Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

3.1 PENDAHULUAN

3.2 PERNYATAAN MASALAH/ISU

3.3 ISI KANDUNGAN ULASAN:

3.3.1 PENYELESAIAN MASALAH

3.3.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

3.3.3 KESAN

3.3.4 KESIMPULAN

3.3.5 SENARAI RUJUKAN


3.1 PENDAHULUAN

Artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 14 Julai 2020, jam 5:55 petang yang bertajuk
‘Kadar Pengangguran Malaysia Meningkat’ yang dikarang oleh Bernama. Artikel ini
mengisahkan ucapan daripada Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin yang
mengatakan bahawa negara kita sedang menghadapi krisis penganguran yang teruk kesan
daripada pandemik Covid-19 yang dilanda negara kita dan kadar pengangguran terus
meningkat 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya. Beliau juga berkata dalam ucapannya
bahawa beberapa bulan seterusnya masalah pengangguran di negara Malaysia ini akan diatasi
secara berperingkat dan memulihkan semula keadaan ekonomi di negara kita.

3.2 PERNYATAAN MASALAH / ISU

1. Adakah kerajaan mampu menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia di negara
kita?
2. Adakah tindakan kerajaan dalam membantu perniagaan-perniagaan yang terjejas akibat
Covid-19 dan telah meningkatkan kadar pengangguran negara kita?
3. Apakah langkah-langkah dasar fiskal mengembang dalam membantu mengurangkan kadar
pengangguran?
3.3 ISI KANDUNGAN ULASAN:

3.3.1 PENYELESAIAN MASALAH

Mengatasi masalah pengangguran belia


Ya, berdasarkan artikel Berita Harian pada 3 Januari 2022, jam 10:30 pagi yang bertajuk
‘Tangani masalah pengangguran belia pelaburan masa depan’. Penerbit artikel ini menulis
tentang langkah-langkah yang kerajaan ambil untuk atasi masalah pengangguran muda atau
belia di negara kita. Artikel ini mengatakan kajian Institute for Research & Development of
Policy (IRDP) terdapat lebih 200 000 graduan tempatan dari kolej dan universiti yang
mempunyai diploma dan ijazah muda setahun tetapi tidak memiliki pekerjaan kerana bayaran
gaji yang terlalu rendah dan tidak setara dengan pelajaran yang mereka ada.
Hal ini berlaku kerana ketidaksepadanan antara bekalan buruh dengan permintaan terhadap
tenaga kerja di pasaran. Walaubagaimanapun, kerajaan tetap mengambil inisiatif dalam
meningkatkan lagi kemahiran graduan tempatan ini dengan memberi ruang kepada kerajaan
bertindak sebagai majikan sementara untuk graduan menganggur yang membolehkan mereka
dilatih dan dipertingkatkan kemahiran dalam bidang mereka. Selain itu, sector swasta dan
awam boleh bekerjasama untuk memastikan pekerja dibayar gaji setanding dengan kos sara
hidup.
Kesannya, graduan tempatan di negara kita dapat menjalani alam pekerjaan dan dibantu
oleh kerajaan dalam mengasah bakat di kemahiran tersendiri. Hal ini akan meningkatkan lagi
kos sara hidup mereka untuk berdikari dalam keadaan ekonomi yang ekstrem. Di samping itu,
kerajaan juga dapat kebaikan dengan boleh meningkatkan lagi hasil negara melalui kutipan
cukai individu dan mengurangkan kadar pengangguran dalam masa yang sama.
Bantuan kerajaan terhadap pernigaan yang terjejas akibat Covid 19
Ya, berdasarkan artikel Sinar Harian pada 20 Februari 2022, 10:35 malam yang bertajuk
‘Usaha bantu perniagaan untuk atasi pengangguran’ Perdana Menteri Malaysia pada Ketika itu
telah mengatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan Program Semarak Niaga Keluarga
Malaysia bertujuan untuk membantu membangkitkan semula perniagaan di negara ini sekali
gus dapat mengurangkan masalah pengangguran. Beliau berkata program ini dilaksanakan bagi
membina semula keupayaan dan daya saing peniaga yang terjejas akibat Covid 19 terutamanya
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Kerajaan telah mengeluarkan RM 40 bilion
untuk peniaga yang memerlukan.

Program ini untuk membantu dalam bentuk ekuiti iaitu boleh melakukan pembelian saham
atau memegang ekuiti dalam syarikat untuk perniagaan yang terkesan daripada Covid 19.
Program ini juga merupakan satu inovatif dan tidak pernah diperkenalkan oleh kerajaan
sebelum ini serta dapat membantu usahawan negara kita bangkit semula dan terus maju.
Kesannya, dengan bantuan yang kerajaan telah berikan, peluang pekerjaan yang ditawarkan
akan semakin meluas dan dapat memulihkan punca rezeki rakyat Malaysia dengan pendapatan
yang mereka terima. Hal ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran dan dapat mencapai
bawah empat peratus iaitu sasaran yang dibuat oleh kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan, sektor
swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat
pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) haruslah bekerjasama dengan Kerajaan bagi
merealisasikan inisiatif Semarak Niaga ini demi kesejahteraan seluruh Keluarga Perniagaan di
Malaysia.

Langkah-langkah dasar fiskal dalam mengatasi masalah pengangguran


Antara langkah yang dapat kita lakukan ialah dengan mengubah struktur perbelanjaan dan
percukaian. Artikel yang telah dikaji daripada Berita Harian bertajuk ‘Sokongan fiskal tangani
impak Covid 19’ Pengarah Unit Sokongan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Dr
Denis Hew telah berkata dengan menggunakan konsep dasar fiskal mengembang iaitu
menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai dapat menangani pelbagai impak
Covid 19 dan peningkatan kadar pengangguran. Beliau juga berkata sesebuah ekonomi yang
terjejas boleh melakukan pelbagai langkah berbeza untuk mengawal masalah ini, namun semua
langkah fiskal adalah antara yang penting dalam semua ekonomi seluruh dunia.
Kesan daripada langkah ini, dapat membantu isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) serta PKS Mikro dengan memastikan terdapat kecairan yang mencukupi dalam
ekonomi yang sentiasa berubah. Hal ini kerana, dengan menambahkan perbelanjaan kerajaan
dapat mewujudkan lagi peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur serta meningkatkan
taraf hidup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dengan pendapatan yang berpatutan dan
adil.
3.3.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang kita boleh lihat dalam mengurangkan lagi kadar
pengangguran dalam negara kita dapat dirujuk pada artikel Dewan Ekonomi yang bertajuk
‘Menangani Masalah Pengangguran di Malaysia’ yang dikarang oleh John Cham pada 14
Oktober 2021 adalah dengan membuka lebih banyak sektor industri seperti pelancongan di
Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan rekreasi pelancongan yang lain.
Merujuk Kementerian Pelancongan Malaysia, semenjak Pulau Langkawi dibuka semula
kepada pelancong tempatan, pendapatan yang diterima mencecah RM 15 juta.
John Cham juga menulis bahawa terdapat kira-kira 30000 pekerja awam yang masih tidak
mahu divaksin. Cadangan seterusnya ialah menggantikan pekerja awam yang berdegil ini
dengan graduan baharu yang sedang menganggur dan layak untuk bekerja sementara. Hal ini
kerana pengangguran belia di dalam Malaysia merupakan cabaran yang sukar untuk dihadapi
kerana pengalaman bekerja dan pengetahuan untuk berdikari yang kurang.

3.3.3 KESAN
Kesannya apabila pihak kerajaan membuka semula sektor pelancongan dengan mematuhi
prosedur operasi standard (SOP), kerajaan dapat meluaskan lagi peluang pekerjaan di sekitar
Kawasan rekreasi pelancongan tersebut. Hal ini kerana, apabila pelancong tempatan yang
sudah lama berada di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama beberapa bulan
mereka akan mengambil peluang ini untuk pergi melancong bagi memuaskan kehendak
mereka. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh mendapatkan hasil pendapatan melalui
cukai-cukai yang dikenakan oleh pelancong tempatan dan dari aspek penganggur pula kitab
oleh lihat mereka akan mendapat peluang untuk bekerja agar boleh memperoleh pendapatan
dan menanggung kos sara hidup mereka bagi membeli barang keperluan. Secara tak langsung,
negara kita dapat mengurangkan kadar pengangguran akibat daripada Covid 19.
Akhir sekali, dengan menggantikan pekerja awam yang tidak ingin divaksin kepada graduan
baharu yang sedang menganggur juga dapat kurangkan kadar pengangguran negara. Hal ini
kerana, graduan baharu yang masih mentah dalam bidang pekerjaan dan ingin cari pengalaman
serta mudah untuk berurusan dengan graduan baharu ini. Walaupun pekerjaan yang mereka
bukanlah pekerjaan yang tetap, namun belia tetap akan menerima kerja kerana mereka tahu
graduan baharu di negara ini susah untuk menadapatkan kerja tetap. Negara kita juga akan
memiliki graduan baharu yang mempunyai ilmu serta boleh berdikari dalam melakukan
pekerjaan. Antara kesan utama adalah dapat mengurangkan kadar pengangguran bagi graduan
baharu yang memiliki ijazah muda atau diploma setahun.
3.3.4 KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting bagi mengawal
ekonomi negara dan kadar pengangguran di negara kita. Hal ini kerana, negara yang dapat
mengawal pertumbuhan ekonomi dengan lancar akan memudahkan urusan untuk negara kita
melakukan aktiviti import dan eksport dengan negara asing. Selain itu, dengan mengekalkan
kadar pengangguran di bawah empat peritus juga boleh memberikan kesan baik di negara kita
dengan mencapai guna tenaga penuh. Kadar pengangguran yang rendah juga dapat
meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat dengan pendapatan yang mereka perolehi. Kita
dapat lihat dengan bantuan yang kerajaan berikan kepada masyarakat dan perusahaan peniaga
kecil dapat memulihkan ekonomi untuk menjadi lebih baik. Contohnya, bantuan subsidi yang
diberikan kepada perniagaan yang terkesan akibat daripada Covid 19. Hal ini akan membuka
ruang kepada perniagaan tersebut memulihkan semula perniagaannya dan membuka lebih
banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Hal ini juga telah membuka mata kita bahawa
terdapat banyak langkah dalam menghadapi masalah peningkatan pengangguran.
3.3.5 SUMBER RUJUKAN

Wartawan Sinar Harian, 2020, Kadar Pengangguran Malaysia Meningkat,


https://www.sinarharian.com.my/article/92162/berita/nasional/kadar-pengangguran-di-
malaysia-meningkat [14 Julai 2020]

Muhamad Hanapi Jamaludin, 2022, Tangani Masalah Pengangguran Belia Pelaburan Masa
Depan, https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/01/907121/tangani-masalah-
pengangguran-belia-pelaburan-masa-depan [3 Januari 2022]

Nurul Huda Husain, 2022, Usaha Bantu Perniagaan Untuk Atasi Pengangguran,
https://www.sinarharian.com.my/article/188831/berita/nasional/usaha-bantu-perniagaan-
untuk-atasi-pengangguran [20 Februari 2022]

Hazwan Faisal Mohamad, 2020, Sokongan Fiskal Tangani Impak Covid 19,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/755550/sokongan-fiskal-tangani-
impak-covid-19 [18 November 2020]

John Cham, 2021, Menangani Masalah Pengangguran di Malaysia,


https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2021/10/14/1707/ [14 Oktober 2021]

Anda mungkin juga menyukai