Anda di halaman 1dari 8

HKR113

ASSIGNMENT 3

Peranan Institusi Masjid

DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ AHMAD ZAMRI

DISEDIAKAN OLEH : ABANG FADILAH BIN


ABANG MADEHIE

NOMBOR PELAJAR : 2019444866


Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan
majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah
institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan
zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai
sebuah institusi membina kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid pula adalah
tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar
makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu Muslim seharusnya
menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat
ibadah dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid
perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam
segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini adalah kerana
pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya
penggerak dalam melaksana pengurusan masjid.

Peranan Institusi Masjid

PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan
pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.
MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM
Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan
perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan
pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu
haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke
tempat itu.

PUSAT PERCAMBAHAN ILMU


Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah
mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku
agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga
buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di
dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah
sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti
Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari itu,
Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada
penduduk mukim atau daerah berkenaan.

PUSAT TAMADUN ISLAM


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di
zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk
diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang
mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman
lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, Astronomi,
matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar
dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.
PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran
dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil
bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk
mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.

RUMAH SUCI
Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa
dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang
berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di
mana masjid itu terletak.

PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI


Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan
Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh
memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk
memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam
boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam
Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan
ayat-ayat suci.

PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)


Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan
ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan
sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan
maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca
ayat-ayat suci.
PUSAT PENDIDIKAN
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta
keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat
pengukuhan ilmu.

PUSAT PENGISIAN JIWA


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang
luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu
dan sebagainya.

PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA


Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat
pengukuhan rohani.

PUSAT PELENGKAP
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan
kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab,
sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan
"finishing school".

PUSAT SANTAPAN ROHANI


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk
mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d
reka dapat menghayati kesucian Islam.
PUSAT EKONOMI
Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya
hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan
aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai
kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai
cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.

PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH


Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah
mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat untuk
mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai
satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.

MASJID SEBAGAI TAMAN


Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenuhi dengan
kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum
atau selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin
kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.Tetapi
sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan tempat masjid itu dibina hendak
dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan
taman yang indah.

MASJID SEBAGAI TEMPAT PELANCONGAN


Persoalannya ialah, mutakhir ini masjid telah cadangkan untuk menjadi sebagai salah
satu produk pelancongan oleh beberapa pihak yang berkenaan. Ia menjadi satu
anjakan paradigm untuk komuniti Islam, amnya dan khususnya diMalaysia. Namun
begitu, persoalan mengenai masjid sebagai produk pelancongan bukanlah perkara
baru dalam kehidupam umat Islam diMalaysia. Ini adalah kerana ramai pelancong
asing dan juga tempatan telah menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan
mereka. Sebagai contohnya, telah hampir 50 tahun Masjid Negara meraikan pelbagai
pelancong asing dan tempatan yang ingin melawat masjid tersebut. Ia bukanlah suatu
yang luar biasa atau ganjil pada kacamata rakyat Malaysia. Barangkali, pada waktu
itu, tidak diwar-warkan secara meluas mengenai masjid sebagai salah satu produk
pelancongan.
MASJID SEBAGAI PUSAT AKTIVITI SOSIAL UMAT ISLAM
Masjid sebagai institusi ibadah berperanan sebagai pusat aktiviti sosial umat Islam. Ia
sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan
peranan dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah badan membina
kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid adalah tugas yang berkait rapat dengan
konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Merujuk kepada peranan dan matlamat yang telah dijelaskan, peranan institusi Masjid
dalam pengembangan dakwah terhadap masyarakay Islam diharap dapat menarik
ramai lagi umat untuk mengimarahkan masjid sebagai platform penyatuan ummah
dan ekonomi umat Islam.
RUJUKAN

1. Agbaling.tripod.com. 2020. Peranan Masjid. [online] Available at:


https://agbaling.tripod.com/peranan.html[Accessed 19 December 2020].

2. PIMPIN, A. (2020). KEPENTINGAN MASJID MEMPERKASA LEGASI UMMAH.


Retrieved 19 December 2020, from
https://pimpin.ump.edu.my/index.php/en/gallery/laman-ilmu/131-kepentingan-ma
sjid-memperkasa-legasi-ummah

3. Siti Rokyah Md Zain, Ros Norita Abd Samad and Mohamed Muneer Samsudin.
(2020). MASJID SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN? SATU TINJAUAN
[Ebook] (p. 18). Dungun,Terengganu. Retrieved from
http://conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2016/masjid/m02-imaf-
2016.pdf

4. ISMAIL, S. (2020). Pentingnya masjid perkasakan ummah. Retrieved 22


December 2020, from
https://www.sinarharian.com.my/politik/pentingnya-masjid-perkasakan-ummah-1.
355584

Anda mungkin juga menyukai