Anda di halaman 1dari 2

SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI INDONESIA

Pada awalnya,susun lapis masyarakat Indonesia berdasarkan pengaruh agama Hindu dan
Buddha dan kemudiannya disesuaikan dengan pengaruh Islam.Pengeruh Islam tersebar ke
Indonesia melalui hubungan perdagangan antarabangsa antara India dan Negara
China.Pelabuhan Acheh dan Pulau Jawa menjadi destinasi persinggahan para saudagar
dalam perjalanan antara India dan Negara China. Hal ini membolehkan pengaruh Islam
tersebar ke seluruh kawasan pedalaman yang sebelum itu dikuasai oleh kerajaan yang
mengamalkan agama Hindu seperti Acheh,Bantam dan Maluku.Situasi ini telah
mempengaruhi corak susun lapis masyarakat tempatan di Indonesia berdasarkan
budaya,agama.suku kaum serta kedudukan geografi mereka.
SUSUN LAPIS MASYARAKAT ACHEH
SULTAN
Sultan berada pada kedudukan tertinggi dalam hieraki sosial masyarakat Acheh.Sultan
berkuasa mutlak dalam pemerintahan di seluruh Negara serta melibatkan keseluruhan
jajahan takluk.Sultan menjadi ketua pemerintah atau ketua kerajaan serta merupakan ketua
agama Islam.Sultan bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan
Negara,menjamin keselamatan Negara serta menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh.
KERABAT DIRAJA
Kerabat diraja menduduki lapisan kedua dalam hieraki sosial masyarakat Acheh.Kerabat
diraja menikmati segala kemewahan dan hak-hak istimewa di istana serta mempunyai
pertalian yang rapat dengan sultan.Kebiasaannya, kerabat diraja merupakan keturunan
bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.
PEMBESAR /ULEEBALANG/BANGSAWAN/ULAMA
Golongan ini dalam hieraki sosial masyarakat Acheh menduduki lapisan ketiga.Pembesar
merupakan pegawai peribadi sultan serta bertanggungjawab menjaga keselamatan sultan.
Pembesar memainkan peranan yang sangat penting dalam kerajaan kerana golongan ini
merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan.Golongan ini juga merupakan
symbol kepada kekuatan kerajaan. Mereka menguasai wilayah atau daerah yang berada di
bawah kekuasaan sultan dan menggunakan gelaran Tengku.Ulama merupakan penasihat
sultan terutamanya berkaitan ajaran agama Islam dan mempunyai kedudukan yang tinggi
dan terpengaruh dalam masyarakat.Golongan ini sangat dihormati kerana ketinggian ilmu
agama yang dimiliki disamping menjadi rujukan utama kepada masyarakat setempat. Ulama
diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat.
RAKYAT
Golongan rakyat menduduki lapisan yang paling rendah dalam hieraki sosial masyarakat
Acheh.Golongan ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti
petani,nelayan,pelayar dan pedagang.Aktiviti pertanian dan perdagangan merupakan
kegiatan ekonomi utama rakyat biasa di samping melaksanakan aktiviti menangkap ikan.

SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI PULAU JAWA


Kejatuhan kerajaan Hindu-Buddha di Pulau Jawa seperti Kerajaan Majapahit telah
membolehkan kemunculan kerajaan Islam seperti Kerajaan Mataram dan Bantan.Kerajaan
Mataram berpusat di Jogjakarta memiliki susun lapis masyarakat yang sistematik dan
tersusun.
SULTAN
Sultan menduduki lapisan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau
Jawa.Sultan merupakan ketua pemerintah yang memiliki kuasa mutlak ke atas seluruh
wilayahnya serta jajahan takluk. Sultan dianggap sebagai sebagai khalifah Allah di muka
bumi serta pemimpin

Anda mungkin juga menyukai