Anda di halaman 1dari 43

22/12/2010 18:11 Diary ku sayang, ye ker aku single ???

YE, aku S.I.N.G.L.E. ce. Ngan bangga mjawab. Aku x malu ngan kwn2, makcik2, pakcik yang heran nape aku masih single. Bagi aku, sumer ni ade hikmah. Aku yakin yang Allah swt sudah atur kan jodoh untuk aku. Tapi, x pe la lambat2 pon lambat la. Biar masa yang tentukan. Dalam tempoh single ini, lebih baik aku gune kan masa dengan memajukan diri aku sendiri dengan memperbaiki kelemahan dalam aspek kehidupan termasuklah- gaya percakapan, penampilan, pelajaran, ilmu, ibadah, keluarga, kewangan dan kerjaya. Sume ni mustahak bagi aku. Aku x nak show off kat sume org apa yang aku pkirkan. Kang ade kate aku ni eksen la plak. Dan aku x nak ape yang aku rancang x jadi. Biarla mereka x tahu yang aku sedang btekad dalam hati n jiwa aku ni. Senyap2 dah. Aku ni low profile. Perlu ke mereka tahu? Ah. Lentakla. Dorang nak tanggung idop aku ke. He. Yang penting aku tau apa yang aku buat ni sume untuk aku dan masa depan aku sendiri. Penting sebelum sah aku di akad nikahkan. Sapa x nak impikan keluarga yang harmoni berlandas kan agama- ada suami, anak2, umah, kereta, dan mcm2 lagi. Dalam kepala aku sering kata i have many fantasies to be housewife, but I guess Im fantasy .x pe la. Apa salah pasang angan2. Yeah juz angan2.

13/01/2011 15:37 Queen.


Aku meneruskan perjalanan hidupku dengan berpegang berjeler2 impian. Impian membuatkan aku lagi kuat dan mematangkan diri. Hm.. sudah hampir 2 minggu aku melalui ari kuiahku. Insyaallah semester ini semester akhir aku akan menjanjikan diri aku untuk merangkul anuagerah dekan. Mulai tahun baru mengikut kalender Islam, aku bertekad untuk membangunkan diri ku menjadi muslimah yang sejati. Apreciate my parents 1st and foremost. Love, respect them and live according to their wishes. Insyaallah hidupku selamat di dunia dan akhirat. Disamping usaha merajinkan diri menyayangi pelbagai ilmu dengan bacaan dan practikkan latihan dengan perkara yang mendatangkan faedah serta lagi mendekatkan aku dengan Allah.

lt kol shafie s daughter come on. Show it that you ll be queen. Make your family proud of you than you may get the better life after graduating. You juz having only 3 month more to end up your degree. X lama lagi dah. Huhu Queen?? When talking about queen, of course that word make me remember about him. I dont understand me myself cannt forget about him. WHY Allah? Do I love him so much? Nurul huda.. are you stil falling love with the man who hurt, broken all your heart and also the man who doesnot care about you anymore. Ya Allah. Show me the way how ya Allah. Air mata sudah habis untuknya. Tetapi hati tidak dapat melawan. Hanya engkau maha mengetahui Ya Allah. Every seconds, I never forget his name. Our memories are stil always in my mind. His face, his body, his smile, style he walks, style he speak, his perfume smell. Al about him I miss very much. Khairul Ikhwan. I miss you so much. I really hope you also missing same goess like me here. Since we were in relationship, you never miss wishing the important thing in my life. Khairul Ikhwan. You know what.. about already morning. My eyes tear bcos you. Why you dont fight our love? Pagi jam 4. Suddenly aku terbangun daripada tidur. Aku terdengar bunyi ringtone telephone. Sangkaan Khairul Ikhwan menghubungi aku untuk mengucapkan ucapan selamat ari lahir dan sayang. Tapi. Sebaliknya tidak. Ringtone itu mengejutkan aku untuk aku bengun belajar pde. Huuu. Sejurus itu. Semangat untuk aku bangun meleset.

Aku meneruskan tidurku yang tidak berapa nyenyak. Biarpun mata yang tertutup, tetapi pikiran ku masih lagi teringat tentang khairul ikhwan. Adakah Khairul Ikhwan

tidak menyintai aku? Apakah benar hubungan kami hanya kesilapan? Kata-kata terakhirnya masih terngiang2 di ingatanku. Ia sangat sakit. Sakit yang teramat kerana selama ini aku menyintainya sepenuh hati aku dan engkau mempersendakan cintaku selama ni. Pasti kau ketawa kan aku kan khairul ikhwan bersama wanita yang engkau dampingi sekarang. Habis banyak aku korban masa, perasaan, jiwa, dan raga aku untuk kau dalam hampir 3 tahun. Tetapi tidak kau hargai. Sudah 6 bulan aku dan kau tidak berhubung. Ya Allah. Buka kan lah hati nya hanya untukku ya Allah. Jika sekalipun hatiku dan hatinya tidak lagi bersatuu, aku tetap berdoa dan terus berdoa. Ya Allah. Jika benar Khairul ikhwan itu sememang jodohku, kau dekatkan lah aku dengannya. Jika dia bukan benar2 jodohku, kau jodohkan la untukku juga. Ya Allah. Aku redha ketentuanmu dan pasti ada hikmah yang engkau takdir semua ni. Insyaallah. Suatu hari aku akan percaya sebalik ujian ini akan memberi kan aku hadiah senyuman yang berpanjangan. Hm.. Aku menanti dengan kesabaran dan teruskan warna warni perjalanan remaja ku seperti wanita2 normal kini. Sempat aku singgah lab, mengambil bbrapa gamba ikhwan di fb. Rindu teramat. Hu.. hp sony ericson ku ttgal dlm locker dh d curi oleh makhluk celanat. Hp tu tll byk memories ku dengan ikhwan. Gambar ikhwan lebih byk dr gambar ku. Sedis. Maafkan aku kerana aku mlakukan kecuaian kali ke 2. Mujur, ade fb. kt die. Ikhwan kalo awak tau keadaan aku d sini. Apa reaksi awak? Hm.. Tp, ttp x same. X pela asalkan masih dapat melihat ikhwan di gambar je bg pengubat rindu ku

15/01/2011 10:06

Explore updated fashion for outdoor activity from google.


Insyaallah. Im onmy way to change my self with muslimah dress according my personality. Perubahan ni aku sangat berharap bg impek positif pd dlman dan luaran peribadi aku.

Penggayaan selendang dan di padankan dengan

skarf hitam blous

sesuai dikenankan

hitam. Bagi menutupi lengan,


seharus dipadankan dengan

jacket kelabu.

Warna

jacket menampak kan lagi warna baju disusuk badan nya timbul. MATCH!!!

ADORABLE giler bile dipadankan di layer ngan

blous

berbunga kecik2 tanpa lengan ni dan

inner purple.

Blous itu dikedutkan bg menampakkan seolah-

olah membentuk pemakaian

tali pinggan dan seakan skirt di bawah.

Jeans

hitam di matching dengan seledang hitam. Perghh! Mantap...

Blous hitam becorak dot2 + jacket hitam+ selendang kelabu dot2+ skarf boleh juga dipadan dengan pelbagai warna + Spec berbetuk lalat coklat.

Jacket biru + tshirt lengan pendek cotton merah+ singlet putih+ seluar hitam+ selendang putih. Match!

16/01/2011 20:09 Pagi2 jam 6 aku dah bangun. Awal ker aku tdo smlm? Awal gak la. Smlam, aku rasa takde mood sangat. Entah nape. Ni pasal jawab panggilan abah la. Aku saje buat miss call pasal rindu kat die. Tapi.. terus abah. Mai dah mai dah. Argh! Agak bdengus telinge aku.

Nurul.. umur kamu dh brape? Jawab! 23? 24? 24 kan. 24 tu dah tua! Patt 24 dah patut berkahwin, dah beranak 1 or 2 orang dah. X kawen pon, patut dh bkerje! Nurul. Abah sedih dengan kamu. permikiran yang matang. Abah x nampak lagi sikap x seberapa. kematangan kamu. Abah nak kamu berubah, bersikap positif dan berdaya Pasal pelajaran kamu abah nampak Abah x tau apa kamu buat kat shah alam tu. Dh awal2 lagi abah pesan jangan bercinta, tapi kamu nak juga bercinta. Buang masa je ! Dh bagi peluang belajar, belajar betul2. Study giler2. Jangan nak thengeh2 sangat dengan laki. Laki yang bagus x kan adenye suke pompuan yang buat pangai di buat2, tgedik2. Come on Nurul. X lama lagi, kamu dah nak tamat belajar. Bulan 5 kan. Dalam tempoh ni, kamu patut merancang apa pekerjaan kamu nak buat. Kalo kamu xde perancangan, alamatnye kamu duduk kat rumah je.

Hm.. hiba + kekesalan + x berdaya + speechles. Ucapan2 abah terngiang2 di minda ku. Terus membantut aku untuk study pde.

Lantas tidak tahu nak buat apa. Rasa seperti memerlukan lagi kata2 sokongan dari sesiapa. Aku cuba menghubungi ros. Tapi tsalah dail rosa. X pe la. Aku bsembang dengan rosa dekat 30 minit bertanya khabar. Rosa kini melanjut pelajran d peringkat master by research math fuzzy dan pilihan dia buat sebab tidak lagi bersedia untuk tempuh alam pekerjaan. Aku tumpang bangga dengan diri dia. Dalam lubuk hati ku, aku rasa sikit cemburu dengan nya. Pasti pencapaian degree die bagus justeru melayak dia ke master. Katanya, kelayakan untuk ke master tidak susah. 2.5 ke atas dah layak untuk sambung. Hmm. Menurut Rosa, memang susah untuk dapatkan pekerjaan betol2 ikut bidang kite katanya lg sebab banyak company nak kan lebih pengalaman sekurang setahun. Seperti kak yin dah memohon banyak company especially bank. Tapi, dia masih lagi tidak dapat jawapan dr company dia memohon. Sedih aku dan rosa dengar dia kini menganggur. Kak yin aku kenal sorang yang kuat belajar, aktif dalam persatuan dan baik dengan kenalan2 sekelas. Perbualan aku dengan rosa berakhir dengan tumpuan pada mata pelajaran yang aku ambil. Nasihat Rosa, aku perlu study betol untuk ke empat2 subjek yang aku bawa sekarang. Dia yakin, kalo aku study betol2, insyaallah aku akan dapat result yang cemerlang. Bagi rosa, keempat2 tu sume tough bagi dia dan gred yang dia dapat untuk subjek2 tsebut hanya cukup makan iaitu sekadar B dan C je. Tambah rosa lagi, kalo dia masih ada simpan note2, test2, quiz. Insyaallah dia akan memberi aku pinjam. Syukur Alhamdulilah kerana aku masih ada kawan yang masih sudi membantu aku. Thankz q Allah. Selepas bercakap dengan rosa. Aku kembali sikit rasa kuat dan bmotivasi. Namun, daya konsentrasi untuk ulang kaji pde tidak 100%. Lalu aku membaca saje note pde sambil terbaring atas katil. Lalu ttidur sehingga la jam 6 pagi. Isya pon aku tlepas. Astaghfirullah. Dah bertambah dosa besar aku. Cepat2 aku ambil wudhu solat subuh dan mqada solat isya. Mohon2 solat ku mabrur. Amin. Aku tidak meneruskan tidur pasal aku trasa aku tlebih jam tdo atas katil dan banyak bende yang aku rugi. Lalu aku, mejenguk pakaian2 ku yang aku basuh dengan tangan semalam. Ade yang kering, aku lipat dan simpan dalam locker. Dah habis tu, aku terus mandi dan sambung niatku yang malam semalam untuk ulang kaji pde dah terbantut hampir2 2 jam.

X tahan aku duduk di bangku lame2. Rasa berakar punggung dan asek kerap masuk toilet buang air besar. Ntah apa kene ngan aku. Terukkkk giler perut ku buat peel. Allahhuakhbar. Rasa bosan masuk tandas. Dah la air pili kecik. Sabar jer. Better aku release tensen aku dari kerap masuk tandas, pegi town. Siap2 kan bilik bagi kemas pastu, menukar pakaian berba hijau. Pelik sikit dari ari2 len, aku mengenakan kasut sport hitam pasal bimbang kaki ku akan kotor dan tbakar dek matahari. Hu.. kaki mesti jaga dengan bek. Aku sangat sensitip ngan kaki yang kotor dan kering k. Destinasi ku yang pertama, aku singgah cyber cafe sek 2 pasal download lab pde 4. Sambil2 tu menyelam air g surfing fb. Xde tujuan len hanya buka fb khairul ikhwan hanya sekadar ingin mengetahui perkembangan nya. Sedang page die tgh loading, aku mharap ssuatu tiada onar2 yang buat hati aku rasa tidak senang. Buka saja page dia, dh 2 text die post kat die punye status. Status2 dia tidak ade langsung petanda yang menyata kan yang dia rindu kan aku. Sebaliknya 2 statusnya yang latest 1; chian die mengidam. Haha.

????

2; when you look deep into nature, then you will undertand everything with better. Hu... Ttanya aku dalam hati untuk sapakah status die tujukan?? Aku cube mengorek dsebalik isihati ikhwan dengan penuh tekateki dan aku baca blog wanita yang konon bek dengan nya sekarang/ awek dia. Huu. Berat mulutku untuk melafaz yang ikhwan menerima dia sebagai pegantiku dalam hidupnye. Hm. Patutla. Ade la sikit kaitan. Rupe2nye, wanita itu mengarang blognye bkisar kenapa perlu membenci sedangkan diri itu tidak sempurna. Berjeler2 ayat yang di karangnya. Tp, persoalan kata2 ayat nya adakah masuk dalam akal dan hatinya. Wanita tu dh banyak menganiayai hatiku dan dia sendiri tau. Hm. Manusia la kan. X kan mpamer dan menutup lidah, tapi hampeh. K. Habes je tu. Aku cube mengawal emosi aku dan cube bsikap positif. Habes je surfing fb n download, aku bsiar2 menaiki bus seranas 0.50 sen g sacc mall. Laju je langkah ku singgah kedai buku, mph. Dengan tekad untuk membangunkan diri dengan mencari sumber2 bacaan daripada aku melayan jiwa yg x masuk akal. Huh! Dekat 2 jam lebih tu btafakur dalam kedai tu x tmasuk lagi aku singgah toilet. Ai pekene ler ngan PEWOT OIT. sikap buruk dan keaiban diri.

Sebijik pangai melayu! Suke di puji dan melihat kelemahan kehidupan orang. Sedap di

Sonok habes. Banyak giler buku best2. 1st buku yang aku cari, adalah buku2 sulaman, jahitan, fesyen, reben2. Sume buku2 ni mmg dh lame giler hati aku cube gerak2kan. Kemahiran mjahit x sume orang minat dan x sume org ade. Walaupun bidang aku agak lari dan tsasar, namun apasalah aku mnambah ilmu dengan mende2 gini. Kemahiran ni kalo aku betul2 la. Kompom nye aku expertise dan marketkan diri aku kat sume org. Bole buat duit yang halal oo. Insyaallah. Nurul sabar2 k. Habes puas aku bace2 sume2 ni. Aku beralih kearah buku2 keagamaan. Last2, aku bminat dengan buku indahnya amalan doa penulisan dato ismail kamus dengan berharga rm 35. Agak menarik setelah dekat2 15 min gitu aku membelek2 buku ni. Aku merasakan aku memerlukan pembacaan buku sebegini sebagai langkah ku yang pertama pembentukan peribadiku. Insyaallah. Walaupun, dalam tempoh sibuk dengan clas, menyiapkan note2, exercise, aku akan try mengisi masa dan memanfaatkan buku tu demi kebaikan ku dunia dan akhirat kelak. Amin. 18/01/2011 14:06

ASSIGNMENT MAKIN BERTIMBUN!!! Bagus. He;p

Nurul huda. Be Attitude n Straight Hold A+!!!!!! a. Pde. b. Mat analysis. c. Maf 310 d. Abstact algebra.

Reference book, text book, note lec, personal note, exercise, assignment, tools, hellokitty clock. Keke :-D

Focus, konsisten, systematic planning.

Bersemangat penting.

Dont stress2. Gambatte! Setelah usaha, mesti berserta dengan tawakkal.

Insyaallah setiap ksulitan pasti ade jalan. Yg penting jgn lupa pada illahi. Redha k. 22/01/2011 8:27 One of steps to be happiness.

Keep on journal.
22/01/2011 8:36

Artikel iluvislam

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat
"

Tabarani dari Ibnu Abbas r.a

Mengapakah teruna memilih gadis jelita?

Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati.

begitu?
Gadis itu pada asasnya

Betulkah

bererti wanita yang belum bernikah.

Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik. Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa: 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

4. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

5. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

6. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

7. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

8. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana

kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

24/01/2011 00:37

Aku singgah melihat fb. maybe

kali terakhir. Aku try kuat kan diri dari tll ikot

perasaan. Diam2 ja aku on9. Kawan2 ku tidak siapa yang tahu. Dalam diam aku intai perkembangan kawankenalan2ku yang rapat- dian, sarah, sherin, linda, khairul ikhwan. Kali terakhir? Hehe.. tidak. Aku ingin menurut kata2 abahku. Aku ingin menebus segala kesalahan2 ku dulu ingin menjadi Nurul huda yang dulu selalu kalah dengan kata2 abahnya. Aku sedar Sudah dekat 3 tahun aku menepikan kata2 org tuaku dan kini merasakan org tuaku lah insan yang paling tepat dalam menentukan yang terbaik dalam kehidupanku. Sebelum ni, kedua orang tuaku dah melarangkan aku berlebih2 bgaul kwn2 dalam social network. Tapi, aku buat tidak peduli dan padaku org tuaku tidak up to date. Huuu. Namun, sebalik teguran mereka sebenar nya byk message positif yang nak di sampaikan. Aku tahu, aku dh besar meneingtk ke alam dewasa dan mereka sedar sesuatu yang aku tidak perlu tll keras utnuk aku paham semua ni. Akhirnya aku mengerti. Bertapa rasa bodohnya aku dl. Allahuakhbar. p/s kawan2. Bukan bermaksud aku diam aku sombong. Bukan aku diam, sebab dah ada kekasih baru atau kawan baru aku tidak lagi on9. Ye. Sejak perhubungan ku dengan khairul ikhwan tputus, aku semakin tiada hati untuk 24 jam menhadap laptop. Aku tidak tahan lagi membiarkan hati ku di sakiti dan di seksa oleh nya yang suatu masa dl sangat menyangjungku.

Kawan2. Biarlah aku bersendiri dan aku perlu ruangan diri ku untuk memperbaiki diri serta membina diri yang positif. Insyaallah. Suatu masa nanti aku pasti ketemu kawan2 ku dengan ku yang baru. Masa itu nanti ada antara kawan2 ku dah mendirikan rumah tangga, sedang membina kerjaya dan sebagainya. Aku mendoakan semuanya sihat sejahtera dan hidup diberkati Allah swt di dunia dan akhirat.

25/01/2011 21:02 ALLAHHUAKHBAR. Objektif kite didunia ada 2 samada nak pilih neraka atau syurga. Aku nak syurga. Untuk ke syurga, aku seharusnya taat segala suruhan Allah dan tinggal perkara yang di larangnya. Aku bertekad, untuk menebus segala kesilapan masa lampau ku dengan beribadat pada Allah swt. Hati aku akan belajar untuk cube kuat dan merasa dekat dengan Allah swt. Aku yakin Mimpi ngeri/ sejarah hitam seperti dl tidak akan berulang lagi. Dengan itu, jiwa, perasaanku lagi merasa tenang dan masih sikit2 lagi dibayangi bila ku melihat orang2 di sekeliling seakan2 berperangai mcm ku suatu masa dl.

Bila ku melihat mereka baik aku tidak mengenali mereka atau sangat mengenali, terasa hati ku tersentuh. Ingin shj aku bkongsi cerita dengan mereka untuk mereka ambil teladan setelah apa yang menimpaku sebelum ini. Zaman sekarang yang sangat terdedah dengan kecanggihan teknologi, budaya moden yang melalaikan, ramai yang tidak menerima dengan teguran yang berpengalaman. Mereka lg alpa dengan kesedapan nikmat. Tp, tidak sedar nikmat sebenar nya dr Allah. Tp, mana mereka aku rasa dr gerakan hatiku mereka boleh terima teguran, aku tegur. Bukan nak lagak eksen. Tp, peristiwa ku y dl. Sgt perit ku lalui sehingga aku buntu dengan point hidupku kat dunia. Hm.

Dlm hati ku, mereka y nmpk di depanku, aku mendoakan mereka lekas berubah dan kembali ke illahi. Lafaz abah lailahailallah masih terngiang di telingaku apabila dia merasa sesuatu perkara yang dia tidak senang. Oh tsentak aku rasa dengan lafaz itu. Bertapa tingginya kedudukan Allah dibandingkan dengan kite yang tiada apa2, miskin dan lg hina. Dari setiap perkara yang berlau di dunia ini semuanya atas kehendak Allah swt. Kita tiada hak dan apa yang kite nampak serta rasa kite mampu redha dengan ketentuannya. Insyaallah, kesulihatan ada hikmahnya yang Allah

siratkan yang kita tak nampak sedangkan sebalik kesulitan kita itu Allah ingin menimpakan sesuatu yang indah ibarat bunge ros yang mewangi yang kita tidak tahu. Yakin Allah adalah ar rahman dan arRahim.

Tp, asalkan kesulitan itu kite kene lah hadapi dengan tabah, berusaha, dan berserah pada Allah dengan berdoa. Namun, kite hanya lah hamba yang hanya turut kehendaknya. Bila kita tsilap langkah, kita tidak lagi boleh berpatah balik kerana masa tidak bputar dan berlalu pergi. Jadi, kite melaluinya dan beranggap apa yang berlaku kerana Allah. Allah ingin meguji keimanan kite. Setiap masa, saat, minit, jam, hari, bulan tidak tahu berapa lama riwayat kite kat dunia. Hm. Sangat2 kite menghargai dan jaga masa itu perlaburan yang menguntungkan di dunia dan di akhirat. Kite jangan biarkan masa kite habis dengan yang tidak mendatang apa2 untung. Ingat di dunia kite semua hanya pinjam dan sementara.

Ingatlah Nurul huda, Allah menimpakan sume ujian ini kerana Allah masih sayang kan kita untuk kite semakin bijak, matang dan paling utama Allah hendak kite hanya bdoa dan memnita segala bantuan kepada Nya dengan cara solat, puasa, dan macam2 lagi. Jadi, jalan terbaikku yang aku pilih adalah aku menjaga segala ibadat ku dengan bertaubat-

tundukkan jiwa, hati, dan fikiranku kepada Allah


(indahnya amalan

serta memohon ampun daripada segala dosa


doa, 2010).

Jalan yang aku pilih ni adalah yakin dan tepat kerana aku akan selamat bek di dunia dan di akhirat. Balasan kebaikan tidak semestinya dpt di dunia, insyaallah Allah maha adil,lg mengetahui segala2 nya untuk hambanya akan di balas di akhirat hingga ke akhir hayat. Nurul huda kini ingin pandang ke hadapan. Bagi mereka yang memilih jalan simpang, boleh get loosssssssssss. Dont cut my journey, may Allah swt bless us. Hm! Ok! Cukupla itu sahaja diary nrulhuda untuk coretan selama 50 min. Ku habis kan penulisan journal ku dengan lagu mulanya cinta; siti nurhaliza @ utube.com. he;p Salam. Love, Nurulhuda shafie.

26/01/2011 18:32

Aku menyapu safi ubat gigi untuk merawat jerawat kecik2. Menjaga wajah itu penting meaaa. Hahaha. Bile ade je jeawat, ters wajah bgt kusam jesteru tidak fun ari diri ku lg2 aku bcadang untuk membuat part time modelling. Aku dah jumpe tawaran kerja di kosmo. Alhamdulilah barangkali inila peluang aku untuk mcungkil bakat. Maka, mulai arini aku akan pastikan aku akan menitik beratkan soal pjagaan diri! Tettttttttttttttttt.Oh yeah.x sangka singgah 2 jam di lib untuk mrs ubah angin utk ulang kaji test sok dan sambil menyulam air aku membaca majalah jelita tbaru y disediakan di sana. X sangka, rawatan y ku reka sdr tlh ade jg d gunakan oleh penulis majalah tu. Mmg ye. Spjg aku meningkat umor, mula jerawat mrt tumbuh2 lg2 tme stress. Mmg laaa 3,4 bikik tumbuh. Menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Alhamdulilah dengn ubat gigi ini, sgt mujarb dan bkesan. Hahha. X yah susah2 spend duit utk beli ubat jerawat y harga berwatuss2 hinggit. Hu:( Sokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk testttttttttttttttttttttttt pde. Aku

sangat berharap dapat 100%. Mlm ni, akan ku tingkatkan volume latih tubi ku. Insyaallah aku yakin dengan diri yang aku boleh buattt.!!!!! Bai. Gambatte kudasai nurul huda san!!!!!! ^_^

28/01/2011 7:26 Kelmarin selesai je test pde. =;= trs laparrrr, ngantuk, lemah2. Heee. Trs shut g cafe kt fac beli mknn n tapau bw blik ke bilik. Dlm pjalann pulang dkt2 dwn al ghasali, ak tgelincir n tjatuh. Mujur x ramai y ade kt situ tnmpak aku wat aksi free. Huuuu. Kalo ade pong, aku wat slmber je n pdg depan. Hmm. Sakittttttt nye kaki lutut aku. Nape jdik gini???? Ni sah! Aku berangan sms jalan x pong tapak kasut terompah aku dh haus. Dh dkt 1 thn setengah aku tak tukar kasutt y br. Kasut tu br petanda, aku kene beli y br.

Ssampai je kt bilik kolej, aku tsedar y ak ttgal kunci blk. Aduiiiiiiiiii dugaan lg. Kot2 la ade tasha n mira. Aku ketuk bilik bkali. Namun, xde rezki. Aku cube crik alternatif len n pergi pejabat kolej manetao kot2 la kan ade kunci spare.

CISSS! HAMPEH! MENYAMPAH AKU TGOK AKAK PEJABAT. BR KEJE BAPE ARI. DAH TUNJUK ACT. Eeeeeeeeeee. Langsung x de perasaan epety. Katanya die boleh bg kunci. Tp di kene kan syarat samada 1. Melati bole bg kunci tp nama awak di kenakan tatatertib. 2. Awak tunggu kawan awak je. Arghhhhhh dengan keadaan lutut y sakit2, bdn lemah2. Ak x melwan ape die ckp. Kalo xxxxx. Huuu. X pe2. Aku sabarkan je. Dlm hati ku kata, syarat tu cm die reka2 kan sdr je. Bangangggggggggggggggggggggggg akak tu mantel aku rs. Kalo pangai tiada kelembuatan hati n di tambah lg ngan bdn y besar tu. Hm. Ade ke nak d jdikkan calon bini? Hu. Ke situ pulak pikiran aku dh trs bengang. Astaghfirullah al azim. Aku trs x pkir ape dh. Aku shut g bilik kak yus. Mknn y aku tapau tu aku mkn sampai abes. Puassssssss. Pastu x tau nk wat pe. Sembag jap ngan k yus n ttbe ajak teman die g beli hotspot. Hm. Mata berair kuar. Nk study utk subj petang ni xde buku plak. X tau nk buat gapeeeeeeeeee. Haha. Ape lg. Ak landing ats katil k yus. X bole bla sedap plak aku tdo ats katil die. Lame kott dkt2 3 jam. Melampau btollllllll aku. Hahahhaa.. Bile jam 3.30 tsedarnye aku y aku ade class. Minta kebenaran k yus utk pinjam pcuci muka. Wow. Kak yus pakai jenama apricot. Cm mahal tu. Product tu x ramai y paki. Heran aku ngan k yus. Product cm ni ade org paki. Presentation apricot sgt x menarik. X pe. Syukur sgt k yus pinjam kan ak utk remove makeup aku. Dah2 Cpt2 aku solat zohor n siap2 g classs.

Hm. Sempat plak k yus menyakat aku. Ko x nk jummpe deris ke? Die kem salam kt ko. Ala just kwn2 je la ngan die huda haha lawak giler k yus. Boleh plakkk mlwak ngan aku petang2. Mane la aku kenal si derisssssss tu. Adoi.

Tepat jam 4. Aku tbe sampai ke class finance. Aku dok dpnn sekali brisan 1st. X nak la aku dok sebelah fikah y kebelankang tu. Dok sebelha die agak menyakitkan. Mujur member sebelah aku simpan kan hangout utk aku sbb last day sekali aku x dtg. Ngt jugak die kt aku. Alhmadulilah. Dh le g ke las sehaelai sepinggan. Ketika dlm kelas, ak sangka kan aku akan bkyk topic ttgal. Tp. Ok la aku bole pic up faster. Lecturer ajar topic br. So far ok.

Eaa jam 5 ptg. Lecturer abes kan kelas awal. Best gilerr!! Dsebb kan ats permintaan rkn sekelas, lecturer trt kan. Nakal2 dak kelas aku ni. Dorang sume juniur aku. Ok la aku rs sgt selesa ddok dlm kelas tu. Byk atr dorang x sombong.

K2. Abes kels jam 5. Trs tekak ku haus. Lalu beli air kotak soya y d jual d bwh bgnn fac pggian. Ushh. Legaaaaaaaaaaaaaa gila.Dh tu , aku shuttt ke bilik k yus utk ambil hp ku y ttgal. . Thankz so much k yus for everyting- he. Nasib k yus x blepas ke perak lg. Alhamdulilah. Dh tu. Aku usha jap bilikkku kot2 la dorang dh blik. Sangkaan ku meleset. Aku tggl kt dorang. Harrap2 dorang x blik ke kg masing. Kalo xxxxxxxxxxxxxxxxx. Lenggang kangkung aku blik bangi nnti. Uwaa. Fikiran x tenang sgt. Tp bole kontrool lg. Aku singgah jap bilik tv. Ttbe lalu kt koridor ars bilik. Ak tegur die minta bantuan. Chargekan hp aku. Alhamdulilah die sudi bantu aku. Muke die n gelagat die nmpak bekkk. Hehe. Lamaa gilakkk x tgok anugerah n cintaa. Pa la jdik crita tu seterusnya. Aku tgokla cite tu sampai tmt. Mengelamun sorang2 tgok watak aira n nabila. Hee. Lawa pelakon tu. Teringin cantik cm mereka ngan kaya kelembutan n perwatakan menarik y mjdikan kegilaan laki2. Wow.

mmmm......... destinasi sterus g surau solat asarr. Hati tenang sikit. Aku g amek hp kt memeber sorang tu. Alhamdulilah. Aku pulang kan kebaikan die dgnn memberi die sikit kunyeh y y aku beli kt bwh bgnn melati. Senyum ja dieee n katanya die tidak mharap balasan ape2. He. Dlm hati ku segan dengn nya y aku x sgt kenali. Asal tgok muke die bek. Ok kot die tu.

Sekembali aku g cari top up. Huuu. Dlm purse aku hanya ckp2 utkk ku byr hutang mira n tambang nk blik banggi. Alahai. X pe la. Ak korban kan 10 hinggit. Pkir blik sok2 aku akn top up gak. Kang sok2 tkt ade emergency case aku perlu call org. X pe positifff. Pe nak buattttttttt ni ?? tahsaaaaaaaa??? Miraaaaaa?? Yani????? Akhirnya tasha jawab pggilan aku. Lg mggembirakan die kt dc. Alahmdulilah sgtt2. Aku x hadapi ni sume sorang. Aku teman kan die beli belah kt dc. 29/01/2011 16:42
Islam merupakan agama yang syumul mencangkupi semua masyarakat dan bidang semenjak insan yang pertama Adam a.s sehinggalah Nabi utusan akhir zaman Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama yang cukup lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai. Untuk apa Allah Taala menciptakan manusia mempunyai fitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah Taala untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah S.A.W pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui dan mengiktiraf fitrah manusia yang ingin mendambakan cinta. Namun persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa? Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak.

Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin? Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama fiqh terdapat beberapa ulama yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri. Baiklah, penulis akan mengungkapkan beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masingmasing. Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk

mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara. Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survivaldan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan. Hukum Menyanyi Lagu-lagu Kasih Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad S.A.W membenarkan hamba menyanyikan lagu berbentuk kasih (jiwa) dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah S.A.W menyuruh Aesyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aesyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl (Hadith riwayat Ibnu Majah) Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadith Nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur tentang cinta.

Islam Dan Cinta Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Tanamkan dalam diri anakanak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi sematamata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu) Yusuf (12:24) Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya: (1) tidak dibenarkan pergaulan bebas. (2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram. (3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.

(4) menjaga pandangan mata. (5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan. Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya. Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu. Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Anda mungkin juga menyukai