Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kurtz (2008, P7) pemasaran adalah fungsi organisasi dan sebuah
proses untuk menciptakan, mengkomunikasikan, dan mengirimkan nilai untuk
pelanggan dan mengatur hubungan dengan pelanggan sebagai cara untuk
menguntungkan perusahaan dan juga pihak berkepentingan.

Menurut teori Kotler dan Armstrong (2008, P5) pemasaran adalah sebuah
proses perusahaan menciptakan nilai untuk pengguna dan membangun hubungan kuat
dengan pengguna dengan tujuan untuk menciptakan keuntungun dari pengguna.
Pemasaran adalah suatu proses analisis, perencanaan, implementasi, koordinasi dan
pengendalian program yang meliputi kebijakan produk, harga, promosi dan distribusi
dari produk, perkhidmatan dan idea yang ditawarkan untuk menciptakan dan
meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran dalam upaya pencapaian
tujuan organisasi.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik


perniagaan, eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam
mengaplikasikan strategi  campuran pemasaran tradisional empat P’s (4P’s) iaitu
produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Strategi campuran pemasaran ini
berkeupayaan berbentuk membantu sesebuah perniagaan dalam menentukan
kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran yang
tepat.  Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada
operasi syarikat mengaplikasikan pengetahuan tentang pemasaran dan strategi
campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan menjadi satu program tindakan
yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi


membolehkan syarikat menyusun strategiknya untuk mencapai kejayaan dalam
pemasaran produk dan perkhidmatan yang diusahakan selain daripada pengetahuan
asas perniagaan semata-mata.  Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan
peranan yang penting dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah
perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras kepada strategi pemasaran adalah
pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati sasaran
pasaran melalui pelaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami strategi
campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah
asas kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat, iaitu :

1.1. Produk (Product)


Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), mengatakan bahawa
produk adalah setiap apa saja yang boleh ditawarkan di pasar untuk
mendapatkan perhatian, permintaan, pemakaian atau penggunaan yang
dapat memenuhi keinginan atau keperluan pengguna.  Produk tidak hanya
selalu berupa barang tetapi boleh juga berupa perkhidmatan ataupun
gabungan dari kedua-duanya. Produk merujuk pada proses pembuatan
keputusan mengenai penyelidikan dan pembangunan produk baharu,
perancangan pengurusan produk, pembungkusan, dan jaminan produk.
1.2. Harga (Price)
Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:281) harga adalah merupakan
jumlah ruang (ditambah beberapa produk kalau mungkin) yang diperlukan
untuk mendapatkan sejumlah kombinasi dari barang berserta
pelayanannya. Setelah produk yang diproduksi siap untuk dipasarkan,
maka perusahaan akan menentukan harga dari produk tersebut. Pemboleh
ini berkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras
dengan matlamat sesebuah organisasi. Strategi penentuan harga adalah
seperti memberikan diskaun dan memberikan ganjaran atau hadiah
berdasarkan harga yang ditawarkan.
1.3. Promosi (Promotion)
Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu
bentuk komunikasi pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah aktiviti
pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi,
memujuk, atau mengingatkan pengguna atas perusahaan dan produknya
agar bersedia menerima, membeli produk yang ditawarkan. Promosi
merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada
pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi
yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan
langsung, dan demonstrasi produk.

1.4. Pengedaran Atau Pengagihan (Place)


Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) tentang saluran
distribusi adalah, saluran yang digunakan oleh penjual untuk menyalurkan
produk tersebut dari penjual sampai ke pengguna. Pengedaran atau
pengagihan merujuk pada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu
pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan,
penilaian dan penyelerasan saluran pengagihan termasuk cara
penghantaran, kaedah pengangkutan, cara penyimpanan stok, dan
pengawalan inventori.

Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah


syarikat mulitnasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaaan yang
dijalankan, aspek konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh
syarikat dan mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Oleh itu,
pengkaji telah memilih syarikat Kentucky Fried Chicken (KFC)  sebagai skop kajian.
Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran makanan segera di seluruh dunia.
Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan
oleh perusahaan KFC Malaysia yang dijalankan oleh perusahaan itu  yang meliputi
aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT).

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
sama ada Syarikat KFC Malaysia menjalankan campuran pemasaran dalam
perniagaan mereka. Syarikat KFC diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders.  KFC
yang pertama didirikan oleh Kolonel Harland Sanders, yang mulai menjual ayam
gorengnya dari pinggir jalan restoran di Corbin, Kentucky pada tahun 1930.

Kini, Syarikat KFC telah membuka banyak cawangan di seluruh dunia seperti
di negara India, Malaysia, Singapura dan sebagainya.  Sehingga kini, terdapat 500
daripada 672 restoran KFC di seluruh negara, manakala selebihnya di Brunei,
Singapura, India dan Kemboja. Syarikat KFC mendapat sambutan yang hangat
daripada  penduduk tempatan. Makanan segera KFC menjadi pilihan dan makanan
kegemaran penduduk di  Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan kerjaya.  

Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan kaedah campuran pemasaran yang


digunakan oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia.  Antara keadah campuran
pemasaran yang terdapat ialah produk, penetapan harga, promosi, dan pengedaran
atau pengagihan. Kaedah campuran pemasaran ini amat penting dalam membantu
organisasi meningkatkan dan meluaskan pasaran di pasaran negara ini.

Tambahan pula, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh


digunakan oleh syarikat KFC Malaysia untuk meningkatkan keuntungan dan terus
menguasai pasaran.  Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran
yang boleh dilaksanakan adalah seperti strategi 4P iaitu produk, harga, tempat dan
promosi.  Pengkaji akan mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh
dilakukan oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti
keluaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai