Anda di halaman 1dari 46

960513-01-5979

Pemprosesan Kerepek Dengan Menggunakan Sains Dan Teknologi Moden Di


Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat,Johor
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pemprosesan kerepek dengan menggunakan sains dan
teknologi moden yang diusahakan di salah sebuah perusahaan makanan di Batu Pahat, Johor.
Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu mengenalpasti kesan penggunaan mesin dan
teknologi moden dalam pemprosesan kerepek dan mengkaji persepsi pekerja

terhadap

penggunaan sains dan teknologi moden. Lokasi kajian ini adalah di Perindustrian Seri Mas, Batu
Pahat, Johor. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, pemerhatian, temu
bual dan rujukan. Seramai 30 orang wakil pekerja perusahaan tersebut telah dipilih sebagai
responden kajian ini manakala informen-informen yang dipilih adalah seramai 3 orang sahaja.
Dapatan kajian pula adalah dari hasil keputusan analisis dan berdasarkan tindak balas responden
terhadap kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dan persepsi pelanggan terhadap kualiti
kerepek keluaran Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat, Johor. Berdasarkan soal selidik yang telah
dijalankan, penggunaan mesin dan teknologi moden ini dapat memberi kesan sampingan yang
baik kepada majoriti pekerja dan memudahkan mereka untuk bekerja dengan selesa.
Diantaranya, penggunaan mesin teknologi ini dapat mengurangkan beban tenaga pekerja bagi
menyiapkan kerepek ini. Disamping itu, ia juga dapat menghasilkan jumlah kuantiti kerepek
yang banyak supaya boleh dijual bagi mencapai matlamat yang diinginkan kepada pelanggan.
Kesimpulannya, perindustrian ini dapat diuruskan dengan lebih baik serta dapat menarik
perhatian lebih ramai pelanggan datang membeli hasil kerepek dari perusahaan Seri Mas ini.

960513-01-5979

ISI KANDUNGAN
Bil.

1.0
2.0
3.0

4.0

5.0

6.0

Butiran
Abstrak
Isi kandungan
Penghargaan
Pengenalan
Objektif kajian
Lokasi kajian
3.1 Peta
3.1.1 Peta Negeri Johor
3.1.2 Peta Daerah Batu Pahat, Johor
3.1.3 Peta lokasi Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat
Metodologi kajian
4.1 Reka bentuk kajian
4.2 Sampel kajian
4.3 Instrumen kajian
4.3.1 Soal selidik
4.3.2 Temu bual
4.3.3 Pemerhatian
4.4 Cara pengumpulan data
4.4.1 Dokumentasi
4.4.2 Soal selidik
4.4.3 Temu bual
4.4.4 Rujukan
4.5 Cara analisis data

Muka surat
1
2
3
4-7
7
8-10
8
8
9
10
11-14
11
11
11
11
12
12
13
13
13
13
13
14

Dapatan dan perbincangan


5.1 Demografi responden
5.2 Kesan penggunaan mesin dan teknologi moden di dalam
pemprosesan kerepek dari aspek kualiti.
5.3 Kesan Penggunaan mesin dan teknologi moden dalam
pemprosesan kerepek terhadap pekerja

15-34
15-19

Rumusan dan kesimpulan


6.1 Mengenalpasti kesan penggunaan mesin dan teknologi
moden dalam pemprosesan kerepek di Perindustrian Seri
Mas, Batu Pahat, Johor dari aspek kualiti
6.2 Mengkaji kesan penggunaan mesin dan teknologi moden
Di dalam pemprosesan kerepek keluaran Perindustrian
Seri Mas Batu Pahat, Johor kepada pekerja

36-38

20-23
24-35

36

960513-01-5979

6.3 Kesimpulan
7.0
8.0

37
38
39
40-44

Rujukan
Lampiran

Penghargaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah segala puji ke hadrat illahi di atas
limpah rahmat kurniaNya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Saya ingin mengambil
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan.
Pertama sekali, saya Mohd Haiqal Bin Mohd Razib ingin merakamkan setinggi-tinggi
mengucapkan terima kasih kepada Encik Helmy Bin Ahmad selaku Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Buloh Kasap dan kepada Tuan Haji Norashikin Bin Mohammed selaku penolong
kanan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap yang telah memberi
kebenaran untuk menjalankan kajian luar dan banyak memberi sokongan moral kepada saya
semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada guru yang menyelia segala perkara yang
berkaitan dengan kajian ini iaitu Encik Khalid Bin Zainol Abidin selaku guru mata pelajaran
Pengajian Am. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan kajian ini amat
saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya atas segala jasa baik
yang dihulurkan.
Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada ibu saya iaitu Puan Faizah Binti
Abdul Razak serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral mahupun kewangan
kepda saya dalam apa jua yang saya lakukan untuk menyiapkan kajian ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan, diucapkan terima kasih juga kerana sudi memberi bantuan
dan sumbangan kepada saya sentiasa memberi sokongan dan memberi idea sewaktu saya
ketandusan idea. Semoga segala usaha dan cita-cita kita dapat diberkati oleh Allah S.W.T.
hendaknya.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan sedikit ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam kajian
ini. Segala budi dan jasa baik yang semua orang hulurkan hanya Allah S.W.T. yang dapat
3

960513-01-5979

membalasnya. Semoga kita memperoleh suci rahmat dan perlindungan daripadaNya. Saya
berharap agar segala daya usaha dapat memberi manfaat yang baik buat diri saya. Sekian terima
kasih.,

1.0 Pengenalan
1.1 Definisi
Kerepek merujuk kepada sejenis makanan ringan tradisional yang terkenal dalam
masyarakat Melayu khususnya. Ia dihasilkan dengan cara dipotong nipis dan digoreng sehingga
garing dan rangup. Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan
yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut (Kamus DBP, 2015). Terdapat pelbagai
jenis kerepek, diantaranya kerepek bawang, ubi, keledek, keladi, pisang dan sebagainya. Dalam
kajian ini, fokus adalah kepada pemprosesan kerepek ubi kayu, sejenis makanan tradisional
Malaysia yang diperbuat daripada ubi kayu dan antara bahannya ialah serbuk kunyit, garam dan
gula.
Mesin - Mesin adalah sejenis alat atau perkakas yang menggunakan tenaga seperti enjin atau
elektrik untuk melakukan sesuatu kerja (Kamus DBP, 2015). Ia berfungsi sebagai alat mekanikal
atau elektrikal yang mengirim atau mengubah tenaga untuk melakukan atau membantu
pelaksanaan tugas manusia. Tidak dapat dinafikan, mesin telah mengembangkan kemampuan
manusia sejak sebelum adanya catatan tertulis.

1.2 Pemprosesan kerepek ubi kayu secara tradisional

Pemprosesan membuat kerepek ubi kayu bermula daripada pemilihan ubi kayu itu sendiri.
Ubi kayu yang sesuai untuk membuat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya warna kuning
dan berumur tidak lebih daripada lapan bulan. Ini bermaksud ubi kayu yang isinya sudah putih
tidak lagi sesuai untuk membuat kerepek. Namun begitu, jika ubi putih dibuat kerepek, rasanya
akan menjadi keras, lebih - lebih lagi jika ubinya sudah tua.Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk
dibuat kuih muih seperti bengka, kuih lain, pengat, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih tradisional
melayu

yang

lain.
4

960513-01-5979

Teknologi Makanan membuat kerepek ini bermula dengan kulit ubi kayu ini dibuang selepas
dikopek dan kemudian dibasuh bersih dengan air paip yang mengalir supaya kotoran tanah tidak
melekat pada isi ubi kayu. Setelah dibersihkan, ubi kayu kemudian dipotong nipis. Ubi kayu
kemudiannya dipotong nipis dengan menggunakan pisau, dan ia mengambil masa yang agak
lama untuk menghasilkannya.
Selepas dipotong nipis, hirisan ubi kayu kemudian dibasuh sekali lagi sebelum ditoskan.
Kemudian, minyak dipanaskan di dalam periuk atau kuali dalam kuantiti yang banyak dan panas.
Kepingan ubi kayu kemudiannya digoreng sehingga masak dengan warna kekuningan. Setelah
itu,

kepingan

ubi

diangkat

dan

dibuang

minyaknya.

Selepas minyak dibuang, kerepek ubi kayu digaulkan dengan sedikit garam. Terdapat juga
kerepek ubi kayu pedas manis yang digaulkan dengan perencah pedas manis yang dibuat dari cili
boh, sedikit air asam garam dan gula yang ditumis hingga pekat dan likat dalam kuali. Perencah
ini digaulkan sedikit demi sedikit dengan ubi kayu yang telah digoreng. Kerepek ubi kayu juga
dihasilkan dengan lain-lain perisa seperti lada hitam, barbeku, perisa keju dan lain-lain.
1.3 Penggunaan mesin/teknologi moden dalam pemprosesan kerepek di Perindustrian
Seri Mas
Perindustrian Seri Mas menggunakan 2 jenis mesin penggoreng iaitu mesin penggoreng
automatik dan mesin penggoreng semi automatik bagi pembuatan kerepek mereka. Penghasilan
mesin-mesin berkenaan adalah gabungan idea daripada pekerja dan juga pelanggan mereka. Ia
dikatakan dapat membantu pengeluar dan pengusaha kerepek menghasilkan kerepek dalam
kapasiti yang banyak pada satu-satu masa yang tertentu di samping dapat mengurangkan beban
kerja pengusaha dan pekerja di dalam menghasilkan kerepek mereka. Dari hasil temubual,
didapati mesin-mesin tersebut juga boleh digunakan untuk menghasilkan produk-produk
gorengan yang lain seperti karipap, samosa dan popia.
1.3.1 Gambar cara Penggunaan Mesin dan Teknologi Membuat Kerepek

960513-01-5979

Gambar di atas menunjukkan mesin pemotong ubi kayu (slicer).

Ini juga salah satu mesin yang digunakan bagi menghasilkan jumlah kerepek yang dikendalikan
oleh pekerja.

Mesin penggoreng automatik


Ketiga-tiga mesin ini hanya berfungsi dengan menggunakan tenaga elektrik sahaja.
6

960513-01-5979

1.4 Rasional kajian


Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penggunaan mesin
dan teknologi moden dapat meningkatkan penghasilan/pengeluaran kerepek di Perusahaan Seri
Mas, BatuPahat. Di samping itu, kajian juga dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan
penggunaan mesin dan teknologi moden dapat membantu meringankan beban kerja pekerja
industri ini. Dari aspek mutu makanan ringan pula, pengkaji juga ingin mengenal pasti sejauh
mana penggunaan mesin dapat meningkatkan kualiti kerepek yang dihasilkan melalui maklum
balas pekerja dan pengusaha industri pengeluaran kerepek ini di Perusahaan Seri Mas ini.
Kesimpulannya, kajian dijalankan secara menyeluruh dan terperinci terhadap kesan
penggunaan mesin dan teknologi moden di dalam pembuatan kerepek di Perindustrian Seri Mas,
Batu Pahat, Johor. Ketika soal jawab dijalankan, didapati, informen dapat memberikan maklum
balas serta pendapat mereka secara rasional dan jelas. Maklumat yang diterima oleh pengkaji
juga amat memberangsangkan. Borang soal selidik yang diberikan kepada 30 responden adalah
bagi memudahkan pengkaji mengetahui sejauh mana penggunaan mesin dapat meningkatkan
hasil pengeluaran serta kualiti kerepek yang dihasilkan. Temu bual dan borang soal selidik dibuat
bagi memudahkan pengkaji mengutip data dan maklumat untuk menyiapkan proses kajian ini.

2.0 Objektif Kajian


Pengkaji telah menjalankan kajian berdasarkan dua objektif iaitu:
i.

Mengenalpasti kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam


pemprosesan kerepek dari aspek kualiti di Perindustrian Seri
Mas beralamat di Lot 1159, KM 2, Jalan Batu Pahat, Kampung Parit
Khalil, Ayer Hitam, 86100 Batu Pahat, Johor

ii.

Mengkaji persepsi pekerja terhadap penggunaan mesin dan teknologi


moden dalam pemprosesan kerepek keluaran Perindustrian Seri Mas

960513-01-5979

Lot 1159, KM 2, Jalan Batu Pahat, Kampung Parit Khalil, Ayer


Hitam,86100 Batu Pahat, Johor

3.0 Lokasi Kajian


3.1 Peta

3.1.1 Peta Negeri Johor


Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung
Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat
8

960513-01-5979

Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula,
negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riaudibahagian laut
sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia.
Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5
terbesar dalam negaraMalaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu,
negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri
ke-7 terpadat di dalam negara. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya
di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia
selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat,Muar dan
juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang
membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

3.1.2 Peta Daerah Batu Pahat, Johor

Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai
barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat
daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahatadalah salah satu
9

960513-01-5979

daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia
sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.
Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun,
akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat
juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga
Membeli-Belah di Johor Utara'.
Batu Pahat terletak pada koordinat 15U 10256T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala
Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya.
Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga
100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

3.1.3 Peta lokasi Perindustrian SERI MAS, BATU PAHAT


Lokasi Kajian

Pelan 1 menunjukkan lokasi kajian kajian. Lokasi yang dipilih ialah di Perindusrian Seri Mas,
Batu Pahat, Johor. Perindustrian merupakan salah satu tempat yang terkenal dalam kalangan
10

960513-01-5979

penduduk di sekitar Kampung Parit Khalil, Kampung Parit Sagil, Kampung Cahaya Baru,
Kampung Dalam, Kampung Jawa, Kampung Kota Dalam, Kampung Seri Burong, Kampung Seri
Desa dan juga Kampung Seri Jaya. Pekerjaan penduduk adalah berkerja sendiri, perusahaan,
berniaga dan sebagainya.

4.0 Metodologi Kajian


4.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan. Tinjauan dilakukan dengan cara pengkaji
menyediakan satu set soalan kepada sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak
dikaji (Sabitha Marican,1989). Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan mesin dan teknologi moden dalam pembuatan kerepek di Perindustrian Seri Mas,
Batu Pahat, Johor.
4.2 Sampel kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang
yang terdiri dari pengusaha kerepek serta pekerja industri penghasilan kerepek di Perindustrian
Seri Mas, Batu Pahat.
4.3 Instrumen Kajian
11

960513-01-5979

Kajian ini menggunakan instrument borang soal selidik, temubual dan pemerhatian.
4.3.1 Soal selidik
Pengkaji membina set soal selidik yang menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kuberan et.al, 2014).
Borang soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian, A dan B, yang mengandungi 10 soalan
berkaiatan dengan sejauh mana keberkesanan penggunaan mesin dan teknologi moden di dalam
pembuatan kerepek di Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat, Johor serta persepsi pelanggan
industri ini terhadap kualiti kerepek yang dihasilkan menggunakan mesin tersebut (Rujuk
Lampiran 1). Soalan yang dibina di dalam borang soal selidik ini merupakan soalan tertutup dan
mengikut skala Likert 5 poin.
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang mewakili
10 orang dalam kategori umur 25 hingga 30, 20 orang dalam kategori umur 31 hingga 35, 10
orang dalam kategori umur 36 hingga 40. Tujuannya adalah untuk memastikan dapat melihat dan
memudahkan untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Kesemua
responden ini telah dipilih secara rawak dari segi bangsa, jantina serta umur. Tiada masalah yang
dialami sepanjang sesi soal selidik. Kesemua responden memberikan kerjasama yang baik.
Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A untuk demografi responden,
bahagian B untuk soalan yang berkaitan dengan cara-cara penggunaan mesin dan teknologi
moden membuat kerepek dan bahagian C untuk kesan penggunaan mesin dan teknologi moden
membuat kerepek. Terdapat 2 soalan pada bahagian B dan 3 soalan pada bahagian C. Dengan
kaedah ini juga, secara tidak langsung dapat meneliti kajian yang dibuat dengan lebih berkesan.
4.3.2 Temubual
Pengkaji juga menyediakan 5 soalan yang berkaitan dengan persepsi pelanggan
terhadap penggunaan mesin dan teknologi moden dan kualiti kerepek yang dihasilkan di
Perusahaan Seri Mas, Kampung Parit Khalil, Ayer Hitam, Batu Pahat. Pengkaji telah memilih
responden secara rawak seramai 3 orang daripada kalangan pekerja. Dengan menggunakan
kaedah ini, adalah diharapkan agar dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperoleh.
Kaedah temu bual yang dilakukan adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual.
12

960513-01-5979

Bil

Tarikh

Informan

.
1.
2.
3.

20/2/2015
20/2/2015
20/2/2015

Informan 1
Informan 2
Informan 3

4.3.3. Pemerhatian
Pengkaji telah menyediakan borang pemerhatian ini untuk menganalisa cara membuat dan
kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam membuat kerepek di Perusahaan Seri Mas,
Kampung Parit Khalil, Batu Pahat, Johor. Melalui kaedah ini, pengkaji telah menggunakan
kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan suasana dan persekitaran kawasan
tersebut (Lampiran 3). Disebabkan itu, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi
daripada para pekerja sekitar Kampung Parit Khalil. Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan
untuk melihat keadaan persekitaran di Kapung Parit Khalil. Melalui kaedah pemerhatian selama
beberapa hari, telah didapati perlunya kaedah menggunakan mesin dan teknologi moden di
dalam membuat kerepek ini adalah atas sebab kekurangan tenaga kemahiran pekerja.
4.4 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan menggunakan pelbagai cara seperti rujukan
dari dokumentasi, analisis skala dari kaedah soal selidik dan hasil temu bual.
4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap hasil-hasil penulisan yang sudah diterbitkan
seperti buku, jurnal, akhbar, majalah, hasil-hasil kajian lampau serta sumber daripada internet.
Ini adalah bagi mendapatkan maklumat yang lengkap tentang keberkesanan penggunaan mesin
dan teknologi moden di dalam pembuatan kerepek di Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat.
Sewaktu tinjauan dilakukan di lokasi kajian, pengkaji juga mendokumentasi suasana pengilangan
kerepek dengan menggunakan teknologi mesin dengan menggunakan kamera dan alat perakam
audio (MP3).
4.4.2 Soal Selidik

13

960513-01-5979

Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang l ebih
terperinci tentan keberkesanan penggunaan mesin dan teknologi moden di dalam pembuatan
kerepek di Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat.
4.4.3 Temu Bual
Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan
penggunaan mesin dan teknologi moden di dalam pembuatan kerepek di Perindustrian Seri Mas,
Batu Pahat serta persepsi pelanggan terhadap kualiti kerepek yang dihasilkan menerusi
penggunaan mesin dan teknologi moden di Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat, Johor. Setiap
temu bual mengambil masa lebih kurang 10 minit.
4.4.4 Rujukan
Bagi melengkapkan lagi kajian ini, pengkaji juga telah membuat rujukan dengan
menggunakan pelbagai sumber seperti internet dan bahan ilmiah. Kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh pelajar di universiti tempatan juga dijadikan bahan rujukan untuk melaksanakan
kajian ini. Kebanyakan maklumat yang saya dapati di dalam blog juga dapat memudahkan lagi
kerja saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Saya
juga telah merujuk kepada buku-buku pelajaran serta surat khabar berilmu untuk dijadikan
rujukan tambahan untuk melengkapakan lagi hasil kajian saya.
4.5 Cara Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian dijalankan, pengkaji melakukan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian.
Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan.
Bagi item yang menggunakan slake Likert, poin diberi seperti berikut:
Sangat tidak

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju

Sangat setuju

setuju
1

14

960513-01-5979

5.0 Dapatan Dan Perbincangan


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis dan berdasarkan tindak balas responden terhadap
kedua-dua kesan penggunaan mesin dan teknologi moden membuat kerepek di Perusahaan Seri
Mas, Kampung Parit Khalil, Ayer Hitam, Batu Pahat.
5.1 Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pekerja yang bekerja di industri
tersebut.
JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDEN
Bil.
1.
Umur
2.

Jantina

Kategori
25-30
31-35
36-40
Lelaki

Bilangan
6
6
18
15
15

Peratusan(%)
20
20
60
50

960513-01-5979

3.

Bangsa

4.

Status

Perempuan
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Berkahwin
Bujang

15
20
5
3
2
15
9

50
67
17
10
6
50
30

Janda
Duda

3
3

10
10

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Demografi Responden Berdasarkan Umur

20%

25-30
31-35
36-40

60%

20%

Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur pekerja di


Perusahaan Seri Mas. Daripada 30 orang pekerja yang telah disoal selidik, seramai 6 orang
16

960513-01-5979

responden berumur 25-30 tahun bersamaan dengan 30%. Sementara itu, bagi yang berumur
antara 31-35 adalah seramai 6 orang responden bersamaan 40%. Seterusnya, seramai 18 orang
responden bersamaan 30% bagi yang berumur 36-40 tahun. Dalam kajian ini,kebanyakkan
responden yang berumur 36-40 adalah paling tinggi antara responden yang berumur 25-30 dan
31-35 tahun dimana kedua-duanya adalah sama.

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Lelaki
Perempuan
50%

50%

17

960513-01-5979

Berdasarkan Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina pekerja di


Perusahaan Seri Mas. Daripada 30 orang pekerja yang telah disoal selidik, seramai 5 orang
responden adalah jantina lelaki bersamaan 50%. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah
seramai 5 orang responden bersamaan 50% juga. Mengikut kajian ini, responden berdasarkan
jantina adalah sama bagi lelaki dan perempuan.

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

7%

Melayu

10%

India
Cina

17%

Lain-lain
67%

18

960513-01-5979

Berdasarkan Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa pekerja di


Perusahaan Seri Mas. Daripada 30 orang pekerja yang telah di soal selidik, seramai 20 orang
responden berbangsa Melayu bersamaan dengan 67%. Sementara itu, bagi yang berbangsa India
adalah seramai 5 orang responden bersamaan dengan 17%. Seterusnya, seramai 3 orang
responden bersamaan dengan 10% bagi yang berbangsa Cina. Akhir sekali, bagi reponden yang
berbangsa lain-lain seramai 2 orang bersamaan dengan 6%. Mengikut kajian ini, majoriti adalah
responden berbangsa Melayu berbanding dengan bangsa lain. Selain itu, bagi responden yang
paling rendah adalah berbangsa lain berbanding dengan bangsa Melayu Cina dan India. Bangsa
lain yang bekerja di perindustrian itu adalah berbangsa Bangladesh dan Indonesia.

Rajah 4: Demografi Responden Berdasarkan Status

19

960513-01-5979

Demografi responden berdasarkan status

10%

Berkahwin

10%

Bujang
Janda
50%

Duda

30%

Berdasarkan Rajah 4 menunjukkan demografi responden berdasarkan status pekerja di


Perusahaan Seri Mas. Daripada 30 orang pekerja yang telah di soal selidik, seramai 15 orang
responden yang telah berkahwin bersamaan dengan 50%. Sementara itu, bagi responden yang
berstatus bujang adalah seramai 9 orang responden bersamaan dengan 30%. Seterusnya, seramai
3 orang responden bersamaan dengan 10% bagi yang berstatus janda. Akhir sekali, bagi
reponden yang berstatus duda adalah seramai 3 orang bersamaan dengan 3%. Berdasarkan kajian
ini, responden yang berstatus yang paling tinggi adalah yang sudah berkahwin berbanding
dengan status lain. Selain itu, Bagi responden yang berstatus rendah adalah janda dan duda
dalam bilangan yang sama.

20

960513-01-5979

5.2 Kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam pemprosesan


kerepek dari aspek kualiti.

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan penggunaan mesin dan teknologi moden membuat
kerepek yang dilakukan oleh para pekerja.
Jadual 1:Analisis Peratusan Item Menghasilkan Kerepek Yang Berkualiti Tinggi Dalam
Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Kepada Pengguna
Skala
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Tidak Sangat Setuju

Bilangan
12
9
3
3
3

Peratus(%)
40
30
10
10
10

Seramai 12 orang responden bersamaan dengan 40% sangat setuju bahawa kerepek yang
berkualiti tinggi dapat dihasilkan di dalam penggunaan mesin dan teknologi moden kepada
pengguna adalah untuk meningkatkan hasil keuntungan yang diperoleh. Manakala 9 orang setuju
bersamaan 30%, 3 orang iaitu 10% tidak pasti penggunaan tersebut perlu mengekalkan jumlah
hasil kualiti kerepek yang dan 3 orang lagi iaitu 10 % tidak setuju , manakala 3 orang sangat
tidak setuju bersamaan dengan 10%, majoriti responden sangat setuju bahawa penggunaan mesin
dan teknologi moden sangat berguna iaitu 21 orang (12 orang sangat setuju dan 9 orang setuju)
atau sejumlah 70%.
Demikian juga aspek pemerhatian yang saya lakukan menunjukkan bahawa penggunaan mesin
dan teknologi moden sebenarnya membawa banyak kebaikan dari segi peningkatan kualiti jika
dibandingkan dengan cara berasaskan perbuatan manusia berdasarkan catatan pemerhatian saya.
Pemerhatian saya kali kedua turut menyimpulkan perkara yang sama. Demikian juga
pemerhatian kali ketiga yang telah saya lakukan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
21

960513-01-5979

Analisis dapatan berkaitan tentang menambahkan rasa dalam penggunaan mesin dan teknologi
moden.
Jadual 2: Analisis Peratusan Bahan Perasa Dalam Kerepek Bagi Penggunaan Mesin
Dan Teknologi Moden
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Tidak Sangat Setuju

Bilangan
12
12
0
3
3

Peratus(%)
40
40
0
10
10

Seramai 12 orang bersamaan dengan 40% sangat setuju bahawa penggunaan mesin dan teknologi
moden perlu menambah perisa dalam kerepek itu. Manakala 12 orang setuju bersamaan dengan
30%, manakala 3 orang tidak setuju bersamaan dengan 10% dan 3 orang lagi sangat tidak setuju
bersamaan dengan 10%.
Demikian juga aspek pemerhatian yang saya lakukan menunjukkan bahawa perasa perlu
ditambahkan ke dalam mesin membuat kerepek supaya dapat dirasa kesedapan oleh pelanggan
berdasarkan catatan pemerhatian saya.
Pemerhatian saya kali kedua turut meyimpulkan perkara yang sama. Demikian juga pemerhatian
kali ketiga yang telah saya lalukan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Tegasnya, hal ini
dapat membuktikan bahawa lebih ramai pelanggan hadir untuk membeli kerepek tersebut apabila
ditambahkan kepelbagaian perasa di dalam mesin pembuatan kerepek tersebut.

Jadual 3: Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat Kerepek dari
aspek kualiti
Bil

Soalan

Sangat
22

Tidak

Tidak

Setuju /

Sangat

960513-01-5979

1.

Menghasilkan kerepek yang

tidak

setuju /

pasti /(%)

(%)

setuju /

setuju /

(%)

(%)
3(10)

3(10)

3(10)

9(30)

12(40)

3(10)

3(10)

0(0)

12(40)

12(40)

(%)

berkualiti tinggi dalam


penggunaan mesin dan teknologi
2.

moden kepada pengguna


Menambahkan perasa dalam
kerepek bagi penggunaan mesin
dan teknologi moden

Berdasarkan jadual 4, jadual menunjukkan kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam
membuat kerepek dari aspek kualiti bahan pengeluaran.

Graf 1: Analisis Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Pembuatan
Kerepek dari aspek kualiti

23

960513-01-5979

120
100
80

Sangat tidak setuju


Tidak setuju

60

Tidak pasti
Setuju

40

Sangat setuju

20
0
berkualiti tinggi

menambahkan perasa

Analisis kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam pembuatan kerepek dari aspek
kualiti adalah dipaparkan dalam graf 1.

5.3 Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat Kerepek terhadap
Pekerja
24

960513-01-5979

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peraturan . Analisis dapatan berkaitan penggunaan mesin dan teknologi moden dapat
menjimatkan masa ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 4: Analisis Peratusan Item Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dapat
Menjimatkan Masa
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
15
12
0
3
0

Peratusan(%)
50
40
0
10
0

Seramai 15 orang sampel bersamaan dengan 50% sangat setuju bahawa penggunaan mesin dan
teknologi moden dapat menjimatkan masa. Manakala 12 orang setuju bersamaan dengan 40%
dan 3 orang tidak setuju bersamaan dengan 10%. Majoriti responden setuju bahawa penggunaan
mesin dan teknologi moden dapat menjimatkan masa iaitu seramai 12 orang ( 15 orang sangat
setuju dan 12 orang setuju ).
Pemerhatian saya kali kedua turut menyimpulkan perkara yang sama. Demikian juga
pemerhatian kali ketiga yang telah saya lakukan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Tegasnya, hal ini membuktikan bahawa penggunaan ini dapat menjimatkan masa di Perusahaan
Seri Mas.

Jadual 5: Analisis Peratusan Item Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dapat
Memudahkan Kerja Seharian Dalam Membuat Kerepek
Skala

Bilangan
25

Peratusan(%)

960513-01-5979

Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

18
9
3
0
0

60
30
10
0
0

Seramai 18 orang sampel bersamaan dengan 60% sangat setuju bahawapenggunaan mesin dan
teknologi moden dapat memudahkan kerja seharian. Manakala 9 orang setuju bersamaam dengan
30% dan 3 orang tidak pasti bersamaan dengan 10% bahawa penggunaan mesin dan teknologi
moden dapat membantu memudahkan kerja seharian. Majoriti responden setuju bahawa
penguunaan mesin ini dapat memudahkan kerja seharian iaitu seramai 27 orang ( 18 orang sangat
setuju dan 9 orang setuju ).
Pemerhatian saya kali kedua turut menyimpulkan perkara yang sama. Demikian juga
pemerhatian kali ketiga yang telah saya lakukan tidak menunjukkan sebarang perubahan
Tegasnya, hal ini dapat membuktikan bahawa penggunaan mesin ini dapat memudahkan kerja
seharian.

Jadual 6: Analisis Peratusan Item Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dapat
Meningkatkan Pengeluaran Kerepek
Skala
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju

Bilangan
15
15
0
0
26

Peratusan(%)
50
50
0
0

960513-01-5979

Sangat Tidak Setuju

Seramai 15 orang sampel bersamaan dengan 50 % sangat setuju bahawa penggunaan mesin dan
teknologi moden dapat meningkatkan pengeluaran kerepek. Manakala 15 orang setuju
bersamaan dengan 50 %. Kesemua responden yang bersetuju mesin dan teknologi moden dapat
meningkatkan pengeluaran kerepek iaitu seramai 30 orang ( 15 orang sangat setuju dan 15 orang
setuju ).
Demikian juga aspek pemerhatian yang saya lakukan menunjukkan penggunaan mesin ini dapat
meningkatkan pengeluaran.

Jadual 7: Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat Kerepek
kepada Pekerja industri
Bil

Item

1.
2.

Menjimatkan masa
Memudahkan kerja seharian

Sangat

Tidak

Tidak

T Setuju

Sangat

tidak

setuju /

pasti /

/(%)

setuju /

setuju /

(%)

(%)

(%)
0(0)
0(0)

3(10)
0(0)

0
3(10)

27

(%)
12(40)
9(30)

15(50)
18(60)

960513-01-5979

3.

Meningkatkan pengeluaran

15(50)

0(0)

15(50)

15(50)

Jadual 8 menunjukkan kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam membuat kerepek
kepada pekerja di Perindustrian Seri Mas.

Graf 2: Analisis Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat
Kerepek

28

960513-01-5979

120
100
80
60
40

Sangat Tidak Setuju

20

Tidak Setuju
Tidak Pasti

Setuju
Sangat Setuju

Analisis Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat Kerepek, Perusahaan
Seri Mas, Ayer Hitam, Batu Pahat yang dipaparkan dalam graf 2.

Jadual 9: Dapatan Hasil Pemerhatian Yang Dicatatkan


Bil

Tarikh

Tajuk

Ulasan

.
29

960513-01-5979

1.

16/2/2015

Melihat persekitaran Perusahaan Seri

Keadaan suasana pekerja

agak sibuk
Wujud pelbagai mesin dan

Mas buat pertama kali

teknologi moden dalam

2.

3.

18/3/2015

18/3/2015

Mengenal pasti cara dan kesan

membuat kerepek
Cara membuat kerepek

dikenal pasti
Keadaan masih sama dalam

penggunaan mesin dan teknologi

membuat kerepek seperti

moden dalam membuat kerepek

pemerhatian yang pertama

dengan lebih mendalam


Membuat catatan terakhir terhadap
pemerhatian yang dilakukan.

Dapatan kajian dapat


diperoleh dengan lebih jelas.

Berdasarkan jadual 9, saya menggunakan kaedah pemerhatian bagi memperoleh dapatan kajian.
Hasil pemerhatian dapatan kajian yang diperoleh saya dapat membuktikan data yang diperoleh.
Pada hari pertama pemerhatian, saya mendapati bahawa kawasan persekitaran industri itu
terdapat beberapa orang pekerja dan keadaan sangat sibuk. Keadaan ini adalah disebabkan
kekurangan tenaga kemahiran buruh yang terdapat di kawasan persekitaran itu. Mereka juga
menggunakan mesin untuk membuat kerepek dan terdapat banyak hasil pengeluaran kerepek
yang siap dibungkus dijual untuk para pelanggan. Berdasarkan pemerhatian ini, ini disebabkan
oleh kerepek dihasilkan menggunakan mesin dan teknologi untuk membuat.
Pada hari kedua, saya mendapati bahawa keadaan persekitaran industri itu masih keadaan
yang sama. Saya juga telah mengambil beberapa gambar membuktikan pemerhatian saya (Rujuk
Lampiran 2).
Pada hari terakhir pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa keadaan industri masih dalam
keadaan yang sama. Persekitaran itu masih lagi suasana sangat sibuk dengan kerjanya masingmasing. Terdapat juga pekerja sambilan yang hadir untuk bekerja sementara menunggu
keputusan untuk sambung pengajiannya. Melalui pemerhatian selama tiga hari ini juga, pengkaji

30

960513-01-5979

dapat mengetahui cara penggunaan mesin ini yang dapat membantu menyelesaikan masalah
kekurangan buruh. Berikut merupakan jadual pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.
Tarikh
16/2/2015
18/3/2015

Perkara
Melihat keadaan persekitaran Perusahaan Seri Mas untuk pertama kali
Mengenal pasti cara dan kesan penggunaan mesin dan teknologi moden membuat

18/3/2015

kerepek
Membuat catatan terakhir terhadap pemerhatian yang dilakukan

Jadual 10: Dapatan Hasil Temu Bual Yang Dijalankan


Bil.
1.

Tarikh
20/2/201

Informan
Informan 1

Ulasan Informan

31

960513-01-5979

Soalan 1 bagi objektif 1:

Berdasarkan apa yang saya lihat

Adakah penggunaan mesin dan

memang betul pengunaan ini dapat

teknologi moden dapat menghasilkan

mengekalkan kualiti dalam

kerepek yang berkualiti tinggi kepada

penghasilan kerpek tersebut.

pengguna?
Soalan 2 bagi objektif 1:

Ya, kerana bahan perisa dapat

Adakah bahan perisa dapat

menambahkan lagi kesedapan supaya

menambahkan lagi kesedapan

dapat menarik lebih ramai

terhadap kerepek itu?

pelanggan.

Soalan 1 bagi objektif 2:

Ya, dengan adanya penggunaan

Adakah penggunaan mesin dan

teknologi ini dapat menghasilkan

teknologi dapat menjimatkan masa

kerepek dengan begitu banyak dalam

dalam pengeluaran kerepek itu?

masa yang singkat.

Soalan 2 bagi objektif 2:

Ya, ramai pekerja mengendalikan

Adakah penggunaan teknologi ini

mesin ini untuk menyiapkan kerepek

dapat membantu memudahkan kerja

itu dengan sempurna.

kepada para pekerja?


Soalan 3 bagi objektif 2:

Ya, kerana penggunaan dapat

Adakah penggunaan ini dapat

mengurangkan tenaga buruh dan

meningkatkan pengeluaran kerepek

mampu mengurangkan

ini?

kebarangkalian dalam kerosakan


makanan yang dihasilkan.

3.

20/2/201

Informan 2

32

960513-01-5979

Soalan 1 bagi objektif 1:

Ya, kerana perusahaan makanan

Adakah penggunaan mesin dan

ini tidak mampu menghasilkan

teknologi moden dapat menghasilkan

produk dalam kuantiti yang

kerepek yang berkualiti tinggi kepada

banyak bagi menampung permintaan

pengguna?

pelanggan jika tiada mesin ini.

Soalan 2 bagi objektif 1:

Ya, kerana kami menambahkan

Adakah bahan perisa dapat

sedikit bahan perisa terhadap kerepek

menambahkan lagi kesedapan

dengan mengikut kehendak

terhadap kerepek itu?

pengguna.

Soalan 1 bagi objektif 2:

Ya, mesin ini menggunakan arus

Adakah penggunaan mesin dan

elektirk dan jenis penggunaan gas

teknologi dapat menjimatkan masa

bagi menyiapkan makanan ini dengan

dalam pengeluaran kerepek itu?

masa yang singkat.

Soalan 2 bagi objektif 2:

Ya, penggunaan ini dapat

Adakah penggunaan teknologi ini

mengurangkan tenaga buruh dan kos

dapat membantu memudahkan kerja

untuk kendalikan mesin ini.

kepada para pekerja?

3.

20/2/201
5

Soalan 3 bagi objektif 2:

Ya, proses pengeluaran kerepek

Adakah penggunaan ini dapat

dapat disiapkan banding dengan

meningkatkan jumlah pengeluaran

manusia sentiasa terkawal lebih

kerepek ini?
Informan 3
Soalan 1 bagi objektif 1:

baik.

Adakah penggunaan mesin dan

menghasilkan kerepek yang

teknologi moden dapat menghasilkan

berkualiti dan dijadikan sebagai

kerepek yang berkualiti tinggi kepada

makanan sampingan kepada

Ya, sebenarnya penggunaan ini

33

960513-01-5979

pengguna?

pengguna.

Soalan 2 bagi objektif 1:

Ya, bahan perisa ini berutujuan

Adakah bahan perisa dapat

untuk menguatkan lagi perasa

menambahkan lagi kesedapan

terhadap kerepek itu.

terhadap kerepek itu?

Soalan 1 bagi objektif 2:

Ya, mesin ini dapat memberi

Adakah penggunaan mesin dan

manfaat yang baik kepada pekerja

teknologi dapat menjimatkan masa

untuk mengeluarkan kerepek ini

dalam pengeluaran kerepek itu?

dengan masa yang singkat.

Soalan 2 bagi objektif 2:

Ya, mesin ini dapat membantu

Adakah penggunaan teknologi ini

pekerja lain bagi menyiapkan

dapat membantu memudahkan kerja

terhadap kerepek ini.

kepada para pekerja?

Soalan 3 bagi objektif 2:

Ya, penggunaan ini dapat

Adakah penggunaan ini dapat

meningkatkan hasil kualiti dan

meningkatkan jumlah pengeluaran

keberkesan terhadap kerepek

kerepek ini?

Berdasarkan jadual 10 di atas, pengkaji telah menemu bual tiga orang pekerja yang sedang
bekerja di Perindustrian Seri Mas untuk mendapatkan maklumat tentang kesan penggunaan
mesin dan teknologi moden dalam pemprosesan kerepek daripada pekerja. Ketiga-tiga pekerja
tersebut dijadikan sebagai informan untuk membantu pengkaji dalam menyiapkan temu bual ini.

34

960513-01-5979

Pertama sekali, objektif 1 bagi soalan 1 yang diajukan kepada informan ialah mengenai
kerepek yang berkualiti tinggi terhadap pengguna. Informan 1 menyatakan penggunaa mesin
dapat menghasilkan kerepek berkualiti tinggi terhadap pengguna. Mereka juga perlu
menghasilkan kerepek dengan menjadikan sebagai makanan kegemaran kepada pengguna.
Manakala informan 2 menyatakan bahawa perindustrian tidak mampu menghasilkan kerepek
dengan sempurna jika tiadanya mesin ini. Ini menyebabkan mesin menjadi satu kelebihan kepada
perindustrian ini. Informan 3 pula menyatakan kerepek dapat dijadikan sebagai makanan
sampingan kepada pengguna. Kerepek ini juga dijadikan sebagai makanan sampingan kepada
pengguna yang telah dihasilkan oleh mesin. Ini menunjukkan ketiga-tiga informan setuju bahawa
penggunaan mesin dapat menghasilkan kerepek berkualiti tinggi kepada pengguna.
Kemudian, soalan 2 yang dituju kepada informan adalah bahan perisa dapat menambahkan
lagi kesedapan terhadap kerepek ini. Informan 1 menyatakan bahan perisa dapat menambahkan
lagi kesedapan supaya dapat menarik perhatian lebih ramai pelanggan. Ramai pelanggan dapat
menikmati kerepek yang mempunyai bahan perisa untuk menambahkan lagi kesedapan.
Manakala informan 2 pula menyatakan mereka menambahkan sedikit bahan perisa terhadap
kerepek dengan mengikut kehendak pengguna. Perindustrian ini menghasilkan kerepek dengan
menambahkan perisa dengan mengikut kehendak pengguna. Informan 3 pula menyatakan bahan
perisa ini bertujuan untuk menguatkan lagi rasa kerepek itu.

Selain itu, objektif 2 bagi soalan 1 ialah Penggunaan mesin dan teknologi moden dapat
menjimatkan masa dalam pengeluaran kerepek itu. Informan 1 menyatakan bahawa penggunaan
mesin ini dapat menghasilkan kerepek dengan begitu banyak dalam masa yang singkat. Mesin ini
dapat mengeluarkan jumlah hasil kerepek dengan masa yang agak singkat. Manakala informan 2
menyatakan mesin ini menggunakan arus elektrik dan jenis penggunaan gas bagi menyiapkan
35

960513-01-5979

kerepek ini dengan masa yang singkat. Mesin ini memerlukan arus elektrik untuk menjalankan
proses pengeluaran kerepek bagi menghasilkan jumlah yang banyak dengan ambil masa singkat.
Bagi informan 3 pula, mesin ini dapat memberi manfaat yang baik kepada pekerja untuk
mengeluarkan kerepek ini dengan masa yang singkat. Kesimpulannya, ternyatalah ketiga-tiga
responden setuju bahawa penggunaan mesin ini dapat menghasilkan jumlah keluaran dengan
masa yang singkat.
Bagi soalan 2 dalam objektif 2 yang ditujukan kepada informan 1 ialah ramai pekerja
mengendalikan mesin ini untuk menyiapkan kerepek itu dengan sempurna. Manakala informan 2
pula menyatakan bahawa penggunaan mesin ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh
dan menjimatkan kos untuk megeluarkan kerepek ini. Bagi informan 3 pula, mesin ini dapat
membantu pekerja lain bagi mengeluarkan jumlah kerepek ini. Kesimpulannya, ternyatalah
bahawa ketiga-tiga informan ini setuju bahawa penggunaan mesin ini dapat memudahkan kerja
kepada pekerja lain bagi menghasilkan kerepek ini.
Akhir sekali, soalan terakhir untuk informan 1 ialah penggunaan mesin ini dapat
mengurangkan tenaga buruh dan mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan
kerepek yang dihasilkan. Kos gaji pekerja dapat dikurangkan dan dapat menghasilkan kerepek
dengan sempurna. Manaka bagi informan 2 pula, pemprosesan keluaran kerepek dapat disiapkan
dengan manusia yang sentiasa mengawal mesin lebih baik. Informan 3 menyatakan penggunaan
hasil kualiti dan keberkesanan terhadap kerepek ini. Kesimpulannya, mesin ini perlu digunakan
dengan sebaik mungkin supaya perindustrian tidak akan terjejas.

6.0 Rumusan Dan Kesimpulan


Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.

36

960513-01-5979

6.1 Mengenalpasti kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam


pemprosesan kerepek di Perindustrian Seri Mas Batu Pahat, Johor dari aspek
kualiti.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa kesan penggunaan mesin dan
teknologi moden dalam pemprosesan kerepek di Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat, Johor
adalah seperti yang dibincangkan iaitu dapat menghasilkan kerepek yang berkualiti tinggi kepada
pengguna, menambahkan bahan perisa untuk menguatkan rasa kesedapan terhadap kerepek,
dapat menjimatkan masa dalam dalam penghasilan kerepek, membantu memudahkan kerja
kepada pekerja dan meningkatkan hasil pengeluaran kerepek itu.
Berdasarkan aspek penggunaan mesin dan teknologi moden yang mendapat sambutan kepada
pekerja di Perindustrian Seri Mas, Batu Pahat menyebabkan mesin ini telah memberi kelebihan
kepada pekerja untuk menghasilkan kerepek itu. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan
pekerja tidak pasti dan tidak setuju penggunaan mesin itu. Jelas sekali bahawa penggunaan mesin
dapat mempengaruhi bilangan pekerja di sana.
Seterusnya, keadaan mesin sangat baik digunakan oleh pekerja untuk menghasilkan kerepek
tersebut. Majoriti pekerja bersetuju bahawa penggunaan mesin ini dapat menampung segala
beban bagi menghasilkan kerepek tersebut. Pekerja juga perlu menghasilkan kerepek berkualiti
tinggi supaya pelanggan tidak terdedah daripada pelbagai penyakit. Kerepek juga perlu disemak
dari segi tarikh luput, bahan kandungan, kalori dan sebagainya untuk dijadikan sebagai
pemerhatian kepada pengguna.

6.2 Mengkaji kesan penggunaan mesin dan teknologi moden di dalam


pemprosesan kerepek keluaran Perindustrian Seri Mas Batu Pahat, Johor
kepada pekerja.
37

960513-01-5979

Perindustrian ini telah menjadi kelebihan dengan adanya mesin untuk menghasilkan
kerepek.Penggunaan mesin ini juga boleh dikategorikan sebagai alat penjimat masa digunakan
untuk menjimatkan masa dan tenaga dalam penyediaan kerepek. Alat penjimat masa terdiri
daripada jenis elektrik dan jenis menggunakan gas. Alat penjimat masa hendaklah digunakan
dengan cermat dan dijaga dengan baik supaya dapat menjalankan kerja penyediaan kerepek
dengan lebih efisien.
Dalam perindustrian ini, penggunaan mesin dapat membantu memudahkan kerja kepada pekerja
bagi menyiapkan penghasilan kerepek dengan cepat. Ia dapat mengurangkan jumlah tenaga
buruh dan kos gaji dan memerlukan beberapa orang pekerja sahaja perlu mengendalikan mesin
ini.Mesin dapat membantu manusia dari segi fizikal dan mental untuk menghasilkan kerepek.
Manusia hanya perlu menggunakan sedikit tenaga sahaja untuk mengawal mesin itu.
Selain itu, penggunaan ini dapat meningkatkan hasil pengeluaran kerepek ini dengan sempurna.
Penggunaan ini dapat mengurangkan tenaga buruh dan mampu mengurangkan kebarangkalian
dalam kerosakan kerepek yang dihasilkan. Penggunaan ini juga dapat menghasilkan kerepek
dengan sempurna berbanding manusia yang sentiasa terkawal dan juga dapat meningkatkan hasil
kualiti dan kecekapan dalam pemprosesan terhadap kerepek.

6.3 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kesan utama penggunaan mesin dan teknologi moden ini adalah dapat
menghasilkan kerepek yang berkualiti tinggi kepada pengguna. Selain itu, bahan perisa dapat
38

960513-01-5979

menambahkan lagi rasa kesedapan terhadap kerepek. Penambah perisa telah menjadi salah satu
faktor kegemaran pelanggan. Kesan setrusnya adalah penggunaan mesin ini dapat menjimatkan
masa umtuk menghasilkan jumlah kerepek yang banyak dalam masa singkat. Mesin boleh juga
dikenali sebagai alat penjimat masa. Penggunaan ini juga dapat membantu memudahkan kerja
kepada dengan meringankan beban pekerja untuk menyiapkan kerepek ini dan dapat
meningkatkan jumlah keluaran kerepek ini. Perindustrian ini telah menjadi sambutan hangat
kerana majority adalah pekerja yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Selain itu,golongan paling ramai yang bekerja adalah golongan yang berumur antara 31-35
tahun. Justeru, pekerja di Perindustrian Seri Mas haruslah menggunakan mesin dengan sebaik
mungkin untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan dan perlu menghasilkan kerepek yang
laku supaya dapat digunakan oleh semua pelanggan.

Rujukan
Sabitha Marican, (2009) Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik, Batu Caves:
Edusystem Sdn Bhd
39

960513-01-5979

R. Kuberan et al, (2013), Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2, Petaling Jaya:
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd
Kamus Dewan Edisi Terkini (2015), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.mardi.gov.my/skop-penyelidikan9
http://en.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahat
http://en.wikipedia.org/wiki/Ayer_Hitam
http://www.inamurni.com/2014/10/tentang-produk-kerepek-ubi-kayu.html
https://samianstats.files.wordpress.com/2008/08/skala-likert.pdf

40

960513-01-5979

Lampiran 1
Borang Soal Selidik

41

960513-01-5979

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) untuk mata
pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik untuk mengkaji cara-cara penggunaan mesin dan
teknologi membuat kerepek dan kesan penggunaan mesin dan teknologi di Perusahaan Seri Mas,
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya
digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.
Bahagian A: Data Demografi Responden
Sila tandakan ( pada ruangan yang disediakan.
1) Jantina
Lelaki

Perempuan

2) Umur
25 hingga 30

31 hingga 35

36 hingga 40
3) Bangsa
Melayu

Cina

India

Lain-lain

4) Status
Berkahwin
Janda

Bujang
Duda

Bahagian B

42

960513-01-5979

Berdasarkan pada kenyataan yang diberikan, jawab soalan berikut dengan jujur dan telus. Baca
dengan teliti setiap kenyataan. Pilih satu jawapan dengan menandakan ( ) dalam ruang
berkenaan berdasarkan skala yang diberikan.
1
Sangat tidak

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

4
Setuju

5
Sangat setuju

setuju

Kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam membuat kerepek dari segi kualiti
Kenyataan
Penggunaan mesin dan teknologi moden dapat mengekalkan kualiti

dalam penghasilan kerepek ini


Bahan perisa dapat menambahkan lagi kesedapan terhadap kerepek
itu

Kesan penggunaan mesin dan teknologi moden dalam membuat kerepek kepada pekerja
Kenyataan
Penggunaan mesin dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam

pengeluaran kerepek itu


Penggunaan teknologi ini dapat membantu memudahkan kerja
kepada para pekerja
Penggunaan ini dapat meningkatkan jumlah pengeluaran kerepek
ini

Lampiran 2
Cara-cara Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat Kerepek Dari Segi
Kualiti Makanan

43

960513-01-5979

Bi

Soalan

Sangat

Tidak

Tidak

tidak

setuju

pasti

Menghasilkan kerepek yang berkualiti

setuju
%
3 10

%
10

%
10

%
30 12

%
40

tinggi
Menambahkan bahan perisa terhadap

10

12 40 12

40

10

Setuju

Sangat
setuju

kerepek.

Kesan Penggunaan Mesin Dan Teknologi Moden Dalam Membuat Kerepek


Bi

Soalan

Sangat

Tidak

Tidak

Setuju

Sangat

tidak

setuju

pasti

Dapat menjimatkan masa dalam

setuju
%
0 0

%
10

%
0

%
12 40 15

%
50

pengeluaran kerepek.
Dapat membantu memudahkan kerja

10

30 18

60

terhadap pekerja
Dapat meningkatkan jumlah hasil

15 50 15

50

setuju

pengeluaran kerepek.

Lampiran 3

44

960513-01-5979

45

960513-01-5979

46

Anda mungkin juga menyukai