Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Sektor Pertanian kepada Negara

Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari
segi kepentingan sosial,ekonomi dan ekologi.Menuju wawasan 2022 yang
merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara
perindustrian yang maju.Kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan
malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.

Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui
sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber
pendapatan utama kepada penduduk desa.Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan
melalui pembayaran sektor ini.Majoriti masyarakat desa masih miskin dan
ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang’.Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor
pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan,kewangan,khidmat
nasihat,teknologi,penyelidikan juga pembangunan.Hasil pertanian dapat
dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan
lagi peluang pekerjaan masyarakat desa dan meningkatkan
pendapatan.Justeru,keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat
dicapai.Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA.Melalui skim
ini,tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada
penduduk desa untuk dimajukan.

Selain itu,sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat


penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan.Hasil
pertanian merupakan input yang digunakan dalan proses pengeluaran bahan mentah
yang dijadikan sebagai produk eksport.Eksport menggunakan hasil pertanian adalah
seperti mentega,serbuk koko,serbuk lada hitam,beras dan sebagainya.Kos
pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan
mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan
pasaran antarabangsa.Selain itu,hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor
utama adalah untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara.Sebagai contoh,beras
merupakan makanan asas penduduk Asia.Kita dapat menikmati harga makanan yang
rendah,hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita.Contoh yang lain
kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi
diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.
Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja
import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara
kita melalui pembangunan sektor pertanian.Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian
dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang
lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit.Negara kita dengan bangganya
pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan
kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor ini.Kepentingan dari segi ini juga dapat
dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk menggantikan import negara.Dasar
penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia
untuk mengurangkan import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian
melalui pembangunan sektor ini.Sebagai contoh,buah-buahan merupakan bahan
import utama negara kita.Untuk menggantikan import bahan-bahan ini,kerajaan telah
mengambil langkah mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui
pembangunan yang dilakukan dalam sektor utama.Justeru,kedudukan kewangan
negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian
sektor ekonomi negara yang seimbang.

Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar


melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan.Tekanan
ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil
negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan
amanah Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar.Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan
punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk
seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian yang
pesat.Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi
melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun,pembuangan sisa-
sisa toksik ke sungai,kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak
lagi.Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan keseimbangan
ekologi.Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman,penyuburan
tanah,pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat menjamin hasil ekonomi yang
lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

Untuk kepentingan hubungan yang harmoni dengan negara jiran


terutamanya negara yang dilanda kemelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor
ekonomi utama dimajukan dengan pesat.Hal ini disebabkan peluang pekerjaan yang
begitu luas diwujudkan setelah berupaya menampung keperluan masyarakat desa dan
masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia,buruh asing dari negara jiran
yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini.Selain dapat menjalin
hubungan yang erat dengan negara jiran yang memerlukan bantuan,peperangan dapat
dielakkan dan rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan dan
kepercayaan pelabur dan pelancong asing.Secara langsungnya,dapat meningkatkan
lagi pendapatan negara malah mampu meningkatkan status negara kita.Sikap saling
membantu ini dan tidak mementingkan diri bak pepatah ‘adat bernegeri memagar
negeri,adat berkampung memagar kampung’ merupakan visi kerajaan Malaysia yang
bijak dan mulia.

Kesimpulannya,kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus


dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan
sebuah negara yang stabil dari segi kewangan ,ekonomi dan politik.Pembangunan
yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam
menuju ke Wawasan 2022.

( 718 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai