Anda di halaman 1dari 5

ASSIGNMENT 1

1) WHO AM I?
2) WHERE AM I?
3) WHERE AM I GOING?
4) HOW TO GET THERE?
1) WHO AM I?
Nama saya Siti Khadijatulrraadiah. Nama singkatan ada yang panggil Khadija, ada yang panggil
Rraadiah, ada yang panggil Siti dan ada nama glamour DJ. Alhamdulillah orang tuaku memberi nama
yang sangat indah buatku. Walaupun aku & perangaiku tidak seindah namaku. Atas izin Allah, aku
dilahirkan tepat hari Jumaat, 1 Mac 1996. Hari kelahiran yang InShaaAllah penuh berkah. Aku lahir di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Aku anak kedua dari 12 adik beradik. Abah aku ada dua isteri.

Aku menghabiskan masa dari kecil di rumah di alamat Jalan Dato Musa, Kampung Pasir, Johor
Bahru, Johor. Abah merupakan penduduk asal di situ dan ummi pula asal dari Melaka. Sekitar tahun
2005, kami sekeluarga berpindah ke Kulai, Johor. Tepatnya di Taman Putri. Kami sekeluarga hidup
sangat sederhana. Aku bersekolah di 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah kerana faktor keluarga.

Aku bukanlah pelajar yang pandai di sekolah hanya mendapat 3A2B semasa UPSR. Selepas
peperiksaan itu aku bersekolah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putri dari tingkatan 1
sehingga habis PMR. Pada masa itu aku dapat masuk kelas Rancangan Khas, orang kata kelas tu untuk
budak pandai. Aku pelik macam mana aku boleh masuk kelas tu sebab aku hanya dapat gred yang bagi
aku masa tu tidak boleh dikategorikan sebagai bijak. Tapi Alhamdulillah sebab aku lulus UPSR masa itu.

Aku sebenarnya seorang yang pendiam sejak sekolah tadika lagi. Aku pun kurang pasti kenapa.
Semasa aku darjah 2 aku pernah dibuli oleh 2 orang pelajar lelaki dalam kelas yang sama. Nak tahu tak
macam mana mereka boleh berhenti kacau dan buli aku? Kalau taknak tahu pun aku beritahu jugak
hahaha, masa tu aku tengah buat kerja sekolah lepas tu salah seorang dari mereka datang mengganggu
aku menulis di buku latihan. Aku tidak pasti masa itu respon yang tidak disangka-sangka sebab aku
sedang memegang pensil yang tajam dan dalam keadaan marah aku tercucuk tangan lelaki tu
menggunakan pensil yang tajam baru lepas diasah. Berdarah tangan dia. Aku masa tu muka macam tak
bersalah mungkin sebab lama dah tahan sabar dengan dia. Sejak berpindah ke Kulai aku tidak dengar
lagi khabar berita tentang mereka. Aku hanya didenda berdiri di luar dari pagi sampai balik sekolah.

Selepas habis PMR di SMKTP aku bersekolah sebentar di sekolah kluster SMK Bandar Putra, Kulai
sebelum aku mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA). Seterusnya, selepas
tamat SPM aku mendapat tawaran ke Matriks Kedah tetapi aku tidak pergi. Sedih sebenarnya
melepaskan peluang keemasan sebegitu tetapi aku lebih memikirkan keluarga aku yang akan terpaksa
mengeluarkan kos yang banyak kerana tempat belajar jauh. Jadi aku hanya memilih untuk sambung
belajar di dalam Johor sahaja iaitu di Kolej Yayasan Pelajaran Johor dalam bidang Perakaunan.
Alhamdulillah aku habis Diploma dan selepas itu aku bekerja di TESCO Kulai sebagai Promoter Pakaian.
Oh ya selepas kejadian darjah dua itu aku bukan lagi seorang yang pendiam malah seorang yang banyak
cakap dan biasalah manusia biasa pasti ada sikap dan perangai yang buruk seperti panas baran macam
aku. Aku seorang yang suka berseorangan. Siapa yang tak kenal aku memang akan kata aku sombong.
Sampaikan lecturer yang tak kenal aku kata sebelum dia mengajar kelas aku dia kata orang gelar aku
badi sebab jarang senyum. Ya aku jalan seorang diri takkan nak senyum sorang-sorang tak pasal dilabel
gila. Tapi lepas lecturer tersebut mengajar kelas aku baru dia kenal aku seorang yang ramah dan suka
buat lawak yang sememangnya spontan tapi tak lawak pun. Aku tidak ramai kawan tapi aku seorang
yang senang didekati, diajak berbual dan pendengar setia ya. Ya, bukan selalu boleh puji diri sendiri kan.
2) WHERE AM I?
Dimanakah aku sekarang? Ya. Aku sedar sekarang aku sedang di dalam pejabat rumah
anak yatim sibuk mengerah buah fikiran untuk assignment 1. Berpeluh walaupun dah pasang
penghawa dingin di ruangan kecil ini. Aku di sini. Semua pasti tertanya-tanya macam mana dan
bagaimana aku boleh ke Kelantan. Jauh. Sangat jauh dari kampung halaman aku. Aku tak
pernah jejak kaki ke sini, tak pernah niat akan bekerja di rumah anak yatim ini. Tapi itu semua
suratan takdir. Baiklah, permulaan untuk semuanya apabila aku terasa ingin belajar agama
tetapi ingin mencari tempat yang tidak mengenakan bayaran pembelajaran. Masa tu aku masih
bekerja di Tesco mencari duit saku walaupun sebenarnya sejak kecil lagi aku bekerja sambilan.

Aku bodoh tapi aku cuba. Takpelah, aku mengetahui keberadaan tempat ini pun dari
whatsapp group usrah. Jika tidak, mungkin aku agaknya tengah kerja apa sekarang ya? Entah itu
pun aku kurang pasti kerana aku tidak pandai jadi mungkin aku akan bekerja sebagai promoter
sampai bila-bila. Itu bukan keutamaan aku masa tu, jadi aku hanya bertanya kepada ahli dalam
group tersebut tentang tahfiz yang percuma. Itulah sebab sekarang aku di sini. Aku ke sini sejak
2017 lagi. Bulan April 2017 aku datang menaiki kereta api. Pertama kali juga pada masa itu aku
memberanikan diri menaiki kereta api. Aku datang seorang diri sahaja sebab aku yang
membuat keputusan untuk berdikari pada masa itu.

Aku sebenarnya tak terfikir pun nak kerja dekat sini. Niat nak belajar sahaja. Tapi pada
masa itu pengurus di sini tidak cukup kakitangan untuk urusan pentadbiran jadi, ustaz minta
aku uruskan akaun. Aliran kewangan di sini tak sesukar kerja di syarikat lain kerana di sini
banyak berkait dengan urusan perbelanjaan dapur, pembinaan dan hal-hal biasa sebagai
sesebuah pertubuhan kebajikan. Pada masa itu, aku bukan seorang staf di pejabat sahaja tapi
sebagai warden asrama yang selalu juga kena bangun awal kejut pelajar yang bersekolah untuk
bersiap sebelum van sekolah tiba. Boleh bayangkan aku terasa seperti nampak tua dari usia
sebab asyik marah-marah sahaja. Hahahah. Pada masa itu pelajar 65 orang.

Aku seronok. Walaupun niat aku nak belajar tu tak berapa nak tercapai tetapi aku
belajar perkara lain dalam kehidupan baru. Hidup bersama-sama dengan pelajar yang kurang
kasih sayang keluarga, yang dibuang keluarga, yang memberontak kerana terpaksa duduk di
asrama yang penuh dengan peraturan dan tidak mendapat kebebasan yang mereka mahukan.
Aku tengok semula diri aku, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Keluarga. Aku cukup kasih
sayang keluarga. Dan sepatutnya aku kena lebih bersyukur setiap hari kerana keluarga aku
masih ada. Masih ada walaupun aku sekarang berjauhan dengan mereka. Aku berdoa supaya
keluarga aku sihat dan aku sempat buat kebaikan untuk mereka. Aku banyak dosa terhadap
mereka. Aku harap mereka sentiasa memaafkan anak mereka ini.

Maaflah tiba-tiba rasa sayu je nukilan hati aku ni. Aku pun tidak pasti jawapan aku ini
menjawab atau tidak soalan di atas. Tapi itu lah keberadaan aku sekarang di rumah anak yatim..
3) WHERE AM I GOING?
Ke mana aku hendak pergi? Aku berhenti sejenak bila membaca soalan ini.
Aku tidak pasti. Aku nak ke mana ya selepas ini? Aku tak boleh mengarang atau
menulis pengalaman atau kisah masa aku kecil kerana ini melibatkan masa
hadapan. Aku berasa seperti aku hanya berserah pada takdir yang akan
membawa aku ke mana-mana yang akan aku dibawa segerak dengan berlalunya
masa sekarang hingga ke masa yang akan datang. Buat masa ini aku masih di sini.

Baik, aku akan menyatakan ke mana aku mahu pergi selepas dari ini. Aku
mahu pergi ke suatu tempat yang cantik dan menenangkan. Aku ada perasaan
nak travel macam orang lain. Ya, sebab aku selalu tengok orang lain siarkan kisah
kehidupan mereka. Barangkali kerana itu aku rasa ingin juga menjadi seperti
mereka kan. Harapan aku biarlah aku boleh sentiasa tetap bersama keluarga aku.
Boleh travel ramai-ramai. Boleh mengerjakan ibadah haji dan umrah bersama
keluarga aku. Tapi semestinya keutamaan aku adalah mereka dahulu kan. Aku tak
pernah tanya apa impian mereka. Mungkin lepas ni aku dah boleh mulakan
bertanya perkara-perkara sebegini. Tetapi, yang lebih penting supaya akan datang
merupakan fasa yang lebih baik untuk keluarga aku dan juga adik beradik aku.

Aku pernah berimpian ingin membina rumah tanpa tingkat bagi


memudahkan ibuku yang berkerusi roda untuk bergerak ke sana ke sini dan ke
mana-mana kawasan dalam rumah impian aku. Aku tak pasti jika soalan ‘where
am I going’ itu bermaksud impian atau apa. Tapi takpelah, aku selitkan sekali
dalam nukilan aku. Maaf sebab bagi aku asalkan aku masih bersama keluarga itu
yang amat penting untuk masa depan semua orang kan. Aku nak setiap adik
beradik aku ada bilik masing-masing tanpa perlu berkongsi bilik sehingga kan
ruangtamu rumah flat kami jugak dibahagi dua untuk bilik anak-anak lelaki.
Diletakkan rak di tengah sebagai pemisah ruangan. Aku ada adik paling kecil
sekarang berumur 5 tahun, semoga masa depan keluarga aku akan lebih terjamin
pada masa akan datang. Aku berharap keluarga aku sentiasa sihat dan gembira.
4) HOW TO GET THERE?
Macam mana nak sampai ke situ? Aku mungkin kena cari kerja yang
lebih menjamin masa depan dan aku boleh buat simpanan dengan baik.
Aku perlukan duit jika nak mendapatkan apa yang aku impikan. Aku
tanya Halim maksud soalan yang ‘where am I going’ tu the Halim kata
lebih kurang career path aku. Hmmm, aku rasa lepas ni kalau nak
ikutkan aku dah selesa berkhidmat dekat sini. Tapi jika aku inginkan
kehidupan yang lebih baik aku kena cari kerja lain yang ada gaji bukan
saguhati atau elaun bulanan sahaja. Jadi, mungkin lepas ni aku kena
fikir untuk cari kerja yang lebih baik. InShaaAllah. Aku kena usaha lebih
untuk dapatkan duit dan bekerja keras semestinya.

Pasal career akauntan aku takde terfikir untuk cari kerja bidang itu
sebab takut stress je sebab yela banyak benda dan perkara yang kena
fikir dan hadam. Aku bukan pelajar yang pandai dan bijak jadi mungkin
aku akan berbisnes jual produk orang lain kerja sambilan di mana aku
tidak akan tertekan sangat. Untuk mengelakkan migrain je. Aku sejenis
yang banyak fikir jadi asyik sakit kepala sahaja.

Apa yang aku boleh cakap, aku kena cari jalan yang tepat untuk
aku capai impian aku walaupun aku dari kosong sekarang ni dengan
kisah-kisah silam yang sentiasa menghantui aku. Aku kena kuat dan
lawan untuk masa depan adik-adik aku yang masih kecil lagi. Aku
sebelum ni tidak terfikir berkenaan ini tetapi, lebih baik aku bersiap
sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang
dalam hidup aku. Semoga aku jumpa jalan untuk tambah pendapatan.

Anda mungkin juga menyukai