Anda di halaman 1dari 30

AKTIVITI 1: KAJIAN DOKUMEN (T1A1)

1. Berdasarkan perayaan/aktiviti keagamaan yang anda telah pilih, lakukan kajian dokumen iaitu mencari
maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalah bercetak ataupun atas talian (pencarian
internet).
Maklumat yang dicari harus merangkumi aspek-aspek berikut berkaitan perayaan /aktiviti keagamaan:
Sejarah atau latarbelakang termasuk tujuan ianya disambut; sama ada kerana agama; tradisi turun
temurun; budaya dan lain-lain;
Persediaan sebelum;
Pakaian tradisional;
Kuih muih dan Juadah utama/khas;
Amalan-amalan yang dilakukan;
Pantang larang jika berkaitan;
Dan lain-lain mengikut kreativiti anda.
2. Laporkan semua pencarian dokumen anda dalam bentuk penulisan kertas kerja. Upload laporan
pada Assignment page di portal EPIC.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 30 November
2012. Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

TIP untuk penulisan Jurnal Reflektif:
Adakah pengetahuan dan pengalaman yang telah anda perolehi menjadikan anda lebih memahami
perayaan/aktiviti keagamaan kaum lain?
Adakah anda terfikir bahawa anda juga mungkin kurang mengetahui sejarah perayaan/aktiviti keagamaan
sendiri?
Adakah anda akan cari maklumat seperti ini untuk perayaan/aktiviti keagamaan sendiri?
Dan lain-lain perkara yang anda fikirkan.
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian,
disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas
ajaran Kristian. Menurut Kitab BiblePerjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem.
Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai
kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk
menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja
Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara
(Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan
mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan
pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran
Jesus (Anunciation). Santa Clausadalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat
memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan
unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul
pada abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut
agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian
hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan
bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.
Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.
[2]
Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian
selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.
[3]
Bagaimanapun, tokoh sains
terkemuka, Isaac Newtonmendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk
Rom kuno.
[4]
Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25
Disember.
[5]
Pada tahun 1889, Louis Duchesneberpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas
25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.
[6]
Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25
Mac,
[7]
tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.
[8]
Pendapatinkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan
hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.
[9]
9 bulan
sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.
[9]



Mozek Jesus Christ yang digambarkan sebagai Sol, tuhan Matahari, di Mausoleum M di nekropolis pra-abad ke-4 di bawah Basilika St. Peter di Rom,
bernama Christo Sole (Kristus Sang Suria) dan bertarikh penghujung abad ke-3 oleh ahli arkeologi Itali.
[10]

[sunting]Dies Natalis Solis Invicti
Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol
Invictus.
[11]
Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada
masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi mereka.
[11]
Dies Natalis
Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus,
menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria;Sol,
dewa maharaja Aurelia (AD 270274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi Parsi.
[12]
Maharaja Elagabalus (218222)
memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut
sebagai cuti umum.
[13]

[sunting]Sambutan
Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti
penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas
penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.
Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja
di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar
Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.
Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi
sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil
seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan
lampu dan pokok Krismas.
[sunting]Tradisi Gereja


Lakon pentas "kelahiran Nabi Isa" di Jerman
Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan
istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.
[sunting]Paparan kelahiran Jesus Christ
Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad
ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain.
Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari
pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.


An Advent wreath on the Second Sunday in Advent
[sunting]Lingkaran Kedatangan
Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya
yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah
dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon
Krismas.
[sunting]Pembacaan kitab
Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam
kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan
mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.
[sunting]Karol
Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin,
kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.
[sunting]Sambutan awam dan komersil


Sebatang pokok Krismas gergasi di Lisbon, Portugal
Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji
dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak
juga bandaraya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar
Square di London, Times Square diNew York dan Martin Place di Sydney. Tidak lupa juga kegiatan amal untuk menyeru
warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang ramai diberi lebih banyak masa
bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas. Tingkap kedai sentiasa dihias babak kelahiran Jesus, termasuk
di gedung membeli-belah besar yang mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung beli-
belah besar juga menyediakan seorang pelakon watak Santa Claus yang duduk di atas singgahsana untuk mendengar
permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping diambil gambar bersama para pengunjung.


Pasar Krismas di Dresden, Jerman.
Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di bandar raya. Sesetengah pekan mengadakan tradisi
nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar
bangunan.
[sunting]Sambutan seisi keluarga


Sebuah keluarga berhibur sempena Krismas.
Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-
tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol
dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan
Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan
stoking merah besar pada tempat pendiangan api.
[sunting]Pokok Krismas
Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya
pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya
pokok buatan menjadi pilihan.
[sunting]Rujukan
1. Christmas as a Multi-faith Festival BBC News. Dicapai pada 30 September 2008.
2. "Christmas, Encyclopdia Britannica Chicago: Encyclopdia Britannica, 2006.
3. Roll, p. 129. Contohnya, pada tahun 1761, Paus Benedict XIV berhujah bahawa para ketua gereja pasti mengetahui
tarikh sebenarnya dari catatan bancian kerajaan Romkuno. (Roll, p. 129).
4. Newton, Isaac, Observations on the Prophecies of Daniel, and the Apocalypse of St. John (1733), Ch. XI. "They who
began first to celebrate them, placed them in the cardinal periods of the year; ... and the birth of Christ on the winter
Solstice, Decemb. 25,"
5. Pliny yang Tua, Natural History, 18:59
6. Roll, pp. 88-90.
Duchesne, Louis, Les Origines du Culte Chrtien, Paris, 1902, 262 ff.
7. Tarikh ini diberi oleh Tertullian (Adv. Jud., 8) dan Hyppolytus. ("The Feast of the Annunciation", Catholic
Encyclopedia, 1998).
Roll, p. 87.
8. Bradt, Hale, Astronomy Methods, (2004), p. 69.
Roll p. 87.
9.
9.0

9.1
"The Feast of the Annunciation", Catholic Encyclopedia, 1998.
10. Kelly, Joseph F., The Origins of Christmas, Liturgical Press, 2004, p. 67-69.
11.
11.0

11.1
Roll, p. 131-32.
12. ""Mithraism", The Catholic Encyclopedia, 1913.
13. "Sol." Encyclopdia Britannica, Chicago (2006).
2. Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan
menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.
3.
4. Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar
hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan
(Carol) akan diadakan.
5.
Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi,
hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari
Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari
Natal semenjak awal Disember lagi.
6. JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA
7. Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru Amar Das
pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh berkumpul untuk
mendapat restu Guru-Guru mereka.Pada 1699, Guru Gobind Singh mengumpul ribuan
penganut Sikh di Anandpur Sahib dan mengasaskan undang-undang Khalsa. Beliau
mengorbankan lima orang pemuda yang berani dalam upacara ini.
8. Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap hari lahir bagi
undang undang Khalsa masyarakat Sikh.Pada hari ini, Masyarakat Sikh melawat
Gudwara ( kuil ) dan mengadakan perarakan yang meriah diadakan. Ramai juga yang
memilih untuk menjadi sami dan mengamalkan ajaran Khalsa pada hari ini. Bendera suci
Nishan Sahib di Gudwara juga diganti dengan yang baru pada hari Vaisakhi.
9. Krismas ( Hari Natal)
10. Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di
Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan taulan berkumpul, memupuk cinta
dan kasih sayang antara penganut Kristian.
11. Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang tanpa salji dan suhu sejuk,
tetapi ia tetap dirayakan dengan meriah setiap tahun. Tambahan pula, Krismas adalah
perayaan global dan sekular berbanding makna keaagamaan. Satu imej penting dalam
perayaan Krismas ialah Santa Claus, orang tua gemuk berbaju merah dan berambut putih,
yang datang dari kutub utara untuk memberi hadiah. Khabarnya Santa Claus berasal dari
watak St. Nicholas, yang gemar memberi makan kepada kanak-kanak di masa Krismas.

Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi mengamalkan
advent iaitu selang masa empat minggu sebelum Krismas diisi dengan bacaan doa,
membaca Bible, dan berpuasa. Perkataan advent itu bermaksud datang yang membawa
maksud kelahiran dan kematian Jesus Christ.
12. Di Gereja Katolik, terdapat upacara membakar lima batang lilin, yang
mewakili limaminggu sebelum Krismas. Setiap lilin berwarna berlainan, dan membawa
maksud-maksud tertentu. Lilin pertama bernama lilin Hope, kedua Peace, ketiga Joy
dan keempat Love.

Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah indah,pokok Krismas
didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat
juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas.
13. Adalah menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di gereja-gereja
malah ada juga yang berpakaian Santa dan melawat kejiranan, rumah anak yatim, orang
tua dan hospital bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.
14. Malam Krismas ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara akan berkumpul,
masa untuk doa dan kesyukuran telah sampai. Biasanya Nativity play atau pertandingan
ratu cantik perayaan akan juga diadakan.
15. Di malam Krismas juga akan terdapat kumpulan carol yang menyayi lagu-lagu
keagamaan dan semangat dari pintu ke pintu. Apabila tiba tengah malam keluarga akan
makan supper sebagai upacara menghormati Jesus Christ.Dimasa ini jugalah mereka
bertukar hadiah dan membuka hadiah masing-masing.
16. Pagi Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja, sebelum pulang ke
rumah dan menunggu kedatangan tetamu.Dalam konsep rumah terbuka sekarang,
perayaan menjadi semakin meriah dengan kedatangan kaum lain. Antara juadah yang
biasa dihidangkan ialah kekacang, buah buahan, pai, dan ayam belanda bakar,termasuk
juga rendang dan kari.
17. Walaupun Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya
berlangsung hingga ke tahun baru.
18. Deepavali
19. Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah
simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini,
kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.
20. Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan
Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya
dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan
pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada
Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu
terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan
antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas
dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
21. Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan
seperti kolams dibuat, dan lampu vilakku dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita
tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu
moden.
22. Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran
akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk
menyambutnya.
23. Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan
mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini,
pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.
24. Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah
simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk
bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara
dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap
diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan
murukku.
25. Chap Goh Mei
26. Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok
besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar
dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan
yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar
mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan
pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,
tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
27. Hari Raya Aidilfitri
28. Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh
hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga
dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks
di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak
berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan
menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan berzakat.
Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar seperti
menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.
29. Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di bulan
Ramadhan yang dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih baik
dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah di malam itu.
30. Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu
adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan
Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti
ditunaikan sebelum akhir Ramadhan
31. Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula
dari terbenamnya matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi
dengan upacara melihat anak bulan.
32. Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya
ditonjolkan dengan kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang
digelar balik kampung ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan jalanraya
menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga.
Seluruh keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.
33. Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun
berlanjutan dari malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan
biasanya akan mengunjungi pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum wanita akan
mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat
sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak
adalah yang paling seronok, dimana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju
kurung hinggakan kasut adalah serba baru.
34. Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk
bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari
ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk dan nenek. Menjelang
tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-mengunjung antara
satu sama lain untuk beraya atau adat berziarah. Ucapan selamat hari raya bersilih
ganti dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.
35. Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah
jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi duit raya memeriahkan lagi
suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat, rendang, sambal kacang,
lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih dihidangkan, mengikut
tempat.
36. Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak
membuat rumah terbuka sepanjang Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang bernasib
baik seperti anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas juga tidak dilupakan. Orang
ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri memberi sinar
kepada mereka.
37. Hari Raya Aidiladha
38. Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh dunia ialah
hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah
Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari raya Haji atau hari raya Korban.
39. Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan semasa bulan
Zulkaedah dan Zulhijjah. Di tanah suci Makkah, kedatangan Aidiladha menandakan
sempurnanya ibadah haji. Hari raya Korban pula diambil dari peristiwa ibadah kurban
yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.Walaupun baginda berat hati
untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi Ibrahim tetap melaksanakan ibadah korban
demi taatnya baginda kepada Allah Taala.Inilah yang menjadi ikutan oleh umat Islam
sampai ke hari ini.
40. Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat sunat pada pagi
hari.Dengan berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul bersama keluarga dan
menjamah juadah.Hidangan pada Aidiladha tiada jauh bezanya dengan Adilfitri, ketupat,
lemang, rendang, serunding dan kuih muih disediakan.
41. Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk melaksanakan ibadah
korban. Disini, lembu, kambing, biri-biri dan kerbau disembelih. Bahkan stail terbaru
sekarang terdapat juga unta disembelih di Malaysia. Ini adalah ibadah sunat yang dituntut
sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba terhadap Allah Taala.
42. Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu pertiga
diberi kepada tuan punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan
semua orang Islam.Hikmah dari cara ini adalah ia mengeratkan silaturrahim dan
membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.
43. Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
Aidiladha juga adalah lambang keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus
bersyukur atas nikmatNya dengan menyedekahkan sebahagian harta dengan mereka yang
kurang bernasib baik.
44. Perayaan Hantu Lapar
45. Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha
di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku di Negara China berkurun
dahulu.Pada masa dahulu, ada seorang pemuda bernama Mu Lian, yang hidup dengan
ibunya yang sangat kedekut. Ibunya selalu menghina pengemis dan menghalau mereka
kalau mereka datang meminta makanan.
46. Mu Lian pula adalah seorang yang baik dan pemurah.Apabila Mu Lian berniat menjadi
sami, ibunya sangat marah kerana anaknya tidak lagi bekerjauntuk menambah
kesenangannya.Ibunya mengambil keputusan untuk memberi sami makan makanan yang
berdaging, supaya sami ini berdosa. Tetapi ibu ini telah mendapat balasan yang setimpal,
dimana dia telah dihantar ke neraka. Mu Lian sebagai anak yang baik sentiasa berdoa
siang dan malam untuk ibunya. Akhirnya doanya didengari Buddha, maka Buddha
memberi keizinan supaya setahun sekali pintu neraka dibuka roh-roh boleh kembali ke
bumi dan diberi makanan.Mulai saat itu, pada setiap hari ketujuh dalam bulan ketujuh
kelendar Cina adalah hari memperingati hantu-hantu lapar.
47. Di hari ini, makan dan minuman yang biasanya menjadi kegemaran ahli keluarga yang
telah mati diletakkan di luar rumah.Mereka menganggap ahli keluarga yang telah mati
akan datang melawat rumah pada hari ini. Tujuannya adalah supaya dalam rumah tidak
diganggu roh jahat.' Paper Money' atau duit palsu juga dibakar sebagai persembahan
kepada roh, supaya ia boleh digunakan dalam alam mereka. Untuk memastikan yang roh-
roh ini tidak mendatangkan mudarat, persembahan
48. Pesta Kaul Melanau
49. Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan
oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti
semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal
April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu,
dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.
50. Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai
Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-
pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali
berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi
ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.
51. Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan
dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang
enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun
akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri.
52. Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul
dari buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat
dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni
mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.
53. Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan
mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah
juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara
sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai
penebang sagu yang mahir di Sarawak.
54. Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi
masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.
55. Maal Hijrah
56. Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat Islam.Ia
adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.
57. Maal Hijrah bermaksud perpindahan.Pada hari ini berlaku penghijrahan Nabi Muhammad
S.A.W dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah. Peristiwa ini berlaku
pada tahun 622 masehi.Makna lain bagi hijrah ialah perubahan daripada keburukan dan
kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi permulaan kepada penilaian
terhadap pencapaian diri sendiri.
58. . Tidak ada ibadah khusus untuk hari ini. Tetapi masyarakat Islam seluruh negara
menyambutnya dengan mengadakan tadarus al Quran, berzanji, ceramah dan perarakan.
Ter dapat juga anugerah Tokoh Maal Hijrah diperingkat negeri dan kebangsaan. Ini
adalah pengiktirafan terhadap sumbangan orang perseorangan Islam yang cemerlang dari
segi sahsiah, kerjaya, dan menyumbang pada masyarakat.
59. 10 Muharam pula dikenali sebagai hari as Syura. Ia adalah hari dimana banyak peristiwa
besar berlaku dalam Islam.Masjid-masjid seluruh negara biasanya membuat bubur as
Syura, dan disedekahkan kepada jemaah, sebagai tanda muafakat.10 Muharram bukanlah
cuti umum kepada rakyat, tetapi negeri seperti Johor, Kelantan dan Terengganu
mengisyhtiharkan Awal Muharram sebagai cuti umum.
60. Perayaan Dewa Monyet
61. Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh penganut
Buddha seluruh dunia. Selain Malaysia, ia juga disambut di China, Hong Kong, dan
Singapura.Ia perayan meriah yang disambut pada hari ke-16 pada bulan kelapan dalam
kelenndar Cina.Ia diriwayatkan bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana Raja Monyet
yang dibuang dari syurga Toisme memohon taubat dari Buddha dan memohon keabadian
dengan menemani Tang Xuan Zhang berhijrah ke barat dan menyebarkan ajaran Buddha.
62. Pada masa dahulu, terdapat penganut yang merayakan hari ini dengan memijak bara api
dan menggigit pisau tanpa rasa sakit dan cedera, kerana dikatakan telah diresapi
semangat Dewa Monyet.Tetapi tidak dimasa sekarang dimana penganut Buddha hanya
membakar duit palsu dan kertas doa, lebih- lebih lagi bila perayaan ini disambut di kuil
Dewa Monyet yang terletak di Kowloon, Hong Kong.
63. Di Malaysia, walaupun tidak semeriah di Hong Kong, tetapi sambutan perayaan ini tetap
dibuat. Penganut Buddha yang ingin menjalani upacara ditabalkan menjadi 'Raja Monyet'
akan bersembahyang dan memanggil rohnya supaya meresap dalm diri mereka.Kemudian
akan diadakan persembahan opera Cina berlatar belakangkan cerita Dewa
Monyet.Persembahan ini dikatakan untuk Dewa-Dewa, dan juga ditonton oleh orang
ramai.
64. Selain itu, tarian singa dan tarian naga juga dipersembahkan. Penutup untuk persembahan
ini ialah bila roh Dewa Monyet hilang dari atas pentas.
65. Tahun Baru Cina
66. Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk
ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk
menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang
dan malam.
67. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
cheongsam , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.
68. Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari
Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet,
harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang
tersebut.
69. Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah
cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak
kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
70. Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli
belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih
bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah
akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan
kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.
71. Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah
ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang
menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya
adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran
prosperity yang dimakan bersama arak.
72. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shuo sui ,
yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam
tahun baru akan dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk
merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga
api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.
73. Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, disamping ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama
penganut. Ia membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan.Tetamu
mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi
memberi ang pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia
bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya
74. Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang
15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia
akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan
menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda
memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.
75. Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia,
masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan yee sang. Ia
kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur.
Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada Tian
Gong, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan
perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.
76. Perayaan Bulan Kelima atau Bot Naga
77. Pada musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian laut akan
menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina. Ia disambut juga di Malaysia,
khasnya di Pulau Pinang.
78. Nama lain bagi perayaan ini ialah 'Perayaan Penyair Patriotik', mengambil sempena
bangsawan Cina di masa dahulu Qu Yuan yang hidup di tahun 278 sebelum masihi.
Beliau sanggup mengorbankan dirinya sebagai protes terhadap amalan rasuah dalam
kerajaan di masa itu.sebelum beliau terjun ke laut unutk membunuh diri, beliau telah
menulis dua buah puisi mengkritik kerajaan.Para nelayan cuba menyelamatkannya, tetapi
gagal.Kemudian, puisi itu menjadi sumber semangat bagi rakyat menentang kerajaan
yang jahat.
79. Upacara dilakukan oleh masyarakat Cina setiap hari kelima dalam bulan kelima sebagai
memperingati Qu Yuan. Nelayan-nelayan akan meletakkan nasi pada bekas buluh supaya
naga laut akan menjaga keselamatan 'penyair patriotik' ini dan keselamatan
mereka.Terdapat juga sesetengah tempat yang membuat pertandingan bot naga, khusus
menghormati semangat laut ini.
80. Pesta Gawai Dayak
81. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan
tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta
Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap
tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa
dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di
Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
82. Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada
Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah
seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan
persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap
sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
83. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.
Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk
kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar
ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk
semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tapai.
84. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan
menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan
menggunakan giginya.
85. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-
manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk
dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang
menonjolkan lagi kecantikan paras rupa.Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai
atau pokok istiadat dibuang.
86. Pesta Kaamatan
87. Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai
meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di
Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei, bermula dari awal
bulan. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan
upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua bomoh."
88. Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Manakala
Megavau pula adalah upacara kesyukuran yang penting, dijalankan oleh bobohizan.
Megavau dijalankan di sawah padi pada malam bulan mengambang pertama selepas
menuai. Bobohizan akan membaca mentera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi
berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat.Makanan terbaik seperti tapai
dan nasi akan disajikan sebagai jamuan terhadap roh.
89. Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima
jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan
Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat
manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada
Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan
amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon
amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka berpendapat bahawa padi
adalah sumber kehidupan.
90. Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman
istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan
ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud Selamat Hari Menuai.
91. Pesta Kuih Bulan Dan Tanglung
92. Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina. Ia
menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.Kadangkala ia dikenali
juga sebagai Pesta Tanglung.Di Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya dengan
mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuih bulan dan
menggantung tanglung. Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara mara,
bagi mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana kuih bulan adalah lambang
hormat.
93.
Pada malam 15 haribulan, ketika bulan mengambang, jamuan kuih bulan, ayam
panggang, babi panggang, ubi, dan teh Cina dipersembahkan di tokong. Tanglung-
tanglung pelbagai jenis juga digantung di rumah. Bacaan mentera yang disertai dengan
pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam ini.Selepas itu,
kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi rumah dengan gembira.
94. Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan ini.Kuih Bulan yang
dibuat bagi hari ini adalah melambangkan kesepakatan, kerana bentuknya yang
bulat.Biasanya ia diisi dengan inti kacang merah, kacang hitam atau kacang
soya.Manakala tanglung bagi memeriahkan perayaan ini terdapat dalam pelbai bentuk,
seperti naga, rama-rama, arnab, ketam dan sebagainya.Bentuk -bentuk ini bagi
masyarakat Cina akan memberi tuah kepada mereka. Di Malaysia, kemeriahan ini dapat
dirasai jika kita berkunjung ke Petaling Street pada malam itu.
95. Pesta Pongal Masyarakat Hindu
96. Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta
pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa
untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.
97. Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan
menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras
yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat
dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini
biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu
boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan
tumbuhan.

Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah
kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan
dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan
hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh
kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga.
bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.
98. Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' ,
'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut
selama empat hari.Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk
menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak
bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.
99. Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari.
upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk
dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk
haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah
binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.
100. Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan
datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang
lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu
mengukuhkan ikatan sesama mereka.
101. Regatta Lepa Semporna
102. Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan Regatta
Lepa ini.Lepa dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.Ia biasanya diperbuat dari
kayu seraya, dan menjadi simbol kaum Bajau sejak lama dahulu.Lepa ini banyak terdapat
di masyarakat nelayan yang tinggal di Pulau Bum.
103. Di masa sambutan Regatta ini, Semporna menjadi meriah kerana perahu dan bot
yang berwarna warni akan bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan
Lepa tercantik.Lepa tercantik ini dihakimi berdasarkan dari corak, tarian yang
dipersembahkan di atasnya, sambulayang ( layar) dan tapis-tapis ( bendera ).
104. Tarikan lain di Pesta Regatta ini ialah seperti acara sukan air seperti pertandingan
mendayung, berlayar, dan keleh-keleh iaitu bot mini.bagi yang tidak berkemahiran
menyertai sukan air boleh bermain perang-perang, lumba berenang, atau pertandingan
menangkap itik.Persembahan kesenian pada malamnya adalah penutup kepada Regatta
Lepa Semporna ini.
105. Posted by laman sejarah at 11:17 AM 0 comments Links to this post
106. Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
107. Soalan Kerja Kursus Ting 3 2010 ( Perayaan Di Malaysia)
108.
109. PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI
110. Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama
lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.
Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia),
Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)
111. Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di
seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum
Melayu yang beragama Islam.
112. Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula
selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara
iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya
melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,
iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa
tempat yang strategik.
113. Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat
mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu
bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan
menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana
sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.
114. Kalimat FITRI itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia
balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.
115. 2. LATAR BELAKANG
116. sejarah/asal usul perayaan
117. SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati
ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada
mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu
adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
118. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang
kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladhadan Hari
Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika
ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
119. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa
Ramadan dengan sempurna.
120. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan
pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara
dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari
untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
121. Kalimat fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah
asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
122. UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN
123. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan
peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti
memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir danbertahmid sebagai tanda kesyukuran.
124. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana
Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.
125. Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat
sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara
mara dan sahabat handai.
126. Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam
menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam
menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih
muih terlalu banyak.
127. Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat
ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera
bertanya: Kenapa wahai saudaraku? Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."
128. Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat
diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju
baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik
dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah
apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
129. Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli
secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api
amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam
kemewahan.
130. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat
merayakan hari raya seperti kita.
131. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak
melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-
anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika
sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan
pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
132. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang
Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang
tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.
133. Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang
disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan
Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya
melupakan tuntutan agama.
134. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
135. SEBELUM
136. Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut
menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan
mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan
diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan
ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.
137. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga
bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan
kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
138. BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "
Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan
pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan
yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan
keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam
kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi
mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di
masjid, qiamullail dan sebagainya
139.
140. Posted by laman sejarah at 11:04 AM 0 comments Links to this post
141. Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
142. Sunday, March 14, 2010
143. Hajarul Aswad ( )
144. Hajarul Aswad ( ) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di
penjuruKaabah.
145. Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin
mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan
membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir
di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.
146.
Ciuman sebagai sunnah semata-mata
147. Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan
oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
148. Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu,
sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).
149.
Sejarah Hajarulaswad
150. Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai
orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan
Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas, 25 Disember..






3 Votes!

Oleh: takusahrisau

Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 1.2 bilion penganut Kristian di
seluruh dunia. Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ.
Perkataan Krismas berasal dari istilah Yunani iaitu Mass Kristus yang membawa maksud
Perayaan bagi al-Masih. Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa
dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas
kematian Nabi Isa.

Di sinilah(satu sudut dalam Church of Nativity) dikatakan Nabi Isa dilahirkan.

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal
daripada Palestin tetapi daripada Mesir. Dalam ekslopedia itu menyatakan perayaan Krismas
dipengaruhi dengan ajaran paganisme daripada Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari hari
pertama setiap tahun benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan
sebagai perayaan Krismas.
Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar bapa pengkritik Bible pernah
menulis,
Dalam Kitab Suci, tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari raya atau
mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan
toghut[seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya yang gah pada hari mereka
dilahirkan di dunia. (dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

:::: Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25
Disember(Kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian beraliran oriental seperti
Armenian Apostolic Church dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau
7 Januari(Kalendar Gregory).
:::: Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan
dahulu kala. 25 Disember dikaitkan dengan Festival Yule iaitu sejenis festival keagamaan bagi
kaum paganisme Jerman sebelum kedatangan Kristian. Festival ini dirayakan daripada
pertengahan Disember sehingga awal Januari berdasarkan Gemanic Lunar Calendar.
:::: Jika Festival Yule dikaitkan dengan Krismas di barat, di timur, perayaan Krismas
dikaitkan dengan Festival Dies Natalis Solis Invicti atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol
Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah
diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.
:::: 25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran Paganisme iaitu
Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom
sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat
Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 masihi.

Ukiran dewa Mithra.

:::: Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti
umum adalah Calender of Filocalus. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom
beragama Kristian.
:::: Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut
dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ. Setiap tarikh mempunyai kekuatan
dan alasan yang tersendiri sepertimana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya
Jesus Christ dilahirkan. Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19
April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November dan 19 November.
:::: Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa
Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama
gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi. Beliau memiliki
kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model
kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6
Disember sempena hari perayaan(feast day) St. Nicholas of Myrra.

Lukisan dinding mengambar St. Nicholas of Myrra.

:::: Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna
keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau
melambangkan keabadian kehidupan.
:::: Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan
Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk
Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian
tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa
perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi
dasar mazhab Katholik.

Pokok Krismas

:::: Perkataan Christmas Tree direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil
daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan
Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Martin Luther

:::: Sepertimana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas,
Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas. Asal-usul Orang
Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji dapat ditemui di dalam buku
Book of Hours yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang
Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut.
:::: Orang Salji paling besar pernah dibina adalah Orang Salji yang dibina di 2008 di Bethel,
Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena
Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

'Olympia'

:::: Sebagai tambahan, sebuah kawah Asteroid 4 Vesta membentuk seakan-akan Orang
Salji. Ia dirakam pada oleh Prob angkasalepas tanpa pemandu, Dawn pada 6 Ogos 2011.

'Snowman Crater'

:::: Perkataan Krismas sering disingkat menjadi Xmas. Ia diambil daripada abjad Greek
yang ke-22 iaitu X. Sebutan X memberikan bunyi seperti Christ dan lama-kelamaan
menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.
:::: Tarikh 25 Disember merupakan tarikh kelahiran bagi beberapa tokoh ternama dunia.
Antaranya adalah ahli fizik terkenal, Isaac Newton(1642-1727), pengasas Pakistan,
Muhammad Ali Jinnah(1876-1948), pengasas Chevrolet Motor Car Company, Louis
Chevrolet(1878-1941), bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat(1918-1981), bekas pemain bola
antarabangsa Brazil, Jairzinho(1944), Penyanyi kelahiran Britain, Dido(1971) dan ramai lagi.

Jairzinho

:::: Tarikh 25 Dismber juga merupakan tarikh kematian bagi beberapa tokoh ternama dunia.
Antaranya adalah bekas maharaja Jepun, Emperor Taisho(1879-1926), Perdana Menteri kedua
Turki, Ismet Inonu(1884-1973), pelawak terkenal, Charlie Chaplin(1889-1977), bekas
Presiden Komunis Romania, Nicolae Ceauescu(1918-1989), penyanyi genre Soul terkenal,
James Brown(1933-2006) dan ramai lagi.


Ismet Inonu


:::: Pada tahun 2011, bangsa Yahudi seluruh dunia turut merayakan perayaan Hanukkah
pada tarikh 25 Disember. Perayaan Hanukkah adalah perayaan 8 hari 8 malam dengan
menyalakan lilin di sembilan tapak lilin Menorah. Perayaan ini jatuh pada 25 Kislev dan berakhir
pada 2 atau 3 Tevet mengikut Kalendar Hebrew. Ia bersamaan dengan mana-mana hari pada
akhir November dan akhir Disember mengikut kalendar Gregory.

Menorah

Anda mungkin juga menyukai