Anda di halaman 1dari 19

6.

2 RAGAM BAHASA

KUMPULAN 7
HARSHAANJEET SINGH GILL
BHUVENDRAN
SUVITRA
KONSEP RAGAM BAHASA

Ragam Bahasa merupakan beberapa bentuk Bahasa yang khas


digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan
maksud percakapan dan mempertajam pemahaman pendengar atau
pembaca
Ragam Bahasa dapat dikatakan sebagai Bahasa tertentu yang
digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan pelbagai bentuk dan
cara.
1. BAHASA SINDIRAN

• Bahasa sindiran ialah ungkapan yang maksudnya tidak disebut


dengan tepat tetapi dikiaskan kepada perkara yang lain.
• Jika orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu dapat
dirasakannya.
• contohnya: Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus di
sini.( Menyindir orang lain yang malas bekerja)
2. BAHASA MENGGIAT

• Bahasa menggiat ialah susunan kata yang seakan-akan Bahasa


sindirian tetapi tidak mengandungi kiasan.
• Tujuan Bahasa menggiat adalah untuk bergurau atau mengusik
seseorang tetapi boleh menjadi sungguh-sungguh sehingga
menyebabkan orang berkenaan malu.
• Contohnya: ‘’Ada hati juga orang tua ni ! ’’ ( ditujukan kepada
orang yang lupa diri selepas menjadi orang yang berpangkat)
3. BAHASA MENGEJEK
• Bahasa mengejek ialah susunan kata yang mengata pihak tertentu
dengan perkataan ejekan yang tepat dan disertai dengan aksi.
• Tujuannya adalah untuk menampakkan kelemahan atau keburukan
pihak yang diejek supaya mereka kelihatan bodoh dan menjadi
bahan ketawa.
• Pihak yang diejek pula berasa malu dan marah.
• Contohnya: ‘ Lihatlah tuan-tuan, beginikah orang yang ingin
menjadi pemimpin kita?
4. BAHASA TERBALIK

• Bahasa terbalik ialah susunan kata yang mempunyai maksud yang


bertentangan dengan perkara yang diperkatakan tetapi orang yang
berkenaan tetap memahaminya.
• Contohnya: Mengapa datang awal hari ini? Sekarang baru pukul
sebelas! ( ditunjukkan kepada pekerja yang datang lewat )
5. BAHASA MERAJUK

• Bahasa merajuk ialah susunan kata yang seakan- akan Bahasa


terbalik tetapi maksudnya tidaklah terbalik.
• Bahasa merajuk digunakan untuk menunjukkan perasaan menarik
diri atau kecil hati disebabkan sesuatu perkara yang dirasakan
menghina dan tidak patut dilakukan.
• Contohnya: Apa boleh buat, kita ni bukan orang bijak. ( merajuk
kerana pendapatnya kerap tidak diterima)
6. BAHASA TEMPELAK

• Bahasa tempelak ialah susunan kata yang digunakan untuk


menempelak seseorang kerana tidak mahu mematuhi nasihat yang
diberikan.Kemudian, perkara yang dinasihatnya itu benar- benar
terjadi. (Pulang paku buah keras)
• Bahasa tempelak bertujuan untuk menyedarkan orang yang
berkenaan supaya beringat-ingat pada masa akan datang.
• contohnya: Inikah suami yang kau kata baik dan bertimbang rasa
dulu ?
7. BAHASA HERDIK

• Bahasa herdik ialah susunan kata yang seakan-akan Bahasa


tempelak tetapi tujuannya adalah untuk menunjukkan kesalahan
pada masa itu juga, bukannya kesalahan yang lalu.
• Biasanya perkataan yang digunakan agak kasar dan mengandungi
sedikit nada mengejek.
• Contohnya: Kalau tak mahu buat kerja, buat apa duduk di sini !
8. BAHASA BESAR/ MELAMPAU
• Bahasa melampau ialah susunan kata yang menggambarkan sesuatu
secara berlebih-lebih daripada yang sepatutnya sehingga
kadangkala sukar diterima akal.
• Ragam Bahasa jenis ini banyak digunakan dalam penulisan sastera
dan lirik lagu.
• Perkataan atau ayat yang digunakan agak melampau tetapi
maksudnya bukanlah bersungguh- sungguh
• Contohnya: Manis tak terkira-kira seperti lautan air madu.
9. BAHASA KECIL/MERENDAH

• Bahasa kecil ialah susunan kata yang menyifatkan sesuatu perkara


itu kecil; berlawanan dengan Bahasa besar.
• Bahasa kecil bertujuan untuk menunjukkan perasaan rendah diri.
• Contohnya: Naiklah ke pondok hamba yang tidak sepertinya ini.
( sebenarnya rumah, bukanlah pondok)
10. BAHASA NAIK

• Bahasa naik ialah susunan kata untuk menggambarkan sesuatu


peristiwa daripada tahap rendah, naik ke tahap yang tinggi, dan
seterusnya ke tahap yang semakin tinggi.
• Ungkapan ini membawa pembaca selangkah demi selangkah ke
kemuncak, mengenai perkara yang hendak disebutkannya.
• Contohnya: Orang yang tidak bersalah, ditangkap, dipenjarakan,
dipukul, diseksa dengan pelbagai seksaan dan akhirnya dibunuh.
Adakah ini bukan kezaliman namanya?
11. BAHASA TURUN

• Bahasa turun ialah susunan kata yang menggambarkan sesuatu


peristiwa dari tahap puncak, kemudian menurun dari satu tahap ke
satu tahap, sehingga tahap yang rendah.
• Contohnya: Malang betul nasib Si Abu! Mula-mula motosikalnya
hilang, kemudian basikalnya pula hilang; kemudian rumahnya
dimasuki pencuri; selepas itu seluarnya terkoyak ketika bersukan.
Akhir sekali kekasihnya cabut lari.
12. PERTANYAAN INGKAR

• Pertanyaan ingkar ialah susunan kata yang berbentuk pertanyaan


tetapi bukannya disebabkan orang yang bertanya itu tidak tahu.
• Pertanyaan ingkar merupakan gaya percakapan. Ada dua jenis
pertanyaan, iaitu pertanyaan yang tidak perlu dijawab ( dibiarkan
pendengar memberikan jawapan) dan pertanyaan yang dijawab
sendiri oleh orang yang bertanya.
• Contohnya: adakah jalan lain untuk kita Berjaya, sekiranya kita
tidak mahu berusaha? ( tidak perlu dijawab)
13. BAHASA SERUAN/ KELUHAN

• Bahasa seruan atau keluhan ialah Bahasa yang digunakan untuk


melahirkan perasaan dengan cara keluhan(mengeluh)
• Penutur tidak menghabiskan kata-kata tetapi ucapannya itu
difahami oleh audiens.
• Contohnya: Hai, nasib badan sakit duit pun tak ada!
14. BAHASA BERULANG

• Bahasa berulang ialah Bahasa yang mengulang perkataan, rangkai


kata atau ayat untuk menguatkan sesuatu maksud yang hendak
ditekankan.
• Contohnya: ini malam! Ini malam! Jangan lupa! Jangan lupa!
Pertunjukkan yang baik sekali. (frasa diulang)
15. BAHASA BERTIMBAL

• Bahasa bertimbal ialah Ragam bahasa yang menggunakan


ungkapan secara berimbangan dan bertentangan. Pertimbalan
dilakukan bagi menarik perhatian untuk dijadikan perbandingan
• Contohnya: Orang lari jangan dikejar
16. BAHASA JENAKA

• Bahasa jenaka ialah Digunakan untuk berjenaka atau bergurau.


Kadang-kadang ada juga yang membawa maksud sungguh-
sungguh.
• Contohnya: Apabila gajah boleh terbang, manusia jadi apa? (jadi
hairan)
17. BAHASA BUKAN

• Bahasa bukan ialah ragam Bahasa yang menggunakan ungkapan


dengan kata nafi bukan.
• Bahasa bukan bertujuan untuk menyatakan maksud yang
bertentangan dengannya.
• Contohnya: Bukan aku tak pandai. ( sebenarnya, aku pandai)

Anda mungkin juga menyukai