Anda di halaman 1dari 11

PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

TEMA

Penderhakaan terhadap raja yang zalim.

PERSOALAN
1. Ketaatan kepada raja Hang Tuah sanggup menghapuskan sahabat baiknya kerana taat akan perintah raja Melaka. 2. Semangat setia kawan Hang Jebat sanggup menentang raja yang dianggapnya zalim kerana menjatuhkan hukuman bunuh kepada sahabat baiknya, Hang Tuah yang tidak bersalah. 3. Ketangkasan pahlawan Melayu bermain senjata Hang Tuah dan Hang Jebat digambarkan handal menangkis serangan lawan sehingga mengambil masa yang lama ketika bertarung.

Plot
1. Permulaan Hang Tuah datang ke istana dan mengajak Hang Jebat bertarung dengannya. 2. Perkembangan Hang Jebat terkejut dan Hang Tuah menceritakan perkara sebenar yang berlaku. 3. Konflik Hang Jebat dan Hang Tuah bertarung meskipun mereka sebenarnya merupakan sahabat baik.

PLOT
4. 5. Klimaks Hang Tuah menikam dada Hang Jebat. Peleraian Hang Tuah meninggalkan istana dalam keadaan Hang Jebat cedera parah.

Teknik Penceritaan a) Dialog contohnya Silakanlah orang kaya naik. b) Saspen pembaca tertanya-tanya sama ada Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat atau sebaliknya.

Watak & perwatakan


Hang Tuah
1. Hulubalang besar negeri Melaka yang dihukum bunuh oleh sultan tetapi sebaliknya disorokkan oleh Bendahara di Hulu Melaka. 2. Sangat setia kepada raja 3. Handal bermain senjata dapat menangkis serangan Hang Jebat yang bertubi-tubi. 4. Bijak menggunakan tipu helah untuk memperdaya Hang Jebat bagi merampas keris taming sari daripada Hang Jebat. 5. Mempunyai kesaktian tidak luka semasa ditikam oleh keris Hang Jebat.

Watak & perwatakan


Hang Jebat
1. Watak antagonis menderhaka kepada raja Melaka, membunuh orang yang tidak bersalah, dan berzina. 2. Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi menderhaka kepada raja untuk membela kematian Hang Tuah. 3. Cekap bermain senjata bertarung dengan Hang Tuah dengan lama, namun akhirnya dapat ditikam oleh Hang Tuah.

Latar
1. Latar Tempat Istana Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat sehingga akhirnya Hang Jebat berjaya ditikam oleh Hang Tuah. Latar Masa Zaman feudal pemerintahan beraja, iaitu zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Latar Masyarakat Masyarakat zaman feudal yang mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja seperti Hang Tuah. Rakyat yang sanggup menderhaka kepada raja demi membela orang yang teraniaya seperti Hang Jebat.

2. 3.

Nilai
1. Ketaatan kepada raja Hang Tuah rela dihukum dan membunuh sahabat baiknya demi kesetiaannya kepada raja. 2. Kasih sayang demi kasih sayang kepada sahabat baiknya, Hang Jebat sanggup menderhaka kepada raja. 3. Keberanian menentang kezaliman Hang Jebat menentang raja Melaka kerana menjatuhkan hukuman terhadap Hang Tuah tanpa usul periksa.

pengajaran
1. Seseorang ketua atau pemerintah mestilah bersikap adil. 2. Setiap tindakan dan keputusan yang hendak dilakukan perlulah dihalusi supaya tidak menimbulkan masalah. 3. Rasa tidak puas hati haruslah diluahkan secara berhemah dan bukannya mengikut perasaan.

Sekian Terima KASIH

Anda mungkin juga menyukai