Anda di halaman 1dari 1

6.

0          Cadangan dan langkah untuk memperbaiki akaun pendapatan sekunder


(pindahan semasa) di Malaysia

            Berdasarkan data arah aliran akaun pendapatan sekunder dan implikasi
perubahan akaun pendapatan sekunder, didapati bahawa berlakunya peningkatan yang
tidak konsisten dalam akaun pendapatan sekunder dan imbangan akaun semasa
sepanjang tempoh tujuh tahun kajian iaitu dari tahun 2005 hingga tahun 2012.
Beberapa langkah seharusnya dilaksanakan bagi memastikan defisit akaun pendapatan
sekunder (pindahan Semasa) dapat dikurangkan.

            Salah satu langkah adalah kerajaan juga perlu meningkatkan kepakaran khusus
bagi tenaga buruh di Malaysia dalam sektor-sektor pekerjaan yang terdapat di
Malaysia. Pelbagai kursus di beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan
institut pengajian tinggi swasta (IPTS) juga perlu disediakan sebagai salah satu
langkah kerajaan untuk mempertingkat kemahiran guna tenaga selain melahirkan
masyarakat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Sekiranya rakyat Malaysia
berpendidikan dan berkemahiran tinggi, secara tidak langsung negara dapat
mengurangkan kemasukan pekerja asing kerana kekosongan peluang pekerjaan telah
dapat diatasi dengan acuan sendiri yang lebih baik dan seterusnya mengurangkan
pengaliran keluar mata wang negara ke luar negara.

            Selain itu, kempen mengenai peluang pekerjaan juga perlu ditingkatkan di
seluruh negara untuk menyebarkan maklumat mengenai peluang kerja yang
ditawarkan mengikut kekosongan dan keupayaan seseorang. Kempen ini pastinya
akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan siswazah dan
penganggur agar mereka dapat menerokai bidang pekerjaan yang disediakan di
Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu bekerjasama dengan baik
untuk memastikan kempen ini berjaya dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi
Malaysia pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai