Anda di halaman 1dari 39

KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

TUGASAN 2: PENULISAN KREATIF



DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIK NO TELEFON
BALKIS BINTI OMAR D20111049559 0125083101


NAMA TUTOR E-LEARNING: PN. SAMSIAH BTE MOHD JAIS
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2011





Anda dikehendaki menulis sebuah penulisan kreatiI berkaitan dengan kehidupan anda
semenjak kecil sehingga anda berjaya menjadi guru. Penulisan kreatiI bermaksud seperti
cerpen pendek dan novel pendek. Penulisan ini dinilai berdasarkan aspek-aspek positiI
pembangunan sahsiah yang anda alami sepanjang kehidupan anda yang boleh dicontohi dan
menjadi teladan kepada pembaca.

'Selamat Hari Guru, cikgu! Terima kasih sangat sangat cikgu sebab dah susah payah
mendidik saya selama ini. Kata-kata Amalina, salah seorang anak didikku, dan ia telah
mematikan lamunanku. 'Terima kasih Amalina, balasku sambil membalas pelukan Amalina.
Dapat kurasakan perasaan anak ini yang dahagakan ilmu daripada insan yang bergelar guru.
Tanggal 16 Mei ialah tarikh keramat bagi setiap insan yang bergelar pendidik di Malaysia ini.
Ia membawa suatu makna yang paling mendalam bagi mereka, masakan tidak kerana pada
hari itulah jasa-jasa para pendidik dihargai oleh setiap lapisan masyarakat. Begitu juga aku.
Kini baru aku tahu bahawa aku sememangnya telah membuat satu keputusan yang tepat
dengan menjadikan pekerjaan ini sebagai satu proIesion yang aku cita-cita satu masa dahulu.
Masih segar kiranya ingatanku semasa aku masih lagi digelar budak hingusan yang tidak
mengenali erti kehidupan yang sebenar. Baruku sedar bahawa sepanjang kehidupanku selama
ini, ia mengandungi sedikit pembangunan sahsiah yang ku kira dapat digunakan sebagai
bekalan ketika berkhidmat. Pengalaman hidup sepanjang aku menjadi seorang guru seperti
sekarang kembali menerjah Iikiranku.

Dilahirkan di dalam keluarga yang serba sederhana dan mengamalkan nilai-nilai
keagamaan yang tinggi, seawal usiaku 9 tahun lagi, aku sudah dididik untuk bersiap dengan
sendiri tanpa mengharapkan bantuan emak dan ayah. Kerana bagi mereka, usia sebegitu
sudah cukup bagus untuk aku berdikari meneroka dunia ini. Selain aku juga menjadi anak
harapan ayah dan emak untuk membantu mereka menjalankan kerja-kerja mengemas rumah
memandangkan aku merupakan salah satu anak tunggal perempuan dalam keluargaku.
Kadang-kadang teringat aku apabila aku dilarang untuk keluar bermain bersama rakan-rakan
atas alasan emak menyuruh aku membantunya memasak. Hidup berdikari dalam usia semuda
itu amat membantu aku kini. Aku merupakan anak ke dua daripada empat orang adik
beradikku yang lain. Ayahku sangat menitik beratkan ilmu pendidikan kepada anak-anaknya
kerana bagi beliau ilmu sahajalah yang dapat membantu kita kelak. Pada waktu malam
sahaja, ayahku sendiri akan mengajar kami adik beradik dalam menyiapkan kerja sekolah
kerana ayahku juga seorang guru.


'Ayah! Macam mana mahu buat jawab soalan yang nombor lima ini? aku menyoal
soalan sambil meyuakan buku kepada ayah. Tidak dapat dinaIikan aku tidak menggemari
matematik. Menyusahkan kerana terlalu banyak kira-kira! Pada ketika itu, ayah yang sedang
menanda buku-buku anak muridnya terus mengambil buku latihan daripada tanganku. Nilai-
nilai ayah ku kini memang ku warisi dan sekarang sedang aku amalkan dalam kehidupan
keluarga ku kini. Ternyata, anak-anak ku sehingga kini sentiasa mendengar kata, syukur
alhamdullilah.

'Oh! Soalan ini senang saja. Cuma tambahkan kemudian darab. Faham? Cuba
buat!,arah ayah sejurus memberi penerangan yang ku kira amat berkesan. Sejujurnya aku
sangat suka menanyakan soalan kepada ayah kerana ayah pasti punyai cara yang tersendiri
untuk menerangkan kepadaku.

'Terima kasih ayah. Saya sudah dapat jawapannya., terang aku kepada ayah. 'Kalau
sudah siap, pergi masuk tidur. Sudah lewat ni. Ajak adik-adik sekali! Pesan ayah seraya
melihat jam di dinding yang sudah menginjak ke angka 10. Memang pantang kiranya untuk
kami berjaga malam selepas jam 10. Kata ayah, kita perlu tidur awal bagi memastikan kita
tidak mengantuk apabila di kelas nanti. Ayah tidak akan membiarkan kami adik beradik
untuk menonton televisyen pada lewat malam walaupun pada hujung minggu. Fuh!

Sangat disiplin ayahku ini. Mentang-mentanglah guru besar.`, omelku di dalam hati.
Aku tidak pernah sesekali membantah arahan ayah, kerana aku tahu ini juga untuk kebaikan
kami adik beradik. Patuh kepada arahan ayah begitu sebati di dalam diriku, sehingga kini,
aku begitu patuh kepada arahan orang atasanku, kerana aku pasti setiap apa yang mereka
berikan tentu ada baiknya untuk diriku. Malam itu, aku tidur dengan nyenyaknya sehinggalah
kedengaran suara ayah mengejutkan tidurku. Walau pun semangat ayahku sentiasa
bersamaku, cuma ayah ku jadi Guru Besar, rasanya aku tak le, kerana tak sanggup dan tak
mampu untuk mengarahkan orang lain.




'Kalam, Adli, Fendi, Balkis! Bangkit! Solat subuh! Jangan malas. Cepat! Kita
berjemaah sekali. Pekikan ayah mengejutkan kami untuk bersolat subuh. Sudah pasti, ayah
yang akan mengimamkan solat subuh kami. Selesai bersolat, aku dilarang untuk tidur semula
kerana kata emak rezeki akan lari! Aku yang pada mulanya berkeras tetapi lama kelamaan
diikutkan jua. Sekiranya pada hujung minggu begini, aku akan membantu emak menyediakan
sarapan pagi dan kami akan bersarapan bersama.

'Semua dah ada? Kalam! Baca doa ! Arah ayah sambil memandang antara kami
seraya mengangkat kedua belah tapak tangan tanda bersedia untuk berdoa. Ayah akan
memastikan ahli keluarga kami mencukupi atau beliau tidak membenarkan salah seoarang di
antara kami menyentuh makanan terlebih dahulu. Jadi terpaksalah kami mengumpulkan ahli
keluarga terlebih dahulu sebelum mengajak ayah makan. Sebagai seorang kakak, sudah
menjadi tanggungjawab aku untuk mengumpulkan adik-adikku yang ligat bermain di luar
rumah.

'Selepas makan nanti, mak nak minta tolong anak-anak mak ke kebun belakang rumah
tu. Mak cadang nak bersihkan semak kat belakang kemudian nak tanam bendi. Boleh kan?,
tanya mak sambil memandang ke arah kami adik-beradik. Oleh kerana emak merupakan suri
rumah sepenuh masa, jadi masa-masanya digunakan untuk bercucuk tanam, tambahan itu
memang merupakan hobi emak. Ayah juga menggalakkan kami makan sayur yang ditanam
sendiri. Selain menjimatkan wang, ia juga lebih selamat dimakan.

'Hm. Kalam tak boleh la mak. Sekejap lagi Kalam nak pergi rumah Abu. Kami nak
bincang hal pelajaran. Laju sahaja abang long menuturkannya. Nak mengelak la tu!

'Adli pun tak boleh la mak! Adli sibuk petang ni. Ada hal sikit., Adik aku pula
memberi alasan untuk mengelak daripada berpanas. Nampaknya, semua nak mengelak.
Tinggal aku je ni.

'Takpelah mak. Nanti saya tolong mak. Lepas makan, kita pergi ya!, kataku sambil
memandang tepat ke mata mak. Emak terus mengangguk dan tersenyum dengan kata-kata ku.
Kemudian, kami meyudahkan sarapan pagi kami dengan senyap. Sayangkan adik beradik ku
ini terbawa-bawa hingga kini, sekarang aku begitu sayang kepada anak-anak murid ku.
Selesai makan, seperti yang dijanjikan, aku terus menyediakan barang-barang yang perlu
dibawa ke kebun. Tidak kulupakan topi besar untuk menghalang panas matahari meratah
kulitku secara ketara. Kemudian, aku dan emak berjalan beriringan ke kebun belakang
rumah.

Kami mula berangkat pulang apabila matahari sudah terpacak di kepala. Aku tidak
sanggup melihat emakku di bawah panas matahari sedangkan aku sendiri sudah mengaku
kalah. Timbul rasa kasihan dalam diriku melihat emak terbongkok-bongkok membubuh biji
benih ke dalam tanah.

Pejam celik pejam celik, kini umurku sudah menginjak 15 tahun. Satu umur yang aku
kira sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dengan sendiri. Tetapi aku silap kerana
pada umur beginilah, ayah semakin kerap mengawasi segala tingkah laku dan hala tuju aku.
Terlalu banyak soalan yang diajukan kepadaku walhal aku cuma ingin keluar sebentar ke
kedai. Entah apa yang dirisaukannya. Kadang-kadang aku pula yang naik rimas ditanya
pelbagai soalan seperti seorang pegawai polis lagaknya.

Oleh kerana aku berada di tingkatan 3, aku dibebani dengan tanggungjawab yang
lebih berat. Pada tahun ini, aku akan mengambil satu peperiksaan besar iaitu Sijil Rendah
Pelajaran (SRP). Aku dikehendaki untuk belajar lebih giat lagi memandangkan itu sahaja
peluang yang aku ada untuk mencapai cita-cita aku. Sudah banyak kali ayah aku berpesan
kepadaku mengenai kepentingan untuk aku lulus dalam sijil ini. Sebagai seorang anak,
masakan aku sanggup membiarkan harapan ayahku untuk melihat anaknya lulus dibiarkan
ditiup angin bayu sahaja. Aku tidak sanggup!

Kami juga kerap melakukan solat hajat beramai-ramai dan sudah pasti ayah lah yang
akan mengimamkan solat sunat tersebut. Kata ayah, selain dari mengejar kejayaan di dunia,
kejayaan di akhirat juga harus dititik beratkan. Ayah sentiasa menasihatkan kami supaya
menjaga hubungan sesama manusia dan yang paling penting hubungan kita dengan ALLAH,
si Pencipta Yang Maha Besar.



'Ayah doakan kamu lulus dalam SRP hujung tahun ini. Ayah cuma ingin ingatkan
dalam kita mengejar kemewahan hidup, janganlah kita lupakan hubungan kita dengan Yang
Maha Kuasa. Sesungguhnya, apabila kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, insya-
Allah, hidup kita akan sentiasa dirahmati dan diredhai. Ingat pesanan ayah ni baik-baik.
Jangan sampai kita lupa akan tanggungjawab kepada pencipta walau sesibuk mana pun
kita.Setiap malam, kita reIleksi semula diri kita dan cuba untuk memaaIkan orang lain.
Namun, sekiranya kita rasa kita mempunyai salah terhadap orang, kita perlulah memohon
maaI kepada individu tersebut secepat mungkin. Kalau boleh, janganlah ditangguh-tangguh
niat yang murni itu.,pesan ayah panjang lebar berunsur nasihat kepada kami semua.

'Tapi ayah, macam mana kalau orang tu tak maaIkan kita?, tanyaku kepada ayah
sambil melihat ke anak matanya.
Ayah tersenyum sebentar sebelum menyambung hujahnya.
'Kalau macam itu, sudah tidak apa-apa. Itu urusan dia dengan Allah. Siapa kita untuk
tidak memaaIkan orang lain. Sedangkan Nabi maaIkan umat, inikan pula kita ni cuma
manusia biasa saja. Yang penting kita sudah mengakui kesalahan kita dan sudahpun
memohon maaI dari individu tersebut.Sekiranya dia berkeras tidak mahu memaaIkan kita, itu
terpulanglah kepada dia. Apa yang ayah nak tekankan, permohonan maaI kita itu mestilah
ikhlas dari hati dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi., jawab ayah dengan
penerangan yang sangat berkesan sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk ayah ke kiri dan
ke kanan. Bersungguh-sungguh nampaknya ayah menerangkan kepadaku. Aku mengangguk
tanda Iaham sambil memeluk erat ayahku. Aku berasa sangat dilindungi dan terharu dengan
apa yang di perlakukan oleh ayah. Aku dapat rasakan kasih seorang ayah itu mengalir deras
dalam diriku ini. Selepas kami bersalaman, aku kemudiannya melipat tikar dan kain
sembahyang dan disimpan di tempat yang sepatutnya. Aku sudah Iaham benar dengan
perangai ayah yang sangat mengutamakan disiplin dalam diri setiap anak-anaknya. Beliau
sangat pantang apabila tikar sembahyang tidak dikemas seperti sedia kala selepas
menggunakannya.





Di dalam bilik, mataku tidak minta untuk ditutup, tetapi otakku ligat menyuruh aku
berIikir tentang kata-kata ayah tadi. Aku termangu sambil memikirkan kembali apa yang
dituturkan oleh ayah semasa kami di tikar sembahyang tadi. Aku mula merangka-rangka
wajah-wajah yang perlu aku minta maaI secepat mungkin. Hatiku tiba-tiba menjadi sebak
apabila tergambar keluar wajah suci emak dan ayah di Iikiran. Ternyata sudah banyak dosa
dan kesalahan terhadap mereka berdua. Aku berazam untuk memohon maaI kepada mereka
berdua pada esok hari.Ya! Itulah niat yang perlu aku segerakan besok.

Pada hujung minggu itu, ayah dan emak tiada di rumah. Ayah pula tidak perlu ke
sekolah pada pagi itu. Cuti sekolah la katakan. Maka waktu itu dipenuhi dengan emak dan
ayah untuk memenuhi jemputan jemputan perkahwinan jiran tetangga. Di samping
menghadiri rewang anjuran penduduk kampung yang memang mengharapkan bantuan orang
ramai dalam menyempurnakan majlis perkahwinan mereka.

Aku tidak mengikuti emak dan ayah kerana bimbang tiada orang akan menjaga rumah
sepanjang ketiadaan mereka nanti. Nak diharapkan abang? Entah kemana hilangnya budak
itu! Aku juga diamanahkan oleh mereka berdua untuk menjaga adik-adikku yang lain.
'Nanti jangan lupa masak .Ajak adik-adik tu makan. Nanti kelaparan pulak mereka tu!
Jaga rumah dan adik-adik. Kalau nak harapkan abang kau jaga rumah, kirim salam ajelah!,
pesan emak sambil menyalam tanganku dan kemudian berlalu pergi beriringan dengan ayah.
Oleh kerana duduk di kawasan kampong, ayah tidak perlu menggunakan kereta untuk
bergerak ke rumah jiran. Ditambah pula dengan jalan di kampung yang kecil dan bertanah
merah akan meyusahkan lagi pergerakan sekiranya ayah memandu kereta.
' Baiklah mak. Jangan risau. Nanti saya tengoklah apa yang boleh dimasak kat dapur tu.
,terang aku kepada emak. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti apa yang aku katakana kepada
emak sebentar tadi. Barang-barang di dapur pun aku tidak tahu ada atau tidak!







Aku mula ke ruang tamu untuk membersihkan kawasan itu. Aku mula menyapu lantai
di ruang tamu, mengemop dan membersihkan kipas serta tingkap. Seharian aku mengemas
rumah. Kemudian, seperti yang disuruh emak, aku mula menyelongkar peti ais untuk mencari
bahan-bahan yang boleh dimasak buat makan tengah hari itu. Puas aku terbongkok-bongkok
mencari bahan, namun pencarianku nampaknya hampa. Tiada bahan yang boleh aku masak!

Takkan aku nak masak mee segera pulak ?`, aku bermonolog sendiri. Nak suruh si
Kalam beli barang, dia pulak tiada ! Adik-adik aku pulak entah ke mana dia menghilang! Apa
yang perlu aku buat ni! Nampaknya, terpaksalah aku berdikari membeli barang sendiri.
Alahai la nasib. Sejujurnya , aku sendiri tidak pasti barang apa yang perlu dibeli. Takut juga
kalau kalau tersalah beli barang nanti. Aku mengambil keputusan untuk keluar ke kedai dan
membeli apa yang patut. Ini lah masanya untuk aku berdikari kerana jika tidak, sampai bila
mahu aku bergantung kepada mak dan ayah sahaja!

Setelah mengunci pintu rumah dan mengambil beg duit, aku terus mengayuh basikal
menuju ke kedai. Aku memilih barang-barang yang kurasakan perlu dan kembali ke rumah
secepat mungkin. Risau juga aku kalau-kalau adik adikku pulang dan melihat aku tiada di
rumah. Aku mengayuh pulang ke rumah dengan harapan adik-adiku masih belum pulang.
Harapanku cerah apabila tiada petanda-petanda bahwa mereka sudah pulang. Lantas aku ke
dapur dan mula memasak untuk juadah tengah hari itu.

5 tahun selepas itu, aku sudah menginjak ke umur yang lebih dewasa. 20 tahun!
Peperiksaan STPM sudahpun aku tempuhi. Hanya menunggu keputusannya sahaja. Pada usia
sebegini, sudah pasti tanggungjawab pun semakin berat menimbun di bahuku. Umur ayah
dan emak pula sudah semakin meningkat dan kebelakangan ini, kesihatan mereka aku lihat
sudah tidak berapa elok. Aku mula risau dan khuatir melihatkan keadaan mereka sekiranya
berterusan begitu. Adik-adikku sudah memasuki ke sekolah berasrama penuh dan amatlah
mustahil untuk mereka menjaga emak dan ayah. Jadi hanya tinggal aku sahaja yang mereka
harapkan untuk menjaga makan pakai mereka. Aku tidak pernah merungut langsung kerana
aku tahu itu salah satu tanggungjawabku sebagai seorang anak, atau lebih tepat lagi sebagai
seorang kakak. Sejak kebelakangan ini, emak sudah jarang berkebun di belakang rumah.
Mungkin kerana Iaktor kesihatan atau mungkin juga Iaktor cuaca yang tidak menentu.
Sekiranya mempunyai waktu terluang, aku sendiri yang akan ke kebun belakang rumah dan
melakukan apa yang sepatutnya. Kadang-kadang aku membuat batas, mencabut rumput dan
kadang-kadang aku menanam biji benih. Untung-untung hasilnya nanti bolehlah aku jual!

Demi mencari duit poket sendiri, aku mula mengusulkan tentang hasrat untuk bekerja
kepada ayah. Yang pasti tempat bakal aku bekerja pun aku tidak pasti di mana. Aku hanya
mengikuti teman baikku, Mariam. Katanya mahu bekerja di sebuah kilang yang terletak di
bandar. Hanya 30 minit dari kawasan perkampungan kami. Terbayang kembali perbualan
aku dengan Mariam pada petang. Pada petang-petang begini, memang aku dengan Mariam
akan berbual kosong di pondok belakang rumahnya. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
sangat menyamankan diriku. Aku berasa sangat tenang di sana.
'Marilah ikut aku! Gajinya boleh tahan besar juga. Dapatlah kita merasa pegang duit
sendiri. Lagipun, kalau kau terus-terusan duduk di rumah, mana kau nak dapat duit banyak
macam itu ? Sekurang-kurangnya, boleh lah kau bantu mak dan ayah kau! Ringanlah sikit
beban mereka nanti. Adik-adik kau tu pun masih belajar kan? Ni lah masanya untuk kau
jalankan tanggungjawab kau, Kis! terang Mariam panjang lebar kepadaku. Tangannya ligat
digoyangkan kesana kemari lagak seperti seorang cikgu sahaja gayanya!

Bukan aku tidak tahu yang Mariam sedang berusaha bersungguh-sungguh
memujukku untuk bekerja bersamanya. Masakan ibu bapa nya akan memberi izin kepadanya
jika dia bekerja tanpa teman. Kini aku pula yang diajak untuk bersamanya. Secara jujurnya,
aku bukan tidak mahu, tetapi apa yang aku risaukan ialah ayah! Aku sangat takut sekiranya
ayah akan membantah cadanganku untuk bekerja sambilan. Kalau diikutkan hati, mahu
sahaja aku kata ya saat itu. Bukan soal gaji yang aku Iikirkan, tetapi apa yang aku kejarkan
ialah pengalaman bekerja. Sampai bila aku mahu duduk di dalam rumah sahaja. Aku juga
seperti remaja yang lain di mana pada umur beginilah mereka berlumba-lumba mencari
pekerjaan sambilan.
'Kis! Kau dengar tak ni? Berangan pula kau ni! Aku tanya kau serius, kau main-main
pula. Apa lah kau ni ! So, kau nak tak? Aku harap sangat kau ikut aku! Kau sahaja lah kawan
aku dunia akhirat, Kata Mariam sambil tersengih sengih memandangku. Tersentak aku
dibuatnya! Malu bukan kepalang aku apabila ditangkap sedang berangan. Tahu-tahu sahaja
dia ni aku tengah berangan.


'Kau ni Yam! Buat terperenjat aku sahaja. Nasib baik aku ni takda sakit jantung.
Kalau tidak, alamatnya dah arwah la aku ni! Aku bukan berangan la Yam, aku ni sedang
memikirkan soal masa hadapan negara! Haha!, aku cuba berlawak untuk menyembunyikan
rasa malu yang masih bersarang dalam diriku.
'Haha! Banyak la kau punya masalah negara! Masalah negara konon! Berangan kekasih
la tu kan!, marah Mariam sambil menyiku lenganku.
'Aku bukan berangan kekasih la! Kekasih pun tiada! Aku sebenarnya nak ikut kau! Tapi
mengenangkan ayah aku tu, buat aku Iikir dua kali. Nak tanya dia pun, aku takut! Macam
mana kalau dia tak bagi?, aku sudah mula berkira-kira memikirkan tindakan ayahku.
'Oh! Kau cuba la pujuk ayah kau. Mana la tau dia lembut hati nak bagi kau kerja sambilan
tu. Andai kata dia tak benarkan, tidak mengapa la. Aku boleh ajak kawan lain ikut aku,
pujuk Mariam sambil mengusap lembut bahuku.
'Terima kasih Yam. Nanti aku cuba tanya ayah aku. Aku memang nak sangat kerja
sambilan. Cari pengalaman la katakan, aku membalas sambil menyimpulkan senyuman yang
paling manis buatnya.
'Balkis! Kau buat apa dekat luar tu! Masuk! Kunci pintu rumah tu! Nanti masuk dek
pencuri dah lain ceritanya nanti!,pekikan emak dari dapur mengejutkan aku sekaligus
mematikan lamunanku. Aku yang rupanya berada di pangkin rumah segera masuk ke dalam
selepas mengunci pintu rumah. Langkahku untuk ke dapur terhenti apabila melihatkan ayah
sedang menonton televisyen di ruang tamu. Mukanya tampak serius benar sahaja, siap
dengan pelbagai mimik muka. Kadang-kadang kedengaran juga suara ayah yang seakan
sedang marahkan sesuatu. Maklumlah menonton Buletin Utama.
Ayah aku ni macam Perdana Menteri sahaja gayanya`, sempat aku berbisik di dalam
hati, geli hati sebenarnya melihat kelakuan ayah itu. Aku melangkah ke dapur dengan seribu
satu harapan. Mengharapkan ayah memberi keizinan untuk aku bekerja sambilan.
Lama aku di dapur, akhirnya aku ke ruang tamu dengan membawa secawan kopi dan
sepiring biskut. Aku meletakkannya di atas meja dihadapan ayah. Aku tidak terus ke dapur
tetapi aku duduk di soIa berdekatan dengan ayah sambil memerhatikannya. Apabila
melihatkan tiada tanda-tanda ayah ingin menyapaku, aku mula mengurut bahu ayah perlahan
untuk menarik perhatiannya.
'Kamu buat baik pada ayah ni mesti bersebab kan? Cuba kamu bagitahu ayah apa yang
kamu mahu?, tanya ayah sambil menyuruh aku duduk bersebelahan dengannya.
'Sebenarnya, tadi saya ada berbual dengan Mariam. Dia ada bagi tahu tentang
rancangannya untuk bekerja sambilan. Mariam mengajak saya untuk turut serta. Boleh tak
ayah?,sambil berhati-hati aku menuturkan kata-kata.
Ayah tidak terus menjawab pertanyaanku, sebaliknya dia menghirup kopi yang di atas
meja. Kemudian, baru ayah bersuara.
'Kamu nak kerja di mana? Bila? Kamu pasti dengan keputusan kamu ini?, ayah bertanya
sambil memandang tepat ke anak mataku. Jadi seram sejuk pula aku dibuatnya.
'Yam kata kerja dekat kilang di bandar tu ayah! Jadi operator katanya. Kalau ayah
izinkan, awal bulan depan dah mula kerja. Daripada saya duduk dalam rumah sahaja, saya
rasa elok kalau saya cari duit poket sendiri, ayah. Boleh juga bantu ayah dan emak. Saya nak
belajar hidup berdikari. , terang aku tanpa berselindung.

'Baiklah. Kalau itu kata kamu. Ayah ikutkan sahaja. Tapi, ingat! Kamu tu perempuan,
jangan suka balik lambat. Habis kerja, terus balik rumah. Jangan nak melencong tempat lain
pula!, pesan ayah panjang lebar.

Tanpa sebarang kata, aku terus memeluk ayah dan mengucapkan terima kasih.
Nasihat ayah akanku ingat sampai bila-bila. Hatiku melonjak kegirangan. Aku terus masuk ke
bilik dan mendail nombor Mariam. Aku ceritakan segalanya kepada Mariam.
Sudah beberapa tahun aku bekerja di kilang tersebut sebagai operator. Nampaknya, aku
tiada keserasian di situ. Aku merasakan jiwa aku tiada di situ. Lantas, aku mengambil
keputusan untuk berhenti bekerja di kilang itu.
Ayah tahu akan keputusan aku berhenti kerja. Justeru, ayah mencadangkan aku bekerja
sebagai guru sandaran melalui program Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Aku yang
pada mulanya rasa tidak yakin, akhirnya bersetuju dengan cadangan ayah.

Setelah enam bulan bekerja, aku rasa sangat seronok mengajar mereka. Setiap hari
aku ke kelas, ada sahaja kerenah anak muridku yang mencuit hati. Semakin hari, aku semakin
seronok dengan kerjaku. Aku berjaya menggunakan kepakaranku (dididik mengasuh adik-
adik) untuk memikat hati anak muridku. Mungkin benar kata ayah, aku mewarisi jiwa
pendidik sepertinya. Setelah setahun bekerja sebagai guru sandaran, aku mula mencari jalan
untuk menjadi guru. Atas dorongan ayah, aku akhirnya mengambil keputusan untukmemohon
program Kursus Dalam Cuti (KDC). Penath lelahku naik turun Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD), akhirnya berbaloi apabila aku diterima dalam program itu.
Aku akhirnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Mohd Khalid di Johor Bharu.
Aku yakin dengan diiringi restu ibu bapa, aku pasti temui kejayaan di situ. Aku hanya akan
mengikuti kuliah pada waktu cuti sahaja. Itu sangat memudahkan aku untuk menjaga makan
pakai emak dan ayah di rumah.
Setelah tiga tahun aku menuntut ilmu,akhirnya sudah tiba masa aku mencurahkan ilmu
yang aku perolehi kepada anak bangsaku! Aku sudah merasa tidak sabar untuk berkhidmat di
sekolah! Apa yang perlu aku tunggu ialah penempatan sekolah sahaja.


Penantian aku berakhir apabila aku ditempatkan di sekolah pertamaku . Sekolah
Kebangsaan Kulai 2! Pada mulanya aku rasa takut untuk mengajar kerana aku hanyalah
seorang guru baharu. Jika hendak dibandingkan dengan cikgu cikgu lama di sini, aku berasa
sangat kerdil kerana masih banyak ilmu yang pelu aku isi dalam menjadi seorang guru yang
cemerlang. Masih panjang liku-liku kehidupanku! Aku dibesarkan dengan penuh
kesederhanaan, keadaan inilah yang menyebabkan proIesion perguruan amat sesuai dengan
diriku. Di sekolah jarang sekali kita dapati orang membandingkan apa yang kita ada atau
tiada.

Selama aku mengajar, banyak kemahiran-kemahiran yang aku dapat sepanjang
pengalamanku di rumah dulu dan sewaktu aku bekerja sebagai operator. Tida ketinggalan,
ayahku yang sentiasa memberi nasihat kepadaku. Aku yakin ayah lebih ariI dalam bab-bab
begini kerana ayah jua seorang guru sepertiku! Pada saat begini, memang aku mengharapkan
bantuan ayah kerana aku pasti ayah memahami jiwaku kini. Dengan bantuan dan semangat
yang diberikan oleh ayah dan ahli keluarga yang lain, aku akhirnya berjaya mendidik anak
bangsa dengan cemerlang! Walaupun kadang-kadang perangai anak muridku seperti kanak-
kanak, namun aku punyai cara tersendiri untuk menangani mereka.

'Cikgu Balkis! Saya ingin ke dewan utama. Cikgu mahu ikut saya? Kalau mahu, marilah
kita gerak. Majlis Sambutan Hari Guru dah nak mula tu. Tinggal kita sahaja yang masih di
sini., kata-kata Cikgu Salinah mematikan lamunanku sama sekali. Aku baru sedar yang
tinggal aku dan Cikgu Salinah sahaja yang tinggal di dalam bilik guru ini. Mungkin yang lain
sudah bergerak ke dewan utama. Timbul rasa segan pula pada Cikgu Salinah kerana aku tidak
perasan langsung suasana bilik guru yang kini sudah lengang. Entah bila rakan-rakanku
meninggalkan bilik guru. Nasib baik juga Cikgu Salinah ada, kalau tidak, sampai esok pun
aku masih disini!

'Eh Cikgu Salinah rupanya. Boleh juga. Saya pun sudah berkira-kira mahu pergi ke dewan
utama. Marilah kita pergi bersama-sama. Kataku sambil bangun untuk menyusun hadiah-
hadiah yang diberikan oleh anak didikku di atas meja. Aku berterima kasih pada mereka, tapi
sejujurnya aku tidak mengharapkan balasan berbentuk hadiah daripada mereka. Aku ikhlas
mendidik mereka dengan harapan mereka menjadi insan yang berguna kelak. Itu sahaja lah
yang aku harapkan daripada mereka semua!

'Mari Cikgu Salinah!, aku berjalan mendapatkan Cikgu Salinah di muka pintu. Dia sudah
sedia menantiku dengan senyuman manisnya. Kemudian, kami berjalan beriringan ke Dewan
Utama sambil berbual bual mengenai aturcara pada hari itu.

Itulah aku sekarang! Aku sekarang sudah bergelar seorang guru hasil didikan emak
dan ayah. Aku bangga dengan apa yang aku lakukan sekarang. Kini sudah lebih 20 tahun aku
berkhidmat sebagai guru. Aku sangat yakin dengan apa yang ku pilih sekarang. Aku
berkahwin juga dengan seorang guru. Kami dikurniakan 4 orang anak, dan anakku yang
kedua kini sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim. Aku sangat bersyukur kerana anak keduaku punyai jiwa seorang pendidik seperti
aku. Aku berbangga menjadi seorang guru dan akan ku turunkan segala nilai-nilai
pembangunan sahsiah kepada anak ku yang bakal menjadi seorang guru. Aku yakin ia sangat
berguna untuknya apabila mula mengajar suatu hari nanti. Aku bersyukur kepada Ilahi atas
segala nikmat yang diberinya. Dengan keringat yang ada dan rezeki yang dilimpahkan akan
ku teruskan perjuangan para guru. Tidak lupa juga setiap kali sambutan hari guru ini, aku
sedekahkan al-Iatihah kepada insan guru yang telah meninggalkan kita semua. Aku sentiasa
berharap semua semangat yang ada ini akan mendorong diriku untuk mengenggam segulung
ijazah akan tercapai.









KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

TUGASAN 3 (1)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIK NO TELEFON
BALKIS BINTI OMAR D20111049559 0125083101


NAMA TUTOR E-LEARNING: PN. SAMSIAH BTE MOHD JAIS
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2011






%:,8,3

1) Buat perbandingan di antara teori psikoanalisa dan teori keperluan Maslow.

Banyak teori yang telah membincangkan tentang pemikiran dan tingkah laku manusia
di dalam perkembangan sahsiah. Antara teori itu ialah teori psikoanalisis yang dipelopori
oleh Sigmund Freud dan teori keperluan oleh Abraham Maslow. Perbandingan di antara teori
psikoanalisa dan teori keperluan Maslow adalah seperti berikut;

a) Teori psikoanalisis
Sigmund Freud mempelopori kajian tentang pembentukan sahsiah manusia berpunca
daripada sesuatu tenaga dari dalam diri manusia itu sendiri. Feist (1985) dalam Azizi Yahaya
(2010), menyatakan bahawa hasil interaksi tenaga ini akan menghasilkan keseluruhan siIat
dan tingkah laku manusia. Kajian Freud banyak memIokuskan interaksi kuasa dalaman yang
wujud dalam diri manusia. Hubungan melalui tenaga naluri sejati mendorong tingkah laku
manusia untuk mencapai sesuatu tujuan. Teori psikoanalisis mencadangkan bahawa revolusi
konIlik dalam awal hayat menjadi asas untuk sahsiah dewasa. Dengan perkembangan
individu melalui peringkat-peringkat perkembangan, ego bertindak membantu di antara
dorongan naluri yang tidak disedari, id dan nilai sikap dan superego (Vasudevan T. Arasoo,
1991).Tenaga inilah yang memotivasikan tingkah laku manusia mencapai tujuan
kehidupannya. Menurut Freud (1985) dalam Azizi Yahaya (2010) , terdapat tiga kompenan
utama yang dikenali sebagai 'Id, 'Ego dan 'Superego wujud dalam mendorong tingkah
laku manusia.
Othman Mohamed (1997), menjelaskan id, ego dan superego seperti berikut;
Id diandaikan semua gejala yang berkecuali dalam pemikiran seorang individu. Dalam
pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud sejak dilahirkan. Id dianggap
sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, diwarisi, dan sedia ada dalam diri manusia. Id
adalah satu gejala bawah sedar. Ia merupakan satu tenaga yang primitiI. Id siIatnya tidak
teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id adalah
sumber libido. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan sendiri secara
mendadak. Oleh itu id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud, ia adalah tidak teratur
dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitiI, id merupakan penggerak
psikologikal yang tidak perlu dipelajari dan ia bersiIat naluri.
Ego bertentangan dengan id. Ia tidak wujud semasa seseorang manusia itu dilahirkan.
Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat mengikut perjalanan kehidupan seorang
manusia. Ia sentiasa berada pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan
dan boleh menyesuaikan Iungsinya mengikut keadaan. Ego berkembang melalui hubungan
sosial dan identiIikasinya dengan orang lain, dan objek di dalam alam sekelilingnya. Ia
adalah alat untuk memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, egolah yang akan memainkan
satu Iungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu.
Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identiIikasi akan memainkan peranan yang
penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara Iungsi ego
adalah ego dapat bertindak terhadap perkara-perkara yang mendatangkan dalam bentuk
kecemasan, biasanya konIlik atau pertentangan antara id dengan super ego. Di dalam
kecemasan ego mempunyai dua cara untuk bertindak. Pertama ego boleh menggunakan
segala pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata. Selepas itu, ego boleh
bertindak terhadap tingkah laku menyelesaikan masalah berdasarkan pengalaman dan
sosialisasi. Kedua, ego berupaya untuk menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-
helah dengan memesongkan keadaan sebenar. Apabila kaedah ini berIungsi dan mengambil
alih tingkah laku, keadaan ini ternyata sebagai mekanisma bela diri ego. Antara mekanisma
bela diri di dalam ego ialah pendaman, rosotan dan sublimasi.
Super ego merupakan elemen yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis.
Super ego adalah hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan asas
dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu dan
bapa, mahu pun masyarakat dan didikan agama. Moral yang demikian akan dipelajari hasil
daripada asuhan semasa seorang manusia itu masih diperingkat umurnya kecil dan
berkembang dengan penerapan moral sehingga sebati dengan hati nuraninya.
Super ego sepatutnya boleh mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan
seperti ibu bapa kepada seorang individu, ia berperanan saling mengingatkan keadaan,
suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, dan tingkah laku. Ego
sentiasa wujud dan berperanan sebagai imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di
kalangan orang Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas untuk
memakai kasut. Manakala perbuatan menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam
rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu.
Mengikut teori ini setiap manusia dilahirkan dengan idnya yang tersendiri. Id akan
berperanan sebagai dorongan 'biological dan tenaga naluri dalam memotivasikan manusia
menghasilkan tingkah laku mengikut kehendak dirinya sendiri bagi memuaskan
kehendaknya. Motivasi dan naIsu adalah tingkah laku secara tidak sedar dan tidak akan
dipengaruhi oleh input luaran. Di sini id akan membenarkan manusia mendapatkan
keperluan-keperluan asasnya. Keperluan-keperluan asas ini pula wajar diperolehi sehingga
boleh mengabaikan realiti sesuatu keadaan. Ego pula akan memahami bahawa individu-
individu lain juga akan mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Ego akan
memahamkan bahawa bersikap terlalu individualistik atau terlalu mendesak akan
mendatangkan akibat yang buruk pada diri sendiri. Ego pada peringkat ini akan berperanan
untuk menyesuaikan keinginan-keinginan daripada Id dan mempertimbangkan keinginan-
keinginan tersebut kepada keadaan realiti persekitaran. Kompenan ego dalam diri manusia
akan berusaha mencari jalan penyelesaian yang positiI untuk memuaskan kehendak id dalam
mencapai tujuannya.
Superego adalah kuasa dalaman yang ada pada jiwa manusia yang mengawal segala
kehendaknya dan menentukan kebaikan sesuatu tingkah laku dalam usha mencapai kehendak
id. Superego juga menentukan sesuatu tingkah laku yang bersesuaian dengan suasana
persekitarannya. Superego bertindak mempengaruhi Ego mencari kaedah yang baik dalam
usaha untuk memuaskan kehendak yang wujud dalam id. Kompenan Superego ialah hati
naluri, seperti nilai-nilai moral dan ajaran agama yang menjadi pegangan seseorang manusia.
Nilai-nilai ini penting bagi mempengaruhi keperluan manusia agar tingkah laku yang terhasil
dapat membentuk manusia yang bertamadun. Nilai-niai moral ini akan wujud dan
berkembang hasil daripada didikan dan asuhan ibu bapa serta agamanya. Dengan ini bolehlah
dikatakan, nilai-nilai moral dapat digeneralisasikan sebagai akhlak dalam diri manusia.
Dengan adanya akhlak , ia dapat menghindarkan manusia daripada membuat tingkah
laku yang melangkaui batasan-batasan bagi segala perlakuan yang tidak beretika. Engler
(1985) dan Feist (1985) dalam Azizi Yahaya (2010), menyatakan bahawa ego sedar adalah
hasil daripada pengalaman denda yang berpunca daripada tingkah laku tidak elok dan super
ego ideal adalah daripada pengalaman ganjaran yang berpunca daripada tingkah laku baik.
Freud mengklasiIikasikan naluri kepada dua kategori iaitu:
(i) Naluri Kehidupan (LiIe Instincts)
Naluri Kehidupan ialah naluri untuk manusia terus hidup seperti kepuasan daripada
makanan, minuman, seksual dan kemampuan untuk terus hidup di muka bumi. Naluri
Kehidupan ini berIungsi dengan menggunakan sejenis tenaga yang digelar sebagai Libido.
Libido adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada tenaga atau dorongan seksual,
dan kini ianya telah digunakan secara meluas merangkumi semua jenis naluri dalam
kehidupan manusia.
(ii) Naluri Kematian (Death Instincts)
Naluri Kematian ini adalah yang berkait rapat dengan tingkah laku agresiI dan tingkah
laku yang boleh memusnahkan (destructive). Freud hanya mengulas sedikit sahaja mengenai
naluri kematian ini. Freud yakin bahawa naluri ini merupakan dorongan bermotivasi dalam
diri manusia yang seterusnya menghasilkan tingkahlaku.
Konsep Freud mengenai ego manusia yang menjadi jaringan di antara tuntutan dalaman
daripada id dan tuntutan luaran daripada persekitaran (realiti). Melalui proses ini, superego
memainkan peranan untuk mengawal dan membuat penilaian sama ada ego harus menerima
tuntutan-tuntutan itu dan seterusnya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu
tindakan. Superego seolah-olahnya berperanan sebagai pendinding kepada segala tuntutan
yang cuba meruntuhkan prinsip-prinsip kemanusiaan, sosial, adat istiadat, moral atau
peraturan hidup.
Freud merumuskan bahawa tindakan manusia banyak dikuasai oleh alam batinnya
sendiri. Id, ego dan superego dalam diri manusia bertindak membuatkan manusia selalu
berada dalam keadaan berperang dalam dirinya, gelisah, keluh-kesah dan sebagainya. Dan
hasil yang menjadi kepentingan ialah keseronokan, kejayaan dan kehendak naluri. Id boleh
dijelaskan sebagai dorongan asas dan kemahuan naluri manusia, ego pula sebagai penapis
kepada keinginan dan kemuncak dihumanisasi dan superego pula bertindak sebagai petunjuk
ke arah keunggulan siIat manusia. Akhirnya Freud menyatakan bahawa hidup manusia
banyak dipengaruhi oleh kemahuan id dan kemahuan yang paling besar adalah dalam bentuk
naIsu terutamanya seks.
Di daIam kes ini id telah menjadi punca penggerak naluri yang terdiri daripada dua
jenis: a) penggerak yang membina, terutamanya yang berkaitan dengan keinginan seksual
(naIsu) yang termasuk libido, atau tenaga kehidupan yang asas, dan b) penggerak yang
memusnahkan yang cenderung ke arah sesuatu yang agresiI, meruntuhkan, malah hingga
mengakibatkan kepada kematian untuk melakukan kelakuan pecah amanah. Dalam hubungan
ini, Freud menggunakan istilah 'seks dalam pengertian yang luas yang merujuk kepada
semua perkara yang menyeronokkan (atau nikmat). Fungsi asas ego ialah untuk memenuhi
tuntutan id, tetapi dengan cara sedemikian rupa bagi memastikan kehidupan atau
kelangsungan hayat individu itu.
Perkara ketiga ialah superego, yang merupakan hasil daripada pembelajaran mengenai
batas, pantang larang dan nilai-nilai moral dalam masyarakat. Superego pada asasnya adalah
apa yang kita rujuk sebagai perasaan hati yang membezakan antara yang betul dengan yang
salah, antara yang baik dengan yang buruk.
Id mewakili naluri yang tidak disedari, dipandang sebagai mempunyai dua dimensi
yang berada dalam konIlik tetap antara satu sama lain termasuk kehidupan atau keseronokan
naluri dan naluri seks. Freud telah merujuk kepada kesedaran logical yang berbentuk aspek
reality manusia sebagai ego. Oleh kerana ego berkhidmat untuk menginterprestasikan
kebenaran, reality untuk id melalui intelek dan sebab, di mana kedua-dua ini selalu berada
dalam konIlik yang tetap. Superego dianggap sebagai membantu Iungsi
conscience,(Vasudevan T. Arasoo, 1991).
Ahli-ahli psikoanalisis melihat personaliti seseorang sebagai hasil akhir gerak kuasa-
gerak kuasa yang bertindak dalam diri individu. Salah satu andaian asas teori ini ialah
bahawa kebanyakan tingkah laku manusia bergantung pada naluri-naluri sejadi yang terdapat
dalam diri individu (Ma`aroI Redzuan, 2001),. Teori ini juga menekankan pentingnya
penentu-penentu bawah-sedar tingkah laku. Faktor-Iaktor bawah-sedar ini merupakan Iactor-
Iaktor yang di luar daripada kesedaran individu, dan berperanan mengatur tindakannya. Ini
tidak bermakna teori-teori psikoanalisis mengenepikan pengalaman sedar, malahan teori-teori
tersebut berpegang bahawa pengalaman sedar, malahan teori-teori tersebut berpegang bahawa
pengalaman sedar mesti ditaIsir berdasarkan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat pada Iactor-
Iaktor bawah-sedar.
Sehubungan itu teori psikoanalisis cenderung memberi penekanan pada peranan
manusia sebagai pencipta kebudayaan, dan kurang berperanan sebagai hasil daripada gerak
kuasa-gerak kuasa kebudayaan. Walau bagaimana pun ini tidaklah bermaksud bahawa teori
ini mengetepikan sama sekali pengaruh kebudayaan pada individu (Ma`aroI Redzuan, 2001).
Pada amnya dapatlah dirumuskan bahawa semua manusia dilahirkan dengan siIat-siIat yang
baik, dan Iaktor-Iaktor pembelajaran, nilai, agama, dan pergaulan banyak mempengaruhi
keputusan yang akan di buat. Kegagal ego mengawal id dan diselaraskan oleh superego untuk
membuat keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang
betul lantaran gangguan psikologi kawalan luar yang menghalangnya dari membuat
keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai moral dan agama serta
kerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi.

b) Teori keperluan Maslow
Aliran humanistik muncul pada tahun 1940-an sebagai reaksi ketidakpuasan terhadap
pendekatan psikoanalisa dan behavioristik. Sebagai sebuah aliran dalam psikologi, aliran ini
boleh dikatakan relatiI masih muda, bahkan beberapa ahlinya masih hidup dan terus-menerus
mengeluarkan konsep yang relevan dengan bidang pengkajian psikologi, yang sangat
menekankan pentingnya kesedaran, pembangunan sahsiah diri, dan hal-hal yang bersiIat
positiI tentang manusia. Teori Keperibadian Humanistik Abraham Maslow Psikologi
humanistik diperkenalkan oleh sebagian sekelompok ahli psikologi pada awal tahun 1960-an
bekerja sama di bawah kepemimpinan Maslow dalam mencari alternatiI dari dua teori yang
sangat berpengaruh atau pemikiran intelektual dalam psikologi (Koeswara, 1986 dalam Rani
Setianingrum, 2008).
Psikologi humanistik adalah sebuah sebuah gerakan yang muncul dengan menampilkan
gambaran manusia baik dari psikoanalisis mahu pun behaviorisme, iaitu gambaran manusia
sebagai makhluk yang bebas dan bermartabat serta selalu bergerak ke arah pengungkapan
segenap potensi yang dimilikinya apabila lingkungan memungkinkan (Koeswara, 1986 dalam
Rani Setianingrum, 2008). Abraham H. Maslow adalah tokoh yang menonjol dalam psikologi
humanistik. Karyanya di bidang pemenuhan keperluan berpengaruh sekali terhadap upaya
memahami motivasi manusia. Sebahagian dari teorinya yang penting didasarkan atas andaian
bahawa dalam diri manusia terdapat dorongan positiI untuk tumbuh dan kekuatan-kekuatan
yang melawan atau menghalangi pertumbuhan (Rumini, 1993 Ratna SyiIa`a Rachmahana,
2008).
Seterusnya Ratna SyiIa`a Rachmahana (2008), menyatakan Maslow berpendapat,
bahawa manusia memiliki hierarki keperluan yang dimulai dari keperluan jasmaniah, yang
paling asasi- sampai dengan keperluan tertinggi iaitu keperluan estetis. Azizi Yahaya & Gan
Lui Nam (2008), Maslow membahagikan keperluan-keperluan manusia kepada keperluan
Iisiologi dan keperluan psikologi. Ini dapat dijelaskan melalui Hierarki Maslow. Keperluan
Iisiologi adalah keperluan paling asas seperti makan, minum, bernaIas, berkumuh, rehat, tidur
dan hubungan seks. Manakala, keperluan psikologi adalah mendapat keselamatan, kasih
sayang, harga diri dan kebenaran diri. Menurut Maslow (1968) dalam Azizi Yahaya & Gan
Lui Nam (2008), keperluan pada aras terendah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum
seseorang individu memikirkan peringkat seterusnya. Peringkat seterusnya tidak akan wujud
sekiranya masih tidak dapat memenuhi keperluan di peringkat yang lebih rendah. Menurut
Maslow (1970) dalam Ee Ah Ming (2003), keperluan-keperluan juga dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu keperluan Iisiologi atau hayat dan keperluan psikologi. Keperluan hayat
merangkumi keperluan makanan, minuman, oksigen, pembuangan kotoran, rehat, tidur dan
kejantanan. Keperluan psikologi merangkumi keperluan untuk keselamatan, kasih saying,
harga diri dan kebenaran diri.
Keperluan hayat seperti makan, minum, tidur dan sex menuntut sekali untuk dipuaskan.
Apabila keperluan ini dipuaskan, maka muncullah keperluan keamanan seperti keperluan
kesihatan dan keperluan terhindar dari bahaya dan bencana. Berikutnya adalah keperluan
untuk memiliki dan cinta kasih, seperti dorongan untuk memiliki kawan dan berkeluarga,
keperluan untuk menjadi anggota kelompok, dan sebagainya. Ketidak mampuan memenuhi
keperluan ini dapat mendorong seseorang berbuat lain untuk memperoleh pengakuan dan
perhatian, misalnya dia menggunakan prestasi sebagai pengganti cinta kasih. Berikutnya
adalah keperluan harga diri, iaitu keperluan untuk dihargai, dihormati, dan dipercaya oleh
orang lain.
Apabila seseorang telah dapat memenuhi semua keperluan yang tingkatannya lebih
rendah tadi, maka motivasi lalu diarahkan kepada terpenuhinya keperluan aktualisasi diri,
iaitu keperluan untuk mengembangkan potensi atau bakat dan kecenderungan tertentu.
Bagaimana cara aktualisasi diri ini timbul, tidaklah sama pada setiap orang. Sesudah
keperluan ini, muncul keperluan untuk tahu dan mengerti, iaitu dorongan untuk mencari tahu,
memperoleh ilmu dan pemahaman. Sesudahnya, Maslow berpendapat adanya keperluan
estetis, iaitu dorongan keindahan, dalam erti keperluan akan keteraturan, kesamaan dan
kelengkapan (Ratna SyiIa`a Rachmahana, 2008),.
Azizi Yahaya & Gan Lui Nam (2008), menyatakan hierarki Maslow merupakan satu
susunan keperluan-keperluan dalaman daripada paling kuat sehingga paling lemah, di mana
ia boleh menggerakkan dan mengarahkan sesuatu tingkah laku. Keperluan di peringkat paling
rendah adalah keperluan yang lebih kuat dan sepatutnya perlu bagi mengekalkan kestabilan
hidup. Jika gagal memenuhi keperluan asas, seseorang individu akan mengalami ganguan
Iisiologi dan psikologi.
Menurut Maslow (1968) dalam Azizi Yahaya & Gan Lui Nam (2008), individu yang
sempurna tidak sempurna tidak semestinya mencapai kesemua ciri kesempurnaan kendiri.
Hanya individu unggul sahaja dapat mencapai kesempurnaan kendiri. Remaja sering cuba
mengubah tingkah laku apabila terdapat konIlik kekurangan keperluan diri sendiri dengan
persekitaran. Remaja yang tidak tercapai peringkat yang lebih tinggi dalam hierarki adalah
sukar untuk mencapai kesempurnaan diri dan mudah terpesong ke arah aktiviti melepak.
Ratna SyiIa`a Rachmahana (2008), menyatakan Maslow membezakan antara empat
keperluan yang pertama dengan tiga keperluan yang kemudian. Keempat keperluan yang
pertama disebutnya deficiency need (keperluan yang timbul karena kekurangan), dan
pemenuhan keperluan ini pada umumnya bergantung pada orang lain. Sedangkan ketiga
keperluan yang lain dinamakan growth need (keperluan untuk tumbuh) dan pemenuhannya
lebih bergantung pada manusia itu sendiri.
Maslow menamakan keempat-empat keperluan ini sebagai keperluan untuk hidup,
keperluan Iizikal, keselamatan, rasa dipunyai dan dihargai, serta pemenuhan keperluan diri
yang lain. Keempat-empat ini diletakkan di bawah kategori keperluan deIisien. Apabila
semua keperluan ini sudah Berjaya dipenuhi, maka keperluan ini akan menurun dan motivasi
untuk mencapainya akan berkurangan. Sebaliknya bagi keperluan perkembangan dan
peningkatan keintelektualan serta estetika, seperti keperluan untuk mendapatkan serta
meningkatkan ilmu pengetahuan, menghayati keindahan dalam apa jua bentuk, tidak akan
dapat dipenuhi sepenuhnya oleh sesiapa pada bila-bila masa pun. Malah semakin banyak
seseorang itu mencari ilmu untuk cuba memahami kejadian di sekelilingnya, maka semakin
kurang dia merasa akan dirinya dan semakin tinggi keinginannya untuk mencari dan
meneroka.
Manusia dipercayai mempunyai banyak dan pelbagai keperluan. Keperluan-keperluan
boleh dibahagikan kepada keperluan asas dan keperluan sekunder. Keperluan-keperluan asas
adalah seperti keperluan untuk makanan, minuman, oksigen, masa rehat yang diperlukan
untuk meneruskan hayat kita. Keperluan-keperluan sekunder adalah seperti keperluan untuk
berasa selamat, keperluan kasih saying, penerimaan penghargaan dan kebenaran diri.
Persoalannya, daripada keperluan yang banyak dan pelbagai itu, yang mana satukah
keperluan asas yang perlu dipenuhi dahulu? Keperluan-keperluan ini diperlukan untuk
menstabilkan emosi dan menjadikan hidup kita lebih bahagia lagi (Ee Ah Ming, 2003).
Mengikut Maslow, keperluan manusia bermula dari yang paling rendah iaitu asas untuk
hidup, seperti makan dan minum serta tempat tinggal, kepada keperluan yang lebih tinggi,
seperti pencapaian intelek, sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi, iaitu pemenuhan
kendiri. Maslow juga membincangkan tentang tahap pemenuhan kendiri atau
8elfactuali:ation yang dideIinisikan sebagai the de8ire to become everything that one i8
capable of becoming` (Maslow, 1954 dalam Ee Ah Meng, 2003).
Teori Keperluan Maslow tentang motivasi dapat diterapkan pada hampir seluruh aspek
kehidupan peribadi serta kehidupan sosial. Orang biasa dimotivasikan dengan serba
kekurangan ia berusaha memenuhi keperluan-keperluan asasnya dan ia akan merasa aman,
rasa memiliki, rasa kasih sayang, penghargaan serta harga diri. Manakala orang ternama
dimotivasikan oleh keperluan untuk mengembangkan serta pembangunan sahsiah secara
penuh. Dengan kata lain, orang ternama digerakkan oleh hasrat untuk mengaktualisasikan
diri.
Banyak tingkah laku manusia yang dapat diterangkan dengan memperhatikan
kecenderungan individu untuk mencapai tujuan-tujuan personal yang membuat kehidupan
bagi individu yang bersangkutan penuh makna dan memuaskan (Maslow dalam Koeswara,
1986 dalam Rani Setianingrum (2008). Maslow melukiskan manusia sebagai makhluk yang
tidak pernah merasa puas. Manusia dimotivasikan oleh sejumlah keperluan dasar yang
bersiIat sama untuk seluruh spesies, tidak berubah dan berasal dari sumber genetik dan naluri.
Bagi manusia, kepuasan itu siIatnya sementara. Jika suatu keperluan telah dipenuhi, maka
akan wujud keperluan-keperluan lain untuk dipuaskan. Dengan demikian, keperluan-
keperluan itu juga bersiIat psikologi bukan semata-mata Iisiologi.
Maslow mengajukan gagasan bahawa keperluan yang ada pada manusia adalah
pembawaan, tersusun menurut hierarki. Mengikut ShariIah Alwiah (1984), hierarki keperluan
asas manusia yang diusulkan oleh Maslow ini dapat disenaraikan seperti berikut;
1. Keperluan Iisiologi : makan, minum, seks, tidur, bernaIas dan sebaginya.
2. Keperluan keselamatan : mengelakkan dan mempertahankan diri dari kesakitan,
keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk, gangguan yang dapat mencedera dan
seumpamanya.
3. Keperluan kasih-sayang dan diterima kumpulan : keperluan dikasihi, bermesra,
disayangi oleh seseorang.
4. Keperluan penghargaan : keperluan rasa berkebolehan yang mencukupi, konIiden,
dihargai dan dihormati oleh orang lain.
5. Keperluan pemenuhan kendiri : keperluan jaya kendiri, mengeluarkan perasaan
dalam bentuk seni, menggunakan dan membentuk kebolehan bakat sepenuhnya,
menjadi, atau mencapai tahap pencapaian yang sepatutnya dapat dicapai oleh
seseorang individu.
Senarai keperluan ini merupakan siri perkembangan seseorang individu, kerana
seseorang itu akan beransur-ansur memuaskan keperluan-keperluannya di tahap yang lebih
tinggi (iaitu keperluan empat dan lima) dengan bertambah umurnya (ShariIah Alwiah, 1984).
Maslow menyebutkan bahwa keperluan Iisiologi adalah sekumpulan keperluan dasar
yang paling mendesak pemuasannya kerana berkaitan langsung dengan pemeliharaan biologi
dan kelangsungan hidup. Keperluan-keperluan dasar Iisiologi yang dimaksud, iaitu keperluan
makanan, miniman, tempat berteduh, seks, tidur, dan oksigen. Keperluan Iisiologi merupakan
keperluan yang paling mendesak dan didahulukan pemuasannya oleh individu. Jika keperluan
Iisiologi ini tidak terpenuhi atau tidak dipuaskan, individu tidak akan bergerak untuk
bertindak memuaskan keperluan-keperluan lain yang lebih tinggi. Apabila keperluan Iisiologi
individu telah dipuaskan, dalam diri individu akan muncul keperluan yang dominan terhadap
individu dan menuntut pemuasan akan keperluan rasa aman. Keperluan kepada rasa cinta dan
memiliki adalah suatu keperluan yang mendorong individu untuk mengadakan hubungan
eIektiI ikatan emosional dengan individu lain, baik dengan sesama jenis mahu pun dengan
yang berlawanan jenis, di lingkungan keluarga atau pun lingkungan kelompok masyarakat.
Keperluan akan rasa harga diri dibagi menjadi dua keperluan, iaitu harga diri dan
penghargaan dari orang lain (Maslow, dalam Surpatiknya, 1991 dalam Rani Setianingrum,
2008). Bahagian pertama keperluan harga diri meliputi keperluan akan kepercayaan diri,
kompetisi, penguasaan, kecukupan, prestasi, ketidaktergantungan, dan kebebasan. Bahagian
kedua, penghargaan dari orang lain meliputi prestij, pengakuan, penerimaan, perhatian
kedudukan, nama baik, serta penghargaan. Keperluan akan aktualisasi diri merupakan
keperluan manusia yang paling penting dalam teori Maslow tentang motivasi pada manusia.
Keperluan akan aktualisasi diri sendiri adalah hasrat untuk makin menjadi diri sepenuhnya
sesuai dengan kemampuan dan potensi yang ada pada dirinya.

Kesimpulan.

Sebagai rumusan bolehlah dikatakan kedua-dua teori di atas telah membincangkan
pembangunan sahsiah manusia dari aspek tingkah laku. Bagaimana manusia bertingkah laku
untuk memenuhi keperluan (Maslow) dan keinginan (Freud) telah dikaji dan dapat
memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai manusia. Gabung jalin di antara ke dua-
dua teori akan lebih memberi keIahaman kepada kita, bagaimana manusia bertindak untuk
terus hidup. Kedua-dua teori ini boleh digunakan untuk melihat gelagat manusia dan boleh
dijadikan panduan untuk memahami manusia. Guru perlu menguasai kedua-dua teori ini
untuk lebih memahami muridnya. Dengan keIahaman ini, guru boleh bertindak untuk
menjadikan kerjanya lebih berkesan.









-47,1


Abdul Jalil Borham, (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di
IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat
Kebangsaan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin, (1995). Psikologi Pendidikan 1 : Pertumbuhan
Dan Perkembangan. Petaling Jaya : Logman.

Atan Long, (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn
Bhd.

Azizi Yahaya & Gan Lui Nam, (2010). Pendekatan Teori Terhadap Gejala Lepak, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.eprints.utm.my/.../28.9. html

Ee Ah Meng (1999). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Ee Ah Meng (2003), Ilmu Pendidikan, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ma`aroI Redzuan, (2001). Psikologi Sosial, Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Mohd Nasir Ripin, Azmishah Suratman, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, dan
ZulkiIlee Haron, (2006). Kajian Program Bina Sahsiah StaI di IPTA: Kajian kes di UTM &
USM. Laporan Kajian. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang, (1996). Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma Pendidikan, KualaLumpur
: Kumpulan Budiman.

Othman Mohamed (1997), Perseonaliti Manusia Mengikut Psikoanalisis,
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/modul3&4.htm

Rani Setianingrum (2008), Analisis Aspek Keperibadian Tokoh Utama Dalam Novel
Supernova Episod Akar Karya Sewi Lestari : Tinjauan Psikologi Sastera
http://etd.eprints.ums.ac.id/2354/1/A310040035.pdI


Ratna SyiIa`a Rachmahana (2008), Psikologi Humanistik dan Aplikasinya dalam Pendidikan
http://journal.uii.ac.id/index.php/JPI/article/viewFile/191/180

Siti Fatimah Abdul Rahman, (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang, Kuala Lumpur :
Institut KeIahaman Islam Malaysia.

Syed SoIian Syed Salim dan Muhamad Nasir Bistaman, (2011), Etika Perguruan dan
Pembangunan Sahsiah http://www.mediaIire.com/?2Isgja4124i1n37#1

Vasudevan T. Arasoo, (1991). Psikologi Sukan Dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan,
Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wan Azmi Ramli, (1992). Pembangunan masymasyarakat dari perspektiI kebajikan. Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.


































KKD 2063: PEMBANGUNAN SAHSIAH

TUGASAN 3 (2)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIK NO TELEFON
BALKIS BINTI OMAR D20111049559 0125083101

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN. SAMSIAH BTE MOHD JAIS
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2011







%:,8,3
2) Buat perbandingan di antara teori pembelajaran tingkah laku dan teori realiti.
Banyak teori yang telah membincangkan tentang pengajaran dan pembelajaran murid.
Antara teori itu ialah teori pembelajaran tingkah laku dan teori realiti. Perbandingan di
antara teori pembelajaran tingkah laku dan teori realiti adalah seperti berikut;
a) Teori Pembelajaran Tingkah laku.
Mengikut Iahaman ahli psikologi teori pembelajaran tingkah laku, pembelajaran
merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang berlaku pada seseorang (ShariIah
Alwiah, 1984). Ada juga yang berpendapat bahawa pembelajaran merupakan keupayaan
seseorang untuk berubah dan tidak boleh melakukan sesuatu perbuatan kepada boleh
melakukannya (ShariIah Alwiah, 1984). Pembelajaran juga boleh dikatakan sebagai satu
keputusan daripada pengalaman atau interaksi dengan persekitaran yang akan mengaitkan
tahap keIahaman seseorang dalam menempuh kehidupan. Menurut ahli-ahli psikologi teori
tingkah laku pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam
diri seseorang. Perubahan tingkah laku yang dimaksudkan di sini ialah perubahan tingkah
laku daripada tidak tahu melakukan sesuatu perkara kepada tahu melakukannya (Atan Long,
1991).
Menurut ahli-ahli psikologi teori tingkah laku pembelajaran dikatakan berlaku apabila
terdapat perubahan tingkah laku dalam diri seseorang. Perubahan tingkah laku yang
dimaksudkan di sini ialah perubahan tingkah laku daripada tidak tahu melakukan sesuatu
perkara kepada tahu melakukannya (Atan Long, 1991).
Di mana menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai
akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar
sesuatu apabila ia mampu menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, belajar
merupakan bentuk perubahan yang dialami oleh siswa dalam hal kemampuannya untuk
bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara rangsangan dan respon.
Menurut teori ini yang terpenting adalah masuk atau input yang berupa rangsangan dan
keluaran atau output yang berupa respon. Sedangkan apa yang terjadi di antara rangsangan
dan respon dianggap tidak penting kerana tidak boleh dinilai. Faktor lain yang juga dianggap
penting oleh aliran behavioristik adalah Iaktor penguatan (reinIorcement) adalah apa saja
yang dapat memperkuat timbulnya respon. Bila penguatan ditambahkan (positive
reinIorcement) maka respon akan semakin kuat. Begitu juga bila penguatan dikurangi
(negative reinIorcement) respon pun akan tetap dikuatkan.
Pengkaji behavioris menjelaskan bahawa belajar sebagai suatu proses perubahan
tingkah laku dimana penguat dan hukuman menjadi rangsangan untuk merangsang pebelajar
dalam berperilaku. Pendidik yang masih menggunakan kerangka behavioristik biasanya
merencanakan kurikulum dengan menyusun isi pengetahuan menjadi bagian-bagian kecil
yang ditandai dengan suatu keterampilan tertentu. Kemudian, bagian-bagian tersebut disusun
secara hirarki, dari yang sederhana sampai yang komplek (Paul, 1997 dalam Azizi Yahaya &
Mohd SoIie Bin Bahari, 2010). Pandangan teori behavioristik telah cukup lama diguna pakai
oleh para pendidik. Namun dari semua teori yang ada, teori Skinner (1977) dalam Azizi
Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), yang paling besar pengaruhnya terhadap
perkembangan teori belajar behavioristik. Program-program pembelajaran seperti Teaching
Machine, Pembelajaran berprogram, modul dan program-program pembelajaran lain
yangberpijak pada konsep hubungan stimulus-respons serta mementingkan Iaktor-Iaktor
penguat (reinIorcement), merupakan program pembelajaran yang menerapkan teori belajar
yang dikemukakan Skiner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010).
Teori behavioristik banyak dikritik karena seringkali tidak mampu menjelaskan situasi belajar
yang kompleks, sebab banyak variabel atau hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan
dan/atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon. Teori ini
tidak mampu menjelaskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi dalam hubungan
stimulus dan respon.
Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), dan tokoh-tokoh
lain pendukung teori behavioristik memang tidak menganjurkan digunakannya hukuman
dalam kegiatan pembelajaran. Namun apa yang mereka sebut dengan penguat negatiI
(negative reinIorcement) cenderung membatasi pelajar untuk berIikir dan berimajinasi.
Menurut Guthrie (1991) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), hukuman
memegang peranan penting dalam proses belajar. Namun ada beberapa alasan mengapa
Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), tidak sependapat
dengan Guthrie (1991) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), iaitu, pengaruh
hukuman terhadap perubahan tingkah laku sangat bersiIat sementara, kesan psikologis yang
buruk mungkin akan terjadi bila hukuman berlangsung lama. Hukuman yang mendorong si
terhukum untuk mencari cara lain (meskipun salah dan berisiko) agar ia terbebas dari
hukuman. Dengan kata lain, hukuman dapat mendorong si terhukum melakukan hal-hal lain
yang kadangkala lebih buruk daripada kesalahan yang diperbuatnya.

Seterusnya ahli psikologi teori tingkah laku juga mempertekankan kepentingan konsep
pemberian respons yang positiI dan negatiI ke atas tindak balas yang diberi oleh murid dalam
pembelajaran. Menurut mereka respons positiI yang diberi ke atas tindak balas yang
dikehendaki boleh mengukuhkan lagi keIahaman murid serta membolehkan penghasilan
tindak balas yang sama berlaku berulangkali (Ee Ah Meng, 2003).
Ahli psikologi tingkah laku juga menitikberatkan pemberian motivasi di dalam
pengajaran di mana mereka berpendapat motivasi dapat mempertingkatkan minat murid
terhadap pembelajaran (ShariIah Alwiah, 1984). Skinner mengambil kira motivasi sebagai
satu unsur yang penting di dalam pembelajaran. Walau pun motivasi yang diIokuskan oleh
Skinner kebanyakkannya berbentuk kebendaan tetapi beliau tidak menaIikan kehadiran
motivasi dari segi bukan kebendaan. Sebenarnya motivasi itu sendiri terbahagi kepada 2 jenis
iaitu motivasi luaran dan motivasi dalaman (Ee Ah Meng, 2003). Motivasi luaran merupakan
ganjaran yang berbentuk kebendaan seperti hadiah yang akan diberi kepada murid yang
memberikan tindak balas yang diingini manakala motivasi dalaman merupakan ganjaran yang
bukan berbentuk kebendaan seperti kata-kata perangsang, pujian dan nasihat. Dari segi
kekuatan, motivasi dalaman memberikan kesan yang berterusan di dalam diri murid
manakala motivasi luaran adalah sebaliknya.
Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), lebih percaya
kepada apa yang disebut sebagai penguat negatiI. Penguat negatiI tidak sama dengan
hukuman. Ketidak samaannya terletak pada bila hukuman harus diberikan (sebagai stimulus)
agar respon yang muncul berbeza dengan respon yang sudah ada, sedangkan penguat negatiI
(sebagai stimulus) harus dikurangi agar respon yang sama menjadi semakin kuat. Misalnya,
seorang pelajar perlu dihukum karena melakukan kesalahan. Jika pelajar tersebut masih saja
melakukan kesalahan, maka hukuman harus ditambahkan. Tetapi jika sesuatu tidak
menyenangkan pelajar (sehingga ia melakukan kesalahan) dikurangi (malah bukan ditambah)
dan pengurangan ini mendorong pelajar untuk memperbaiki kesalahannya, maka inilah yang
disebut penguatan negatiI. Lawan dari penguatan negatiI adalah penguatan positiI (positive
reinIorcement). Keduanya bertujuan untuk memperkuat respon. Namun bezanya adalah
penguat positiI menambah, sedangkan penguat negatiI adalah mengurangi agar memperkuat
respons.
Di mana teori pembelajaran tingkah laku ini mempunyai kekuatannya, di mana ia
mempunyai kebolehan menangani pembelajaran peringkat asas dan juga bagi tujuan
pembangunan kemahiran. Namun begitu teori ini juga mempunyai kelemahannya iaitu dari
segi siIat semulajadinya yang terlalu menekankan kepada kuasa atau peranan pendidik
berbanding murid. Teori ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk
kaunseling, seperti kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibubapa, dalam perkahwinan,
keluarga, kaunseling individu dan kaunseling.
Dimana ciri teori pembelajaran tingkah laku mengutamakan unsur-unsur dan bahagian
kecil, bersiIat mekanisma, menekankan peranan lingkungan, mementingkan reaksi atau
tindak balas, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisma hasil belajar,
mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah hasil perilaku
yang diinginkan. Pada teori pembelajaran ini sering disebut S-R psikologis ertinya bahawa
tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran dan penguatan atau dari lingkungan.
Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi
tingkah laku dengan rangsanganya. Guru yang menggunakan pandangan ini berpandapat
bahawa tingkah laku remaja merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah laku adalah
hasil pembelajaran.
Skinner telah memperkenalkan kaedah pengajaran terancang dalam kerangka
Rangsangan Respons. (Ee Ah Meng, 2003) Menurut beliau setiap rangsangan (R) yang
diberikan ke atas seseorang akan menyebabkan orang tersebut akan menghasilkan tindak
balas (T) ke atas rangsangan yang diberi. Beliau berpendapat pembelajaran sebenarnya boleh
berlaku dalam kerangka R-T. Dengan itu guru yang mengajar seharusnya member sebanyak
mungkin rangsangan kepada murid agar murid member tindak balas ke atas rangsangan-
rangsangan yang diberikan. Sekiranya ini dapat dilakukan, pembelajaran akan berlaku di
kalangan murid tersebut.
Manakala menurut Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari
(2010), teori pembelajaran tingkah laku memIokuskan penelitian tentang perilaku dan
menghabiskan karirnya untuk mengembangkan teori tentang ReinIorcement. Dia percaya
bahawa perkembangan keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai
akibat dari respond terhadap adanya rangsangan dari luaran. Dengan kata lain, kita menjadi
seperti apa yang kita inginkan kerana mendapatkan hasil dari apa yang kita inginkan tersebut.
Bagi Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), hal yang paling
penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui hasil dan hukuman.
Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti emosi, Iikiran dan kebebasan
untuk memilih sehingga Skinner menerima banyak kritik.
Di mana pandangan behavioristik juga kurang dapat menjelaskan adanya variasi tingkat
emosi pembelajaran, walaupun mereka memiliki pengalaman penguatan yang sama.
Pandangan ini tidak dapat menjelaskan mengapa dua anak yang mempunyai kemampuan dan
pengalaman penguatan yang relatiI sama, ternyata perilakunya terhadap suatu pelajaran
berbeza, juga dalam memilih tugas sangat berbeza tahap perilakunya. Pandangan
behavioristik hanya mengakui adanya stimulus dan respon yang dapat diamati. Mereka tidak
memperhatikan adanya pengaruh pikiran atau perasaan yang mempertemukan unsur-unsur
yang diamati tersebut. Teori behavioristik juga cenderung mengarahkan pelajar untuk berIikir
linier, konvergen, tidak kreatiI dan tidak produktiI. Pandangan teori ini bahwa belajar
merupakan proses pembentukan, iaitu membawa pelajar menuju atau mencapai taraI tertentu,
sehingga menjadikan pendidik tidak bebas berkreatiI dan berimajinasi. Padahal banyak Iaktor
yang mempengaruhi proses belajar, proses belajar tidak sekedar pembentukan.

b)Teori Realiti.
William Glasser (1985) dalam Mazita Ahmad (2011), telah menekankan bahawa
manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya
yang sebenar. Teori realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh
membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal
secara berkesan kehidupannya jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan
matlamatnya. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalaman manusia
boleh mencegah banyak masalah.
Teori realiti merupakan satu teori yang diasaskan oleh William Glasser pada tahun
1965 ekoran daripada ketidaksetujuannya terhadap teori psikoanalitik. Kottler dan Brown
menyatakan bahawa teori realiti merupakan suatu pendekatan mengajar yang menekankan
kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau
mengatasi keperluan realiti seseorang individu. Menurutnya lagi teori ini adalah berdasarkan
kepada andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau
gagal. John J.PietroIesa (1984) dalam Mazita Ahmad (2011), berpendapat bahawa teori realiti
berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau
menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan
keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan
menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan
yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina
identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan.
Glanding (1993) dalam Mazita Ahmad (2011), berpendapat teori realiti menegaskan
bahawa perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau mencadangkan
bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah
laku yang telah dipilih. Teori ini juga berorientasikan tindakan yang bersiIat konkrit,
mengajar, mengarah dan kognitiI. Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti
lebih menekankan kepada keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi. Secara amnya
didapati teori ini adalah untuk menyediakan individu dalam suasana yang boleh membantu
mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa.
Teori ini boleh digunakan dalam kaunseling individu, keluarga, pemulihan, kelamin,
pendidikan, kerja-kerja soasial, kelompok dan perkembangan kemajuan masyarakat.
Terdapat tiga andaian tentang kejadian manusia berdasarkan teori realiti iaitu;
1. Manusia berIungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa
tidak sedar.
2. Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi dua
tahap iaitu dalam bentuk Iizikal dan psikologikal. Dalam bentuk Iizikal, merupakan suatu
keperluan asas kepada manusia seperti makan minum dan tidur. Manusia juga
dipengaruhi oleh keinginan untuk kelangsungan hidup. Manakala dalam bentuk
psikologikal pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu;
a. Rasa kepunyaan, misalnya keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
b. Kuasa iaitu sesuatu keperluan penghargaan kendiri, dihargai dan bersaing.
c. Kebebasan iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan
d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira
dan lain-lain.
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya
akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat. Yang paling
penting dalam keperluan psikologikal ialah apabila seseorang itu akan mengalami rasa cinta
dan rasa dihargai. Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan
mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat
putus asa.
3. Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun, proses sosialisasi awal berlaku seperti
berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada peringkat ini kanak-
kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan. Pada peringkat ini, kanak-
kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan daripada ibu bapa.Jika ini
berlaku maka kanak-kanak tadi akan membentuk identity yang kekal.

Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat dengan alam
persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk konsep diri. Di peringkat
ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan masalah pembelajaran. Dalam
kontek pembelajaran, sekiranya individu tidak belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda
maka individu itu boleh belajar di waktu selepas itu.
Mengikut Amir Awang (1987) dalam Mazita Ahmad (2011), teori realiti mempunyai
ciri-ciri berikut;
1. Teori realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah disebabkan
pengabaian tanggungjawab. Menurutnya apabila individu itu tidak melaksanakan
tanggungjawabnya maka akan timbulnya tingkah laku bilazim.
2. Teori realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya perasaan dan
sikap. Apabila tingkah laku itu berubah maka sikap dan perasaan akan turut berubah.
3. Ia member tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa kini. Peristiwa
yang lampau dan pada masa depan tidak diberi perhatian kerana sejarah yang lalu tidak
boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan kebimbangan semata-mata.
4. Teori ini juga menekankan aspek-aspek positiI seperti potensi individu, kejayaan,
kelebihan dan kualiti positiI yang ada pada individu tersebut. Melihat individu sebagai
positiI dan beroperasi dan bukannya sebaliknya.
5. Menggalakkan individu menilai tingkah lakunya sama ada yang positiI atau negatiI.
Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu dan ini akan
menyedarkan individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.
6. Teori ini juga menitikberatkan tanggunjawab. Sikap bertanggungjawab perlu dipelajari
secara terus menerus sepanjang kehidupan.
Menurut ShariIah Alwiah, (1984), Glasser telah menggunakan prinsip-prinsip terapi
realitinya di dalam bilik darjah dengan cara perbincangan selama 30 hingga 40 minit,
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dalam perbincangan ini, guru dan murid berbincang
secara terbuka, tanpa teguran kritikal mengenai masalah peribadi, tingkah laku, atau
pencapaian akademik yang menyentuh diri mereka sendiri dengan tujuan mencari
penyelesaian bersama.
ShariIah Alwiah, (1984), Glasser berpendapat bahawa seseorang individu itu
menanggung masalah, kerana ia gagal memuaskan keperluan asasi dirinya sendiri untuk
mendapat kasih dan rasa hormat (nilai diri). Yang asas sekali ialah, keperluan mengasihi dan
dikasihi. Dalam semua bentuk kasih, dari kasih berkawan hingga ke kasih ibu, kasih
keluarga, dan kasih bersatu, keperluan mengasihi dan dikasihi ini mendesak kita bergiat kea
rah memuaskannya. Apabila keperluan ini tidak dapat dipuaskan, maka kita akan semestinya
menanggung rasa kurang senang, kerana gelisah, bimbang, dan muram hingga membawa ke
pringkat menarik diri sepenuhnya dari dunia luar dalam persekitaran kita.
Perbezaan seterusnya adalah dari aspek pandangan teori terhadap manusia. Di mana
mengikut Gladding (1993) dalam Mazita Ahmad (2011) dalam pertumbuhan individu
masalah timbul apabila manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap mereka. Manusia
perlu disayangi dan menyayangi, berasa dihargai, gembira dan mampu mengawal keadaan
sekeliling di atas sebab tertentu. Ee Ah Meng (1989) dalam Mazita Ahmad (2011), telah
mengatakan bahawa untuk menghuraikan tingkah laku dan pandangan mengenai
ketenteraman jiwa seseorang, Glasser menggunakan istilah seperti memuaskan`, telah
maju`, baik` dan moral`. Menurutnya lagi, bagi memperoleh harga diri kita perlu
mempelajari cara memperbaiki diri kita sekiranya kita telah melakukan kesilapan sebaliknya
kita hendaklah memuji diri kalau melakukan sesuatu yang betul.
Mengikut Corey (1988) dalam Mazita Ahmad (2011), dalam pembentukan identiti
masing-masing individu akan mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan
bayangan diri yang dengannya individu itu akan merasa relatiI berhasil atau sebliknya.
Manusia mencakupi pernyataan bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya
untuk berusaha mencapai sesuatu identiti keberhasilan. Mengikut PietroIesa HoIIman dan
Splete (1984) dalam Mazita Ahmad (2011), manusia mempunyai dua keperluan asas. Jika
keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujud kecewaan. Dua keperluan asas itu ialah
keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan keinginan untuk merasakan
kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Glasser, beliau percaya bahawa
kematian merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal
kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang mungkin menyebabkan
kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu membunuh diri dan sakit jiwa.
Menurut Wubbolding (1984) dalam Mazita Ahmad (2011), kejayaan identiti seseorang
itu berkembang dalam beberapa peringkat:
a. Peringkat lakukan atau buat` iaitu orang akan mula mengerjakan sesuatu. Maknanya ia
memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira sekecil mana pun
usaha permulaan itu.
b. Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positiI. Pada peringkat ini,
pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan
meningkatkan penampilan diri serta mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua,
berIikiran positiI aiatu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan
mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal, pembangunan atau
perkembangan yang positiI secara berterusan. Ketiga, berIikiran rasional dan tidak
rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan beralasan
secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti Iizikal diikuti dengan diet
yang berpatutan, seterusnya mendapat senaaman yang bersesuaian dengan keperluan
Iizikal.
c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan suatu
yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain. Seseorang itu
juga harus merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai harga diri.

Menurut John J. PietroIesa et. Al (1984) dalam Mazita Ahmad (2011) bahawa manusia
akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan kemarahan dan
mungkin akan tersingkir daripada masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.
Mengikut Covay (1982) dalam Mazita Ahmad (2011), walaupun Iaktor persekitaran
mempunyai pengaruh manusia dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan
disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua sikap motivasi dalaman seseorang berpandu
kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu. Mohd Salleh Lebar (1993) dalam Mazita
Ahmad (2011), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih sayang dan member
kasih sayang adalah penting bagi dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga
diri menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia, perlukan kasih
sayang dan memperolehi harga diri yang sewajarnya.
Menurut PietroIesa, J.J (1984) dalam Mazita Ahmad (2011) telah menjelaskan bahawa
teori realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan
mengabaikan dunia realiti. Kottler dan Brown (1996) dalam Mazita Ahmad (2011) pula
menyatakan teori ini menggalakkan individu bermotivasi, bertanggungjawab terhadap
rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah laku membina identiti yang berjaya.
Corsini R.J. (1983) dalam Mazita Ahmad (2011), menyatakan bahawa tidak kira bagaimana
kejam atau ganas dan luar biasa sasuatu kejadian itu membawa kepada tingkah laku
seseorang, kita harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh
dijadikan alas an untuk bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi
kepadanya di masa lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa
dilaksanakannya sekarang.

Teori ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini dan dalam situasi
yang sebenar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup individu.
Walhal, setiap manusia berkemungkinan bersekongkong dengan masalah yang disebabkan
oleh Iaktor biologi, Iantasi, system kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi. Teori ini juga
amat bergantung kepada penggunaan bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi kadang-kadang
individu yang pendiam dan lembam adalah tidak sesuai dalam pemilihan teori ini untuk
menyelesaikan masalah mereka.
Teori realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana siIatnya yang agak
mendesak dan mengongkong. Oleh itu manusia menjadi tidak kreatiI dalam membuat
keputusan dan akhirnya bergantung kepada orang lain. Teori ini juga menolak tentang isu
berkaitan dengan peristiwa yang lampau. Keadaan ini akan menyebabkan manusia tidak
memahami tentang dirinya dengan sebenarnya. Amir Awang (1987) dalam Mazita Ahmad
(2011) telah menyatakan, sesungguhnya pengasas teori realiti William Glasser begitu
berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat banyak bukti menunjukkan
kejayaan teori ini dalam usaha untuk mengubah tingkah laku belia yang mengalami
penyelewengan tingkah laku.
Dalam kajiannya, Glasser menegaskan bahawa kegagalan seseorang individu itu
ialah, bukan di peringkat individu dalam tugasnya sebagai seorang manusia, tetapi di
peringkat antara perseorangan, iaitu di peringkat sosial (ShariIah Alwiah, 1984). Dengan itu,
perkembangan kejayaan seseorang itu harus disalurkan melalui saluran sosial. Dengan
kepercayaan ini, Glasser mengesyorkan bahawa teori realiti ini adalah untuk semua orang,
dan perinsip-prinsipnya adalah pengasas kehidupan sosial yang berjaya dan bermakna.
Menurut pendekatan teori realiti kekuatannya ia digunakan secara konkrit, jelas dan
realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrek
dibuat dan dipersetujui antara dua individu yang terlibat iaitu pelanggan dan kaunselor. Teori
ini juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan sistematik dan realistik oleh individu
sebagai panduan bagi menyelesaikan masalah. Teori ini telah memberikan kebebasan kepada
individu untuk berIikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri.
Namun begitu teori ini mempunyai kelemahannya. Ianya cenderung kepada
memIokuskan kepada tingkah laku semata-mata, tetapi seseorang manusia itu adalah unik
untuk bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitiI, sensasi dan
sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa teori ini mempunyai keupayaan yang
terbatas untuk memahami dan mengatasi masalah manusia.

Kesimpulan.
Teori realiti dianggap paling mudah dipraktikkan kerana ianya bersiIat realistik dan
pratikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmataan kaunseling. Tujuan dan
matlamat teori ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang
negatiI di kalangan remaja dan belia. Disamping itu, kebolehpercayaan dan keyakinan
terhadap kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang
bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan sokongan moral kepada
individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat
kuat untuk membantu individu itu berusaha memperbaaiki tingkah lakunya untuk mencapai
matlamat masa depan dengan lebih berjaya. Berbeza dengan teori pembelajaran tingkah laku
ia agak sukar untuk dilaksanakan kerana pencapaian murid yang berbeza dan juga tahap
kemahiran guru yang berbeza. Murid pandai harus dibezakan pendekatannya berbanding
dengan murid yang sederhana dan lemah.
Teori realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka
sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh manusia itu
sendiri. Keadaan ini mendorong manusia untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang
lebih baik. Walaupun begitu teori ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di
antaranya ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah oversimplistic`
sehingga boleh menimbulkan keraguan. Walau pun tingkah laku di dalam pendekatan teori
pembelajaran tingkah laku juga boleh diukur, namun ia masih bergantung kepada kecekapan
guru menulis objektiI pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru menulis objektiI akan
menyebabkan tingkah laku yang diharapkan tidak akan terhasil.







-47,1.
Atan Long, (1991). !edagogi Kaedah Am Mengafar, Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn
Bhd
Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), Teori-Teori Tingkah Laku Beri8ikoFakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, http://eprints.utm.my/10403/1/30.9Teori-
TeoriTingkahLakuBerisiko.pdI.
Ee Ah Meng (2003), lmu !endidikan, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mazita Ahmad (2011) Terapi Realiti http://mazitakaunselor.blogspot.com/2009/06/teori-
teori-kaunseling-terapi-realiti.html

ShariIah Alwiah AlsagoII, (1984), lmu !endidikan . !edagogi, Kuala Lumpur, Heinemann
Asia.
William Glasser, (1998), The Quality School . Managing Student8 Without Coercion, New
York, HarperPerennial.

Anda mungkin juga menyukai