Anda di halaman 1dari 15

PERTANIAN

MERUPAKAN
PERNIAGAAN

NAMA
MUHAMMAD HADIF BIN HAZANI

TINGKATAN
2 AL RAZI

MATA PELAJARAN
SEJARAH

GURU MATA PELAJARAN


PN AZIBAH BT ISMAIL
PENGENALAN

Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari
segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan ‘pertanian adalah perniagaan’
sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi
satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga
ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat
memberi keuntungan kepada pengusahanya tadi.
‘Pertanian adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia
bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian
kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan
pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan
sekadar untuk keperluan diri sahaja. Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu
diubah. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah.
Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang
sudah lanjut usianya.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke
belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.
Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan
daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya
menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi
ICT yang terkini.
ISTILAH PERTANIAN
Pertama sekali kita lihat terjemahan bagi istilah pertanian dalam bahasa
Inggerisnya, agri dari bahasa latin ager, bermakna "a field" (iaitu sebidang tanah). culture
dari bahasa Latin cultura, bermakna "cultivation" iaitu tillage of the soil. Secara literalnya,
pembacaan dalam bahasa Inggeris menjadikannya : tillage of the soil of a field. Pertanian
meliputi aktiviti mencucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan dan ianya merupakan
pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain yang
melalui suatu sistem ternakan atau tanaman. Dengan lain perkataan, pertanian adalah
amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.
Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil
pertanian.

SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI DI


MALAYSIA
Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang berada di pintu gerbang
Selat Melaka dan muara-muara sungai yang beroperasi sebagai pelabuhan semulajadi
telah membekalkan faedah kepada perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu.
Kedudukan ini telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bergiat dalam
bidang perdagangan dan perkhidmatan. Dengan pembukaan pusat perdagangan yang
lebih banyak dan terbentuknya system pelabuhan, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu
mula berkembang pesat. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka merupakan faktor
utama kepada kemajuan ekonomi Negeri-Negeri Melayu.
Kota Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan “entrepot”
yang terkenal di seluruh Asia. Kegemilangan Melaka menunjukkan taraf keupayaan
pemerintah dan rakyatnya mengendalikan satu sistem ekonomi yang maju pada zaman
itu. Perdagangan merupaka kegiatan ekonomi yang maju pada masa itu.Perdagangan
merupakan kegiatan ekonomi yang utama bagi masyarakat Melayu pada zaman
keagungan empayar Melaka. Kegiatan perdagangan orang Melayu berada di kemuncak
apabila Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing. Institusi politik dan sosial
seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan persembahan hasil daripada jajahan-jajahan
takluk merupakan hasil pengeluaran yang melebihi keperluan.
Menurut Jomo S. (1998). Pembangunan ekonomi dan kelas sosial Semenanjung
Malaysia. Terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka; Kuala Lumpur menyatakan Kerajaan
Melayu Melaka juga menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran pertanian dan
hasil bumi seperti emas dan bijih timah untuk membentuk sistem mata wang untuk
memudahkan sistem tukar barang atau ‘barter’. Mata wang yang pertama kali digunakan
ialah kulit siput gewang. Apabila perdagangan semakin makmur, wang logam daripada
timah telah diperkenalkan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, wang timah telah
digunakan dengan meluas. Mata wang emas dan perak telah diperkenalkan kemudian
oleh saudagar-saudagar Arab, Cina dan India. Penggunaan beberapa jenis mata wang
membuktikan bahawa perdagangan adalah aktiviti ekonomi yang amat penting bagi
masyarakat Melayu pada abad ke-14.

KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA


NEGARA

Pada peringkat awalnya, pertanian di negara kita hanya berfungsi untuk memenuhi
keperluan asas rakyat tempatan. Kini, fungsi pertanian ternyata telah berubah. Pertanian
dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat
Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat dan turut
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2010, nilai pengeluaran
kasar daripada Banci Ekonomi 2011 untuk sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1
juta. Penyumbang utama pengeluaran dalam sektor pertanian adalah subsektor tanaman
dengan RM37,275.6 juta, diikuti perhutanan & pembalakan (RM8,111.0 juta), ternakan
(RM6,591.5 juta) dan akhir sekali perikanan (RM1,474.1 juta).

Mengurang kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara


lain. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, kopi, koko dan bijirin yang lain
sesuai ditanam di negara ini. Jika keperluan dalaman rakyat Malaysia adalah mencukupi,
maka kita tidak perlu mengimport bahan makanan ini daripada negara luar.

Menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil pertanian ini


ke negara-negara luar.

Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Mengikut bancian yang


dibuat, jumlah tenaga pekerja di sektor pertanian pada 2010 adalah dianggarkan seramai
390,708 orang. Kategori pekerja bergaji adalah seramai 384,769 (98.5%) dan hanya
5,939 orang (1.5%) adalah pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif dan pekerja
keluarga tidak bergaji. Daripada jumlah tenaga pekerja itu, 318,583 (81.5%) adalah
pekerja lelaki dan selebihnya (18.5%) adalah pekerja wanita.

Memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang


melakukannya. Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka
harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat. Bagi menambahkan
lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan,
penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.

Membantu negara memenuhi keperluan bahan makanan mengelakkan krisis


makanan daripada berlaku. Dengan bilangan penduduk Malaysia yang dianggarkan
seramai 28.6 juta penduduk pada tahun 2010 dan dijangka meningkat sehingga 30.5 juta
penduduk menjelang tahun 2020, tentunya keperluan makanan akan semakin meningkat.
Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran
makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan sebab mengapa terjadinya krisis
kekurangan makanan di dunia. Keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak
mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kekurangan sumber-
sumber adalah amat membimbangkan. Selain daripada isu pertambahan penduduk,
faktor lain yang membawa kepada masalah kekurangan makanan adalah berpunca
daripada kejadian bencana alam yang berterusan. Apabila terjadinya bencana alam,
ladang-ladang pertanian akan musnah dan ada yang terpaksa menukar tanah-tanah
pertanian menjadi kawasan penempatan penduduk. Akibatnya keluasan tanah-tanah
pertanian menjadi semakin kecil. Perubahan cuaca yang ekstrem di sesetengah negara
juga boleh menjadi sebab keperluan bahan makanan semakin berkurangan. Hal ini
pernah berlaku di Rusia pada tahun 2010, yang telah menyebabkan kerajaan Rusia
mengambil langkah drastik menghentikan eksport hasil pertanian gandum dan barli
mereka. Krisis makanan juga pernah berlaku di Malaysia pada bulan Mac dan April tahun
2008. Krisis ini terjadi apabila kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah
global. Ternyata, ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat apabila
inflasi berlaku dan harga keperluan makanan naik dengan mendadak.

POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI


PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Secara umumnya, bidang pertanian berpotensi sebagai perniagaan yang


menguntungkan dan merupakan perkara yang menjadi asas pegangan petani atau
sesiapa sahaja yang mengusahakan bidang pertanian itu sendiri. Bidang pertanian dilihat
berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa kerana hasil keluarannya
mempunyai kualiti yang tinggi dan setanding dengan negara-negara pertanian yang lain.
Malaysia juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang banyak kerana
tanah di Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.
Dari sudut lain pula, bidang ini juga berpotensi mengeluarkan produk yang bermutu
tinggi untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan anatarbangsa. Untuk memenuhi
permintaan pasaran, beberapa tindakan perlu dilakukan seperti pelabelan, penggredan
dan pembungkusan bagi menepati piawaian-piawaian antarabangsa. Jabatan Pertanian
sedang melaksanakan satu program iaitu Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) bagi
menjamin kualiti hasil pengeluaran lading dan pemprosesan. Bidang ini akan dapat
mengeluarkan produk yang bermutu tinggi jika program seperti ini dapat dilaksanakan
dengan baik.
Aspek-aspek kualiti dan keselamatan juga berpotensi membawa kepada keuntungan.
Ia juga meberi jaminan pasaran tempatan dan luar negara di samping memperolehi harga
yang lebih tinggi. Daya saing dalam pengeluaran akan dapat dipertingkatkan lagi jika
semua pengusaha mengamalkan amalan dan pendekatan ini. Program kualiti juga perlu
dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang telibat bagi memberi pemahaman kepada
pengusaha. Hal ini dapat membantu meningkatkan potensi dan mengekalkan
kualiti pengeluran barangan atau produk mereka.
Perubahan yang baru dalam bidang pertanian adalah amat penting bagi
meningkatkan potensi bidang tersebut. Peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan adalah amat diperlukan bagi membangunkan bidang pertanian yang
memerlukan tanah sama ada di darat dan di laut. Bidang kuasa yang telibat adalah
Kerajaan Negeri di mana jika Jabatan Perikanan merancang untuk membangunkan Zon
Industri Akuakultur sudah tentulah kawasan atau tempat tersebut di bawah seliaan
Kerajaan Negeri yang terlibat. Kelancaran dan kejayaan projek ini amat bergantung
kepada kelulusan dan syarat yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama jabatan dan agensi
kerajaan di bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program dan projek untuk
meningkatkan potensi bidang pertanian. Ia mampu membawa kepada pengeluaran
makanan dan memajukan kumpulan sasaran iaitu para petani dan pengusahanya. Oleh
itu, pihak kerajaan perlu meletakkan pegawai yang mencukupi bagi membolehkan
program dan projek pertanian dapat dijalankan dengan baik. Mereka perlu diletakkan di
setiap peringkat daerah dan negeri mengikut kesesuaian dan bilangan petani yang ada.
Hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik jika ketua-ketua jabatan
mengagihkan tenaga kerja dengan baik.

CABARAN / HALANGAN BIDANG


PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Setiap bidang pasti ada cabaran dan halangannya. Tidak kurang juga dalam bidang
perniagaan berasaskan pertanian ini. Antaranya adalah seperti serangan pelbagai
penyakit kepada tumbuhan atau ternakan menjadikan perkara ini sebagai cabaran dan
halangan kepada kemajuan perniagaan berasaskan pertanian. Petani yang
mengusahakan tanaman dan ternakan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang dan masa
yang banyak untuk mengatasi perkara ini. Sebagai contoh tanaman pisang. Pokok pisang
telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Buah pisang yang
terkena penyakit ini akan rosak secara keseluruhannya menyebabkan kerugian yang
besar kepada pengusaha tersebut. Oleh itu, satu syarikat telah tampil untuk cuba
menyelesaikan masalah ini melalui penggunaan baja IMO-PLUS dan digabungkan
dengan penggunaan M-ProBio keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit tersebut.
Selain itu, golongan muda masa kini juga kurang berminat dalam bidang pertanian
yang dilihat sukar untuk diusahakan dan menganggap pertanian satu kerja yang berat.
Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan kebanyakan petani berusian lebih dari 50
tahun ke atas. Pekerja dan pemilik lading juga berusia dalam lingkungan 40 tahun hingga
70 tahun. Generasi muda kurang meminati bidang ini dan mereka akan menolak mentah-
mentah jika diberi peluang untuk menguruskan ladang. Mereka tidak gemar bekerja di
kampung atau kawasan pedalaman dan memilih untuk menetap dibandar. Mereka lebih
mahukan pekerjaan dalam bidang perindustrian kerana gaji yang lumayan dan mudah
untuk mendapatkan bekalan harian. Hanya segelintir kecil sahaja yang benar-benar
berminat dalam bidang pertanian dan melihat bidang tersebut boleh membawa pulangan
yang lumayan.
Masalah kekurangan modal juga merupakan cabaran dan halangan dalam membentuk
perniagaan yang berasaskan pertanian. Mereka yang tinggal di kawasan kampung dan
pedalaman sukar untuk mencari modal yang besar untuk membeli peralatan dan
teknologi yang lebih baik dan canggih. Jika mereka masih menggunakan peralatan dan
teknologi yang lama, mereka akan jauh ketinggalan di belakang. Zaman sekarang
merupakan zaman teknologi canggih di mana kebanyakan kerja dilakukan oleh mesin.
Mesin akan melakukan kerja dari awal hingga selesai proses kerja tersebut. Sebagai
contoh, mesin traktor digunakan untuk membajak sawah. Modal atau kos yang diperlukan
untuk membelinya agak besar dan tidak semua petani mampu membelinya. Duit yang
mereka perolehi terpaksa digunakan untuk tujuan yang lebih penting.
Kekurangan benih juga merupakan cabaran dan halangan dalam membantu
meningkatkan perniagaan yang berasaskan pertanian. Kebanyakan anak benih kini
diimport dari negara luar. Kos yang terlibat pula agak besar kerana bidang pertanian di
Malaysia semakin membangun dan memerlukan anak benih dalam kuantiti yang banyak.
Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lain jika bajet yang telah diperuntukkan
dalam bidang pertanian sudah habis digunakan.
Selain itu juga halangan lain yang dapat dikenalpasti melalui bidang pertanian ini
adalah seperti :-
 Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia
ada seperti
tanah dan air.
 keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.
 Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
 Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil.
 Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.
 Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang
mampan.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru


(DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat
disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di
luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk
mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan buruh: menggalakkan
petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem bersepadu
yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta dilengkapi dengan aktiviti
agropelancongan. Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan ekonomi makro sektor-
sektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah konsisten,
melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan
oleh pelbagai Kementerian. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan
teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan pendekatan
pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam
Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara
sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan
dan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk kimia
semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa sawit
adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi untuk
pemuliharaan sumber biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan
memenuhi kehendak dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian
dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semulajadi akan
mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan. Oleh itu,
DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang komprehensif,
melengkapi dasar-dasar yang lain (complementary), pragmatik serta fleksibel.
SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN
KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN
PERTANIAN

Dalam memastikan keberkesanan bidang ini dan sebagai tanda kerajaan menghargai
perniagaan berasaskan pertanian ini, pihak kerajaan telah memberikan pelbagai
sokongan dan bantuan kepada peniaga yang berniaga produk dan barangan yang
berasaskan pertanian. Pihak kerajaan menyedari golongan pengusaha ini amat
memerlukan sokongan dan bantuan bagi memudahkan perniagaan mereka. Bantuan dari
segi pinjaman kewangan, kursus dan bengkel serta khidmat nasihat sering diberikan oleh
organisasi awam seperti MARA, MARDI, FELDA dan FELCRA. Hal ini dapat membantu
mereka meningkatkan lagi mutu kerja dan kualitinya di samping menambahkan lagi
kuantiti pengeluarannya.
Promosi juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membuka mata masyarakat
tentang perniagaan yang berasakan pertanian. Perkara ini sedikit sebanyak telah
membuka mata golongan muda tentang kebaikan dan kelebihan perniagaan berasaskan
pertanian ini. Banyak program telah dijalankan bagi mempromosikan bidang ini dan
beberapa festival telah diadakan. Promosi juga dilakukan dalam media massa dan media
cetak bagi membolehkan maklumat sampai kepada semua orang. Iklan-iklan di kaca
televisyen juga banyak membantu memberi pemahaman kepada orang ramai dan
menarik minat mereka untuk menceburi bidang ini.
Insentif dan kemudahan turut disediakan bagi mendorong orang
ramai terutama golongan muda untuk menyertai bidang ini. Kerajaan telah
memperuntukakan sejumlah wang dalam bidang pertanian untuk menggalakkan golongan
muda menceburinya. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi
pembangunan program pertanian. Perkara ini merangkumi aplikasi penggunaan teknologi
tinggi dalam pengeluaran buah-buahan dan sayuran, peningkatan pembekalan benih
berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat
serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memupuk dan
mengembangkan asas keusahawanan dan melahirkan usahawan dalam kalangan
bumiputera di negara ini. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan disediakan bagi
membantu usahawan Bumiputera. Salah satu kementerian yang terlibat adalah
Kementerian Pembangunan Usahawan yang dapat membantu melahirkan usahawan
Bumiputera yang amat berkualiti, berpotensi tinggi dalam bidang perniagaan dan
berupaya untuk berdaya saing di peringkat dalam negara mahupun luar negara. Mereka
ini akan menjadi ikon masyarakat dan dijadikan contoh untuk para petani dan pengusaha
mengembangkan dan menambahkan hasil pengeluaran, produk dan barangan mereka.

STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSI


PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian,


kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka
menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan
berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia
telah diperkenalkan.
Sejumlah wang telah diperuntukkan kepada sektor pertanian menerusi Bajet 2013
yang dibentangkan baru-baru ini. Sejajar dengan ikrar kerajaan, sebanyak RM5.8 bilion
telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan
Malaysia juga telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan program
pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan
sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus
dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian. Kerajaan juga telah mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan
pengeluaran produk makanan dan kesihatan. Bagi membantu para petani mengurangkan
kos pengeluaran pula, kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif
pertanian sedia ada berjumlah RM2.4 bilion. Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif
untuk sektor padi yang merangkumi Pemberian Subsidi Harga Padi sebanyak RM480
juta, Pemberian Subsidi Baja Padi sebanyak RM465 juta, Insentif Peningkatan Hasil Padi
sebanyak RM80 juta, Insentif Pengeluaran Padi sebanyak RM563 juta, Subsidi Harga
Beras bernilai RM528 juta dan Subsidi Benih Padi Sah sebanyak RM85 juta. Dengan
adanya subsidi ini, kerajaan berharap agar ia dapat meringankan beban pengusaha
ladang.
Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar
dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden,
penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan Pertanian Baik
(APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural Practices (GAP). APB merupakan satu
pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian Jabatan Pertanian
Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat
dimakan. APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam sekitar.
APB juga bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha
ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti,
produk yang dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam
sekitar dan juga pekerja ladang.
Kabinet Malaysia juga telah meluluskan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) pada
28 September 2011, yang akan dijalankan selama 10 tahun (2011-2020). DAN dibentuk
untuk menggantikan Dasar Pertanian Negara. Antara bidang keutamaan DAN adalah
untuk mengembangkan industri ternakan, memodenkan industri perikanan, mengukuhkan
industri padi dan beras, mempromosi agro pelancongan, meningkatkan industri asas tani,
memacu pertumbuhan industri bernilai tinggi dan memperkukuhkan industri sayuran,
buah-buahan dan kelapa.
Beberapa pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro
Pelancongan(MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan
dua tahun sekali bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan
di Malaysia kepada masyarakat. MAHA juga memaparkan kejayaan sektor pertanian dan
industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi dan
inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang pertanian
di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri asas tani untuk
pelabur asing dan persendirian.
Selain itu, beberapa buah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang
terdapat di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini
merupakan kaedah pemasaran moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat
integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil
pengeluaran pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang
menghubungkan pengeluar dengan pengguna.

KESIMPULAN
Perniagaan yang berasaskan pertanian mampu memberikan pulangan dan hasil
yang lumayan serta berpadanan kepada petani dan pengusahanya. Ia juga membantu
menjana ekonomi dan menggerakkan pembangunan negara. Bidang ini perlu
direvolusikan supaya ia berprestij kepada golongan muda masa kini. Kebaikan bidang ini
juga ia mampu mengurangkan pengimportan barang makanan dari luar negara yang
menelan kos perbelanjaan yang besar. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan penduduk
yang tinggal di kawasan kampung atau pedalaman berhijrah ke kawasan Bandar demi
mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.
Oleh itu, tidak hairanlah kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk
membangunkan bidang pertanian kerana ia mampu membawa kepada bidang perniagaan
yang lebih menguntungkan. Hal ini telah mengundang seribu satu kebaikan kepada
petani, pengusaha, orang tengah dan negara.
Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain,
golongan petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang
kaya raya. Situasi ini mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita Malaysia
mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara
yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak
dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah sumber perniagaan yang
ada.
Melalui strategi-strategi yang telah disusun oleh kerajaan demi untuk membantu
masyarakat tani di Malaysia, ‘Pertanian adalah perniagaan’ sudah pasti akan dapat
dilaksanakan sekiranya kita sama-sama mencari jalan untuk memperhebatkan bidang
pertanian dengan cara menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan
kita.Marilah mula berbudi kepada tanah.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Chang, H. (2003). Globalisation, economic development and the role of the State.
Penang: Third World Network.

Dr. Amarjit Kaur. (1991) . Semenanjung Tanah Melayu: Suatu Tinjauan Ekonomi
Dalam Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2006). IMP3: Pelan


induk perindustrian ketiga 2006-2020; Malaysia ke arah daya saing global. Kuala
Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Noor Zalika Bt Mahmad Zuki. (2013). Cabaran Dan Halangan Membangunkan


Usahawan Bumiputera Berjaya.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (2011). Potensi Dan Cabaran Industri Pertanian
Negara.

Industri pertanian negara menyingkap potensi dan cabaran.( dicapai 19 november


2016 )

Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. Unit Perancang Ekonomi. (2010). Ninth


Malaysian Plan (2006-2010) melalui
http://www.epu.jpm.my/RM9/html/english.htm ( dicapai 19 November 2016 )

Perbadanan Produktiviti Malaysia.


(2011).http://www.mpc.gov.my/home/index.php?cont=c2&item=1&sstr_lang=bm&
t=3 (dicapai 20 november 2016 )

http://azlanyusof.blogspot.my/2013/03/cabaran-dan-halangan-
membangunkan.html ( dicapai 21 november )

industri-pertanian.html ( dicapai 21 november 2016 )

Anda mungkin juga menyukai