Anda di halaman 1dari 18

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Aneka Pilihan yang
dibekalkan.

1
Dia menumpukan usaha sepenuhnya dalam bidang perniagaan. Hari ini dia
menjadi seorang usahawan yang berjaya.

` Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi

A hubungan syarat dan hasil

B hubungan sebab dan hasil

C hubungan latar dan kesimpulan

D hubungan memperkuat isi

2 Yang manakah wacana yang utuh?

A Shazlin dihantar ke hospital oleh ayahnya. Dia diserang asma ketika bersiap-siap
hendak ke sekolah pagi tadi.

B Ahmad makan dengan tergesa-gesa. Banyak makanan yang terdapat di restoran itu.

C Guru itu sedang mengajar. Para pelajar beratur untuk ke perpustakaan sekolah.

D Kami semua sudah bersedia untuk bertolak. Keadaan jalan raya pada waktu itu
sangat sibuk.

1
3 Antara penyataan berikut, yang manakah ciri-ciri retorik pendedahan?

I Mengubah pemikiran dan kepercayaan pembaca.


II Memindahkan pengamatan penulis kepada pembaca.
III Memperincikan topik yang diperkatakan.
IV Menghuraikan konsep yang diketengahkan.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

4 Yang manakah penyataan yang menunjukkan penggunaan retorik pemujukan


rasional?

A Ingin kembali langsing?Makanlah produk D'Qurross , dalam masa seminggu anda


akan hilang 10 kilogram! Cubalah, pasti berkesan!

B Gatal kepala? Syampu ini dapat menghapuskan kelemumur anda dalam masa
5 minit sahaja!

C Pakej pelancongan yang sangat murah! RM1500 untuk lawatan ke Cameron


Highlands selama 3 hari 3 malam.Hubungi kami sekarang untuk percutian yang
menjimatkan.

D Rasa malu dengan kulit muka yang berjerawat? Gunakan produk sabun Zizan
Razali, semua jerawat akan hilang serta- merta!

2
5
Sebenarnya, amat sukar bagi kita untuk menilai hati orang, bak kata
pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Paparan luaran tidak memberi
gambaran sebenar sifat seseorang. Macam buah kuini, kadang-kadang
kulit cantik tetapi isinya busuk atau berulat dan ada pula buah yang
kulitnya tidak cantik tetapi isinya sungguh manis. Begitu jugalah dengan
ragam manusia. Oleh itu berhati-hatilah memilih teman agar tidak
menyesal di kemudian hari.

Apakah teknik penyampaian idea berdasarkan petikan di atas?

A analogi

B induksi

C deduksi

D eklektik

6 Yang manakah padanan yang betul antara jenis variasi bahasa dengan contohnya?

Jenis Variasi Bahasa Ciri-Ciri

I Bahasa Pasar W Tiada unsur kependekan kata.

II Bahasa Mesra X Penyebutan perkataan dipengaruhi oleh pelat


bahasa ibunda penutur.

III Bahasa Formal Y Menggunakan kosa kata dan intonasi yang


menunjukkan konteks hubungan yang
harmoni.

IV Jargon Z Variasi bahasa yang hanya dituturkan oleh


sekumpulan penutur tertentu sahaja.

I II III IV

A X Y Z W

B X Y W Z

C Y W Z X

D Y Z X W

3
7 Sesuatu laras bahasa itu dapat dikenal pasti melalui...

I diksi yang terkandung di dalamnya.


II kepelbagaian ayat yang digunakan.
III pokok persoalan yang menjadi tumpuan.
IV gaya persembahan penutur atau penulisnya.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

8
 Menggunakan sistem penomboran
 Mempunyai nota tepi
 Mengandungi rujuk silang

Penyataan di atas merujuk kepada laras

A Laras sastera

B Laras ekonomi

C Laras sains

D Laras undang-undang

9 Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkaitan antara lambang atau kata dan
ayat dengan maknanya.

Apakah istilah yang menepati definisi di atas?

A pragmatik

B semantik

C fonetik

D linguistik

4
10 Antara yang berikut, yang manakah mengalami peluasan makna?

I Jambu
II Saudara
III Khalwat
IV Madrasah

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

11
Istilah Huraian

I Polisemi P Kata yang bunyinya sama tetapi ejaan dan


maknanya berbeza.

II Hiponim Q Kata yang ejaannya sama, tetapi sebutan dan


maknanya berbeza.

III Homofon R Perkataan-perkataan yang perkaitannya dapat


dilihat dari sudut umum dan khusus.

IV Homograf S Satu perkataan yang mempunyai banyak


makna.

Yang manakah padanan yang betul antara istilah dengan huraiannya?

I II III IV

A S R P Q

B R S Q P

C S P R Q

D P Q S R

5
12
P Q

Baju kebaya, cheongsam, sari

Rumah banglo, pangsa, teres

Istilah yang diwakili oleh Q ialah

A antonim

B hiponim

C sinonim

D homonim

13 Yang manakah peribahasa yang tidak membawa maksud pekerjaan yang sia-sia?

A Ikan di hulu tuba di hilir

B Cicir dipungut hilang dicari

C Umpama menulis di atas air

D Si buta membilang bintang di langit

6
14 Yang manakah padanan yang betul antara jenis kiasan dengan contohnya?

Jenis Kiasan Contohnya

I Kiasan sandar P Harimau berantai

II Kiasan terus Q Nyawa-nyawa ikan

III Kiasan melarat R Menoreh getah

IV Kiasan melompat S Memotong cakap orang

I II III IV

A R Q P S

B P S R Q

C Q P S R

D S R Q P

15 Roslan sangat beruntung kerana memperoleh harta peninggalan ayahnya yang


bernilai jutaan ringgit. Namun begitu, kini dia hidup merempat setelah harta
tersebut hilang begitu sahaja setelah dia melabur dalam skim cepat kaya.

Apakah peribahasa yang bertepatan dengan nasib Roslan di atas?

A Naik seperti semut, turun seperti ribut

B Lain bengkak lain bernanah

C Hari tak selalunya panas

D Fikir itu pelita hati

7
16 Antara yang berikut , yang manakah benar tentang ragam bahasa tempelak?

A Digunakan untuk menunjukkan kesalahan yang sedang dilakukan.

B Digunakan untuk mengingatkan seseorang supaya tidak melakukan kesalahan yang

sama pada masa akan datang.

C Menyatakan perasaan secara bersungguh-sungguh.

D Menampakkan kelemahan atau keburukan pihak lain agar mereka kelihatan bodoh

dan menjadi bahan ketawa.

17 Fattah Amin berkahwin dengan Fazura. Apakah hubungan antara Fattah Amin dengan

Zul Ariffin, suami kepada adik isterinya itu?

A Ipar

B Besan

C Mentua

D Biras

18 Gelaran kurniaan bagi isteri seseorang yang bergelar Tan Sri ialah?

A Datin Sri

B Puan Sri

C Datin

D Toh Puan

8
19
Profesor yang telah bersara tetapi dianugerahi kurniaan sebagai
penghormatan kerana penulisannya dalam bidang akademik.

Apakah gelaran ikhtisas yang diberikan untuk individu berkenaan?

A Profesor

B Profesor Diraja

C Profesor Madya

D Profesor Emeritus

20
 Ahli Dewan Negara
Shamsiah
 Berketurunan raja

Rujukan kehormat bagi Shamsiah ialah

A Yang Berbahagia Tengku Shamsiah

B Yang Amat Berhormat Tengku Shamsiah

C Yang Berhormat Senator Tengku Shamsiah

D Yang Berbahagia Tengku Shamsiah

9
Bahagian B [45 markah]
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

21

Penanda wacana

Penghilangan

Penghubung

Rujukan Penggantian

(a) (i) Apakah jenis penanda wacana X? [1]

………………………………………………………………………………………

(ii) Bina satu wacana yang sesuai dengan menggunakan penanda wacana X. Panjang
wacana tersebut hendaklah tidak melebihi 20 patah perkataan. [2]

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………....

(b) Bina satu wacana yang menunjukkan kesinambungan idea dari segi sebab dan akibat.
[2]
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………....

10
22
Ayahnya memakai baju berlengan pendek berwarna biru muda dan berseluar panjang
hitam. Tingginya 162 cm, tubuhnya agak gempal dan berambut lurus. Dia juga
mempunyai tahi lalat di atas kening sebelah kiri.

(a) (i) Apakah jenis retorik bagi wacana di atas? [1]

………………………………………………………………………………………

(ii) Nyatakan dua ciri retorik yang terdapat dalam petikan di atas. [2]

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………......

(b) Apakah perbezaan antara teknik penyampaian idea jenis deduksi dengan teknik

penyampaian idea jenis induksi? [2]

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

11
23 (a) Nyatakan jenis variasi bahasa berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Pernyataan Variasi Bahasa


(i) Mematuhi aspek tatabahasa dengan sepenuhnya,
[1]
iaitu struktur ayatnya lengkap dan gramatis.

(ii) Bahasa yang telah dikuasai sebagai bahasa ibunda


[1]
dalam kalangan masyarakat penuturnya.

(iii)Wujud unsur kependekan misalnya mu, tu, ni,


[1]
dah, dan lain-lain.

(b) Nyatakan istilah yang tepat berdasarkan konteks yang diberikan.


(i) Bercakap gagap. [1]

………………………………………………………………………………......

(ii) Bertutur dalam bahasa baku di pejabat tetapi menggunakan dialek di rumah.
[1]
………………………………………………………………………………......

(iii) Mampu bertutur dalam dua bahasa yang berlainan. [1]

………………………………………………………………………………......

12
24
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu kelakuan tidak
senonoh di khalayak.

(a) (i) Nyatakan jenis laras bahasa dalam petikan di atas. [1]

………………………………………………………………………………………….

(ii) Nyatakan dua kosa kata yang menentukan jenis laras bahasa yang terdapat

dalam petikan tersebut. [2]

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(b)

Syampu Jenama X tidak asing lagi bagi wanita yang berjaya. Rambut jadi lebat,
harum dan menjadi lurus. Anda kelihatan lebih anggun dan menawan. Dapatkan
dengan segera untuk anda nampak cantik seperti model terkenal.

(i) Berikan dua ciri laras bahasa bagi petikan di atas. [2]

………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………....

(ii) Bina satu wacana laras iklan kaedah gesaan. [2]

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

13
25 Bina satu ayat yang gramatis dengan menggunakan ungkapan nasi tambah bagi
menunjukkan makna denotatif dan makna konotatif . Ungkapan tersebut tidak boleh
diberikan imbuhan atau digandakan.

(i) Makna denotatif [1]


………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

(ii) Makna konotatif [1]


………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

14
26

homofon homograf

(a) (i) Apakah X? [1]

………………………………………………………………………………………….

(i) Bina dua ayat dengan menggunakan perkataan haus untuk menunjukkan perbezaan
maknanya. [2]

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………….......

(b)

Puan Aisyah membeli barangan elektrik. Antara barangan tersebut ialah televisyen,
kipas, seterika dan mesin basuh.

Apakah superordinat bagi perkataan-perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas? [1]

…………………………………………………………………………………………………..

15
27

Ustaz Ali mempunyai empat orang putera yang telah membuka sebuah klinik.
Kesemua anaknya merupakan kelulusan sarjana dari universiti tempatan. Klinik
mereka menyediakan rawatan pediatrik bagi kanak-kanak.

Berikan tiga perkataan yang mengalami peluasan makna dalam petikan di atas.

(a) ………………………………………………………………………………………[1]

(b) ………………………………………………………………………………………[1]

(c) ………………………………………………………………………………………[1]

28 Digunakan untuk mengulang perkataan, rangkai kata, atau


ayat untuk menguatkan sesuatu maksud yang hendak
Ragam Bahasa X
ditekankan.

(i) Namakan ragam bahasa X. [1]

…………………………………………………………………………………

(ii) Bina satu wacana yang menepati ragam bahasa X. [2]

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

16
29 Kiasan Asal Kiasan sandar

Kiasan terus

Kiasan X Kiasan
berangkap
Jenis kiasan
Kiasan Kiasan berbunga
Permanusiaan

Kiasan pemanis
Kiasan Berkacau
Kiasan melompat

Kiasan melarat

(a) (i) Apakah kiasan X? [1]

………………………………………………………………………………………..

(ii) Berikan satu contoh kiasan berangkap. [1]

…………………………………………………………………………………………

(b) Lengkapkan peribahasa yang berikut.


(i) Patah kemudi……………………………………………………………….[1]
(Maksud : kematian pemimpin akan menyebabkan rakyat kucar-kacir)

(ii) Nyamuk mati …..……….…………………………………………………..[1]


(Maksud : dendam tidak hilang walaupun orang itu sudah dihukum)

17
30

Tan Sri Dr. Megat Riduan bin Megat Jamil

Nyatakan tiga jenis gelaran dalam ayat di atas dan berikan satu contoh bagi setiap jenis
gelaran tersebut.

(i) Jenis gelaran : ………………………………………………………………….[1]

Contoh : ………………………………………………………………….[1]

(ii) Jenis gelaran : ………………………………………………………………….[1]

Contoh : ………………………………………………………………….[1]

(iii)Jenis gelaran : ………………………………………………………………….[1]

Contoh : ………………………………………………………………….[1]

KERTAS SOALAN TAMAT

18

Anda mungkin juga menyukai