Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan,
kewangan dan ekonomi. Slogan ‘pertanian adalah perniagaan’ sememangnya ada kebenaran. Situasi
yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran
hasil pertanian pekebun atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri,
malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya tadi.

‘Pertanian adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan untuk
mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian.
Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan
yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja. Persepsi rakyat terhadap sektor
pertanian juga perlu diubah. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti kepada
tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang sudah
lanjut usianya.

Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini
dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan
seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara. Dalam memajukan sektor pertanian,
kerajaan telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan
bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI,
kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan
teknologi ICT yang terkini.

2.0 ISTILAH PERTANIAN

Pertama sekali kita lihat terjemahan bagi istilah pertanian dalam bahasa Inggerisnya, agri dari
bahasa latin ager, bermakna "a field" (iaitu sebidang tanah). culture dari bahasa Latin cultura,
bermakna "cultivation" iaitu tillage of the soil. Secara literalnya, pembacaan dalam bahasa Inggeris
menjadikannya : tillage of the soil of a field. Pertanian meliputi aktiviti mencucuk tanam, ternakan
dan kebun buah-buahan dan ianya merupakan pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber,
biofuel dan bahan lain yang melalui suatu sistem ternakan atau tanaman. Dengan lain perkataan,
pertanian adalah amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.
Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA

Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang berada di pintu gerbang Selat Melaka dan
muara-muara sungai yang beroperasi sebagai pelabuhan semulajadi telah membekalkan faedah
kepada perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Kedudukan ini telah memberi peluang
kepada penduduk tempatan untuk bergiat dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan. Dengan
pembukaan pusat perdagangan yang lebih banyak dan terbentuknya system pelabuhan, ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu mula berkembang pesat. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
merupakan faktor utama kepada kemajuan ekonomi Negeri-Negeri Melayu.
Kota Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan “entrepot” yang terkenal di
seluruh Asia. Kegemilangan Melaka menunjukkan taraf keupayaan pemerintah dan rakyatnya
mengendalikan satu sistem ekonomi yang maju pada zaman itu. Perdagangan merupaka kegiatan
ekonomi yang maju pada masa itu.Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang utama bagi
masyarakat Melayu pada zaman keagungan empayar Melaka. Kegiatan perdagangan orang Melayu
berada di kemuncak apabila Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing. Institusi politik dan
sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan persembahan hasil daripada jajahan-jajahan takluk
merupakan hasil pengeluaran yang melebihi keperluan.

Menurut Jomo S. (1998). Pembangunan ekonomi dan kelas sosial Semenanjung Malaysia. Terbitan
Dewan Bahasa dan Pusaka; Kuala Lumpur menyatakan Kerajaan Melayu Melaka juga menjalankan
sistem cukai dan pengawalan keluaran pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah untuk
membentuk sistem mata wang untuk memudahkan sistem tukar barang atau ‘barter’. Mata wang yang
pertama kali digunakan ialah kulit siput gewang. Apabila perdagangan semakin makmur, wang logam
daripada timah telah diperkenalkan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, wang timah telah
digunakan dengan meluas. Mata wang emas dan perak telah diperkenalkan kemudian oleh saudagar-
saudagar Arab, Cina dan India. Penggunaan beberapa jenis mata wang membuktikan bahawa
perdagangan adalah aktiviti ekonomi yang amat penting bagi masyarakat Melayu pada abad ke-14.

4.0 KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA NEGARA

 Pada peringkat awalnya, pertanian di negara kita hanya berfungsi untuk memenuhi keperluan
asas rakyat tempatan. Kini, fungsi pertanian ternyata telah berubah. Pertanian dilihat sebagai
perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat Malaysia, membantu
merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat dan turut menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2010, nilai pengeluaran kasar daripada Banci
Ekonomi 2011 untuk sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang utama
pengeluaran dalam sektor pertanian adalah subsektor tanaman dengan RM37,275.6 juta,
diikuti perhutanan & pembalakan (RM8,111.0 juta), ternakan (RM6,591.5 juta) dan akhir
sekali perikanan (RM1,474.1 juta).Mengurang kebergantungan terhadap pengimportan bahan
makanan dari negara lain. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, kopi, koko dan
bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika keperluan dalaman rakyat Malaysia adalah
mencukupi, maka kita tidak perlu mengimport bahan makanan ini daripada negara luar.
 Menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil pertanian ini ke negara-
negara luar.
 Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Mengikut bancian yang dibuat,
jumlah tenaga pekerja di sektor pertanian pada 2010 adalah dianggarkan seramai 390,708
orang. Kategori pekerja bergaji adalah seramai 384,769 (98.5%) dan hanya 5,939 orang
(1.5%) adalah pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif dan pekerja keluarga tidak
bergaji. Daripada jumlah tenaga pekerja itu, 318,583 (81.5%) adalah pekerja lelaki dan
selebihnya (18.5%) adalah pekerja Wanita.
 Memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang melakukannya.
Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka harga pasaran hasil
yang akan dijual sudah tentu akan meningkat. Bagi menambahkan lagi daya saing produk
yang dihasilkan, proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan
dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.
 Membantu negara memenuhi keperluan bahan makanan mengelakkan krisis makanan
daripada berlaku. Dengan bilangan penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 28.6 juta
penduduk pada tahun 2010 dan dijangka meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang
tahun 2020, tentunya keperluan makanan akan semakin meningkat. Masalah pertambahan
jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara
alasan yang sering dijadikan sebab mengapa terjadinya krisis kekurangan makanan di dunia.
Keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap
pengeluaran makanan dunia kerana kekurangan sumber-sumber adalah amat
membimbangkan. Selain daripada isu pertambahan penduduk, faktor lain yang membawa
kepada masalah kekurangan makanan adalah berpunca daripada kejadian bencana alam yang
berterusan. Apabila terjadinya bencana alam, ladang-ladang pertanian akan musnah dan ada
yang terpaksa menukar tanah-tanah pertanian menjadi kawasan penempatan penduduk.
Akibatnya keluasan tanah-tanah pertanian menjadi semakin kecil. Perubahan cuaca yang
ekstrem di sesetengah negara juga boleh menjadi sebab keperluan bahan makanan semakin
berkurangan. Hal ini pernah berlaku di Rusia pada tahun 2010, yang telah menyebabkan
kerajaan Rusia mengambil langkah drastik menghentikan eksport hasil pertanian gandum dan
barli mereka. Krisis makanan juga pernah berlaku di Malaysia pada bulan Mac dan April
tahun 2008. Krisis ini terjadi apabila kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah
global. Ternyata, ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat apabila inflasi
berlaku dan harga keperluan makanan naik dengan mendadak.

5.0 POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG


MENGUNTUNGKAN

Secara umumnya, bidang pertanian berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan dan
merupakan perkara yang menjadi asas pegangan petani atau sesiapa sahaja yang mengusahakan
bidang pertanian itu sendiri. Bidang pertanian dilihat berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat
antarabangsa kerana hasil keluarannya mempunyai kualiti yang tinggi dan setanding dengan negara-
negara pertanian yang lain. Malaysia juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang
banyak kerana tanah di Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.

Dari sudut lain pula, bidang ini juga berpotensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk
dipasarkan di pasaran tempatan dan anatarbangsa. Untuk memenuhi permintaan pasaran, beberapa
tindakan perlu dilakukan seperti pelabelan, penggredan dan pembungkusan bagi menepati piawaian-
piawaian antarabangsa. Jabatan Pertanian sedang melaksanakan satu program iaitu Skim Akreditasi
Ladang Malaysia (SALM) bagi menjamin kualiti hasil pengeluaran lading dan pemprosesan. Bidang
ini akan dapat mengeluarkan produk yang bermutu tinggi jika program seperti ini dapat dilaksanakan
dengan baik.

Aspek-aspek kualiti dan keselamatan juga berpotensi membawa kepada keuntungan. Ia juga
meberi jaminan pasaran tempatan dan luar negara di samping memperolehi harga yang lebih tinggi.
Daya saing dalam pengeluaran akan dapat dipertingkatkan lagi jika semua pengusaha mengamalkan
amalan dan pendekatan ini. Program kualiti juga perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang
telibat bagi memberi pemahaman kepada pengusaha. Hal ini dapat membantu meningkatkan potensi
dan mengekalkan

kualiti pengeluran barangan atau produk mereka.

Perubahan yang baru dalam bidang pertanian adalah amat penting bagi meningkatkan potensi bidang
tersebut. Peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah amat diperlukan bagi
membangunkan bidang pertanian yang memerlukan tanah sama ada di darat dan di laut. Bidang kuasa
yang telibat adalah Kerajaan Negeri di mana jika Jabatan Perikanan merancang untuk membangunkan
Zon Industri Akuakultur sudah tentulah kawasan atau tempat tersebut di bawah seliaan Kerajaan
Negeri yang terlibat. Kelancaran dan kejayaan projek ini amat bergantung kepada kelulusan dan
syarat yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan di
bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program dan projek untuk meningkatkan potensi
bidang pertanian. Ia mampu membawa kepada pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan
sasaran iaitu para petani dan pengusahanya. Oleh itu, pihak kerajaan perlu meletakkan pegawai yang
mencukupi bagi membolehkan program dan projek pertanian dapat dijalankan dengan baik. Mereka
perlu diletakkan di setiap peringkat daerah dan negeri mengikut kesesuaian dan bilangan petani yang
ada. Hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik jika ketua-ketua jabatan mengagihkan
tenaga kerja dengan baik.

6.0 CABARAN / HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Setiap bidang pasti ada cabaran dan halangannya. Tidak kurang juga dalam bidang perniagaan
berasaskan pertanian ini. Antaranya adalah seperti serangan pelbagai penyakit kepada tumbuhan atau
ternakan menjadikan perkara ini sebagai cabaran dan halangan kepada kemajuan perniagaan
berasaskan pertanian. Petani yang mengusahakan tanaman dan ternakan terpaksa mengeluarkan
sejumlah wang dan masa yang banyak untuk mengatasi perkara ini. Sebagai contoh tanaman pisang.
Pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Buah pisang yang
terkena penyakit ini akan rosak secara keseluruhannya menyebabkan kerugian yang besar kepada
pengusaha tersebut. Oleh itu, satu syarikat telah tampil untuk cuba menyelesaikan masalah ini
melalui penggunaan baja IMO-PLUS dan digabungkan dengan penggunaan M-ProBio keatas pokok
pisang yang dijangkiti penyakit tersebut.

Selain itu, golongan muda masa kini juga kurang berminat dalam bidang pertanian yang dilihat
sukar untuk diusahakan dan menganggap pertanian satu kerja yang berat. Hasil kajian yang telah
dijalankan menunjukkan kebanyakan petani berusian lebih dari 50 tahun ke atas. Pekerja dan pemilik
lading juga berusia dalam lingkungan 40 tahun hingga 70 tahun. Generasi muda kurang meminati
bidang ini dan mereka akan menolak mentah-mentah jika diberi peluang untuk menguruskan ladang.
Mereka tidak gemar bekerja di kampung atau kawasan pedalaman dan memilih untuk menetap
dibandar. Mereka lebih mahukan pekerjaan dalam bidang perindustrian kerana gaji yang lumayan dan
mudah untuk mendapatkan bekalan harian. Hanya segelintir kecil sahaja yang benar-benar berminat
dalam bidang pertanian dan melihat bidang tersebut boleh membawa pulangan yang lumayan.

Masalah kekurangan modal juga merupakan cabaran dan halangan dalam membentuk perniagaan
yang berasaskan pertanian. Mereka yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman sukar untuk
mencari modal yang besar untuk membeli peralatan dan teknologi yang lebih baik dan canggih. Jika
mereka masih menggunakan peralatan dan teknologi yang lama, mereka akan jauh ketinggalan di
belakang. Zaman sekarang merupakan zaman teknologi canggih di mana kebanyakan kerja dilakukan
oleh mesin. Mesin akan melakukan kerja dari awal hingga selesai proses kerja tersebut. Sebagai
contoh, mesin traktor digunakan untuk membajak sawah. Modal atau kos yang diperlukan untuk
membelinya agak besar dan tidak semua petani mampu membelinya. Duit yang mereka perolehi
terpaksa digunakan untuk tujuan yang lebih penting.

Kekurangan benih juga merupakan cabaran dan halangan dalam membantu meningkatkan
perniagaan yang berasaskan pertanian. Kebanyakan anak benih kini diimport dari negara luar. Kos
yang terlibat pula agak besar kerana bidang pertanian di Malaysia semakin membangun dan
memerlukan anak benih dalam kuantiti yang banyak. Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang
lain jika bajet yang telah diperuntukkan dalam bidang pertanian sudah habis digunakan.

Selain itu juga halangan lain yang dapat dikenalpasti melalui bidang pertanian ini adalah seperti :-

 Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti
tanah dan air.
 Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.
 Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
 Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil.
 Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.
 Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3) telah digubal
bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat disesuaikan dengan
perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Strategi
pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan
sumber, terutamanya tanah dan buruh: menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik
pertanian moden melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan
serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan. Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan
ekonomi makro sektor-sektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah
konsisten, melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh
pelbagai Kementerian. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi,
kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok
industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005)
melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan
dan peluasan industri sokongan dan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi,
produk kimia semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa sawit
adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi untuk pemuliharaan sumber
biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan memenuhi kehendak dasar kepelbagaian
biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada
pemuliharaan sumber semulajadi akan mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin
pembangunan mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang
komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain (complementary), pragmatik serta fleksibel.

7.0 SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN


PERTANIA

Dalam memastikan keberkesanan bidang ini dan sebagai tanda kerajaan menghargai perniagaan
berasaskan pertanian ini, pihak kerajaan telah memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada
peniaga yang berniaga produk dan barangan yang berasaskan pertanian. Pihak kerajaan menyedari
golongan pengusaha ini amat memerlukan sokongan dan bantuan bagi memudahkan perniagaan
mereka. Bantuan dari segi pinjaman kewangan, kursus dan bengkel serta khidmat nasihat sering
diberikan oleh organisasi awam seperti MARA, MARDI, FELDA dan FELCRA. Hal ini dapat
membantu mereka meningkatkan lagi mutu kerja dan kualitinya di samping menambahkan lagi
kuantiti pengeluarannya.

Promosi juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membuka mata masyarakat tentang
perniagaan yang berasakan pertanian. Perkara ini sedikit sebanyak telah membuka mata golongan
muda tentang kebaikan dan kelebihan perniagaan berasaskan pertanian ini. Banyak program telah
dijalankan bagi mempromosikan bidang ini dan beberapa festival telah diadakan. Promosi juga
dilakukan dalam media massa dan media cetak bagi membolehkan maklumat sampai kepada semua
orang. Iklan-iklan di kaca televisyen juga banyak membantu memberi pemahaman kepada orang
ramai dan menarik minat mereka untuk menceburi bidang ini.

Insentif dan kemudahan turut disediakan bagi mendorong orang ramai terutama golongan muda
untuk menyertai bidang ini. Kerajaan telah memperuntukakan sejumlah wang dalam bidang pertanian
untuk menggalakkan golongan muda menceburinya. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebanyak
RM30 juta bagi pembangunan program pertanian. Perkara ini merangkumi aplikasi penggunaan
teknologi tinggi dalam pengeluaran buah-buahan dan sayuran, peningkatan pembekalan benih
berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta
penambahbaikan institusi latihan pertanian.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan asas
keusahawanan dan melahirkan usahawan dalam kalangan bumiputera di negara ini. Pelbagai agensi
dan jabatan kerajaan disediakan bagi membantu usahawan Bumiputera. Salah satu kementerian yang
terlibat adalah Kementerian Pembangunan Usahawan yang dapat membantu melahirkan usahawan
Bumiputera yang amat berkualiti, berpotensi tinggi dalam bidang perniagaan dan berupaya untuk
berdaya saing di peringkat dalam negara mahupun luar negara. Mereka ini akan menjadi ikon
masyarakat dan dijadikan contoh untuk para petani dan pengusaha mengembangkan dan
menambahkan hasil pengeluaran, produk dan barangan mereka.

8.0 STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSI PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian, kerajaan telah
menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka menyertai sektor pertanian
ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan
produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan.

Sejumlah wang telah diperuntukkan kepada sektor pertanian menerusi Bajet 2013 yang dibentangkan
baru-baru ini. Sejajar dengan ikrar kerajaan, sebanyak RM5.8 bilion telah diperuntukkan kepada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan sebanyak
RM30 juta bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi
dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga
melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian. Kerajaan juga telah mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran
produk makanan dan kesihatan. Bagi membantu para petani mengurangkan kos pengeluaran pula,
kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah RM2.4
bilion. Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif untuk sektor padi yang merangkumi Pemberian
Subsidi Harga Padi sebanyak RM480 juta, Pemberian Subsidi Baja Padi sebanyak RM465 juta,
Insentif Peningkatan Hasil Padi sebanyak RM80 juta, Insentif Pengeluaran Padi sebanyak RM563
juta, Subsidi Harga Beras bernilai RM528 juta dan Subsidi Benih Padi Sah sebanyak RM85 juta.
Dengan adanya subsidi ini, kerajaan berharap agar ia dapat meringankan beban pengusaha ladang.

Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat
mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera
baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai
Good Agricultural Practices (GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan
pertanian Jabatan Pertanian Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian
berkualiti dan selamat dimakan. APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam
sekitar. APB juga bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang
semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti, produk yang
dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja
ladang.

Kabinet Malaysia juga telah meluluskan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) pada 28 September
2011, yang akan dijalankan selama 10 tahun (2011-2020). DAN dibentuk untuk menggantikan Dasar
Pertanian Negara. Antara bidang keutamaan DAN adalah untuk mengembangkan industri ternakan,
memodenkan industri perikanan, mengukuhkan industri padi dan beras, mempromosi agro
pelancongan, meningkatkan industri asas tani, memacu pertumbuhan industri bernilai tinggi dan
memperkukuhkan industri sayuran, buah-buahan dan kelapa.

Beberapa pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) anjuran
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali bertujuan untuk
mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia kepada masyarakat. MAHA juga
memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar
negara daripada aspek teknologi dan inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan
belia kepada bidang pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan
industri asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.

Selain itu, beberapa buah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di Gopeng,
Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan kaedah pemasaran moden di
mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan,
pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan
sebagai pusat yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna.

9.0 KESIMPULAN

Perniagaan yang berasaskan pertanian mampu memberikan pulangan dan hasil yang lumayan serta
berpadanan kepada petani dan pengusahanya. Ia juga membantu menjana ekonomi dan menggerakkan
pembangunan negara. Bidang ini perlu direvolusikan supaya ia berprestij kepada golongan muda
masa kini. Kebaikan bidang ini juga ia mampu mengurangkan pengimportan barang makanan dari
luar negara yang menelan kos perbelanjaan yang besar. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan
penduduk yang tinggal di kawasan kampung atau pedalaman berhijrah ke kawasan Bandar demi
mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Oleh itu, tidak hairanlah kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk
membangunkan bidang pertanian kerana ia mampu membawa kepada bidang perniagaan yang lebih
menguntungkan. Hal ini telah mengundang seribu satu kebaikan kepada petani, pengusaha, orang
tengah dan negara.

Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, golongan petani
dipandang tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang kaya raya. Situasi ini
mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita Malaysia mempunyai tanah yang subur, bebas
daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi.
Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah sumber
perniagaan yang ada.

Melalui strategi-strategi yang telah disusun oleh kerajaan demi untuk membantu masyarakat tani di
Malaysia, ‘Pertanian adalah perniagaan’ sudah pasti akan dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-
sama mencari jalan untuk memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai
salah satu sumber pendapatan kita. Marilah mula berbudi kepada tanah.
10.0 RUJUKAN

Chang, H. (2003). Globalisation, economic development and the role of the State. Penang: Third
World Network.
Dr. Amarjit Kaur. (1991) . Semenanjung Tanah Melayu: Suatu Tinjauan Ekonomi Dalam Masyarakat
Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2006). IMP3: Pelan induk
perindustrian ketiga 2006-2020; Malaysia ke arah daya saing global. Kuala Lumpur: Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Noor Zalika Bt Mahmad Zuki. (2013). Cabaran Dan Halangan Membangunkan Usahawan
Bumiputera Berjaya.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (2011). Potensi Dan Cabaran Industri Pertanian Negara.
Industri pertanian negara menyingkap potensi dan cabaran.( dicapai 19 november 2016 )
Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. Unit Perancang Ekonomi. (2010). Ninth Malaysian Plan (2006-
2010) melalui http://www.epu.jpm.my/RM9/html/english.htm ( dicapai 19 November 2016 )
Perbadanan Produktiviti Malaysia. (2011).http://www.mpc.gov.my/home/index.php?
cont=c2&item=1&sstr_lang=bm&t=3 (dicapai 20 november 2016 )
http://azlanyusof.blogspot.my/2013/03/cabaran-dan-halangan-membangunkan.html ( dicapai 21
november )
industri-pertanian.html ( dicapai 21 november 2016 )
LAMPIRAN
Tak lengkap rasanya kalau tidak dimasukkan rempah ratus mahu pun perasa dalam setiap sajian.
Disebabkan keperluan sebegini, maka tidak hairanlah ianya akan menjadisatu keperluan dalam
penyediaan makanan seharian samada untuk keluarga atau perniagaan makanan.Meskipun datang
dalam pelbagai warna, saiz, bentuk dan bau tapi ia kaya dengan pelbagai khasiat. Justeru itu, rempah
ratus banyak digunakan dalam industri perubatan dan kecantikan. Ia juga bagus untuk kesihatan jika
diambil dengan kerap kerana ia “negative calorie”selain “fat-burner” terbaik.Jadi jika anda seorang
yang suka menjaga kesihatan secara semulajadi, anda perlu ada rempah ratus dan perasa ini di
dapur.Tahukah anda bagaimana rempah ratus dan perasa ni berfungsi untuk diri dan kesihatan anda?

Anda mungkin juga menyukai