Anda di halaman 1dari 40

SET 1

BAHAGIAN B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20 markah]

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.
Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2005,
setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada
tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun 2008
berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak
ketara. Pada tahun 2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga. Melalui Dasar Setinggan Sifar
Menjelang 2005,golongan setinggan telah berjaya dipindahkan ke penempatan baru yang lebih
kondusif melalui pembinaan rumah kos rendah yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat.
Bilangan setinggan pada tahun 2006 telah menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga
berbanding tahun 2005. Bilangan ini terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007
dan angka ini kekal sehingga tahun 2008.

Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut meningkatkan lagi
petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5293
keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada 11411 keluarga pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Pada tahun 2008,
berlaku peningkatan sebanyak 7272 keluarga berbanding tahun 2005.

Negeri Sembilan kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan setinggan terendah di Malaysia
dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan setinggan yang dicatatkan
bagi setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak
176 keluarga berbanding tahun 2005. Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006 melebihi
sebanyak 49 keluarga berbanding tahun 2007.

Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan setinggan sebanyak 3629
keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186 keluarga berbanding tahun 2006.
Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi sebanyak 3407 keluarga berbanding
bilangan setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang sama.

Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh
kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan setinggan pada tahun
2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini telah menyusut
sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah
merupakan 58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun tersebut yang berjumlah 43536
keluarga. Bilangan setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)


2

2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan
penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut
menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun penduduk di bandar-
bandar utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai,Tokyo ataupun Mexico City, namun
bilangan penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas menunjukkan trend positif bagi sesebuah
negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia.

Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan buah
bandar yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak
3,122,678 orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang banyak dalam bilangan penduduk
bandar boleh dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke bandar berpunca daripada faktor tolak dan
tarik.

Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk dengan
peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada tahun 2000 kepada
1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang sederhana
dalam bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak 177,811 orang daripada penduduk seramai
1,297,526 orang pada tahun 2000.

Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan 630,603 orang
pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan 916,409 orang pada tahun
2010.

Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil dengan
penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang pada tahun 2010.
Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka ini melebihi bandar Shah Alam
seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788 orang kalau dibandingkan dengan bandar
Ipoh. Pada tahun 2010, penduduk tiga bandar ini adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya,
704,572 orang untuk Ipoh dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak
melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia dalam jangka
masa yang diliputi.

Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara
yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.

(Sumber: Disesuaikan daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


3

2. Malaysia: Jumlah Aliran Keluarga Setinggan Mengikut Negeri-Negeri Terpilih Bagi Tahun
2005 hingga Tahun 2008.

Bil Negeri Bilangan Keluarga Setinggan (keluarga)


.
2005 Tokokan 2006 Tokokan 2007 Tokokan 2008 Tokokan

1. Selangor 5913 5913 2811 2811 1197 1197 1197 1197

2. Johor 5293 11206 11411 14222 11411 12608 12565 13762

3. Negeri 121 11327 346 14568 297 12905 297 14059


Sembilan

4. Kedah 3528 14855 3443 18011 3629 16534 3629 17688

5. Sabah 38868 53723 25525 43536 23692 40226 23682 41370

JUMLAH 53723 43536 40226 41370

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada


Berita Harian,April 2009)

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


4

MALAYSIA: JUMLAH ALIRAN KELUARGA SETINGGAN MENGIKUT


NEGERI-NEGERI TERPILIH
BAGI TAHUN 2005 HINGGA 2008

Jumlah setinggan
(keluarga)

Negeri Sembilan

Tahun

Skala: 1cm: 5 000 keluarga

Petunjuk:

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada


Berita Harian, April 2009)
2. MALAYSIA: PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA
PADA TAHUN 2000 DAN 2010

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


5

TAHUN 2000 TAHUN 2010


Bilangan Bilangan
Bandar Penduduk % Penduduk %
(orang) (orang)
1. Subang Jaya 423,338 8.864 31.91 1,553,589 19.669 70.81

2. Kuala Lumpur 1,297,526 27.169 97.81 1,475,337 18.679 67.24

3. Klang 631,676 13.227 47.62 1,113,851 14.102 50.77

4. Johor Bahru 630,603 13.204 47.53 916,409 11.602 41.76

5. Ampang Jaya 475,253 9.951 35.82 804,901 10.191 36.69

6. Ipoh 574,041 12.020 43.27 704,572 8.92 32.11

7. Shah Alam 319,612 6.692 24.09 671,282 8.449 30.60

8. Kuching 423,763 8.873 31.94 658,549 8.338 30.02

JUMLAH 4,775,812 100 360 7,898,490 100 360

(Sumber: Disesuaikan daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

MALAYSIA: PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA


PADA TAHUN 2000 DAN 2010

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


6

Tahun 2000 Tahun 2010

Jumlah:4,775,812 orang Jumlah: 7,898,490 orang

Nisbah jejari: 1:1.286

Petunjuk:

(Sumber: Disesuaikan daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)
SET 2

Bahagian B

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


7

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan
jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 hingga 2010.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2007
hingga tahun 2010. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2007 sebanyak RM56 547 juta,
meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada
tahun 2010, jumlah perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4 tahun berkenaan.
Pada tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2009
berbanding tahun 2008 yang berjumlah RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun
kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada pesara-pesara. Jumlah
perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola menurun. Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan
adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun sebanyak RM276 juta pada tahun 2008 dan menjadi RM6 534 juta pada
tahun 2009. Pada tahun 2010, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun berkenaan. Perbelanjaan
mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun 2007, meningkat kepada RM10 134 juta
pada tahun 2008. Perbelanjaan ini terus meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula
kepada RM9 368 juta pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan ketara
sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2008, perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun
2007 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2009 dan terus
meningkat sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2010.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada semua jumlah
perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding hanya RM17 088 juta pada
tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak
RM3 066 juta berbanding tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-
tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan memperoleh keuntungan
yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2006 kuantiti pengeluaran

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


8

minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu
tong sehari pada tahun 2007. Namun, pada tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami
peningkatan kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan
yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2009

. Pada tahun 2010, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari,berbanding
tahun sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti
import sepanjang tempoh 2006 -2010. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2006 ialah US$75
setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut
iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada
kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan
ini berlaku pada tahun 2007 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu tong sehari
berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah
paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada tahun 2008, kuantiti eksport
minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya
adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah
US$ 75 setong.

Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2008 hingga tahun
2010 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih
tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2009 ialah 390 ribu tong sehari pada harga
US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2010 kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37
ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran
dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Ekonomi 2009/2010)

MALAYSIA: PERUBAHAN JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN


PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2007 HINGGA 2010

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


9

2007 Nilai 2008 Nilai 2009 Nilai 2010 Nilai


Tahun Tokok Tokok Tokok Tokok
(RM juta) (RM juta) (RM (RM juta)
(RM Juta) (RM Juta) juta) (RM Juta) (RM Juta)

Perbelanjaan
Mengurus

15 557
Emolumen 15 557 17 443 17 443 20 842 20 842 19 727 19 727

6 987
Pencen 22 544 6 711 24 154 6 534 27 376 6 408 26 135

9 555
Khidmat 32 099 10 134 34 288 10 169 37 545 9 368 35 503
hutang

7 360
Bekalan dan 39 459 10 703 44 991 11 269 48 814 14 781 50 284
perkhidmatan

17 088
Lain-lain 56 547 18 766 63 757 19 885 68 699 22 951 73 235

56 547
JUMLAH 63 757 68 699 73 235

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011

Nota:
1. Graf Garis Komponen max 20 M (PA 5 + KT 5 + KI 5 + KJ 5
2.

2.

MALAYSIA : KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA HARGA MINYAK


MENTAH PADA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2010

Butiran 2006 2007 2008 2009 2010


Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


10

Kauntiti pengeluaran 255 233 300 452 421

(Ribu tong sehari)


Kuantiti eksport 202 212 239 390 353

(Ribu tong sehari)


Kuantiti import 92 73 48 48 48

( Ribu tong sehari)


Harga pasaran (US$ setong) 75 88 75 69 67

Pengiraan :

Nilai kuantiti pengeluaran (2007) : 255 22 = 233 ribu tong sehari.

Nilai kuantiti eksport (2010) : 390 - 37 = 353 ribu tong sehari

Nota tambahan:

1. Graf Gabungan (Bar Kompaun + Graf Garisan) max 20 M (PA 5 + KT 5 + KI 5 + KJ 5)

SET 3

Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


11

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan
perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi tahun 2008 hingga 2009

Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi utama telah menghasilkan
pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat sebanyak RM55 161 juta berbanding dengan
tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah dicapai hasil daripada usaha gigih kerajaan untuk terus
memajukan ekonomi negara.

Barangan elektrik dan elektronik terus kekal sebagai sumber pendapatan eksport Malaysia yang
terbesar. Pada tahun 2008, nilai eksportnya ialah sebanyak 35.8% daripada jumlah keseluruhan eksport
pada tahun tersebut. Pendapatan eksport sektor ini meningkat sebanyak RM7269.9 juta bagi tahun 2009.
Pada tahun 2009, barangan kilang menyumbang pendapatan sebanyak RM152 647.57 juta, iaitu
meningkat sebanyak RM19 200.57 juta berbanding tahun 2008. Perkembangan ini membuktikan
bahawa sektor perkilangan terus menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pendapatan
eksport bagi tahun berkenaan.

Petroleum mentah merupakan komoditi eksport keempat terbesar mewakili sebanyak RM65
122.62 juta daripada jumlah eksport negara pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak RM9 084.96 juta
pada tahun 2009. Pertambahan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga purata eksportnya
sebanyak 17.6 peratus atau RM284.30 setong dalam tempoh tersebut. Peningkatan eksport sektor ini
dijangka terus kukuh untuk tahun-tahun berikutnya.

Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009. Angka ini
menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan menjadikan peningkatan
sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008. Perkembangan positif ini hasil kejayaan FELDA
dalam menerokai pelbagai bidang baru dalam sektor perladangan.

Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang kepada pendapatan
eksport sebanayk 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada tahun 2008. Walau bagaimana pun, eksport
sektor ini meningkat sebanyak RM2 206.44 juta atau 10.34 peratus kepada RM 23 557.96 juta pada
tahun berikutnya. Selebihnya pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang
terdiri dari sekor pakaian, getah asli serta ubat-ubatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara,


2010/2011, Kementerian Kewangan Negara)

2. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama terpilih mengikut tempoh yang dinyatakan.

Pengeluaran kelapa sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan yang


berterusan dari tahun 2007 hingga tahun 2010 berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan
oleh pihak FELDA dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2007, kelapa sawit
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


12

mencatat pengeluaran sebanyak 12 909 ribu tan metrik, iaitu pengurangan sebanyak 2446
ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2008. Pengeluaran kelapa sawit terus meningkat
kepada 16 976 ribu tan metrik pada tahun 2009 dan dianggarkan meningkat lagi sebanyak
2324 ribu tan metrik setahun kemudian. Walau bagaimana pun, peningkatan pengeluaran ini
tidak menjamin peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport Malaysia kerana
pada tahun 2009, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM564 juta
berbanding dengan RM21 411 juta pada tahun 2008. Pada tahun 2007, perolehan eksport
minyak kelapa sawit ialah RM15 838 juta dan dianggarkan mencapai RM22 550 juta pada
tahun 2010.
Pengeluaran getah pula meningkat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2009,
tetapi dianggarkan merosot pada tahun 2010 kerana ladang ditukar dengan tanaman lain.
Pada tahun 2007, pengeluaran getah adalah sebanyak 10908 ribu tan metrik dan terus
meningkat sebanyak 106 ribu tan metrik pada tahun 2008. Pada tahun 2009, pengeluraran
getah meningkat lagi sebanyak 282 ribu tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya,
tetapi diramalkan merosot sebanyak 53 ribu tan metrik pada tahun 2010. Perolehan eksport
getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2010
setelah mencatat peningkatan dari tahun 2007 hingga 2009. Pada tahun 2008, perolehan
eksport getah adalah sebanyak RM15582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1290 juta
berbanding dengan tahun 2007. Pada tahun 2009, perolehan eksport getah adalah sebanyak
RM17197 juta tetapi dianggarkan berkurangan sebanyak RM297 juta pada tahun 2010.
Koko pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan
kawasan tanaman baru. Pada tahun 2007 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 17 007
ribu tan metrik dan meningkat kepada 22 729 ribu tan metrik pada tahun 2009, iaitu
peningkatan sebanyak 4418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2008.
Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 22 936 ribu tan metrik pada tahun 2010,
manakala perolehan eksport hasil koko pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak RM5470
juta berbanding dengan tahun 2007 yang mencatat perolehan sebanyak RM10888 juta.
Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM19 079 juta pada tahun 2009 dan dijangka
meningkat lagi sebanyak RM1796 juta pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009.
(Sumber : Dipetik dan diubah suaikan daripada
Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2010/2011)

Jadual no. 1

MALAYSIA; PENDAPATAN EKSPORT MENGIKUT KOMODITI UTAMA TERPILIH PADA


TAHUN 2008 DAN 2009

Barangan 2008 2009


Barangan elektrik & elektronik 191096.1 198366.0
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


13

Barangan kilang 133447.0 152647.57


Petroleum mentah 65122.62 74207.58
Minyak K Sawit 28290.76 32392.2
Kayu gergaji 21351.52 23557.96
Lain-lain komoditi 94480 107777.69
Jumlah 533 788 588 949

MALAYSIA; PENDAPATAN EKSPORT MENGIKUT KOMODITI UTAMA TERPILIH PADA


TAHUN 2008 DAN 2009

Nilai Pendapatan (RM Juta)

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


14

2008 2009 Tahun

Barangan elektrik & elektronik


Barangan kilang
Petroleum mentah
Minyak kelapa sawit
Kayu gergaji
Lain-lain komoditi

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara,


2010/2011, Kementerian Kewangan Negara)

2. Cadangan jawapan

MALAYSIA: KUANTITI EKSPORT KOMODITI UTAMA DAN PURATA PEROLEHAN KOMODITI


BERKENAAN BAGI TAHUN 2007 HINGGA 2010 (anggaran)

Tahun/ Eksport Perolehan


Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


15

Komoditi (ribu metrik) (ribu juta)


2007 2008 2009 2010 2007 2008 2009 2010
Kelapa 12909 15359 16976 19300 1583 2141 2084 22550
Sawit 8 1 7
Getah 10908 11014 11296 11243 1429 1558 1719 16900
2 2 7
Koko 17007 18311 22729 22936 1088 1635 1907 20875
8 8 9

Jumlah 4101 5335 5712 60325


8 1 3
Purata 1367 1778 1904 2010
3 4 1 8

(Sumber : Diubah suai daripada Laporan Ekonomi 2010/2011)

Nota tambahan:
2. Jawapan diterima - Graf Gabungan

SET 4

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

[20]
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


16

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada
tahun-tahun yang dinyatakan.

Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada
tahun 2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka
meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah
disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti
eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan
nilai eksport industri makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun
2005 kepada RM15,803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan
tembakau juga telah meningkat sebanyak 39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun
2010.

Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji


menyebabkan hasil eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada
RM2100 juta dan RM4051 juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan
menggalakkan keluaran perabut yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran
perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah menyebabkan peningkatan hasil eksport
keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri keluaran kayu meningkat sebanyak
RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun 2010. Sementara hasil eksport industri
perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun 2005 dan mengalami
peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun 2010.

Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah
meningkat daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan
kepada hasil eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156
juta pada tahun 2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan
pertumbuhan industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan
mentah tempatan. Hasil eksport industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak
RM781 juta kepada RM2,799 juta pada tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri
berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan yang baik bagi industri pertanian di
negara ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan

Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 2010)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai bagi menunjukkan panjang jalan di Malaysia mengikut jenis dan bidang kuasa
pada tahun 2006, 2008 dan 2010.

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


17

Jalan raya memainkan peranan yang penting di Malaysia memandangkan


kebanyakan penduduk di Malaysia menggunakan jalanraya sebagai perhubungan seharian
mereka. Jalan yang baik memberi keselesaan dan keselamatan kepada orang ramai.
Kerosakan jalan pula akan memberikan kesan yang sebaliknya. Jalan Persekutuan dan
Jalan Negeri merupakan dua kategori jalan utama di negara ini.

Hampir 75 peratus daripada jalan persekutuan dan negeri adalah jalan berturap.
Pada tahun 2006, 16,020 km atau 98.43 peratus jalan persekutuan adalah berturap
sementara 55,272 km jalan negeri juga berturap. Panjang jalan persekutuan yang
berturap terus meningkat pada tahun 2008 dan 2010 masing-masing kepada 16,602 km
dan 17,254km. Bagi jalan negeri berturap pula meningkat sebanyak 26,141km pada tahun
2008 dan terus meningkat lagi pada tahun 2010 kepada 98,915km.

Jalan negeri berkelikir adalah lebih panjang berbanding jalan persekutuan berkelikir.
Panjang jalan negeri berkelikir adalah 21.19 peratus daripada panjang jalan negeri pada
tahun 2006 iaitu 73,852km. Jumlah panjang jalan negeri berkelikir terus meningkat
sebanyak 662km pada tahun 2008 dan terus menokok kepada 18,480km pada tahun
2010. Namun demikian, kepanjangan jalan persekutuan berkelikir semakin merosot iaitu
dari 56km pada tahun 2006 kepada hanya 10km pada tahun 2008 dan akhirnya terhapus
pada tahun 2010.

Jenis jalan tanah pula merupakan jalan yang paling pendek sama ada di peringkat
jalan persekutuan mahupun jalan negeri. Pada tahun 2008 dan 2010, jabatan kerja raya
tidak lagi membina jalan persekutuan jenis tanah. Jalan persekutuan jenis tanah pada
tahun 2006 adalah sepanjang 199km. Namun demikian, jalan negeri jenis ini terus
meningkat dari tahun 2006 hingga tahun 2010. Pada tahun 2008, panjang jalan negeri
jenis tanah menunjukkan peningkatan sebanyak 5,351km kepada 8,280km berbanding
tahun 2006. Kepanjangannya terus meningkat kepada 9,754km pada tahun 2010.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Buletin Perangkaan Sosial, 2010)

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


18

N0.1

Malaysia: Hasil Eksport Industri Berasaskan Pertanian pada Tahun 2005 dan
Jangkaan Tahun 2010

Bi Jenis industry 2005 *2010


l
(RMjuta) (RMjuta)

1 Makanan 8627 15803

2 Minuman dan tembakau 1755 2446

3 Keluaran kayu 9665 13909

4 Perabut 8454 14335

5 Keluaran getah 6923 11368

6 Kertas 2018 2799

* jangkaan/anggaran

Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Rancangan Malaysia ke 9, 2006 2010)

Jawapan tepat graf bar kompaun 20 markah

2. MALAYSIA : PANJANG JALAN MENGIKUT BIDANG KUASA, TAHUN 2006,


2008 DAN TAHUN 2010

Bidang kuasa persekutuan Bidang kuasa negeri

Jenis jalan (km) (km)

2006 2008 2010 2006 2008 2010

Jalan 16020 16602 17254 55272 81413 98915


berturap

Berkelikir 56 10 0 15649 16311 18480

Jalan 199 0 0 2929 8280 9754


tanah

Cadangan jawapan

Piramid kompaun sahaja

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


19

SET 5

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]

1. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pembiayaan
kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) ke luar negara dalam bidang perubatan dan
pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011.

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai sektor pendidikan
dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan setakat dalam negara sahaja malahan
turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang
membiayai kos pendidikan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA
telah mengeluarkan kos pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-
negara terpilih.

Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara terpilih yang
sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini berkurang sebanyak RM1020.9 ribu
berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang sama.

Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan berjumlah RM1067.35
ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih. Negara India adalah antara negara pilihan
pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan
pendidikan perubatan yang hanya mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk
pelajar-pelajar ke India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang
perubatan.

Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah kos yang dibiayai untuk ke negara
ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu. Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah
berbanding Indonesia amat ketara. Kos pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi
sehingga mencecah 58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan
khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu dan RM1354.10
ribu.

Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang pergigian pada tahun
yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat lebih kurang 30.17% daripada
jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar
tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.

Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya berjumlah
sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia dalam bidang yang sama. Kos
yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi Indonesia sebanyak RM589.71 ribu.

Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara ini terutama dalam bidang-
bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun


2012)

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


20

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


21

2. Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah warganegara
mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang dilaporkan.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. Jumlah penduduk
adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah disesuaikan daripada
Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu orang. Seramai 12
642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah warganegara meningkat pada tahun berikutnya
kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala pada tahun 2010, jumlah warganegara dijangka mencecah 25
776.7 ribu orang.

Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan dijangka meningkat
menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah warganegara perempuan melonjak
berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2009 mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka
mencatatkan 12 789 ribu orang pada tahun 2010.

Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding perempuan
sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki seramai 3 224.8 ribu orang.
Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun berikutnya sebelum dijangka meningkat
menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan
pola yang semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada
tahun 2008, menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010 masing-
masing.

Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu orang pada tahun 2009
dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding lelaki bumiputera pada tahun yang sama.
Bilangan warganegara perempuan dan lelaki bumiputera masing-masing dijangka meningkat kepada 8
467.7 ribu orang dan 8 574.4 ribu orang pada tahun 2010.

Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan setiap tahun.


Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang. Bilangan ini terus meningkat pada
tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang. Seterusnya dijangka menokok kepada 3 173 ribu orang
pada tahun 2010. Manakala data bagi kaum India perempuan mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu
orang dan 969.9 ribu orang bagi tahun-tahun yang terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


22

Bahagian B

Soalan 1

MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN


PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT
NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Perubatan (RM
Negara Ribu) Pergigian (RM Ribu)

Nilai % Sudut Nilai % Sudut

1067.3
Australia 5 22.91 82.48 821.80 22.59 81.32

India 587.74 12.62 45.42 381.69 10.49 37.77

Indonesia 267.48 5.74 20.67 232.09 6.38 22.97

1382.2
Ireland 0 29.67 106.81 1097.40 30.17 108.59

United 1354.1
Kingdom 0 29.06 104.63 1104.99 30.37 109.35

4658.8
Jumlah 7 100 360 3637.97 100 360

Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan


Malaysia, Tahun 201

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


23

MALAYSIA:PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR

TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM

BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT

NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Disesuaikan daripada Risalah,

Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


24

Soalan 2

MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA


BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010 (ANGGARAN)

Tahun Lelaki (ribu orang) Perempuan (ribu orang)


Etnik 2008 2009 2010* 2008 2009 2010*
Bumiputera 8310 8441.5 8574.4 8200.9 8333.5 8467.7

Cina 3224.8 3252.1 3278.3 3111.1 3142.5 3173

India 937.3 946.2 954.9 947.8 958.8 969.6

Lain-lain 170.5 175.3 180.1 169.2 173.9 178.7


kaum
JUMLAH 12642.6 12815.1 12987.7 12429 12608.7 12789

Nota:
*Tahun anggaran

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Nota:
1. Media yang sesuai: Graf Bar Piramid Komponen

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


25

SET 6

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas [ 20
]

1.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal
pada tahun-tahun yang dilaporkan.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman, mesra pengunjung dan mempunyai
banyak peluang pekerjaan. Kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah menceburi
sektor pekerjaan seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan,
perkhidmatan dan pertanian. Pada tahun 2006, jumlah kedatangan pekerja asing adalah
sejumlah 1 286 332 orang, Warga Indonesia merupakan pekerja asing yang paling ramai
dilaporkan iaitu 1 174 013 orang atau 91%. Begitu pun pada tahun 2007, jumlah
berkurangan kepada 1 148 050 orang. Kebanyakan warga Indonesia mengambil pas
lawatan kerja sementera untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2008, data yang
direkodkan ialah seramai 1 085 658 orang pekerja asing warga Indonesia.

Sementara itu, kemasukan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi ketiga-tiga
tahun menunjukkan peningkatan yang berterusan. Pada tahun 2007, seramai 62 869
orang warga Bangladesh menceburi pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Pada tahun
2007, jumlahnya telah meningkat kepada 217 238 orang dan terus meningkat seramai 99
163 orang pada tahun 2008.

Kemasukan pekerja asing warga Filipina dan Thailand banyak menceburi pekerjaan
dalam sektor pembuatan dan perladangan. Pada tahun 2006 seramai 24 088 orang warga
Filipina bekerja di Malaysia iaitu melebihi sebanyak 10 277 orang daripada warga Thailand.
Penurunan seramai 805 orang pekerja asing warga Filipina manakala peningkatan pekerja
asing warga Thailand seramai 4645 orang pada tahun 2007. Laporan kedatangan pekerja
asing warga Filipina pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu
meningkat kepada 26 713 orang dan 21 065 orang warga Thailand.

Dalam kalangan pekerja asing warga Pakistan juga menunjukkan peningkatan. Pada
tahun 2006, sejumlah 11 551 orang atau 0.89% daripada jumlah keseluruhan 1 286 332
orang. Peningkatan kedatangan warga Pakistan seramai 4960 orang pada tahun 2007
yang menceburi sektor pekerjaan pembinaan dan perladangan. Seramai 21 278 orang
warga Pakistan dilaporkan sebagai pekerja asing pada tahun 2008 iaitu meningkat
seramai 4767 orang berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pekerja asing di Malaysia daripada


pelbagai negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


26

semakin ramai ini membantu peningkatan pembangunan negara terutamanya dalam


sektor perladangan, pembuatan dan pembinaan yang semakin kurang diminati oleh warga
Malaysia terutamanya golongan remaja.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011,
Jabatan Perangkaan Malaysia )

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


27

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan
mengikut objek pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Perbelanjan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007 hingga tahun 2010
meliputi pelbagai sektor dengan melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang
berubah-ubah. Pada tahun 2007, keseluruhan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
ialah RM110 071 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan perbelanjaan diagih-agihkan
kepada beberapa sektor pengurusan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus untuk
sektor emolumen berjumlah RM32 587 juta. Sektor pencen dan ganjaran pula menerima
agihan perbelanjaan mengurus berjumlah RM8251 juta. Peruntukan untuk bayaran
khidmat hutang melebihi RM4660 juta berbanding peruntukan pencen dan ganjaran.
Jumlah perbelanjaan mengurus untuk sektor bekalan dan perkhidmatan adalah sebanyak
RM23 622 juta. Perbelanjaan mengurus juga meliputi pemberian dan pindahan yang
berjumlah RM3904 juta. Selebihnya adalah untuk lain-lain perbelanjaan mengurus yang
terletak dii bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan.

Pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan


peningkatan sebanyak RM8424 juta berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan
mengurus untuk pencen dan ganjaran meningkat sebanyak RM1771 juta berbanding
tahun 2007. Manakala perbelanjaan mengurus untuk bayaran khidmat hutang
menunjukkan pengurangan sebanyak RM814 juta. Perbelanjaan mengurus untuk bekalan
dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masing-masing adalah sebanyak RM25
197 juta dan RM4365 juta dan selebihnya adalah lain-lain perbelanjaan daripada jumlah
keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 iaitu RM120 097 juta.

Tahun 2009 menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus


Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 901 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus
tahun 2008. Perbelanjaan mengurus untuk bayaran emolumen sahaja berjumlah RM42
778 juta. Pada tahun ini juga menunjukkan beberapa sektor pengurusan perbelanjaan
mengurus Kerajaan Persekutuan berlaku peningkatan yang tinggi. Perbelanjaan mengurus
untuk pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan serta
pemberian dan pindahan masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak RM124 juta,
RM2125 juta, RM1175 juta, RM530 juta berbanding perbelanjaan tahun 2008.

Pada tahun 2010, jumlah keseluruhan mengurus Kerajaan Persekutuan mengalami


penurunan kepada RM126 658 juta. Pada tahun ini, perbelanjaan mengurus untuk
emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM3885 juta berbanding tahun 2009.
Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula menunjukkan lebihan peruntukan
sebanyak RM1369 juta berbanding peruntukan untuk tahun 2009. Bayaran khidmat
Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


28

hutang meningkat sebanyak RM1399 juta berbanding tahun 2009. Peruntukan yang kedua
terbesar pada tahun 2010 ialah perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan
yang berjumlah RM23 841 juta. Pemberian dan pindahan pula menunjukkan penurunan
sebanyak RM206 juta berbanding tahun sebelumnya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011,
Jabatan Perangkaan Malaysia

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


29

1. Skema Jawapan

JADUAL

Malaysia : Kedatangan Pekerja Asing ke Malaysia Mengikut Negara Asal

pada Tahun 2006, 2007 dan 2008

Tahun

Negara Asal 2006 2007 2008

( orang ) ( orang ) ( orang )

Indonesia 1 174 013 1 148 050 1 085 658

Bangladesh 300 867 277 238 316 401

Filipina 84 088 83 283 86 713

Thailand 53 811 58 456 51 065

Pakistan 41 551 46 511 51 278

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011,

Jabatan Perangkaan Malaysia )

- Graf bar kompoun

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


30

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


31

2. Skema Jawapan

JADUAL

Malaysia : Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek

pada Tahun 2007, 2008, 2009, dan 2010

Tahun

Objek 2007 2008 2009 2010

( RM juta ) ( RM ( RM ( RM juta
juta ) juta ) )

Emolumen 32 587 41 011 42 778 46 663

Pencen dan Ganjaran 8 251 10 022 10 146 11 515

Bayaran Khidmat Hutang 12 911 12 097 14 222 15 621

Bekalan dan Perkhidmatan 23 622 25 197 26 372 23 841

Pemberian dan Pindahan 3 904 4 365 4 895 4 689

Lain-lain Perbelanjaan 28 796 27 405 32 584 24 329

JUMLAH 110 071 120 097 130 998 126 658

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011,

Jabatan Perangkaan Malaysia )

- Graf garis kompoun

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


32

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, KELANTAN


33
SET 7

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]

1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan
pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah pada tahun-
tahun yang dinyatakan

Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara.
Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan dan juga buruh yang
diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00 sebulan.

Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah
sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada tahun berikutnya. Di
kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada tahun 2008 dan bertambah
sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang sama, bilangan pekerja yang mengilang
tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah kepada 8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan
pekerja yang terlibat dengan pemprosesan minyak daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900
orang pada tahun 2009 setelah bertambah sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan
pekerja di kilang padi adalah sebanyak 12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406
orang pada tahun berikutnya.

Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan pertambahan
bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja memproses ikan laut telah
bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya. Bilangan pekerja yang terlibat dalam
memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218 orang pada tahun 2010 iaitu peningkatan
sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008. Bilangan pekerja di kilang mengetin nanas juga telah
bertambah sebanyak 790 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010,
peningkatan hasil padi juga telah mendorong kilang padi menambah bilangan pekerjanya kepada 13517
orang dan bilangan pekerja di kilang memproses minyak sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak
280 orang berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak RM
7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat hanyalah RM 6.97 juta. Pada
tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat sedikit kepada RM 7.26 juta iaitu lebih
sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang tepung sebanyak RM 7.11 juta. Pada tahun 2010,
purata upah mengilang padi masih yang tertinggi iaitu RM 7.43 juta berbanding purata upah semua
sektor adalah RM 7.39 juta.

Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang bertambah
baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
34

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala
Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.
35

Keadaan turun naik pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur banyak bergantung
kepada keadaan pasaran saham di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat. Petunjuk utama
pasaran saham Kuala Lumpur ialah indeks komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada
pada paras 890 mata pada tahun 2006, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya. Pada
tahun 2008, Indeks Komposit mencecah ke paras 1050 mata, tetapi menurun sebanyak 65 mata
pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, Indeks Komposit mencecah 1230 mata dan diangarkan
meningkat sebanyak 120 mata pada tahun 2011.

Indeks Emas pula menunjukkan peningkatan yang sederhana iaitu daripada paras 245
mata pada tahun 2006 meningkat ke paras 260 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, Indeks
Emas telah meningkat sebanyak 55 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2009, Indeks
Emas telah menurun sedikit sebanyak 20 mata berbanding tahun sebelumya. Pada tahun 2010,
Indeks Emas telah meningkat semula sebanyak 65 mata dan dianggarkan meningkat sebanyak 40
mata lagi pada tahun 2011.

Indeks Perindustrian pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 75 mata berbanding
1516 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Perindustrian terus bertambah menjadi
1680 mata. Pada tahun 2009, Indeks Perindustrian merosot sedikit sebanyak 125 mata
berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2010, Indeks Perindustrian telah meningkat semula
sebanyak 165 mata berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2011 dianggarkan meningkat
kepada 1850 mata.

Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 75 mata pada tahun 2007 daripada paras
2605 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Kewangan terus bertambah ke paras 2740
mata tetapi merosot sedikit sebanyak 80 mata pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya.
Indeks Kewangan meningkat semula sebanyak 95 mata pada tahun 2010 dan dianggarkan terus
meningkat lagi sebanyak 87 mata pada tahun 2011 menjadi 2842 mata.

Indeks Harta dan Indeks Perladangan mengalami prestasi naik turun sepanjang enam
tahun. Pada tahun 2006, 2007, dan 2008 Indeks Harta telah mencapai paras 2550 mata, 2660
mata, dan 2740 mata. Indeks Perladangan pula berada pada paras 2765 mata pada tahun 2006
dan terus bertambah menjadi 2870 mata dan 2986 mata untuk dua tahun berikutnya. Pada tahun
2009, Indeks Harta dan Indeks Perladangan merosot sedikit menjadi 2690 mata dan 2910 mata.
Pada tahun 2010, Indeks Harta meningkat semula ke paras 2815 mata, manakala Indeks
Perladangan meningkat sebanyak 80 mata. Indeks Harta dan Indeks Perladangan dijangka terus
meningkat menjadi 2898 mata dan 3050 mata pada tahun 2011

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

No. 1
36

Malaysia : Bilangan Pekerja Am dalam Sektor Pembuatan Berasaskan Makanan


dan Purata Upah pada Tahun 2008 hingga 2010.

Tahun Bilangan Pekerja (orang)

Sektor Pembuatan
2008 2009 2010
Memproses Ikan Laut 9145 9553 10156
Mengetin Nanas 7960 8350 8750
Mengilang Tepung 8615 8890 9218
Minyak Sayur-sayuran 11233 11900 12180
Mengilang Padi 12669 13075 13517

Purata Upah (RM/Juta) 6.97 7.26 7.39

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan
Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
37
38

No. 2

Malaysia :Jumlah Indeks-Indeks Penting Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur
bagi Tahun 2006 hingga Anggaran Tahun 2011

Tahun(Mata)

Anggaran

Indeks 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Komposit 890 940 1050 985 1230 1350

Emas 245 260 315 295 360 400

Perindustrian 1516 1591 1680 1555 1720 1850

Kewangan 2605 2680 2740 2660 2755 2842

Harta 2550 2660 2740 2690 2815 2898

Perladangan 2765 2870 2986 2910 2990 3050

Jumlah 10571 11001 11511 11095 11870 12390

(Sumber: Dipetk dan diubahsuaikan daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
39
40

Anda mungkin juga menyukai