Anda di halaman 1dari 12

PERMATA DIBADAI SENJA

Oleh: Nursyafiqah binti Ahmad Tarmizi

“Jadi insan yang kuat ya nak” pesanan ibu yang terngiang-ngiang di gawang
mindaku. Jatuh air mata membahasi pipi sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di
tanah perkuburan yang lapang dan lengang ini. Aku teringat akan pesan ibu yang
sentiasa di ingatanku. Ibu telah pergi selamanya meninggalkan kami sekeluarga,
gelap dunia ketika itu dan aku hilang terus tempat berkongsi cerita suka duka.
Sehingga sekarang aku tidak dapat menerima lagi kenyataan sepenuhnya bahawa
ibuku telah pulang ke negeri abadinya.

Kini sosok seorang lelaki cinta pertamaku sahaja yang aku dan adik-adik ada,
saat itulah aku memikul tanggungjawab seorang ibu untuk mencurangkah seluruh
kasih sayang seorang wanita kepada adik-adikku Anggerik dan Zakwan. Aku sangat
bersyukur walaupun aku sudah hilang ibu tetapi aku masih ada seorang ayah yang
sangat bertanggungjawab dan setia dengan cinta abadinya iaitu ibu. Kami adik-
beradik menjadi saksi cinta hebat seorang suami terhadap isterinya.

Dulu selalu terkenang kenapa dunia ini tidak adil bagiku, aku anggap dunia ini
kejam. Aku selalu menganggap dunia ini jahat bangiku pada mulanya, tetapi dititik ini
aku juga sedar, mungkin ini adalah hikmah disebalik ujian ujian aku. Ketiadaan ibu
sangat mendewasakan aku dan mendidik aku menjadi seorang wanita yang berjiwa
kental sekental jiwa seorang ibu. Setiap malam air mata aku akan membasahi bantal
kerana rindu sangat akan ibu.

Segala kekuatan dan diriku pada hari ini bermula pada tahun lalu iaitu pada
usia aku 17 tahun. Tahun itu merupakan tahun yang sangat genting bagiku kerana
pada tahun itu juga aku akan menghadapi peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran
Tinggi di sebuah sekolah yang berpretasi tinggi dan aku salah seorang pelajar
harapan sekolah. Pada mulanya aku bukanlah belajar yang bijak, aku sering disindir
keluarga sebelah ayah kerana keputusan peperiksaan aku kurang baik jika hendak
dibandingkan dengan sepupuku. Setiap kali pulang ke kampung aku sering diduga
sebegitu sehinggakan aku berasa diriku sangat lemah dan tidak akan berjaya dalam
bidang akademik. Ibulah tempat aku meluahkan segala isi hati aku dan ibu juga
insan yang membangkitkan semula semangat diri.

1
Sambil mengusap kepala aku ibu perpesan dalam nada yang sangat lembut.
“Janganglah menangis putri ibu, ibu yakin kakak anak ibu yang kuat dan bijak, anak
ibu semua bijak-bijak belaka”. Dalam dakapan ibu tangisan aku bertambah lagi kuat,
ibu menatap mataku sedalam-dalamnya ibu berkata “Anggun jangan benci mereka
ya, Anggun jangan simpan dendam ni nak, Anggun ambil kata-kata mereka sebagai
pembakar semangat untuk Anggun berjaya”.

Kagum aku ketika itu dengan ibu, ibu sangat berfikiran positif dan sangat
menghormati mentuanya, “nenek itu emak ibu juga jadi ibu tak nak anak-anak ibu
benci dan dendam dengan keluarga sendiri”. Jika hendak dibandingkan dengan aku,
mungkin aku tidak mampu sesuci pemikiran ibu. Oleh kata-kata yang ibu lontarkan
itu, aku jadi lebih kuat. Hari demi hari aku belajar bersungguh-sungguh hingga ke
lewat malam. Kata-kata ini juga membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus
belajar sehingga aku berani meminta ayah mendaftarkan aku ke kelas tambahan.

Dengan nada suara yang lembut dan penuh manja aku mendekati ayah dan
berkata “ayah, maaf jika permintaan ini berat buat ayah. Boleh tak kalau Anggun nak
masuk kelas tuisyen?” ayahku terdiam dan berfikir sejenak, lalu ayah kata “tak perlu
lah ke tuisyen Anggun boleh belajar sendiri, fokuslah dalam kelas”. Dengan hati
yang hampa dan lara aku berjalan pulang ke bilik dan sambung membuat ulang kaji
ditemani bunyi cengkerik yang bersahutan di luar bilikku. Sebelum tidur aku
kebaisaanya akan mengambil wudhuk dahulu sebagai pendiding diriku. Aku
terdengar perbualan ibu dan ayah dalam samar-samar gelap, ibu mengusap bahu
ayah dan berkata, “bang bolehlah izinkan Anggun masuk kelas tuisyen tu, dia suka
sangat dengan tuisyen tu” “boleh ya bang?” alangkah berbunganya hati apabila aku
mendengar suara lembut ayah membalas permintaan ibu dengan kalimat manja “ya
sayang, baik saya izinkan tapi esok awak tolong daftarkan ya Anggun ke tuisyen itu.”

Keesokkannya aku bangun tidur dengan penuh ceria disaut pula dengan
kicauan-kicauan burung yang hingganp di dahan pokok tepi bili aku. aku terus ke
dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan pagi, dalam kekalutan ibu
menggoreng mi basah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ibu berkata
“Anggun ibu ada cerita happy nak share ni, nak tahu tak?” lantas aku menyaut
“wahh apa tu yang happy sangat tak sabar nak dengar” lebar senyuman ibu terukir
di wajahnya dan ibu berkata “semalam ibu dah cuba pujuk ayah tentang tuisyen tu,

2
ayah setuju dan ayah suruh ibu daftarkan Anggun dan Anggerik sekali ke tuisyen tu.”
Melompat gembira aku tambah-tambah dapat tahu bahawa aku akan ke tuisyen
yang sama dengan adikku memandangkan Anggerik juga bakal menghadapi ujian
Pentaksiran Tingkatan Tiga. Aku Nampak sahaja kelibat ayah memasuki dapur, terus
aku lari memeluk ayah dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Lantas
ayah berpesan kepada dua putrinya “belajar rajin-rajin ya anak-anak ayah, nanti
berbaktilah dengan ilmu tu”

Bermulalah hari-hari kami dua beradik ke kelas tambahan itu, aku menjadi
lebih bersemangat apabila Anggerik ada dengan aku untuk sama-sama belajar.
Sebelum membuka pintu kelas itu aku sudah berazam dengan diriku bahawa aku
ikhlas datang ke kelas ini untuk belajar bagi mencapai kecemerlangan sebagai
hadiah kepada ibu dan ayah. Sebagai seorang kakak aku juga bertekad untuk
menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adikku, aku mahu semua adik adiku berjaya,
ini janjiku pada diri sendiri. Aku tak mahu berjaya seorang sahaja, adik-adik juga
perlu berjaya. Ibu menjadi orang yang sangat bersemangat semasa mendftarkaan
kami ke kelas tersebut, walaupun yurannya agak tinggi tetapi ibu dan ayah sedaya
upaya mengusahakannya. ibu tidak pernah mengeluh penat menghantar kami adik-
beradik ke sekolah dan kelas walaupun terpaksa meredah hujan panas dengan
menggunakan moto ibu sanggup berulang-alik untuk menghatar kami agar selamat
sampai ke tempat menuntutu ilmu. Aku biasa juga persoalkan tentang hal ini kepada
ibu dan ayah “kenapa ibu dan ayah tak bagi naik van sekolah saja untuk pergi dan
pulang sekolah?” “ibu ayah tak mampu nak membayar upah pemandu van?” “ibu
nak jalankan tanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak?” pelbagai persoalan
yang bermain di mindaku sehinggakan suatu hari aku mengemukakan soalan ini
kepada ibu “ibu kenapa ya ibu tak bagi kami pergi dan pulang sekolah dengan
menaiki van, tak perlu lagi ibu susah-susah nak ulang-alik ambil kami” ibu pun
dengan senuyuman manisnya berkata “ayah kamu tu, dia tak yakin kalau kamu naik
van dia bimbang tentang keselamatan kamu dan ayah takut kamu lewat pergi dan
pulang kalau naik van.” Di situ aku faham, ayahku seorang yang sangat
bertanggungjawab terhadap amanah kiriman tuhan untuknya dan aku juga kagum
dengan sifat ketaatan seorang isteri terhadap arahan suaminya.

Bangga dan bersyukur rasa diri ini dilahirkan dalam keluarga yang kasih
sayangnya dicurahkan bak air sungai yang mengalir, ibu dan ayah tetap akan

3
berusaha juga untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Aku juga turut
bahagia dikurniakan adik-adik yang sangat baik dan sentiasa faham dengan keadan
keluarga walaupun kami sekeluarga bukannya orang ada-ada. Perasaan ini tak
dapat aku lakarkan kerana ini semua muncul dari hati. Setiap hari selepas pulang
dari sekolah dan kelas tambahan itu, kami adik-beradik akan mengulang kaji
bersama-sama dan akulah menjadi guru kepada adik-adik aku. “kakak soalan
matematik ni macam mana ya Zakwan tak faham la cikgu ajar dalam kelas tadi” ini
antara soalan-soalan yang akan disapa oleh adik-adik aku semasa kami mengulang
kaji. “Alamak Zakwan susah ya soalan ni, kakak sekolah menengah baru belajar bab
ni tapi kamu sekolah rendah dah belajar” kadang-kadang terkejut juga melihat
soalan dan silibus pembelajaran sekarang tetapi aku akan berusaha sedaya upaya
untuk membantu adik-adik menyelesaikan masalah dan mendapatkan jawapan yang
mereka inginkan, di sini aku perlu tunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik
aku sebagai pendorong untuk mereka berjaya, aku tak mahu adik-adik aku juga
disindir seperti aku. “Zakwan, kakak dah dapat jawapan soalan ni, sini kakak
tunjukkan caranya” setelah selesai semua soalan yang Zakwan perlu siapkan
Zakwan mengucapkan terima kasih sambil memeluk tubuh aku “Zakwan nak belajar
pandai-pandai juga nak jadi macam kakak” berbunga bercampur sebak aku
mendengarkan kalimat itu, jika hendak diikutkan aku sangat rasa sedih apabila aku
sering dibandingkan dalam bidang akademik tetapi kata-kata ini menjadikan aku
lebih bersemangat untuk belajar.

Lebar senyuman ibu melihat siatuasi itu, sebelum tidur aku bersalaman
dengan ibu seperti kebiasaannya, sambil tanganku digenggam oleh ibu, ibu berbisik
dengan suara halus di telingaku “Anggun ibu harapkan kamu tau untuk bantu adik-
adik, ibu tak ada pendidikan yang tinggi. Maaf ibu dulu ibu tak dapat bantu Anggun
dalam pembelajaran macam mana Anggun bantu adik-adik sekarang.” Hiba juga hati
mendengarnya tetapi perkara inilah telah mendidik aku untuk menjadi seorang yang
berdikari. Aku tidak salahkan ibu dan ayah kerana tak membantu aku dalam belajar,
tetapi mereka sangat menekankan tentang akademik kepada kami adik-beradik.
Teringat juga aku dulu ayah biasa merotan betis aku dengan rotan sebab aku
mendapat gred tercorot dalam mata Pelajaran bahasa Inggeris dan Sains, berbirat
juga betis aku merah habis dibuatnya. Biasalah dulu aku marah dengan perbuatan
ayah yang sebegitu, tetapi bila umur sudah melonjak dewasa dan akal mula matang

4
ini aku mula memandangnya dari sudut positif, jika dulu ayah tak rotan mesti
sekarang aku masih gagal bahasa Inggeris dengan Sains dan mungkin juga aku
tidak berada di sekolah berpretasi tinggi seperti sekarang. Ayah dan ibu sering
mengulang kalimah ini “Ibu dan ayah ni tak pandai, nak kata ada ijazah memang
kami tiadalah, tapi kami tak nak anak-anak kami jadi macam kami. Bagi lah nanti
ayah dan ibu merasa masuk dewan konvokesyen dan memakai jubah anak-anak
kami.” Aku tersenyum dan sentiasa berazam untuk menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Dalam kesibukkan aku sehari-hari menghutung hari menjelang peperiksaan


tibalah bulan Oktober, bulan yang menguji segalanya dalam kehidupan aku. Aku tak
dapat bayangkan diri aku sejatuh itu pada bulan tersebut. Bulan Oktober adalah
bulan yang paling ditakuti oleh orang pantai timur iaitu musim tengkujuh. Pada bulan
itu permulaan dugaan aku bermula dengan adik bongsu kesayanganku Zakwan
jatuh sakit, suhu badannya mencecah 38 darah calcius dan badanya kelihatan lesu
serta lemah gemalai. Lama demam Zakwan walaupun seminggu berlalu demamnya
belum kebah lagi, pelbagai cara sudah ibu ikhtiar mahupun kaedah moden dan
perubatan tradisional. Ibu bersengkang mata menjaga Zakwan. Aku kesian lihat ibu
ketika itu, wajahnya nampak letih, badanya lesu dan emosinya tidak terkawal. Ayah
pula tak hari-hari akan pulang dari kerja dengan tangan yang penuh dengan
keperluan yang dapat melegakan demam Zakwan.

Dalam keheningan malam yang sunyi dan muram titisan hujan mula turun
menghempas zink bumbung rumahku, angin bertiup kencang membadai dinding
rumah kayu kami, dentuman guruh yang menggegarkan jantung dan kilat sambir-
menyambar. Cuaca sebegini telah menjadi kebiasaan bagi kami sekeluarga
memandangkan memang musimnya. Memang tidak disangka malam itu adalah
malam mampi terburuk dalam hidup kami sekeluarga. Secara tiba-tiba elektrik
rumah terputus apabila kilat sambar-menyambar, ayah membuka tingkap melihat
keadaan rumah lain elok sahaja bercahaya. Tidak lama kemudian Anggerik
menghidu bau getah terbakar dari ruang tamu, alangkan terkejutnya bahagian ruang
tamu telah hangus terbakar dijilat api atas sebab lintar pintas.

Api sedang menjulang tinggi dan membara dengan kuat. kami sekeluarga
dalam keadaan panik lari menyelamatkan diri kami daripada api, dalam kekalutan itu

5
orang kampung telah datang mengerumuni rumah dan menyimbah air kepada api
itu. Dalam kemelut itu alangkah tengkejutnya, apabila toleh kebelakang melihat adik
aku Zakwan tiada bersama kami. Ibu mula panik apabila Anggerik menjerit “ibu ayah
Zakwan, Zakwan di dalam. Zakwan! Zakwan! Zakwan!” pucat wajah ibu apabila
jeritan suara itu melalui gegendang telinganya, ibu mula cemas berteriak kepada
ayah “abang anak kita bang anak kita tak keluar lagi bang” meronta-ronta ibu di
badan ayah. Mungkin keadan itu sangat cemas ayah kelihatan sangat tergamam
sehingga dia jatuh terduduk. “Allahu akbar anak aku” suara yang sangat kuat
dikeluarkan oleh ibu sehingga gegendang telinga ini rasa ingin pecah dan tidak
disangka-sangka ibu berlari masuk ke dalam rumah yang sedang dijilat api itu, lebih
malang lagi semasa ibu masuk ke dalam rumah tiada sapa yang dapat menghalang
ibu.

Aku tergamam seketika itu dan tak mampu memberikan respond kepada diri
aku. Suara ayah pula aku dengar “sayang jangan masuk tunggu abang” laungan
ayah sangat kuat sebelum ayah juga meredah masuk ke rumah kami yang sedang
membara apinya. Malangnya sebelum ayah sempat masuk kayu di bahagian siling
bumbung jatuh menetupi ruang masuk pintu dan api pada kayu tersebut sangat
besar sehinggakan menghalang ayah masuk, tetapi ketikan itu ibu sudah lama di
rumah tersebut, kaku aku dibuatkannya ketika itu sehingga kaki tangan aku semua
menjadi sejuk. Aku hanya mampu memeluk sambil menangis di pangkuat Anggerik,
Anggerik hanya diam seribu bahasa,mungkin dia sedang truma dengan apa yang
sedang berlaku kerana dia orang pertama yang melihat api itu. Lama ke lamaan api
lagi membara sehinggakan luangan azan berkali-kali dilaungkan, air pula sudah
berbaldi-baldi disimbahkan. Belum bomba sempat datang rumah kami telah ranap
dijilat api habis kayu yang menjadi alang rumah kami patah dan jatuh. Melihat
keadaan itu lagi berdegup laju jantung ini memikirkan keadaan ibu dan Zakwan,
ayah pula mengelilingi kawasan rumah mencari ruang untuknya masuk, di bibirnya
tak lekang perkataan “sayang, Zakwan tunggu ayah, jangan takut ayah ada” sayu
kedengaran suara itu apabila jeritan itu dicampur dengan tangisan. Tidak lama
kemudian dari jauh aku mendengar bunyi bomba yang sedang laju ke arah kami,
belum lagi anggota bomba membuka pintu Anggerik belari ke jentera itu dan
merontak-ronda pada salah seorang ahli bomba “Encik tolong encik ibu dan adik

6
saya di dalam encik cepat encik tolong! encik tolong mereka encik” sambil
menangis-nangis Anggerik memonta-ronta kepada anggota bomba itu.

Sebelum anggota bomba meredah masuk terdengar jeritan ibu kedengaran.


Ibu mengendong Zakwan dalam keadaan berbongkok dan memanggilku “Anggun
ambil Zakwan ni Anggun, ambil Zakwan” terlalu ikutkan emosi aku berlari ke arah
rumah tetapi malangnya anggota bomba itu menarik lenganku dan menghalang
langkah aku ke arah ibu. Tiba-tiba bersaksikan mata kepala aku sendiri, aku nampak
sebatang kayu yang berat dan berapi jatuh atas belakang ibu ketika itu hanya tuhan
sahaja tahu dada aku rasa hampir pecah, remuk hati dibuatnya tambah-tambah
mendengar jeritan kesakitan ibu “sakit tolong! sakit tolong” lantas anggota bomba
masuk meredah api, Zakwan berjaya dikelurkan dalam keadaan yang tidak sedarkan
diri ditolong oleh penduduk kampung. Terdengar suara ayah dan tangisan lelaki
ayah “sayang maafkan abang sayang! maafkan abang, abang tak mampu
selamatkan awak sayang maafkan abang”, sebak dan hiba hati aku mendengar. Tak
lama kemudian anggota bomba berjaya mengeluarkan ibu daripada rumah yang
telah musnah dijilat api.

Keadaan badan ibu terbakar 80 peratus habis isinya dan kulinya menjadi
rentung,. Ibu dan Zakwan dikejarkan ke Hospital Permai dan dimasukkan ke dalam
ICU, namun ibu tidak sedarkan diri. Sebulan aku, Anggerik dan ayah bergilir-gilir
ganti ke hospital untuk menjaga ibu dan Zakwan di hospital. Seminggu telah berlalu
keadaan Zakwan makin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah manakala keadaan
ibu semakin hari semakin merosot tiada perkembangan positif langsung ditunjukkan
oleh ibu sepanjang di ICU tersebut. Pada malam Khamis itu ayah berkata kepada
aku “Anggun malam ni ayah rasa tak sedap badan sangat, boleh kamu yang ke
hospital untuk menjaga ibu di sana?” jelas kelihatan ayah sangat lemah, mukanya
pula mula cengkung dan sangat tidak cerita.

Sesampai aku di katil ibu, aku terkejut melihat ibu membuka matanya dan
melihat ke arah aku, luka-luka di badan ibu mula kering. Tenang,bahagia, gembira
aku melihat ibu ketika itu. aku membuat keputusan untuk tidur di hospital pada
malam itu untuk menemani ibu memandangkan ibu sudah boleh membuka mata,
kebiasaannya aku akan pulang ke rumah dan tidak tidur di hospital hanya ayah
sahaja akan tidur di sana. Aku menjalankan tanggunjawab sebagai seorang anak,

7
aku memberi ibu susu, menukar lampinnya, dan sebagainya walaupun aku dalam
keadaan takut, iaitu takut aku akan mencederakan ibu memandangkan lukanya baru
sahaja kering. Ibu hanya senyum memandang aku dan tidak boleh bercakap
banyak, aku faham dengan keadaan itu kerana bahagian muka dan mulut ibu juga
telah terbakar terkena api tetapi aku tetap bersyukur kerana ibu sudah sedar. Aku
dapat membelai lembut tubuh badan itu untuk menyapukan krim-krim yang
disediakan oleh pakar perubatan dan hati aku tiba-tiba berasa lain tetapi tidak boleh
diterangnya bagaimana rasanya, hendak kata gembira tidak, hendak kata sedih pun
tidak juga, dan rasa ini dicampur dengan rasa gelisah. Tetapi aku mengabaikan
perasaan itu, mungkin aku hanya banyak berfikir dan sangat penat menguruskan
Zakwan di rumah dan kini ke hospital pula menguruskan ibu. Selepas selesai semua
menguruskan ibu, aku duduk sebelah ibu sambil menemani ibu untuk melelapkan
matanya, sebelum ibu pejamkan matanya ibu mengeluarkan bunyi tetapi kurang
jelas perkataannya. Aku cuba memahami kalimah yang keluar daripada mulut ibu,
rupanya ibu berkata “jadi anak yang kuat ya nak” aku pun senyum melihat wajah ibu
dan ibu tidur dengan tenang. Memandangkan air wudhuk masih ada, aku terus
mengambil yassin dan membacanya kerana ibu pernah berpesan kepada aku untuk
selalulah membaca yassin pada Khamis malam. Sesudah selesai aku pun
melelapkan mata sementara tanganku memeluk tubuh ibu. Tepat jam empat pagi
aku terjaga oleh sebab bunyi mesin hayat ibu berbunyi dengan kuat, bacaan nadi
dan jantung ibu mula lemah aku berteriakkan memangil doktor dan jururawat yang
bertugas, aku lihat air mata ibu jatuh membasahi pipinya. Doktor bergegas ke bilik
ibu untuk memberi bantuan.

Menangis aku di luar bilik tersebut dan hanya berdoakan agar Allah berikan
keajaiban kepada ibu. tergetar-getar aku menghubungi ayah “ayah datang hospital
sekarang yah ibu tenat ni cepat datang.” Tibanya ayah dan adik-adiku di hospital
salah seorang doktor keluar dan menyatakan bahawa ibu telah pulang ke
rahmatullah. Terduduk aku dan ayah di depan doktor itu sambil tidak dapat
mengucapkan apa-apa perkataan. Anggerik dan Zakwan datang memeluk tubuhku
sambil menangis teresak-esak, aku tidak mampu lagi untuk berlakon kuat depan
mereka sesungguhnya aku sangat lemah dengan perkara yang melibatkan ibu dan
ayah. Walaupun tidak dapat menerima kenyataan ibu sudah tiada tetapi aku perlu
kuat bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah ibu sehigga tamat.

8
Nenek orang yang banyak membantu aku dan keluarga menguruskan
jenazah. Jelas di situ aku dapat lihat nenek sangat sayang akan menantu
perempuannya itu. Hari bersilir ganti dan tibalah hari aku menduduki peperiksaan,
sayu juga hati melihat calon lain dipeluk dan mencium ibu mereka, tetapi aku hanya
redha dan bersyukur sekurang-kurangnya aku masih ada ayah yang sentiasa ada
untuk anak-anaknya. Sebelum memasukki dewan peperiksaan, ayah menggenggam
tanganku dan berkata “jawab baik-baik ya Anggun, jangan sedih ingat niat Anggun
nak banggakan ibu ayah, Anggun anak yang kuat ayah doakan Anggun ya.” Aku
hanya mampu tersenyum dan mencium tangan ayahku sebelum melangkah ke
dalam dewan. Setelah sebulan aku menduduki ujian awam itu maka tibalah hari
terakhir aku di sekolah itu bergelar pelajar dan calon SPM. Bermulah cuti panjang
aku sementara menunggu keputusan peperiksaan keluar.

Sepanjang tempoh ini aku membuat keputusan untuk tidak bekerja kerana
ingin menjaga keluarga aku memandangkan adik-adik aku masih tidak lagi kuat
menerima kenyataan bahawa ibu sudah tiada. Aku sebagai seorang kakak telah
menanam hasrat untuk aku memberikan sepenuh masa aku dan kasih sayang
kepada adik-adik dan ayah, kesemua tanggunjawab ibu telah aku ambil alih dari
kerja-kerja memasak,mencuci, mengemas,menguruskan sekolah adik-adik dan lain-
lain lagi. Zakwan pula sering tidak sihat dan mengalami masalah penafasan kesan
akibat asap kebakaran tempoh hari, aku perlu sentiasa bersedia untuk menjaga dan
memastikan Zakwan dalam keadaan baik. Anggerik pula sangat berdikari sepanjang
ibu sudah tiada tetapi aku perasan Anggerik selalu ingin bersendirian dan diam
sahaja, jika ditanya sepatah, sepatahlah jawapan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Aku dan keluarga sangat gembira kerana Anggerik telah memperoleh


keputusan cemerlang dalam PT3, ini semua sebab usahanya dan kerajinannya
dalam menuntut ilmu walaupun dia juga sibuk menjaga Zakwan dan membantu aku
menguruskan rumah. Oleh sebab keputusannya yang baik, ayah telah mengambil
keputusan untuk menghantar Anggerik ke sekolah berasrama penuh, “sunyilah
Anggun lepas ni ibu dah tak ada, Anggerik pula duduk asrama” ini rungutan aku
yang sentiasa dicakap depan ayah. Walau bagaimanapun, aku ikhlas terima
keputusan ini kerana semua ini untuk kebaikkan masa depan adik-adikku. Aku juga
telah berjanji untuk berjaya bersama-sama demi membanggakan ibu dan ayah jadi
mengapa aku perlu menghalang niat ayah. Malah, aku juga boleh memberi tumpuan

9
kepada Zakwan memandangkan Zakwan adalah anak yang sangat manja dan
sentiasa mahukan orang lain untuk ada dengannya. Dapat dikatakan Zakwan masih
lagi truma dengan kejadian malang itu dan sentiasa mahukan untuk seseorang ada
dengannya.

Zakwan akan tidur pada waktu malam dengan aku memandangkan usianya
tidak mencapai usia baligh lagi, sering juga Zakwan terjaga pada waktu malam
secara terkejut dan menangis memangil ibu “ibu! Ibu! Ibu di mana? Zakwan nak ibu,
kakak ibu mana Zakwan nak tidur dengan ibu.” Aku tidak lagi kuat untuk bercakap
tentang hal ini tetapi aku terpaksa untuk memujuk Zakwan dan memberi keyakinan
diri semula kepadanya, tanpa aku siapa lagi yang dapat membantunya. Semua
kelengkapan harian Zakwan aku sediakan, setiap pagi aku akan bangun seawal jam
lima pagi untuk sediakan sarapan dan menyiapkan Zakwan untuk ke sekolah.
Sesudah mengantar ke sekolah bermulalah aktiviti harian aku menguruskan rumah
untuk keselesaan kami sekeluarga, jatuh jua air mata terlihat sisa rumah yang
terbakar. Teringat akan ibu, suara ibu,masakkan ibu dan pelukkaan hangat ibu.

Sejak kebelakangan ini Zakwan sangat manja dengan aku dan Zakwan telah
belajar banyak benda yang menyenangkan aku kalau ibu ada mungkin dia akan
bangga. Terkejut juga aku apabila Zakwan meminta aku untuk memasak makan
kegemarannya. “kakak boleh tak esok kakak masak pasta macam ibu selalu masak?
Kakak masak lebih tau! sebab ustazah cakap kalau kita bagi orang makan kita dapat
pahala, boleh la pahala tu nanti Zakwan sedekahkan kepada ibu. Ibu mesti suka
dapat pahala.” Aku hanya mampu tersenyum dan sangat tidak sangka Zakwan
berfikir sebegitu, sejujurkan aku tidak mahir sangat untuk memasak masakkan barat
tambah-tambah pula mahu rasanya seperti masakkan ibu. Tetapi ini bukan
penghalang bagi aku untuk tidak merealisasikan kehendak adik yang telah berniat
baik, aku usahakan dan memasak juga untuk Zakwan bawa ke sekolah.

Lama-kelamaan ayah mula perasan aku banyak diam dan murung, ayah
menyapa dengan soalan “Anggun sunyi duduk di rumah sorang-sorang?” laju aku
menjawab “ya ayah Anggun sunyi sangat dekat rumah, tak ada teman berbual tiada
tempat Anggun dapat kasih sayang seorang ibu, Anggun rindu ibu sebenarnya” sayu
suara aku mengeluarkan penyataan itu dan aku berharap ayah dapat faham aku,
boleh pula dalam aku keadaan sedih ayah membuat lawak jenakanya “Anggun nak

10
ibu baru ya? Kalau macam tu ayah kena mula bercintalah ni” sambil ayah ketawa.
Mungkin kerana terlalu mengikut emosi aku menangis dan berkata “ayah tak sayang
ibu? Ayah kenapa tak setia dengan ibu?” ini soalan-soalan yang aku lontarkan
kepada ayah sehingga ayah terdiam dari gelak tawanya.

Ayah berkata “Anggun ketahuilah bahawa tiada siapa yang mampu


menggantikan tempat bidadari ayah tu Anggun, ayah akan setia dengan ibu sampai
nyawa terakhir ayah. Ibu cinta pertama dan cinta sehidup semati ayah.” Dalam hati
aku berkata “sweet juga ya ayah aku ni, jiwang betul” tetapi aku lega mendengarnya
kerana aku tahu mungkin aku tidak dapat terima kenyataan jika aku melihat wanita
lain selain ibu mendapat kasih sayang daripada ayah, tetapi jika itu pilihan ayah aku
akan cuba untuk terima. Hujung minggu ayah mengajak kami pulang ke rumah
nenek, aku hanya berfikir ayah hendak menziarahi nenek, tak sangka pula ayah
akan mengambil nenek untuk tinggal bersama-sama dengan kami. Bahagia juga aku
ketika itu, sekurang-kurangnya aku ada juga teman untuk berbual, memasak dan
sebagainya.

Nenek bersetuju dengan permintaan anak lelaki bongsunya itu untuk tinggal
bersama-sama kami, nenek juga kadang-kala rindu dan risau akan anaknya. Melalui
keputusan ini juga nenek dapat memberi kasih sayang kepada anaknya pada usia
tuanya. Sepanjang nenek tinggal di rumah kami, banyak memori indah yang telah
kami lakarkan, nenek sangat baik dan penyayang dengan kami. Betul cakap ibu
jangan membenci seseorang atas sebab kekurangannya, jika dulu aku tidak
mendengar nasihat ibu sudah tentu sehingga sekarang aku akan membenci nenek
dan berdendam dengan nenek.

Zakwan menjadi cucu kesayangan nenek dan sangat manja dengan nenek.
Nenek menguruskan Zakwan dengan rapi, setiap pagi nenek akan menyikat rambut
Zakwan dan meletakkan bedak pada wajah Zakwan malah setiap minggu nenek
akan meminta ayah untuk mengantar masakannya kepada Anggerik di asrama. Naik
malu juga aku dibuatnya kerana sepatutnya pada usia itu nenek hanya perlu berehat
dan menjaga kesihatan dirinya bukan lagi bergelut menjaga keluarga. Nenek juga
mengajak aku untuk berniaga kuih bersama-samanya dan aku bersetuju dengan
cadangan nenek, dalam masa yang sama aku dapat menambah ilmu pengetahuan
dan menjana pendapatan sendiri.

11
Alhamdulillah jualan kami mendapat sambutan yang hangat, ramai orang
kampung memuji kuih buatan nenek, tidak dapat dinafikan kuih yang dijual oleh
nenek sangat sedap dan murah jika hendak dibandingkan dengan kedai-kedai lain.
Perniagaan aku dan nenek berjalan lancar sehingga hari aku mendapat keputusan
SPM, aku pulang dengan slip keputusan yang cemerlang untuk ditunjukkan kepada
nenek dan ahli keluarga yang lain. Syukur aku telah memperoleh keputusan yang
sangat cemerlang iaitu 10A, aku sangat tidak menjangkakab bahawa aku akan
memperoleh keputusan sebegitu kerana sepanjang tempoh menjelang peperiksaan
aku sibuk dengan menjaga arwah ibu dan Zakwan di hospital, mungkin ini rezeki
yang Allah berikan kepada aku asbab aku telah berbakti kepada orang tuaku.
Gembira tak terhingga ayah dan nenek apabila mengetahui aku memperoleh
keputusan sebegitu, nenek terus memeluk aku dan berkata “cu nenek mintak maaf
ya dulu nenek sering bandingkan keputusan peperiksaan kamu, sekarang nenek
menyesal dan nenek bangga engan kamu”. Aku tidak kisah dan ambil hati dengan
apa yang telah berlaku kerana aku yakin dengan kata-kata ibu supaya menjadikan
sindiran itu sebagai pembakar semangat untuk aku menjadi seorang yang
cemerlang. Melalui keputusan yang cemerlang itu, aku telah ditawarkan untuk
melanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan yang terletak di negeri Bawah
Bayu.

Pada mulanya berat juga hati untuk menerima tawaran itu kerana aku kesian
akan Zakwan, nenek dan ayah, tetapi ini adalah impian aku untuk menjadi seorang
guru serta membanggakan kedua-dua orang tuaku. Hari ini sebelum aku terbang ke
negeri Borneo itu aku melawat duhulu pusara arwah ibu untuk mengucapkan
selamat tinggal dan mengucapkan terima kasih kerana sepanjang hidupnya ibulah
orang yang berusaha sedaya upaya untuk melihat aku berjaya. “Ibu, Anggun dah
nak ke Sabah ni, nanti balik sini Anggun ziarah ibu lagi ya doakan Anggun ibu.”

12

Anda mungkin juga menyukai