedah dalam tugasan ini. Faedah yang
saya dapati dengan melakukan tugasan ini adalah saya dapat memahami
tentang kepentingan kerja kumpulan. Selain itu, saya mendapati bahawa
komitmen merupakan aspek yang sangat penting dalam mencapai misi. Lebih-
lebih lagi, selepas melakukan tugasan ini, saya dapat memahami lebih lanjut
tentang keusahawanan.

Oleh itu, saya juga mendapat maklumat yang lebih berpengetahuan dengan
melakukan tugasan ini. Sebaliknya, saya juga yakin untuk menjalankan
perniagaan saya, berdasarkan teknik yang digunakan. Saya juga perlu berterima
kasih kepada pensyarah saya, Encik Mohd Syahrir Rahim kerana memberikan
peluang ini untuk saya melakukan tugasan ini dan dia juga menghabiskan
waktunya untuk membimbing saya. Saya juga perlu berterima kasih kepada
Encik Zainal Azmi @ pemilik Rempeyek Sri Kejai untuk memberi sokongan dan
maklumat tentang perniagaan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Di samping itu, saya telah mempelajari banyak aspek dari tugasan ini, yang saya
akan memohon pada masa depan saya. Saya juga mempelajari pelan
perniagaan yang boleh membantu saya dalam kajian perniagaan masa depan
saya. Selepas menamatkan tugasan saya, saya menyedari bahawa saya dapat
memahami kajian keusahawanan saya secara terperinci.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

9.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain

Insyriah, terbitan 2014.

Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah Boon


Kiet. Terbitan Pelangi Bestseller 2014.

Abu bakar hamed,2005. Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil.


Sintok:
Universiti Utara Malaysia.

Kotler Philip dan Gary Armstrong. 1996. Principles of Marketing. Edisi ke -7. New
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Jersey: Prentice-Hall, Englewood Cliffs.

Mohamed Al-Amin Abdul Majid. (2017) Bukan mudah jadi usahawan. Kuala
Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

https://ciriusahawanberjaya.wordpress.com/2016/05/11/first-blog-post/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Usahawan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

https://ciriusahawanberjaya.wordpress.com/2016/05/11/first-blog-post/
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

LAMPIRAN
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER JANUARI 2018/2019

Anda mungkin juga menyukai