Anda di halaman 1dari 3

Khalifah Harun al-Rasyid (786-803M)

Pengenalan
 Harun Al-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 809 M,
di Thus, Khurasan. Harun Al-Rasyid adalah kalifah kelima daripada  kekhalifahan 
Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 809 M selama 23 tahun.
Ayahnya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan kakaknya, Musa
Al-Hadi adalah kalifah yang ketiga.Ibunya Jurasyiyah dijuluki Khayzuran berasal dari
Yaman. Meskipun berasal dari Bani Abbasiyah, Harun Al-Rasyid lebih dikenali 
dengan keluarga Barmaki dari Persia (Iran).
 Pada masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya ibn Khalid Al-
Barmak. Era pemerintahan Harun,  dikenal sebagai masa keemasan Islam (The
Golden Age of Islam), di mana saat itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu
pengetahuan dunia. Pada masa pemerintahannya beliau  berjaya mewujudkan
keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid


 Dalam menjalankan pemerintahan, Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri
begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara.Beliau juga mempunyai
pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun. Beliau
telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya
dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam
peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah
dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera
yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti
tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk
kesejahteraan rakyatnya.

 Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid juga


adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku
yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam
tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua
kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum,
syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan
intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai
ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah,
beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.

 Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah


Harun al-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di
Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik
dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan
oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan,
perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad.
Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa
barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja
pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri
melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.

 Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing,


antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini
bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti
antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan
Kristian- Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama
iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan
kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun al-Rasyid sendiri
dan Charlemange. Malah, kerajaan Perancis begitu menghormati dan meniru dasar
pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri.
Manakala keluarga al- Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka.
Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada
gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu
baik dengan keluarga al-Barmaki.

 Satu lagi sumbangan Khalifah al-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan
Abbasiyah ialah dengan penubuhan Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam
bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai
satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan
satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan
Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah
sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat
akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang
terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah.
Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam
memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai