Anda di halaman 1dari 3

Program Bumi Hijau Sunday, 06 June 2010 09:25

Pelaksanaan Program Bumi Hijau dan Pembangunan Keluarga Tani adalah lanjutan dari program Kempen Buku Hijau yang telah dilancarkan pada 3 Mac 2006 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Program ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu Tanaman (bercucuk tanam), Ternakan dan Akuakultur. Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses/guna sendiri. Penanaman sayur-sayuran akan dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambilkira konsep kitchen garden atau edible landscape, secara langsung akan memperindahkan lanskap kawasan kediaman mereka. Matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Ini akan dapat meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian yang diperlukan sebagai langkah untuk membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak. Dalam masa yang sama program ini dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk negara mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan selamat. Kempen ini mengandungi tiga komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Matlamat utama kempen ini ialah untuk:

Mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga yang meningkat akibat kenaikan harga minyaK.

Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan belia dan pelajar sekolah untuk melibatkan diri secara komersil dan sepenuh masa di masa yang akan datang. Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat; dan Mewujudkan suasana persekitaran dan kawasan halaman perumahan yang cantik dan menarik dengan tanaman makanan yang juga berfungsi sebagai hiasan (edible landscape) selain daripada tanaman hiasan lain.

Jenis tanaman dan ternakan yang disyorkan:


bayam kangkung

sawi terung cili bendi kacang kelissa pegaga kunyit serai pandan limau kasturi ulam-ulaman, herba dan lain-lain ayam kampung dan ayam telur ikan keli dan ikan tilapia

Siapa yang patut menjayakan program bumi hijau? Semua rakyat Malaysia, terutama kepada semua penduduk di taman perumahan dan pangsapuri. Ternakan hanya untuk peserta di pinggir bandar dan luar bandar sahaja. Perlaksanaan bumi hijau Aktiviti bumi hijau boleh dijalankan secara individu di sekitar rumah, secara komuniti di tanah-tanah kosong (dengan kebenaran pihak berkuasa), di kawasan perumahan, sekolah, masjid dan sebagainya dan juga boleh berlandaskan konsep 'kitchen garden'. Perkhidmatan sokongan bumi hijau Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidamtan Haiwan menyediakan: Khidmat nasihat teknik penanaman, penternakan dan penjagaan; Keperluan bji benih dan bahan tanaman, anak ikan dan anak ayam dengan harga yang berpatutan dan Input-input lain yang bersesuaian. Tempat menanam Atas tanah dan sekitar rumah, dalam bekas seperti pasu, tin, kotak polystyrene terpakai dan sebagainya. Bahan dan cara menanam Semaian biji benih atau tanam anak pokok terus ke atas tanah atau bekas tanaman.

Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM 15 juta bagi tahun 2008 dan untuk fasa 1, sebanyak RM 5 juta telah diagihkan. Dengan peruntukan tersebut Jabatan telah menetapkan sasaran seramai 187,000 keluarga di 2,880 Kampung dan Taman Perumahan di seluruh negara. Kit Bumi Hijau bernilai RM15.00 yang mengandungi 4 jenis biji benih sayuran terpilih, baja serta risalah / selembaran yang mengandungi maklumat cara penanaman dan penjagaan tanaman sayur-sayuran sebagai panduan akan beri secara percuma kepada semua peserta. Orang ramai boleh menyertai program ini; (i) secara individu yang melibatkan peserta menanam di halaman rumah dan (ii) secara berkumpulan/komuniti/institusi (20 peserta/kumpulan) di kawasan tanah lapang di kampung/Taman Perumahan.
Pelaksanaan program ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Program Kempen Bumi Hijau di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Exco Pertanian bertindak sebagai pengerusi J/K diperingkat Negeri dan Jabatan Pertanian menjadi urusetia kepada Jawatankuasa ini. Semasa melaksanakan program ini Jabatan Pertanian juga perlu bekerjasama dengan lain-lain Jabatan/agensi seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan (Pusat Latihan Perkhidmatan Negara), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Perbadanan Putrajaya, DBKL dan kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah.

Last Updated on Sunday, 06 June 2010 18:23


http://pertubuhanpeladang.com.my/sgketereh/index.php?option=com_content&view=article&i d=113&Itemid=151

Anda mungkin juga menyukai