Anda di halaman 1dari 3

Soalan:Krisis makanan global banyak meninggalkan kesan negatif kepada

beberapa negara di dunia termasuk Malaysia.Oleh itu,langkah untuk mengatasi


masalah kekurangan bekalan makanan haruslah dilaksanakan dengan
bijaksana.Bincangkan.

Melonjak ke arus modenisasi ini,isu krisis makanan global telah banyak


meninggalkan kesan negatif kepada beberapa negara di dunia,terutamanya bagi
negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia.Justeru,langkah
untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan haruslah dilaksanakan dengan
bijaksana.

Antara kesan negatif yang dilanda oleh negara-negara dunia ialah mencetuskan
masalah sosial di beberapa wilayah berasingan di dunia.Misalnya di Mahalla El-Kobra di
Mesir, ribuan rakyat marah dengan merosakkan harta benda awam, membakar bangunan
kerajaan, mencuri barangan kedai, melontar batu ke arah polis bagi menunjukkan protes
mereka terhadap kerajaan yang tidak menaikkan gaji mereka di samping terpaksa
berhadapan dengan kenaikan harga barangan secara mendadak. Sementara itu, akhbar juga
melaporkan gerakan mogok kaum petani di Argentina untuk membantah dektri presiden
terhadap kenaikan cukai eksport kacang soya sehingga 45% serta mengenakan duti baru
ke atas eksport lain. Tindakan tersebut telah mengganggu keselamatan rakyat dan
kerosakan buruk bagi kemudahan infrastruktur menyebabkan kerajaan terpaksa
mengeluarkan wang bagi membaiki kemudahan infrastruktur tersebut.

Seterusnya.kekurangan bekalan makanan yang mencukupi pula akan menyebabkan


kesihatan rakyat terjejas.Krisis makanan global yang dipunca daripada bencana alam tambahan
perang saudara di negara-negara miskin seperti negara Yaman telah menyebabkan rakyat
negara tersebut tidak dapat memperoleh khasiat yang mencukupi.Hal ini telah mengakibatkan
sistem imun badan mereka terjejas dan mudah dijangkiti penyakit.Lebih-lebih lagi,lebih kanak-
kanak terkorban akibat dari kebuluran dan kadar kematian rakyat di negara tersebut meningkat.

Di samping itu,krisis makanan global telah membawa kepada perubahan polisi negara-
negara pengeluar dengan melakukan pengharaman eksport dan kawalan harga yang
memburukkan lagi isu tersebut.Misalnya, Rusia mengambil langkah drastik menghentikan
eksport hasil pertanian gandum dan barli mereka kerana penyusutan mendadak hasil pertanian
negara itu akibat daripada masalah perubahan cuaca yang ekstrem. Sementara itu, sekatan
keluaran dari negara-negara pengeluar yang seperti India dan Vietnam yang merupakan salah
satu pengeluar beras yang terbesar di dunia ini juga dilakukan kerana kekurangan hasil
pengeluaran akibat daripada bencana alam yang sering melanda negara mereka. Tindakan
mereka ini juga membawa kenaikan harga bahan makanan sehingga satu atau dua kali ganda
berbanding harga sebelumnya dan secara tidak langsung ia telah menbebankan negara-negara
pengguna.

Antara langkah mengatasi isu ini adalah pihak kerajaan haruslah memartabatkan profesion
pertanian serta membuka lebih banyak lagi kawasan yang baru serta meningkatkan kajian
dalam bidang pertanian bioteknologi.Kaedah bioteknologi dilihat sebagai alat yang boleh
dimanfaatkan ketika dunia menghadapi krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang
dihasilkan menerusi bioteknologi mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sama ada cepat matang,
hasil lebih tinggi dan tahan penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran makanan
khususnya yang asas seperti padi, gandum dan jagung.Penggunaan kaedah tersebut
membolehkan negara-negara membangun mengurangkan kebergantungan kepada eksport
negara-negara pengeluar kerana dapat bahan makanan dapat diusahakan sendiri.

Akhir sekali,negara-negara membangun terutamanya negara-negara pertanian di seluruh


dunia harus mencontohi Malaysia di mana telah mewujudkan beberapa projek mega pertanian
seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak,
Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia juga melalui
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti tujuh langkah perlaksanaan
iaitu meningkatkan pengeluaran beras, pewujudan stok penimbal beras, pemberian insentif
kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan mewujudkan program peningkatan pengeluaran
dan produktiviti bagi sektor tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk
mengukuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran
dan pengagihan hasil-hasil pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus
kawasan terbiar untuk meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.
Kesimpulannya,semua negara haruslah mengambil langkah drastik dan efektif
bagi membendung krisis makanan global agar dapat mengelakkan krisis tersebut
menimbulkan lebih banyak masalah kepada dunia.

(560 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai