Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR BAB40

Lebai Marup dan orang-orang tua di kampong Pulai terperangkap di surau kerana hujan. Mereka
cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Marup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai
yang menunggu untuk ke Balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat Akil dan rakan-
rakannya menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya
termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya Lebai Marup menjelaskan kenapa dia
dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang asing sebaliknya dia pulang untuk menetap di
kampung Pulai. Beliau juga ingin menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar
agama. Mat Akil dan rakan-rakannya cuba menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai
Marup. Dia dituduh bersikap kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa
maksiat . Man pula menuduh Labai Marup pengacau anak bini orang. Lebai Marup menjelaskan dia
hanya hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampasan yang diterima tidak
disalahgunakan . Dia juga berasa puas apabila En. Muhammad menarik balik pembinaan hotel. Dia
juga sanggup dihukum jika sekiranya dia menganggu anak bini orang. Man yang marah telah
membaling batu dan kena pada muka Lebai Marup, serentak itu Mat Akil meluru untuk menikam
Lebai Maarup. Kemat Jerangkung tak sempat menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai
Marupdarah banyak keluar. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang tidak
dikenali telah berjaya menangkap dan menggari Mat Akil dan rakan-rakanya.

INTIPATI SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

1.PEMERIAN

Lepas subuh hujan turun lebat, hampir satu jam. Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut dan Kemat
Jerangkung terkurung dalam surau, tidak dapat pulang. Mereka berempat itu sajalah yang selalu
mengisi kesunyian subuh, berjemaah di surau.

2.PEMERIAN

Selesai wirid,subuh itu Imam Saad dan Bilal Endut banyak bercakap menanyakan peristiwa yang di
hadapi oleh Lebai itu sekarang . Tetapi Lebai Maarup tidak juga mahu menyebutkanterang-terang
siapa yang disyakinya melakukan aniaya terhadap diri malam semalamnya .Dia juga tidak
membayangkan apa pendapatanya tetang tujuan atau sebab dia di pukul begitu .

3.DIALOG

Lebai Maarup : ”Saya akan sebut nanti dalam majlis perjumpaan kita di balai raya . Maksud saya
tidak lain melainkan hendak menenangkan suasana .Kalau saya tidak sebut siapa-siapa , nescaya
akan timbul sakit hati .’’

Imam Saad : “Tapi sepatutnya jika Lebai memang tahu siapa yang melakukan perbuatan keji itu ,
sebut saja lah . Kalau tidak di balai raya nanti , sebut sahaja lah disini . Kita sama-sama ingin mencari
ketenangan di kampung ini .”
Bilal Endut : “Di sini Lebai di bawah tanggungjawab saya . Bukan kerana Lebai hanya tinggal di rumah
saya , malah saya ini merupakan bapa saudara Lebai . Lebai tidak sepatutnya berahsia perkara yang
penting sebegini daripada saya “ – Bilal Endut mendesak

5.PEMERIAN

Imam Saad dan Bilal Endut tidak dapat meneruskan pujukkan mereka terhadap Bilal Maarup . Orang
ramai – lelaki dan perempuan menuju ke balai raya , ramai orang singgah di kedai Pak Salim untuk
minum kopi sambil berbual membuat tekaan atau telahan apa yang akan di sampaikan oleh Lebai
Maarup nanti ,

6.PEMERIAN

Kemat Jerangkung duduk diam minum kopinya di hujung meja . Dia seperti biasa , mendengar sahaja
dalam diamnya segala perbuatan orang . Tetapi mata dan perhatiannya tertuju kepada Mat Akil
dengan kawan-kawannya yang duduk di hujung meja panjang .Dia dapat menangkap apa juga yang
diucapkan oleh Mat Akil dengan suara yang garang .

7.DIALONG

Mat Akil : “Lebai kita ini nampaknya dah naik daun benar . Dia panggil kita semua semata-mata
untuk mendengar celotihnya . Dia ingat kita ini budak-budak semalam ke ? Dia ingat dia boleh tutup
niat busuknya itu dengan hadis ?

Man : “ kalau dah kena ketuk begitu , tentu ada salahnya .

8.PEMERIAN+DIALOG

Setelah semuanya pergi , selang beberapa minit kemudian terdapat dua orang yang tidak dikenali
oleh menantu Pak Salim masuk ke kedai untuk membeli rokok . Seorang daripadanya menanyakan
pada menantu Pak Salim :

“Mengapa lengang sahaja ? tidak ada orang minum kopi ?”

Dia mendapatkan keterangan dari menantu Pak Salim bahawa semua orang telah pergi ke balai
raya .

9.PEMERIAN

Di balai raya orang telah penuh , beberapa kerusi dan bangku panjang telah dikeluarkan dari balai itu
di letakkan di halaman . Orang perempuan duduk di kerusi dan bangku yang telah dikeluarkan tadi .

10.PEMERIAN

Suasana dingin menyapa majlis itu sepanjang Lebai Maarup menyampaikan keterangan di hadapan
penduduk kampung itu .

11.PEMERIAN

Mat Akil tiba-tiba berdiri dengan keadaan muka yang bengis lalu …..
12. DIALOG + MONOLOG DALAMAN

Mat Akil : “Mengapa kita semua mesti dengar Lebai merempat ini henda mengadu hal dirinya ? Dia
kena pukul tentu kerana ada salahnya .”

“Ceh , nak manja-manja duduklah dengan mak bapa di kampung sendiri “

13.DIALOG

Tuk Empat Dahlan : “Mat akil !!! Duduk !!!

Lebai Maarup : “Sebenarnya banyak hal yang hendak saya katakana kerana saya ….

Saya tidak merempat di kampung ini , saya baru pulang dari merantau . Ibu Bapa

Saya telah meninggal dunia di perantauan iaitu di Tanjung Karang .”

Teks(apa, bagaimana, mengapa)

Audio(‘’)

Grafik (‘’)

Animasi (‘’)

Anda mungkin juga menyukai