Anda di halaman 1dari 1

Ms Purple Blossom

Nak sambung belajar di universiti


tapi spm ada gagal. Boleh ke?
February 05, 2018

Jawapannya boleh. Spm aku dulu teruk tapi sekarang aku


belajar di universiti related to sains lagi uolss.

Aku dulu spm takda A pun. Ada B, C, E dan G. Senang cerita aku
dapat 3B 1C+ 2E 2G. Teruk bukan? Bukan teruk je. Memang teruk
gila wehh. Mcm tak pernah belajar ah walaupun aku kelas
kedua and ambil sains tulen. First dapat results memang aku
down gila. Family aku pun sama. Malu bila sedara mara or
kawan-kawan tanya result dapat berapa A. Memang tak tau
nak jawab apa sebab aku memang takda A langsung okay. Tak
ada!

Aku tak bagitau sesapa pun pasal results spm aku dan takda
sesapa pun tau sampailah sekarang. Nak sambung related to
sains tapi tengoklah aku punya results. Memang kat mana-mana
universiti pun tak lepas. Upu aku tak dapat. Aku cuma dapat f6
course perdagangan kot (kalau tak silap). Memang aku reject ah.
Aku minat sains (padahal spm sains aku teruk gilaaa huhu). Selain
f6, aku dapat tawaran daripada Kolej swasta. Belambak surat
aku dapat. Adalah dekat 20 macam tu. Macam tau-tau je aku
tak lepas nak masuk universiti.

Nak apply universiti awam memang kena reject. So aku pun nak
masuk swasta yang related to sains. Bapak aku suruh aku amik
diploma kejururawatan. Aku tak suka bab-bab jadi nurse ni tapi
aku iyekan aje sebab aku dah takda pilihan lain. Dah bayar
deposit RM500 tetiba bapak aku kata tak payah pulak masuk.
Dia kata dia google orang cakap kolej tu menipu. So duit tu pun
burn cenggitu je.

Lepas tu harapan aku nak sambung belajar tu memang tipis


sangat. Parents aku pun tak bagi sambung kat kolej swasta. Lagi
pun kos dia mahal sangat. Boleh dikatakan setiap hari aku nangis
mengenangkan kenapalah aku ni bodoh sangat. Tak dapat nak
banggakan parents aku. Memalukan lagi ada lah. Sejak dari tu
aku jauhkan diri daripada kawan-kawan aku sebab taknak
dorang tau. Aku pun tak cakap banyak dah dengan family aku.

 
Tiba-tiba aku jumpa solution untuk aku masuk ke universiti
tanpa ambil balik spm dengan masuk ke pra diploma. Aku cakap
dengan parents aku nak masuk pra dip kat kolej swasta tempat
member aku belajar tu. Dia amik dip sains (jeles den). Pra dip ni
ada dua. Sains dan perdagangan. Aku nak amik yang sains sebab
aku lepas requirement dia. Tak silap dia nak at least lulus satu
subjek sains dan credit eng dan mat. Tu baru pra dip. At least
kena dapat pointer 3.50 kot dari kolej untuk masuk ke diploma
di universiti. Pastu yuran dia tau-taulah. Mahalnya lahai.

Bapak aku ni suka menggoogle. Suatu hari tu dia kata pra dip ni
ada dekat uitm. Dekat sana dipanggil program Mengubah
Destini Anak Bangsa (MDAB). Aku pun apa lagi, apply lah. Dah
print borang, isi pastu kena pergi uitm Shah Alam sebab kena
pass by hand. Sampai je sana aku kena interview kot. Orang tu
tanya "kenapa nak amik pra dip" aku pun jawab lee sejujur-
jujurnya aku spm teruk. Nak masuk dip tapi tak lepas sebab
tulah kena amik pra dip. Takkan tu pun nak tanya (k ni aku
cakap dlm hati je haha) lepas tu dia siap ugut aku dia kata kalau
tak fail pra dip kat uitm ni (means pointer bawah 2.50) kena
blacklist seumur hidup. Wth kejamnya orang ni. Memang saja tak
bagi aku ambik ke hape.

Lepas dah settle tu. Dia kata esoknya dia ada meeting untuk
pilih siapa yang layak masuk pra dip. Fuhh seb baik aku sempat
hantar borang (ni pun dah sesi 2, sesi 1 aku tengah membazir air
mata lagi). Nak tau dapat ke tak dapat kena check kat internet.
Oh yaaa. Masa tu aku kerja kat 7e sementara menunggu result.
Dannn akhirnya tibalah hari yang di tunggu-tunggu. Masa kerja
tu aku checklah and guess whatttttttt. Aku tak dapat. Dalam
hati aku maybe awal sgt kot aku check. Pagi lagi kot (nak
menyedapkan hati hoho).  Kalau tak dapat pun aku redha. Kerja
jelah sampai kau jadi boss kat 7e ni. At least dapat duit. 

Aku balik kerja pukul 7 petang. Sampai je rumah parents aku


suruh aku check. Aku pun checklah buat kali terakhir. Memang
dah yakin dah yang aku ni tak dapat. Tiba-tiba... "Tahniah
Nurul..............  Anda berjaya bla3" PERGHHHH MACAM TAK
PERCAYA. Padahal aku check pagi tadi tak dapat. Tulah awal
sangat check hahahah. Aku dapat kat UITM Jengka, Pahang.
Mak ai. Takda ke dekat2 Selangor ni. Tapi takpalah asalkan aku
dapat sambung belajar, parents aku happy dan dapat jadi
contoh kat adik aku sebab aku anak sulung.

Tu baru pra dip. Banyak lagi cerita lepas aku masuk uitm Jengka.
Nanti aku sambung cerita aku di lain entry. Jadi korang yang
spm dia teruk macam aku tu bolehlah apply program MDAB.
Jadikan tiket untuk sambung ke diploma ikut kos yang korang
minat.

Sekian..

Unknown 4 December 2018 at 23:46

Happynya saya baca..saya pun nak smbung


bljar

Unknown 20 April 2020 at 03:03

Saya nak jadi nurse tapi satu je yang


tak lepas math saya D ,kalau
nak.jadi nurse kena credit math
sains saya B ,credit dah lebih dari 5
tapi tulah math je yang problem

Mohd firdau 20 August 2020 at 13:31

Sama lh math problem tak minat


dengan subject math tapi awak
boleh sambung di program farmasi

Mohd firdau 20 August 2020 at 13:31

Sama lh math problem tak minat


dengan subject math tapi awak
boleh sambung di program farmasi

Unknown 19 November 2020 at 08:33

Mohd firdau yeke bole sambung


program farmasi? Dkt Mana eh nk
smbung tu? Even math x lulus?

Syaz0368@gmail.com
5 December 2020 at 22:55

Saya nak sambung belajar. Nak


sangat sangat tapi.. maths saya G and
english saya E family tak kasi
masuk swasta sebab mahal. Hm

Unknown 4 January 2021 at 01:33

Saya pun gagal math waktu trial


tapi saya nak mohon course sains
komputer takut x boleh:( doakan
kitaorang semua dapat straight A
SPM nanti tau

REPLY

Unknown 5 December 2018 at 22:28

Saya 1G subjek math lak tuu. .boleh ke kalau


saya nk smbung. .xtau nk mntk kolej manaa. .bg
smngat kat sya pleasee

Unknown 31 July 2019 at 13:36

Blh sgt2 bgus sbb klu niat kite ikhlas


mst Allah permudahkan jnj usaha4
jgn putus asa nk2 skrg sng kn
Kerajaan Skrg Mmg Saport Kita
supaya berilmu.....x mustahil kot klu
Kita ada minat bljr lg wlupon berapa
umur Kita sklipon Kita dwajibkan
berilmu pengetahuan.biar org drop2
Kita jnj kita msh lg Ada otak akal
fikiran yg murni dmi nk jd yg
terbaik...bersungguh2 eh dlm ape
sklipon yg kite lalui,ye la manusia kn
setiap org mst de kekurangan n
kelebihan kn Jnj Allah SWT 2 pasti tp
ingt jika Kita Islam tngjwb Kita mst
Cari kelebihan di Akhirat t dpt knl n
x yh kaji sgt la cukup mulut 2 x
memaki hamun sbb da tertulis dlm
Al-Quran yg pasal mulut bdn binasa
biar je yg pnting sntiase berdoa n
bermohon hajat seikhlas2nya kepada
Allah Tuhan Satu2nya yg Layak Kita
teguhkan diri demi ksh sayang Kita
padanya berserah lah pdnya yg
menentukan sgle2nya..........sy doakan
moga dpermudahkan Shahadah
Selawat Al-Fatihah...

REPLY

Nurul antasha 10 December 2018 at 00:06

Saya gagal terukk , gagal sej . memg fail smua


lah kn >? so saya amik smula exam sej ni pon
tngh tnggu result . kalau fail lagi tak tahu lah
macam mana. saya teringin jugak nak smbung
bljar ... ade idea atau suggestion tak ?

Unknown 31 July 2019 at 14:01

Salam kn skrg sng sape cepat die


dapat so x pon kawin je x yh ssh2 t
cik abg ajrkan psl sejarah n nasihat
org lama2 kne dgr kite org Melayu 1
dunia pon x terlawan n mngkaji
Tanahair air Kita ni yg serba serbi
blh la sbb pejuangan kami x kn putus
slgi ada waktu ni Cuba la buat yg
terbaik keatas amal maaruf nahi
mungkar kte ni dlm line lurus garisan
Qatul Istiwa pejuangan
parameswara awl2 terokai Biar
sorg2 jnj sntiase bersemangat tuk
bngunkan yg pada asalnya hnye
bsme org2 asli n akibat de perdagang
dri Chaina India Indonesia yg pnh
berlumuran darah semata2 nk2 Kita
ni kt Malaysia yg berketurunan
Melayuwiah iaitu darah campuran
yg pegang pada prinsip aa ba ta
cukup org minangkabau gerakkan
pasukannya dahulu bertakbir rahtul
Ehram yg Islam hnyalah Agama
ALLAH Ta'laa cukup Allah Maha Besar
semat dlm aty sbgai kepercaan kita
Pada Allah SWT yg ngaji n mst lah pkr
tkt akn hukum2 Ilahi yg Terbaik
hnyalah dari Allah yg buruk darinya
moga smpai akhir hayat kite
bersyukur seadanya berkompang pon
blh bersatu la kan.so u all I x pnh
Lupe n x de pon benci sgt lain la dak2
bru up sikit dah celabai mmg kono
balon lah dorg ari2 kojo siang mlm x
cukup2 nk byr utang sobab eh da
kono ketulahan goma main jo kojo eh
ngaji x nk skola x smpi mano nk ajar
kite plk an...hihihoi sje wat lawak

Unknown 15 June 2021 at 13:58

Assalammualaikum , saya spm tahun


2020 , dapat result teruk gila nak
mampus , 4E 2G 1C 1B , math saya
gagal bm , sejarah saya dapat E , apa
patut saya buat , sekarang ni saya
amik SPMU , saya takut peluang
kedua ...jika saya gagal , ade kolej
ataumana mana uni yang layak saya
masuk?

Laily 1 October 2021 at 06:25

Hi boleh saya tolong awak


- ex pra dip Uitm lendu

REPLY

Unknown 24 February 2019 at 22:32

Nak belajar lagi tp spm trok.. Yelah xsekolah


dlu.. Blajar pakai buku bekas2 budak skolah..
Baca sendri blajar sendri.. Ambik test spm luar..
Math failed.. Yg lulus hanya bahasa melayu..
Agama.. Sains.. Yg lain haram. .Pastu dgn
kputusan cmtu x tau cmne lagi. .Nk sambung
blajar mana ada tempat trima. .Aku miskin dlu
tu xdpt skolah.. Sains yg susah bleh pulak lulus..
Aku jwb pakai logik akal je..yelah kan x blaja
lansung harap baca buku2 org buang..
Sedehhh.. Skarg grab driver aje. .Hmm nasib2

Unknown 1 March 2020 at 03:06

jom bljr dkt kolej ni..ade bidg


pendidikan dan commerce-bisnes
pun..wsp la ...jgn stop timba ilmu...

Unknown 13 June 2021 at 02:38

Maaf nk tnya.. Kolej apa ye? Nk num


phone please

REPLY

Unknown 18 March 2019 at 02:05

Boleh bg detail bgm nk apply prog MDAB


tersebut..maksud saya flow dr awal..tq

Unknown 22 April 2019 at 17:31

Browse online uitm.


Atau cari permohonan MDAB.
Tapi pre Dip ni utk famili golongan
B40 je, iaitu pendapatan famili
bawah RM4000.

REPLY

Unknown 22 April 2019 at 17:35

Adik- adik... cuba browse kursus Diploma di


KKKTM (kolej Kemahiran Tinggi MARA) atau
Kolej Profesional MARA (KPM).
Diploma dia semua sama taraf dgn IPTA. Free,
tiada yuran, dapat elaun rm300 sebulan.

thealien_ 22 June 2019 at 03:57

ADE LINK TK

REPLY

ATIKAH MELLARK 16 June 2019 at 23:21

JOM SAMBUNG BELAJAR DI PICOMS (NURSING,


MA, PHARMACY DAN BYK LAGI) LAYARI
https://amellark95.blogspot.com/2019/03/pico
ms-pengambilan-sesi-july-2019.html UTK
MAKLUMAT LANJUT

REPLY

Unknown 31 July 2019 at 14:03

Terima kasih kerana menjaga jannahku dimana2


kong Kong Kong........

REPLY

Unknown 3 September 2019 at 05:59

Assalamualaikum.kalau saya SPM dapat 4A-


tapi math fail macam mana eh,boleh
recommend untuk masuk mana mana x?

Unknown 11 November 2019 at 02:18

Samalah wei...aku takut ah

Unknown 1 March 2020 at 03:01

4 a dah cukup bgus dik-..ambikla


bidg yg skills mcm
computer/multimedia/broadcast....skil
ls yg perlu zaman ni dik.....klau ade 10
a pun tk reti nak wat adobe or reka
video story-jarang comp nak ambil
especially yg trlibat dlm dunia
online---tgok trend dan awak decide
awak nk kje ape...jgn takut explore
bende baru...nak advice lebih bole
wsp sis..011-16930576

REPLY

Unknown 26 September 2019 at 07:47

Saya math gagal sya minat dgn sains tp sya


class prdgangan . .bole bgthu tak kolej ape yg
sya bole apply. .nak apply msu pun dia tgok
math

REPLY

Unknown 6 October 2019 at 01:52

Bahasa melayu =B
Pendidikan islam =B
Sejarah =c+
Matematik =A-
Sains =A-
Pengeluaran tanaman =A-
Pemprosesan hasil pertanian =B+
Inglish =gagal
Tarikh lahir 1996
Apa perlu saya buat kalau dapat keputusan
macam ni
Saya minat bisnes
Whatsapp=+60 11-6929 3815 atau 0134633380
TOLONG SAYA PLEASE

Unknown 1 March 2020 at 03:04

bole sgt awak nk msuk bidg bisnes


dik-ambil la finance/marketing or
entrepenruship----kalau minat
pendidikan awal kanak-kanak nak jd
guru..bole wsp sis ..sis jaga program
tu 011-16930576...tp kene la tgok
minat awak dik..bakat awak...klau
rasa awak kretif..masukla broadcast
or media....or klau bakat leader-
masukla sains politic....awak renung la
dlm2 awak bakat apa trbaik?

Unknown 9 January 2022 at 21:22

Ka..sya gagal mat tapi sambung stpm


sekrng ni stpm sya hanya 2.22 dan
tak tahu nak baut apa....tiba2 hilang
arah

REPLY

Unknown 11 October 2019 at 13:25

Kalau fail math boleh masuk ke??

Unknown 20 April 2020 at 03:04

Kebanyakan aliran sains tgk math

Laily 1 October 2021 at 06:29

Try MDAB program bawah UITM

REPLY

Unknown 5 November 2019 at 04:25

kalau fail addmath spm, kita Still boleh aply


mana-mana universiti yang related dengan
sains tak? macam nak jadi nurse, veterinar etc?
thanks for cooperation <3

Unknown 1 March 2020 at 02:55

akak de info utk universisty yg baik


offer nursing and phrmacist-bole
wsp sis 011-16930576

REPLY

Unknown 11 November 2019 at 02:17

Saya nak sangat sambung belajar,tapi math


kalau gagal?...nak masuk u mana?...lgi stu
..kalau ada A byk...mcm mane ni...saya takutlah...
(math fail)...saya ni suka seni ..saya boleh
sambung belajar kat mana?

Unknown 1 March 2020 at 02:58

akak jus advice-if awak suka art-


proceed je.pecahan art ni byk-awak
bole pegi pd tekstile/fashion/art
graphic/video/designer/boradcastin
g/animation..byk sgt la...trend skrg ni
comp perlukan graphic designer yg
ramai-maklumla dunia IT ni kan...klau
pandai reka video/web dan
broadcast itu sgt baik for ur resume-
--my advice-ambil art yg jamin
peluang kerjaya..akak jaga program
art/pendidikan kanak kanak dan
comerce di kolej kl..nak advice bole
wsp...no akak kt atas tu

Unknown 1 March 2021 at 06:40

akak , kalau math failed tapi subjek


lain credit boleh mohon Seni Grafik
ke kak ?

Unknown 4 July 2021 at 10:16

Tapi skrg fashion design yg berkaitan


design nk math lulus hm sedih saya
pun gagal math. tak dpt smbung
diploma dpt sjil sahaja tapi takpelah
janji dpt sambung belajar

REPLY

Unknown 14 November 2019 at 01:57

Saya fail addmath rasanya blh apply universiti


apa eh? Please help me...

REPLY

Unknown 6 January 2020 at 05:48

Anak saya SPM tahun ni..sy tak tahu dia lulus ke


tak sbb Mase pt3 pon teruk hak semua lulus
kecuali math sains inggeris...

REPLY

Hazim Irfan 21 January 2020 at 21:09

Wahhhh..saya pon budak pra sains jugak dekat


uitm jengka. Cuma, nak masuk situ mmg kene
berazam nk berubah sbb kalo bawak jugak
perangai spm tu mmg x boleh nk tolong lah ye.

Bagi saya pra diploma uitm ni mmg sangat


bagus sbb mmg uitm nk tolong kita untuk
masuk ke peringkat diploma dan ke pringkat
seterusnya. Setakat 6 bulan belajar and masa
tulah kene pulun habis. Nk dapatkan
pointer/cgpa supaya dapat masuk mana2
diploma dalam uitm pon mudah tp diri kene
disiplin sangat2. Jaga carry marks betul2,hadir
kelas,jaga hubungan dengan lecture dan yg
paling penting JANGAN MALU BERTANYA.

BAnyak jugak saya belajar duk kat uitm ni even


amik pra dip je sbb kita boleh exposed diri kita
macam mana kehidupan di uni, cara uruskan
masa dan macam2.

Saya bukanlah nk promote course pra dip ni tp


kalo anda rasa spm anda kurang memuaskan
better amik pra diploma sbb korang akan
belajar balik silibus spm korang tau.Mean
korang belajar 2 kali takkan still x boleh
bawak..hahahha

Saya sekarang tengah tunggu result pra


diploma sains keluar dan insyallah bulan julai
2020 saya akan masuk ke diploma di uitm. Last
ye hehe, Xpe kalo korang masuk diploma
lambat sbb kita mmg nk mula dr bawah dan jgn
risau pandangan orang lain ttg awk..cuma
tumpukan perhatian dan tunjukkan result pada
mereka..insyaalah

Ikhlas
Alumni PRA DIPLOMA SAINS/PRA PENDIDIKAN
TINGGI(PPT)

Nk bertanya ttg perkara ni boleh dm kat


ig..make sure follow dulu..hahahah
Ig (@thehazfan_)

REPLY

Unknown 27 January 2020 at 20:50

Hi. Untuk apm 2019. Kan wajib bm & sj lulus, so


macam mana kalau sj gagal, nak sambung
belajar dekat mana? Puas dah saya cari dekat
Internet, fb semua universiti / kolej wajib lulus
sj & bm. Saya just minat bahagian memasak &
jadi cikgu pra sekolah. Bab ii mt bi sn ni
memang tak minat langsung. Kalau boleh nak di
kawasan pahang je macam kuantan ke, Tak
sanggup jauh dari keluarga.

Unknown 1 March 2020 at 03:10

dik..jgn sedih..awak mude lg la..byk


sgt peluang awak tau..dunia bljr ni
tkkan habis kite study..truskan
smgt..akak bole guide-ade kawan
akak lect di kuantan-wsp akak 011-
16930576..nak msuk kulinary sgt
baik bg akak..cikgu pra sekolah pun
sgt bagus..skrg demand utk cikgu
taska sgt tggi-kat mana2 je ade iklan
taska crik guru.....sekolah yg ade
kulinary byk....klau awak ambil
perhotelan pun still ade subjek
memasak kdg2..wsp la akak guide

REPLY

Unknown 31 January 2020 at 10:14

Sy gagal subjek matematik pls inform mne2


tmpt bljr yg i blh msuk

Unknown 1 March 2020 at 02:50

hai dik-jgn cpt giveup..byk pilihan


jer awak bole masuk kpt..poli..mara
dll-cuma kalau berminat nak masuk
bidg pendidikan awal kanak-kanak
dan pendidikan bole pm sis 011-
16930576-sis jaga program tu
dengan regent school and twining
UPSI program..sis jaga progrma
commerce/english/art dan
foundation..for info sapa2 nak tau
lebih psl benefit /prospek kerjaya
ke.bole wsp sis..klau sisi lmbt reply
wsp sis busy..tp mest sis reply
punye..gudluck semua..

Unknown 9 March 2021 at 05:46

Poli mana ambik kalau fail math kak

REPLY

Unknown 27 February 2020 at 12:31

Agak2 tahun ni ada lagi ke program pra


diploma ni sy still tngah tunggu result spm
keluar 5 mac ni sy pun budak sains tulen tapi tu
la ambik je sains belajar main2 jgak sejaj 2
tahun sy belajar sy boleh tahu dh result sy
mmng teruk punya sbb sy yg jawab spm jd sy
tahu la n jawab pun lebih kurang je.

Unknown 1 March 2020 at 02:54

ade je dik..bole gugle tanya atau


direct call ke kementerian tanya pun
bole...skrg ni akses maklumat ujung
jari je....cuma sis advice-kalau nak
ambil bidg yg menjamin kerjaya dan
hidup-ikut trend 2020.bidg
multimedia/graphic/art/audiovideo
production/broadcasting/entertainm
ent antara bidg yg byk
peluangbisnes dan kerjaya-apepun-
bole la wsp sis kalau nak tanya-sis
jaga program pendidikan awal
kanak-kanak/art dan commerce...no
011-16930576

REPLY

Unknown 3 March 2020 at 23:11

Kalau contoh dapat 5 A tapi math gagal ,subjek


perniagaan kredit ,uitm boleh terima ka ,kalau
subjek lain ok tapi math gagal?

Unknown 3 March 2020 at 23:12

Dan ingat nak ambik bidang business


management,tapi uitm boleh terima
ka , kalau math Saya gagal

REPLY

Hariz Hazim 4 March 2020 at 22:29

result saya lagi teruk darikorang semua


Perabot A-,Sejarah D, Bahasa Melayu E, Bahasa
Inggeris E, Mathmematics E, Pendidikan Islam G,
Science G. Kemana tempat saya mahu sambung
belajar pun tak tahu yang mahukan result
saya.

REPLY

Anda mungkin juga menyukai