Anda di halaman 1dari 18

1.

Pendahuluan

Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa
naratif fiktif. Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya dibandingkan
karya-karya fiksi yang lebih panjang, seperti novella (dalam pengertian moden) dan
novel. Disebabkan singkatnya, cerita-cerita pendek yang sukses mengandalkan teknik-
teknik sastera seperti tokoh, plot, tema, bahasa dan insight secara lebih luas dibandingkan
dengan fiksi yang lebih panjang. Ceritanya boleh dalam pelbagai jenis.Cerita pendek
berasal dari anekdot, sebuah situasi yang digambarkan singkat yang dengan cepat tiba
pada tujuannya, dengan parallel pada tradisi penceritaan lisan. Dengan munculnya novel
yang realistik, cerita pendek berkembang sebagai sebuah miniatur, dengan contoh-contoh
dalam cerita-cerita karya E.T.A. Hoffmann dan Anton Chekhov.Sebenarnya, tidak ada
rumusan yang baku mengenai apa itu cerpen. Kalangan sasterawan memiliki rumusan
yang tidak sama. H.B. Jassin –Sang Paus Sastera Indonesia mengatakan bahawa yang
disebut cerita pendek harus memiliki bagian perkenalan, pertikaian, dan penyelesaian.

A. Bakar Hamid dalam tulisan “Pengertian Cerpen” berpendapat bahawa yang


disebut cerita pendek itu harus dilihat dari kuantiti, iaitu banyaknya perkataan yang
dipakai: antara 500-20.000 kata, adanya satu plot, adanya satu watak, dan adanya satu
kesan. Sedangkan Aoh. KH, mendefinisikan bahawa cerpen adalah salah satu ragam fiksi
atau cerita rekaan yang sering disebut kisah prosa pendek. Dan masih banyak sasterawan
yang merumuskan definisi cerpen. Rumusan-rumusan tersebut tidak sama kesemuanya,
juga tidak saling bertentangan satu sama lain.

Hampir semuanya bersepakat pada satu kesimpulan bahawa cerita pendek atau
yang biasa disingkat cerpen adalah cerita rekaan yang pendek. Kajian ini dijalankan
untuk mengupas tentang khalayak dalam penulisan. Skop kajian meliputi jenis-jenis
khalayak, keperluan khalayak, ciri-ciri khalayak dan juga isu-isu yang berlaku tentang
khalayak dalam penulisan. Kajian juga akan melihat siapakah yang dikatakan sebagai
khalayak dalam penulisan atau karya sesorang penulis. Aspek ini dipilih kerana masih
tidak ramai yang menyedari tentang kepentingan khalayak dalam penulisan kerana

1
merekalah yang menentukan hala tuju sesuatu hasil karya penulisan.

Seseorang penulis perlu tahu dan mementingkan khalayak pembacanya supaya


bahan bacaan yang dihasilkan akan dimanfaatkan oleh khalayak tersebut sebaiknya.
Walau bagaimanapun, sesetengah penulis tidak memikirkan tentang khalayak
pembacanya dan membuat generalisasi bahawa setiap tulisan itu sesuai dibaca oleh setiap
lapisan masyarakat. Hal ini merupakan satu kesilapan besar malah merugikan diri sendiri.
Tindakannya umpama mencurahkan air di atas daun keladi, menulis tetapi tidak dibaca
oleh sesiapa pun. Tulisan yang berjaya adalah tulisan yang mendapat tempat di hati
pembacanya malah karyanya dihargai oleh sesiapa pun.

Dalam usaha mengenalpasti sesuatu terbitan, perhatikan penggunaan gambar dan


ilustrasi yang digunakan. (ayat tak gramatis) Peluang untuk menerbitkan sesuatu tulisan
adalah lebih baik sekiranya dilampirkan gambar. Gambar akan memberikan kesan
rencana menjadi lebih menarik di samping membantu mengambarkan sesuatu tulisan
tersebut. Penulisan menjadi lebih jelas dan secara tidak langsung menarik minat
pembaca.
Selain itu, penulis juga perlu memerhatikan panjang sesuatu rencana itu. Rencana yang
dihasilkan mestilah bersesuaian di mana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
Malah, berkualiti tinggi dan berkesan kepada pembaca yang membaca artikel tersebut.
Penulisan juga kadang-kadang dipengaruhi oleh kekangan ruang dan bilangan helaian
penulisan.

Di samping itu, dengan mempertimbangkan editor yang mengetuai sesuatu


redaksi juga membantu kita mengenalpasti gaya penulisannya. Penelitian editor akan
menonjolkan falsafah editorial terbitan berkenaan. Malahan kita boleh memperhatikan
gaya penulisan, trend dan corak pengendalian sesuatu isu, jenis rencana yang dihasilkan
serta membandingkan keluaran terbaru dan keluaran lama majalah itu. Lagi banyak
maklumat yang dapat diterokai, maka banyak yang dapat diketahui, malah tindakan ini
akan memandu penulisan dan mengetahui khalayak yang disasarkan oleh sesuatu

2
penulisan.

2. Sinopsis Cerpen Mariah

Cerpen ini mengisahkan Mariah, seorang murid sekolah menengah yang terpaksa
meneruskan hidupnya setelah kebahagiaan keluarganya hancur. Mariah terpaksa bekerja
untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan sekolah dan juga untuk keperluan harian
ayahnya yang tidak siuman. Ayah Mariah menjalani kehidupan yang sedemikian kerana
menyalahkan diri atas kematian anak lelakinya, Hilmi yang dilanggar sebuah teksi. Ibu
Mariah pula meninggal dunia setelah diserang sakit dada.

Masalah yang dihadapi oleh Mariah ialah dia tidak mampu membeli buku rujukan
dan tidak ada masa untuk mengulang kaji pelajaran sehingga pelajarannya semakin
merosot. Selepas berjumpa dengan Cikgu Tini, Edah yang merupakan kawan karib
Mariah telah memberitahu Mariah supaya ke pejabat untuk mengambil duit biasiswa.

Edah, kawan baik Mariah dan Cikgu Tini cuba untuk meringankan beban Mariah
dengan menyuruh Mariah berkongsi masalahnya. Semasa penderitaan Mariah dapat
dikurangkan dengan mendapat bantuan biasiswa, Mariah menerima pula berita pahit
tentang ayahnya yang dilanggar sebuah lori. Ketika Mariah masih dalam kebingungan,
muncul Borhan yang memberi jaminan akan menyara persekolahan Mariah dan berjanji
untuk menjaganya seumur hidup.

3
3. Lima Pengajaran Dalam Cerpen Mariah

Cerpen Mariah, karya Sharif Putera. Pengajaran pertama ialah dari segi nilai
murni iaitu Kesabaran menerima takdir Pengajarannya ialah sebagai manusia kita perlu
berusaha tetapi jika berlaku perkara yang tidak diduga kita perlu bersabar menerima
takdir yang ditentukan . Ayah Mariah ialah contoh individu yang tidak sabar dengan ujian
Tuhan , akibatnya Mariah terpaksa memikul segala masalahnya sendiri sehingga
pelajarannya terganggu.

Contohnya dalam muka surat 107


“ ...........Mariah mengesat air mata yang masih lagi turun melalui
pipinya.
Seperti ayahnya,Mariah juga tidak percaya adiknya Hilmi
tiba-tiba sahaja meninggalkan mereka. Beberapa minit sebelum itu,
mereka bermain dengan riang. Mereka kejar-mengejar kerana
berebut kereta mainan yang baru dibeli oleh ayah.
Tiba-tiba Hilmi berpusing dan melepaskan diri daripada
tangan ayah. Ada seekor kucing yang cantik di seberang jalan. Hilmi
mahu mengambil kucing itu. Sebuah teksi menyambarnya di tengah-
tengah garisan jalan.
Mariah menjerit. Ibu jatuh dan pengsan. Setelah pulih, ibu
meraung dan memarahi ayah. Mulai saat itu, ayah menjadi tidak
menentu.
Setiap hari ayah meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya.
Ayah bermenung dan kadang-kadang bercakap sendirian. Lebai
Kudin berkali-kali datang dan mengajak ayah belajar mengenal diri.
“Ayahmu degil Mariah,”rintih ibu. “Imannya tidak kuat.
Ambil mudah tinggalkan sembahyang. Kau jangan jadi begitu
Mariah.”

4
Itulah kata-kata ibu yang diingati oleh Mariah......................”

Pengajaran kedua ialah manusia hendaklah bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Ini
jelas kita ketahui melalui pembacaan yang mana Mariah bersyukur dikurniakan badan
yang sihat untuk menjaga bapanya.

Contohnya dalam muka surat 105 dan 106.


“.............Alhamdulilah, Mariah disihatkan oleh Allah untuk menjaga seorang
bapa.
..............Selama dua hari dia memintas ayah di stesen bas. Ketika ayah
bergerak dalam barisan orang ramai sambil menadah tangan,hatinya luluh.
Dia menahan pilu dan ngilu dari seberang jalan.
...............“ Ayah melakukan dalam keadaan sedar,” katanya ketika ayah
tersandar pada tangga rumahnya yang kecil itu.
..............Sebagai anak, Mariah tidak mahu melihat ayahnya berkecil hati........

Pengajaran ketiga ialah bersikap terbuka atau murah hati . Pengajaran ini perlu
ada pada semua orang . Kita perlu bersikap terbuka apabila menghadapi masalah.
Berjumpa kaunselor ialah satu cara yang lebih tenang dan Mariah yakin setelah
meluahkan masalahnya kepada Cikgu Tini. Guru pula perlu bersikap murah hati kepada
pelajar yang bermasalah.

Contohnya dalam muka surat 107.


“.............Kipas angin bilik bimbingan itu berputar ligat. Beberapa helai
kertas bergerak-gerak di bawah tindihan buku-buku. Mariah melihat
segugus buku di atas rak di sebelah meja Cikgu Tini.
..............“Cikgu ada beberapa buku tambahan. Mariah boleh meminjam
daripada cikgu..............”

5
Pengajaran keempat ialah tolong - menolong ialah amalan yang dituntut . Mak
Usu Lijah ialah contoh dalam cerpen ini . Dia membantu Mariah secara tidak langsung
apabila mengambil Mariah membantunya di kedai .

Contohnya dalam muka surat 106.


“..............Itu pun bergantung kepada Mak Usu Lijah. Kalau Mak Usu
Lijah menutup kedai menjual keropok dan nasi lemak, Mariah akan
berfikir kembali. Panjanglah usia Mak Usu Lijah, sihatlah Mak Usu
Lijah..................”

Pengajaran kelima ialah rajin dan tidak mudah putus asa merupakan kejayaan
yang tidak akan dicapai dengan mudah . Oleh itu, kita perlu rajin dan gigih berusaha
untuk mencapai citi-cita. Mariah seorang pelajar yang gigih membina hidup dan
mengejar ilmu. Segala masalah tidak menjadikan dia berputus asa untuk terus berusaha
sehingga berjaya.

Contohnya dalam muka surat 105.


“..............Inilah gangguan yang paling hebat ,cikgu. Inilah cabaran yang
Mariah tanggung sepanjang hari................Usahlah Cikgu tahu bagaimana
siksanya Mariah menyambung sisa-sisa hidup dan mengejar akademik.
..........................Mariah tidak akan berhenti, cikgu.....................................”

6
4. Teknik pengajaran yang sesuai

4.1 Belajar Berkumpulan

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah
laksanakan tersebut?.

Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidak
sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah
kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan
yang maksimum.Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari. Apabila
sesuatu perkar ayang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses
ingatan jangka pendek. Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba
mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan
sebahagiannya kita terlupa.

Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka panjang.
Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti nombor telefon rumah
sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta dan sebagainya. Ingatan jangka
pendek akan mudah lupus dari ingatan kita. Justeru ingatan menjadi perkara penting,
lebih-lebih lagi apabila mahu menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat
yang sistematik amat diperlukan. Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting.

Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan.


Sebagai pelajar, setelah kita mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai
kemahiran pembelajaran yang berkesan. Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai
kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak

7
mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi
kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai
contohnya termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota
secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.

Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah kemahiran
yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar cara untuk belajar. Selalu
kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang betul ditambah dengan
minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila disebut sebagai kemahiran ia
juga perlukan ulangan.

4.2 Teknik Belajar

Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular di
kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila ditanya kepada
kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang
akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar
berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini.
Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya
sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan
diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya
membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak
banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.

Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh
dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara
kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti
membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau
kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai
latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan
berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan,

8
idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang
membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat
diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami
oleh setiap ahli kumpulan. Namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab
dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur,
bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk
"sumbang saran" atau menyemarakkan idea.

Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan
untuk berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis
dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang
menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang
stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran
dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan
isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi.
Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka
ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.

Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan Sumbangan


yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah
kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul
tentang belajar berkumpulan.

4.3 Peranan Belajar Berkumpulan

i. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.


Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa
kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.

9
ii. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai
matlamatnya.

iii. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.


Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga
memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting
kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan
dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

iv. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.


Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan
kalau- kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang
dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan
guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan
yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

v. Penumpuan semasa ahli membentang.


Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan
yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia
antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian.
Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi
perhatian kepada kita.

10
Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak
dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang
membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan
ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

vi. Bersoal jawab.


Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya
perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan
dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan
sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya
membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam
membincangkan tajuk tersebut.

Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan
pemahaman kita.

vii. Agihkan bahan


Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari
secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai
ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan
tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas
mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.

Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian


tajuk-tajuk. Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.

11
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita untuk
melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

12
5. Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah

Genre : Cerpen
Tingkatan : 5
Tajuk : Mariah
Masa : 80 minit
Bilangan Murid : 25 orang
Fokus Utama : 10.0 Menceritakan semula sesebuah karya secara
keseluruhan.
Aras 1(ii) Membuat sinopsis dengan bahasa yang
menarik.
10.5 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan
perwatakan ,latar,plot,gaya bahasa dan sudut
pandangan.
Aras 2: Menjelaskan teknik plot dalam karya.
Fokus Sampingan : 10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam karya.
Aras1(iii) Menganalisis karya prosa untuk mengenal
pasti aspek-aspek yang menarik.
Objektif : Pada akhir pengajaran ,murid-murid dapat:
• Mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang terdapat
dalam cerpen.
• Menghuraikan urutan peristiwa dengan bahasa
sendiri.
• Menganalisis teknik plot yang terdapat dalam
cerpen.
Sistem Bahasa : Golongan Kata : Kata Nama
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sosial, kemanusiaan
Nilai : Bersyukur, Kasih Sayang,Simpati,bertanggung-
jawab, Murah Hati dan Gigih.
Kemahiran Bernilai Tambah : i. Kemahiran berfikir-Membuat urutan
ii. Konstruktivisme

13
Bahan Bantu Mengajar : Teks, kertas sebak, borang grafik

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan


Induksi Set Sketsa ringkas:
(5 minit) Kisah Pengorbanan
Seorang Anak Yang
Memelihara Bapanya
Yang Kurang Siuman.
Langkah 1 Urutan cerita i.Pelajar diberikan
(20 minit) Cerpen Mariah borang pengurusan
grafik dan mereka KBKK
diminta mengisi
urutan peristiwa
dalam ruangan yang
disediakan.

ii. Guru meminta


beberapa orang
pelajar membacakan
urutan cerita
yang ditulis.
Langkah 2 Urutan peristiwa i. Berdasarkan borang
(30 minit) dalam cerpen grafik pelajar Pembentangan
Mariah. diminta berbincang aktiviti kumpulan
tentang cerpen
tersebut dalam
kumpulan iaitu 3
orang dalam
kumpulan.

ii. Selepas itu, ketua


kumpulan akan

14
membentangkan
urutan peristiwa
dalam gaya bahasa
tersendiri.
Langkah 3 Plot i. Guru membincang-
(20 minit) Definisi plot kan definisi dan Perbincangan
Jenis plot jenis-jenis plot, dan dan soal jawab
dikaitkan dengan
plot novel.

ii. Pelajar diminta


mengenal pasti plot
cerpen.

iii.Beberapa orang
pelajar diminta
mengulas tentang
plot cerpen.
Penutup i.Guru menyatakan
(5 minit) kesimpulan
pengajaran .

ii.Guru menegaskan
aspek nilai-nilai
yang terdapat dalam
pengajaran cerpen
tersebut.

6. Penutup

15
Apabila menyebut teknik belajar berkesan, maka satu bentuk belajar yang sering
ditekankan oleh para pendidik ialah belajar secara berkumpulan. Maka dengan itu akan
wujudlah interaksi iaitu pertukaran isyarat di kalangan mereka yang terdapat di dalam
kumpulan tersebut. Oleh itu apabila dikatakan belajar secara berkumpulan atau dipanggil
juga ´study group', maka sebenarnya ia memberi maksud aktiviti pembelajaran yang
melibatkan satu kumpulan ahli yang dibentuk secara bersama untuk mengendalikan sesi
pembelajaran yang melibatkan interaksi serta perkongsian pengetahuan, persepsi dan
kepercayaan.

Kenapa cara belajar sebegini memberi kesan pada pelajar dan apa kaitannya
dengan faktor psikologi?Lazimnya sesi pembelajaran secara berkumpulan melibatkan
persefahaman antara ahli yang ada. Terdapat tiga etika belajar secara berkumpulan,
antaranya:
1. bersedia untuk berkongsi idea dan perspektif antara ahli di samping
mampu mengawal aktiviti kumpulan.
2.mengendalikan dengan bijaksana, rileks, bersungguh-sungguh dan
ikhlas.
3. mewujudkan tindakan yang mendatangkan keselesaan pada semua ahli.

Disebab elemen-elemen inilah kita dapat kaitkan bahawa cara belajar


berkumpulan cukup memberi kesan kepada pelajar terutamanaya dari sudut ingatan dan
kefahaman mereka pada subjek yang dibincang.

Dalam etika belajar menurut perspektif Islam pula, belajar secara berkumpulan
atau berjamaah akan mendatangkan berkat malah lebih berkesan daripada belajar secara
individu. Ini kerana melalui perbincangan ahli-ahli dalam kumpulan mereka akan dapat
berkongsi pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh terhadap subjek yang dipelajari
secara bersama di samping melatih ahli-ahli terlibat menggunakan kemahiran bercakap,
mendengar, berfikir dan komunikasi interpersonal secara maksimum.
Jika dikaji secara mendalam manusia secara fitrahnya suka kepada sesuatu yang
bergerak-gerak kerana ia mampu menarik perhatian deria manusia untuk menanggapi

16
sesuatu perkara dan ini akan membantu proses kepekaan pelajar terhadap tajuk
perbincangan seterusnya akan memberi kesan pada otak untuk mengingati apa yang
dipelajari. Oleh yang demikian perhatian mereka akan tertumpu sepenuhnya kepada
subjek perbincangan di samping munculnya keadaan yang dinamik, rileks, fleksibel dan
keserasian antara ahli kumpulan yang dipilih.

17
Lampiran

18

Anda mungkin juga menyukai