Anda di halaman 1dari 2

PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH DI

ANDALUSIA

Pendahuluan
Ilmu aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu ini
bersumberkan pemikiran yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah. Galakan
pemerintah dan minat terhadap bidangi intelektual menyebabkan berlaku
perkembangan pesat dalam bidang ilmu agli di Baghdad dan Andalusia pada abad ke-
11 hingga 13 Masihi. Pada era pentadbiran Abbasiyah d Baghdad dan Umayyah di
Andalusia, wujudya kegiatan penulisan ilmiah di kalangan sarjana Islam dalam semua
bidang ilmu pengetahuan. Ini termasuk kegiatan terjemahan falsafah dan sains dari
Greek ke dalam bahasa Arab.

Falsafah
Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu
falsafah Yunani dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di
Andalusia ketika masyarakat Eropah berada dalam Zaman Gelap. Tokoh falsafah
terkemuka Andalusia ialah Said Ibn Fattuh dengan karyanya Shajarat al-Hikmah
(Pohon Ilmu) yang berkisar tentang pengenalan ilmu falsafah manakala Ibn Hazm
(994-1064M) melalui Kitab al-Taqrib li Hadd al-Mantiq wa al-
Madkhal ilayh.

Perubatan
Ibn Zuhr (1094-1162M) merupakan ahli perubatan, pakar klinikal dan
parasitologi paling terkenal pada zaman pertengahan. Beliau menekankan aspek
pemerhatian dan uji kaji. Beliau adalah doktor pertama yang menguji ubat-ubatan ke
atas haiwan sebelum memberinya kepada manusia. Dianggap ahli parasitologi
pertama kerana menerangkan tentang kudis dan hama gatal dengan mendalam.

Sejarah
Ilmu sejarah merupakan antara bidang yang paling berkembang di
Andalusia. Marwan Ibn Hayyan Ibn Khalaf (987-1075M) dilaporkan menulis tidak
kurang 50 buah karya sejarah.Antaranya al-Muqtabis fi Tarikh Rijal al-Andalus yang
menceritakan sejarah tokoh-tokoh ilmuwan, para pemerintah dan umat Islam
Andalusia sejak Andalusia dibuka hinggalah ke zamannya. Karya beliau, al-Matin
yang terdiri daripada 60 jilid menyentuh semua aspek sejarah pada zamannya.

Geografi
Ilmu geografi penting atas sebab-sebab dan keperluan keagamaan,
ketenteraan dan pemerintahan di samping semangat intelektual serta sifat ingin tahu
tentang dunia. Bidang geografi dan sejarah saling berkaitan Meskipun bidang geografi
sangat dipengaruhi oleh pandangan Ptolemy, namun ahli geografi muslim telah
memberi sumbangan besar melalui pemerhatian dan pengkajian lanjutan. Antaranya,
para sarjana geografi Islam Andalusia telah mengkritik dan menambah baik teori-teori
Ptolemy dalam karya Almagest.
Matematik
Bidang matematik berkait rapat dengan astronomi. Ahli matematik
termasyhur di Andalusia ialah al-Kirmani (970-1066M) dari Cordova. Beliau telah
memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa ke Andalusia. Antara ahli matematik lain
adalah Abu Habbah bin Ubaidah. Beliau merupakan ahli geometri dan matematik
Andalusia yang memperkenalkan sistem angka berasal daripada angka Hindi yang
membantu mempermudahkan sistem penulisan angka.

Fizik
Dalam bidang fizik, Ibnu Bajjah (1095-1138M) telah mengutarakan satu
teori pergerakan dan di Barat ia dikenali Teori Avempace. Teori Avempace sangat
penting kerana daripada teori ini lahir idea-idea Galileo dalam karyanya Pisan
Dialogne tentang hukum-hukum pergerakan moden yang menyangkal teori-teori
Aristotle. Teori Ibnu Bajjah ini disokong pula oleh pakar fizik Barat, St. Thomas dan
Duns Scotus. Teori Ibnu Bajjah sangat dikenali sehingga ke zaman Renaissance.

Kesimpulan
Perkembangan ilmu aqli zaman Abbasiyah dan Umayyah di Andalusia
secara tidak langsung membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang progresif
dan dinamik. Baghdad dan Andalusia merupakan tempat utama untuk menyerap
peradaban Islam bagi bangsa Eropah melalui perkembangan ilmu agli dari tokoh-
tokoh ilmuwan Islam. Bangsa Eropah mengakui bahawa kedua-dua kota di bawah
pemerintahan umat Islam ini lebih maju jika dibandingkan dengan negara-negara
Eropah lain pada zamannya.

Anda mungkin juga menyukai