Anda di halaman 1dari 5

HURAIKAN PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH

PENDAHULUAN
 Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh
umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah)
dan Negara Islam di Madinah.
 Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan
besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat islam yang terdiri
membawa kepada perkembangan budaya dan msyarakat Islam yang terdiri
dripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan
suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa
alRasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

ISI-ISI PENTING

1. Aktiviti dakwah
 Langkah ini diambil secara sulit dan terang-terangan. Secara
sulit,baginda berdakwah kepada keluarga, anak-anak angkat,
saudara-mara dan para sahabat. Baginda menyeru supaya beriman
kepada allah swt dan harus meninggalkan amalan menyembah
berhala.
 Baginda mengajak mereka supaya melakukan kebaikan iaitu ma’ruf
dan meninggalkan amalan yang jahat iaitu munkar seperti minum
arak, berzina, berjudi dan membunuh. Selama tiga tahun baginda
berdakwah hanya beberapa orang dalam kalangan penduduk makkah
memeluk agama islam. Siti khadijah (wanita), ali bin abu talib (kanak-
kanak) dan abu bakkar al-siddiq (lelaki dewasa) merupakan orang
pertama yang memeluk agama islam.
 Peringkat dakwah secara sulit dilakukan melalui individu tertentu
seperti Abu Bakkar al-Siddiq dan al-Arqam bin Abi al-Arqam yang
menghadiahkan rumahnya sebagai markas untuk menyebarkan
agama Islam. Mereka yang memeluk Islam terdiri daripada golongan
miskin dan kaya termasuk Abu Bakkar al-Siddiq dan Uthman bin Affan
tetapi bilangannya terlalu kecil berbanding dengan Madinah selepas
hijrah.
 Baginda mendapat wahyu supaya berdakwah secara terang-terangan
selepas 3 tahun berdakwah secara sulit. Namun begitu, beliau
mendapat penentangan daripada keluarganya sendiri terutamanya
bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Lahab sehingga perbuatan Abu
Lahab dikutuk dengan ayat al-Quran iaitu surah al-Lahab, ayat 1-5.
Selepas turunnya ayat al-Quran , maka bermulalah aktiviti dakwah
secara terang-terangan. Allah swt mengarahkan baginda untuk
memperingatkan keluarga baginda supaya patuh dan setia kepada
orang beriman tetapi Abu Lahab tetap menentang dan terus
memusuhi baginda dan agama Islam.

2. Tentangan Cabaran
 Baginda mendapat penentangan daripada kaum Quraisy. Mereka
menghina baginda dengan mencabar baginda supaya menunjukkan
mukjizat-mukjizat seperti nabi-nabi terdahulu. Mereka terasa terhina
kerana baginda menyelar agama berhala mereka. Mereka meminta
supaya baginda diserahkan kepada mereka apabila Abu Talib
memihak baginda.
 Mereka memujuk baginda dengan menawarkan harta, perempuan
dan pangkat supaya meninggalkan seruan Islam tetapi tawaran ini
ditolak. Mereka juga menggunakan cara kompromi dengan
mencadangkan supaya baginda menyembah berbahala mereka dan
mereka akan menyembah Allah swt. Tawaran ini juga ditolak Nabi
Muhammad S.A.W.
 Kaum Quraisy tidak mahu beralah kerana takut kuasa mereka
tergugat. Mereka kemudiannya menyeksa orang Islam. Walaupun
orang Islam diseksa dengan dahsyat, namun bilangan orang yang
memeluk Islam terus bertambah.
 Umat Islam berpindah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan
kaum Quraisy sekali gus untuk menyebarkan agama Islam. Peristiwa
tersebut berlaku pada bulan rejab tahun 615 M. Mereka mendapat
perlindungan daripada Raja Najasyi. Nabi Muhammad S.A.W pula
terus berdakwah di Makkah. Kaum Quraisy menghantar dua orang
utusan supaya Raja Najasyi memulangkan kembali orang Islam. Raja
Najasyi enggan memberikan orang Islam kepada Kaum Quraisy
kerana baginda sendiri tertarik dengan Islam.
 Kaum Quraisy semakin berpecah kerana Umar Bin Al-Khattab iaitu
orang kuat mereka telah memeluk agama Islam pada bulan Zulhijah
tahun 616 M.
 Pemulauan yg berlaku selama kira-kira tiga tahun itu merangkumi
larangan melakukan urusan jual beli, perkahwinan dan memberikan
pertolongan kepada kaum keluarga Nabi Muhammad SAW. Mereka
hanya di benarkan keluar pada musim haji. Peluang ini di gunakan
oleh nabi Muhammad SAW menyebarkan agama islam kepada
jemaah haji yg datang dari seluruh semenanjung Tanah Arab.

3. Sebab-sebab Kaum Quraisy menentang Nabi Muhammad


S.A.W dan agama Islam
 Kuasa dan pengaruh yang di pegang selama ini berhubung dengan
kepimpinan kota Makkah perlu di kekalkan.
 Agama islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia.
Konsep ini sangat bertentangan dengan konsep sistem sosial
masyarakat jahiliah.
 Pusaka nenek moyang mereka juga harus di pertahankan.mereka
bimbang akn hilang punca pendapatan daripada penjualan berhala
yang telah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang mereka.
 Takut akan hari pembalasan kerana mereka telah banyak melakukan
dosa di dunia.
 Iri hati dgn kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai seorg Nabi
dan Rasul.
 Kematian Abu Talib dan Siti Khadijah menyebabkan tiada
perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW.hal ini memberikan
kekuatan kepada kepada kaum Quraisy utk menentang.
4. PROSES PENENTANGAN
 Penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW semakin
kuat setelah kematian Abu Talib dan Siti Khadijah. Hal ini memaksa
Nabi Muhammad SAW mencari perlindungan di Ta’if kerana Makkah
baginda tiada lagi tempat berlindung. Namun, usaha Nabi
Muhammad SAW gagal dalam mendapatkan pertolongan pemimpin
Ta’if. Walaubagaimanapun, baginda meneruskan perjuangannya
dalam menegakkan agama Islam dan terus menyeru kepada kabilah-
kabilah Arab yang datang ke Makkah untuk menunaikan haji agar
menerima Islam.
 Baginda berasa tersisih di Makkah kerana seruannya ditolak oleh
kaum Quraisy dan Bani Thaqif di Ta’if. Kaum Quraisy bimbang jika
orang Islam berhijrah ke Madinah mewujudkan kuasa baru di sana.
Satu komplot untuk membunuh Nabi Muhammad SAW telah
dijalankan oleh Abu Jahal. Mereka ingin menguburkan ajaran Islam.
Baginda mengetahui komplot pembunuhan tersebut. Berita tentang
kegagalan menangkap Nabi Muhammad SAW telah mnggemparkan
masyarakat seluruh penduduk Makkah setelah baginda telah
berhijrah bersama-sama Abu Bakar secara senyap-senyap.
 Dalam suasana yang tertekan akibat ancaman Quraisy itu, berlaku
peristiwa israk dan mikraj pada 27 rejab tahun ke-11 kerasulan
baginda. Peristiwa ini merupakan mukjizat yang amat besar yang
berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini telah
mengemparkan masyarakat Quraisy Makkah. Mereka menuduh Nabi
Muhammad Saw sebagai pembohong. Namun keadaan tersebut tidak
mengugat iman orang Islam dan Abu Bakar merupakan orang
pertama yang menyakini peristiwa ini dan beliau mendapat gelaran
al-siddiq ( yang membenarkan ).
 Kepentingan israk dan mikraj adalah menunjukkan kekuasaan Allah
SWT. Bermulanya fardu solat lima waktu sehari semalam kepada
umat Islam untuk memperkukuh iman orang Islam. Hal ini
membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW diutus bagi seluruh
umat manusia sepanjang zaman hingga kiamat dan telah melahirkan
kira-kira 150 orang Islam Makkah hasil daripada usaha dakwah.
KESIMPULAN
 Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w telah mendapat
penentangan daripada masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif.
Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah,
Baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi
penentangan ini dengan lebih agresif sehinggan berjaya menegakkan syariat
Islam.
 Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya
Kota Makkah dapat ditawan tanpa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

Anda mungkin juga menyukai