Anda di halaman 1dari 3

KRISIS MAKANAN DUNIA

Dalam suku pertama dan kedua pada tahun 2008, masalah krisis makanan dunia telah mendapat perhatian seluruh negara dunia. Antara perkara yang turut menjadi perhatian dala kemelut peningkatan harga makanan di pasaran global yang telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yabng telahpun muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia adalah merupakan faktornya. Di Mesir, ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan brang telah membuat tunjuk perasaan memprotes situasi tersebut pada suku pertama 2008. Manakala , beberapa hari sebelum itu, akhbar telah melaporkan bahawa para petani di Argentina telah melancarkan mogok kerana membantah dekri presiden pada 11 Mac 2008 yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan turut mengenakan duit baru ke atas eksport barangan makanan ruji yang lain. Dalam konteks ini, krisis makanan yang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh faktor keadaan global semat-mata tetapi juga faktor domestik terutamanya yang dicetuskan oleh para pembekal dan pemborong yang sengaja mengambil kesempatan menyorokkan barangan makanan. Keadaan ini, menyebabkan barangan keperluan ini berkurangan di pasaran sekaligus meningkatkan permintaan dan seterusnya memberi peluang kepada peniaga menaikkan barang tersebut sesuka hati. Ini benar-benar menyulitkan bagi negara yang mengimport kira-kira700,000 tan beras setahun dari Thailand dan Vietnam untuk menampung keperluan 26 juta rakyatnya. Walaupun negara ada mengeluarkan lessen beras sendiri, namun jumlahnya hanya 1.535 juta tan metric dengan keluasan kawasan seluas 670,524 hektar . Strategi pendekatan asas ini adalah berasaskan kekuatan-kekuatan asas yang terdapat dalam dunia. Kekuatan tersebut adalah tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber tenaga manusia yang banyak dan kekayaan dari sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat dalam dunia usaha pertanian akan difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian yang berasaskan dua perkara seperti penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan system pertanian melalui penerapan nilai proaktif. Dengan terciptanya banyak jentera moden serta menggunakan baja dan biji benih yang berkualiti tinggi hasilnya telah berlipat ganda dan turut dibawa ke luar negara bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia, Afrika, Bangladesh dan banyak lagi. Hal ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru dan pemberian tanah secara percuma kepada mereka yang mampu mengerjakannya .

Sejajar dengan itu, pihak kerajaan juga perlu memantau sebarang bentuk kenaikan harga barang komoditi agar rakyat tidak menjadi mangsa keadaan biarpun beras telah dikategorikan sebagai barangan kawalan di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang komited, perlaksanaan dasar yang komplemen serta sikap masyarakat itu sendiri terhadap masalah ini menjadi penentuan kepada kejayaan kerajaan dalam mengatasi isu krisis yang kian serius ini. Kementerian yang berkaitan juga perlu membuat kajian mengenai dasar jaminan makanan serta mencari jalan bagi menstabilkan harga barangan kritikal dan komoditi di samping meneliti secara terperinci mengenai jumlah stok penimbal yang perlu disediakan termasuk mengadakan penjanjian jangka panjang dengan negara lain bagi membekalkan komoditi utama seperti beras, gula dan minyak. Tambahan pula, kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand) yang memerlukannya. Contohnya , sebagaimana yang dilaporkan, tabiat makan penduduk China telah berubah di mana secara penduduk China menghabiskan 50 kilogram daging pada tahun 2007 berbanding hanya 20 kilogram pada tahun 1985. Oleh itu, kini kerajaan negara China telah memberi undangundang kepada rakyatnya yang berkeluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang sahaja anak. Sejajar dengan itu, hal ini akan dapat mengurangkan permintaan bekalan bahan mentah dari agensi-agensi pengeluaran dari luar negara. Begitu juga, bagi mengatasi krisis makanan ini, kerajaan sesebuah negara perlu menyediakan sedikit peruntukan untuk mangsas-mangsa bencana seperti gempa bumi, banjir dan tanah runtuh. Oleh itu, Perdana Menteri perlu memainkan peranan mereka dengan memperuntukkan sedikit bajet negara untuk dilaburkan bagi mengimport dan mengeksport barang-barang runcit dan makanan untuk rakyat di negara sendiri ataupun ingin membantu mangsa kebuluran di negara lain. Janganlah pemimpin di sesebuah negara hanya menggunakan bajet tersebut untuk pembangunan negara ataupun membina lebih banyak bangunan-bangunan tetapi tidak ada yang ingin menyewanya dan inilah yang dianggap seperti satu pembaziran. Oeh itu, kita seharusnya membuka mata dan melihat kesengsaraan orang lain dengan member bantuan tidak kira daripada segi makanan atau kewangan.

Seterusnya, pertubuhan makanan dan pertanian sedunia haruslah bertanggungjawab memantau keperluan makanan dunia kerana dikhuatiri krisis global ini memungkinkan berlakunya lebih banyak rusuhan terutama di negara miskin. Protes keganasan sudah pun berlaku di beberapa buah negara seperti Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina, Mexico dan Burkina Faso. Program pemakanan sedunia sebuah organisasi yang mengurus bantuan kepada pelarian turut bimbang kenaikan harga barangan yang berterusan akan menjejaskan usaha mereka membantu kira-kira empat juta pelarian rakyat Iraq, Yaman, Palestin dan Mesir . Tambahan pula, masyarakat dunia pada masa kini sudah semakin panjang akal. Mereka telah Berjaya memodenkan pertanian bagi mengatasi krisis makanan dunia yang menjadi isu utama dunia pada hari ini. Hal ini amat bersesuaian dengan seruan mantan Perdana Menteri bahawa pertanian adalah perniagaan. Masyarakat dunia hari ini telah mencipta banyak jentera moden bagi membantu meningkatkan hasil keluaran pertanian. Jika dahulu kita menggunakan haiwan untuk membajak dan proses itu lambat serta hasilnya hanya cukup untuk menampung hidup sahaja .

Selain itu, keadaan ini memaksa kerajaan Thailand dan Filipina mengeluarkan stok simpanan beras negara untuk diagihkan kepada rakyatnya. Di Indonesia, keadaan menjadi semakin gawat apabila negara itu terpaksa bergelut dengan kenaikan harga barang seperti gula, gandum dan minyak masak sehingga memberi tekanan kepada kehidupan rakyatnya. Negara Arab juga tidak terlepas daripada krisis ini. Mereka berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan terutamanya harga gandum yang naik dua kali ganda sejak enam bulan lalu. Yaman, negara Arab yang dianggap paling miskin berdepan dengan kenaikan harga barang sehingga 20 peratus. Konklusinya , setiap manusia mempunyai hak terhadap keperluan hidup seperti makanan , tempat perlindungan serta pakaian. Setiap manusian juga berkongsi pemilikan mereka ke atas air, bahan api dan tanah pertanian. Pada masa yang sama, setiap manusia juga berhak mendapatkan hak-hak mereka secara percuma dalam bidang pendidikan , perubatan dan apa-apa sahaja perkara yang menyentuh hak manusia yang hidup sebagai sebuah masyarakat. Akhir kata, marilah kita sentiasa mengingati pesanan kelima-lima Perdana Menteri kita bahawa kita perlu menghargai dan bersyukur dengan rezeki kita dan menghentikan pembaziran seperti kata Perdana Menteri kita, bahawa kegiatan futura trading bahan ruji dunia seperti gandum dan beras mesti dihentikan serta merta oleh dunia .

Anda mungkin juga menyukai