Anda di halaman 1dari 6

MULTIMEDIA DALAM SASTERA

Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan


kepada masyarakat.
Kini tradisi penyebaran dan penghayatan sastera telah menerima
dimensi baharu, iaitu karya sastera boleh dihayati dalam bentuk
multimedia.
3.1 Pengenalan multimedia dalam sastera
Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi
komputer yang menggabungkan penggunaan unsur digital seperti teks,
audio, grafik, animasi dan video untuk meyampaikan maklumat.
Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan
kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh
merujuk kepada penggunaan komputer untuk mencipta, menyimpan dan
menggunakan kandungan multimedia.
Oleh itu multimedia telah dijadikan satu medium untuk menyebarkan
maklumat berkaitan dengan sastera yang terdiri dari karya tradisional
dan karya moden.
3.1.1 Konsep
Multimedia merupakan salah satu medium atau pengantara yang
digunakan untuk menyebarkan karya sastera kepada masyarakat atau
khalayak.
Sastera dalam konteks ini dirujuk sebagai bahan yang akan digunakan
untuk disebarkan melalui medium multimedia. Dengan adanya
multimedia, kefahaman terhadap ilmu kesusasteraan melayu akan dapat
difahami dengan mudah dan berkesan.
3.1.2 Fungsi
1. Mempelbagaikan medium sastera.
Selama ini medium sastera mungkin tidak terlibat secara langsung
dengan penggunaan komputer dan elemen multimedia yang lain. Jika
ada, ia hanya setakat berbentuk persembahan semata-mata tetapi
bukan diterapkan melalui pembelajaran formal. Oleh itu multimedia pada
kali ini akan lebih akrab terhadap sastera dan begitulah sebaliknya.
2. Memeperjelaskan konsep yang abstrak.
Dalam kesusasteraan melayu tedapat beberapa konsep yang abstrak.
Sebagai contoh, jika kita ingin menjelaskan gaya bahasa tertentu seperti
personifikasi dan metafora. Mungkin multimedia mampu membantu
menjelaskan gaya bahasa tersebut secara grafik, animasi, audio video
dan teks. Jika ingin menjelaskan gaya bahasa personifikasi dengan
menunjukkan daun nyiur yang melambai-lambai ditiup angin. Mungkin
juga boleh melukis gambar hati dan di dalamnya ada taman bagi
menggambarkan metafora "taman hati". Di situ kita mampu menjelaskan
perkara yang nyata dan abstrak sifatnya. Mungkin pada aspek yang
lebih abstrak lagi, bahan-bahan sastera yang sebegitu akan lebih mudah
difahami.
3. Penggunaan pelbagai indera.
Kita sering menggunakan pelbagai indera untuk memaham tentang
sesuatu perkara. Oleh itu multimedia mampu menarik perhatian panca
indera kita samada melalui pandangan mata, pendengaran, perasaan
dan daya sentuh kita ketika berinteraksi secara interaktif dengan bahan
multimedia.
4. Kesan apresiasi yang lebih mendalam.
Secara mudah maksud apresiasi adalah kesan penghayatan terhadap
sesuatu perkara. Dalam konteks sastera, sudah tentu ia merujuk kepada
pelbagai bahan yang ada dalam karya sastera. Oleh itu, multimedia
mampu memberikan kesan apresiasi yang tinggi jika bahan sastera itu
divideo, dilukis dan dianimasikan.

3.2 Prinsip asas multimedia dalam sastera


3.2 1 Teks
Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan statistik. Ia
menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan
dalam multimedia. Warna tulisan dan saiz teks juga memainkan peranan
yang penting dalam persembahan multimedia. Jika elemen multimedia
yang lain boleh digunakan bersama teks dan ia akan menjadi lebih
menarik. Umpamanya unsur animasi boleh digunakan ketika
mempersembahkan teks.
3.2.2 Grafik
Ia merupakan apa-apa sahaja yang berbentuk tulisan, lukisan, lakaran
atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Kadang-kadang grafik juga boleh
dipersembahkan dalam bentuk histogram mudah, plot graf, carta dan
ilustrasi.
3.2.3 Audio visual
Audio secara mudah disebut sebagai bunyi-bunyian. Ia merupakan satu
cara yang berkesan untuk menarik perhatian pengguna multimedia.
Kadang-kadang ia berbentuk kesan bunyi yang ringkas akan dapat
menarik perhatian. Malah kesan bunyi akan lebih menarik jika
disertakan pula bunyi muzik dan lagu. Audio juga boleh diambil daripada
bunyi alam seperti suara ombak, bunyi unggas, guruh dan lain-lain.
Video pula merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat
yang gagal ditangani oleh media lain. Unsur video dalam multimedia
membawa satu perubahan besar di dalam kaedah penyaluran
maklumat. Kebanyakan video mampu membawa unsur menyerupai
keadaan sebenar.
3.2.4 Animasi
Animasi adalah pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi dalam aplikasi
multimedia mampu menarik perhatian khalayak (penonton, pembaca
dan pendengar). Animasi sesuatu yang mustahil atau kompleks berlaku
dalam kehidupan sebenar direalisasikan dalam aplikasi tersebut.
3.3 Pembinaan papan cerita
3.3.1 Konsep
Papan cerita (story board) adalah skrip yang memberikan panduan iaitu
input dan maklumat dalam proses pemindahan dalam bentuk
multimedia.
Papan cerita memperinci kandungan dan keperluan yang diperlukan
dalam sesuatu proses pemindahan/persembahan.
Papan cerita sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh
pengguna bersama dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif
pada setiap bingkai (frame).
3.3.2 Fungsi/Tujuan Papan Cerita
1. Persediaan bahan.
Papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan
multimedia yang akan dibina. Misalnya jika penceritaan memerlukan
gambar yang dilukis, maka catatan di papan cerita akan membantu
ingatan pembina multimedia agar menyediakan lukisan berkenaan.
Begitu juga jika memerlukan bahan lain seperti bahan video, bahan
audio dan visual yang lain.
2. Penyediaan instrumen multimedia.
Instrumen multimedia mungkin dicatatkan dalam papan cerita sebagai
bahan yang berkait dengan "hardware" dan "software". Keperluan
instrumen ini bergantung kepada kemampuan pihak yang akan
membina multimedia. Persediaan software seperti powerpoint, movie
maker dan lain-lain adalah perlu. Begitu juga persediaan hardware
seperti kamera, alat imbasanm perakam suara dan lain-lain. Semua
instrumen ini akan dicatat dalam papan cerita.
3. Penyediaan keperluan.
Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga dicatat
di dalam sesebuah papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu
meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Umpamanya, jika sesebuah
papan cerita itu memerlukan aktiviti rakaman, maka sebuah studio yang
sesuai perlu disediakan bagi tujuan tersebut. Kadangkala persediaan
keperluan lebih lama berbanding proses mencipta multimedia.

4. Perbelanjaan
Tidak ada catatan perbelanjaan yang khusus perlu dicatat di dalam
sesebuah papan cerita. Namun segala keperluan yang dicatatkan
tentunya mempunyai kos tertentu. Oleh itu papan cerita akan membantu
seseorang pembina multimedia menganggarkan kadar perbelanjaan
yang bakan dikeluarkan. Semakin canggih rancangan di papan cerita,
maka semakin tinggilah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.

3.3.3 Format
1. Tidak bersifat rigid.
Papan cerita tidak menetapkan secara khusus formatnya. Apa yang
penting, elemen multimedia yang harus ada dapat dijelaskan di atas
lakaran papan cerita. Bentuk format tersebut adalah bergantung kepada
kreativiti pencipta papan cerita. Semakin banyak rancangan, maka
semakin luas ruang yang perlu disediakan dalam papan cerita.
2. Mempunyai maklumat yang dicadangkan sama ada huraian teks,
grafik, animasi atau audio-visual.
Walaupun tidak rigid dari segi format, namun maklumat yang wajib ada
dalam sesebuah papan cerita mesti mengandungi teks, grafik, animasi
dan adio-visual. Setiap elemen ini perlu dijelaskan secara detail agar
tidak menimbulkan kekeliruan ketika proses membina multimedia.
3. Sesebuah lakaran papan cerita terdiri daripada sejumlah bingkai.
Terdapat banyak bingkai dalam sesebuah papan cerita. Setiap bingkai
akan menentukan rancangan aktiviti masing-masing.
4. Bingkai tersebut adalah penunjuk sesuatu rincian.
Setiap bingkai akan mencatatkan perincian yang dapat menjelaskan
kepada sesiapa sahaja yang membaca papan cerita tersebut. Jika tiada
perincian dibuat, mungkin akan mendatangkan masalah jika proses
pembinaan itu dibuat oleh pihak lain.
Prosedur papan cerita.
1. Perancangan
Perancangan awal adalah penting untuk memastikan proses pembinaan
papan cerita tersusun mengikut kronologi dan mengelakkan kecelaruan
ketika perlaksanaan. Namun perancangan ini bersifat fleksibel dan boleh
diubah suai.
2. Perbincangan.
Perbincangan perlu dilakukan sesama rakan yang hendak membina
multimedia. Aktiviti ini adalah perlu bagi menyelaraskan antara
kehendak dalam perancangan dengan realiti ketika perlaksanaan
hendak dibuat. Mungkin ada perancangan yang perlu diubahsuai kerana
faktor kekangan masa, ruang dan kos.
3. Pelaksanaan.
Ia bermaksud melaksanaan pembinaan papan cerita yang sebenar.
Pada hakikatnya penyediaan papan cerita tidaklah terlalu rigid
formatnya. Cukup sekadar mempunyai frame yang sepatutnya. Ada
ruang melukiskan lakaran tertentu dan diterangkan matlamat sesuatu
papan cerita yang hendak dibina. Setelah itu semua aspek yang
berkaitan dengan pengisiaan ruang frame papan cerita hendaklah
dilengkapkan.
4. Kenalpasti keperluan.
Keperluan boleh dilihat dari aspek penyediaan bahan, hardware dan
software. Malah aspek kos juga perlu diambil kira kerana semakin
kompleks rancangan dalam papan cerita maka semakin bertambahlah
kos yang akan diambil kira.
5. Elemen multimedia.
Elemen multimedia sudah tentu mengambil kira aspek teks, grafik,
animasi dan audio visual. Empat elemen ini pula mempunyai pelbagai
elemen kecil yang lain dan perlu diperincikan kaedah penyediaan dan
cara mendapatkan bahannya.
3.4 Aplikasi multimedia dalam sastera - prosa dan puisi
3.4.1 Prosa
3.4.2 Puisi

Langkah penyediaan projek multimedia.


1. Mengenalpasti bahan yang akan dimultimediakan.
2. Menyediakan papan cerita - mengenalpasti multimedia yang sesuai.
3. Pembinaan/penghasilan
4. Pengeditan/pemurnian.
5. Persembahan

Ciri-ciri penerapan elemen multimedia.


1. Memberi kesan dan daya tarikan.
Kesan dan daya tarikan akan dapat diterapkan melalui beberapa kaedah
seperti kesan bunyi dan kesan cahaya.
2. Membantu memberikan kefahaman.
Kefahaman tidak semestinya melalui persembahan bahasa dalam teks.
Ia boleh difahami juga melalui kesan ilustrasi dan gambaran suasana.
Mungkin juga kefahaman boleh dijelaskan dengan berkesan apabila
dibantu dengan audio visual yang berkesan.
3. Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan
dengan sesuatu konsep.
Percanggahan akan membawa kepada konflik dari sudut pemahaman
maksud tetang sesuatu perkara.
4. Mengambil kira elemen sosio-budaya dan sensitiviti.

Aspek sosio budaya dan sensitiviti ini perlu diambil kira semasa
memasukkan elemen multimedia. Kadang-kadang simbol-simbol
tertentu sangat sensitif kepada sesetengah penganut agama. Malah
kadangkala warna juga memainkan peranan penting kepada sebilangan
masyarakat tertentu. Oleh itu menjaga hati dan perasaan sebahagian
ahli masyarakat juga perlu diambil kira ketika membina multimedia

Anda mungkin juga menyukai