Anda di halaman 1dari 5

CERPEN: PENGORBANAN

Nama Pena: Lian Li Fang PISMP Sem2 (TESL 2)

Mak, abah, Along dapat masuk U!! Jeritku kegembiraan apabila masuk ke dalam rumah setelah pulang dari pusat internet di bandar untuk memeriksa permohonan aku untuk menyambung pelajaran di universiti selepas

menamatkan pelajaran dalam tingkatan enam. Along dapat kat mane? Tanya mak kepada aku. Dapat kat Universiti Kebangsaan Malaysia kat Selangor tu, kos sejarah ringkas jawabku namun masih teruja dengan kejayaan keputusan permohonanku. Matapelajaran sejarah memang mata pelajaran fovourite aku sejak di bangku sekolah lagi dan program sejarah merupakan pilihan pertama aku semasa mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti. Alhamdulillah. Ucap mak dengan wajah gembira namun terdapat riak risau di wajahnya. Aku seperti dapat meneka apa yang sedang bermain di fikiran mak. Macam mane la nak cari duit nanti ye nak bayar yuran daftar tu? Tanya abah kepada mak. Aku mula rasa serba salah. Semasa adik aku mula masuk ke darjah satu awal tahun hari itu pun abah dan mak telah banyak keluar duit belanja. Kini aku pula membebankan mereka.

Kalau takde takpelah abah, mak, Along tak sambung belajar. Jawabku dengan rasa kecewa namun aku akan lagi kecewa jika menyusahkan abah dan mak aku. Cukuplah mereka telah bersusah sebelum ini untuk membesarkan aku dan adik. Keluarga aku bukannya keluarga yang senang, hanya sederhana dengan apa yang ada tetapi mereka telah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Abah bekerja di majlis pembandaran sebagai pengutip sampah dan mak pula bekerja di kilang sebagai operator. Aku masih teringat pada suatu malam kira-kira dua tahun yang lepas, kami sekeluarga tidak makan sebutir nasi pun kerana ketika itu abah telah diberhentikan kerja kerana masalah organisasi tempat abah bekerja dan mak pada masa itu tidak berkerja. Aku tidak mahu perkara sebegitu berulang lagi.

*****

Pada suatu tengah hari ketika aku sedang menonton televisyen bersama abah, mak pula sedang memasak di dapur dan adik masih belum pulang dari sekolah, abah memulakan bicara. Along, abah rase nak jual motor abah tu lah, boleh buat bayar yuran pendaftaran Along tu nanti. Kata abah kepadaku. Abis nanti abah nak pergi kerje naik pe? tanyaku pula. Alah takpe, abah boleh jalan kaki, bukannye jauh pun, nanti ade rezeki boleh beli lain. Jawab abah dengan riak bersahaja.

Ya Allah, betul ke ape yang aku dengar ni? Getus hatiku, dengan air mata yang mula bertakung di mata ini. Tak payah la bah, kalau ade rezeki, Along sambung b elajar, kalau takde takpe, Along tak kesah. Jawabku dengan perasaan sebak yang kian menyelubungi diri ini. Along, ni duit untuk bayar masa pendaftaran nanti. Kata Pak Long kepadaku. Mulutkan seakan-akan terkunci untuk berkata-kata, terharu dengan pemberian itu. Mana Pak Long dapat duit ni? Banyak ni. Tanya aku kepada Pak Long. Kehadiran Pak Long dan Mak Long ke rumahku pada petang itu seolah-olah memberi sinar semula kepada aku untuk menyambung pelajaran. Duit ni Pak Long dapat daripada pakcik-pakcik Along. Kami semua bagi sorang sikit sekadar termampu. Apa yang penting, Along belajar betul-betul, bantu mak dan abah. Nasihat Pak Long kepadaku. Nasihat itu menyerap masuk ke lubuk hatiku sebagai satu matlamat dan motivasi apabila aku menjejakkan kaki di universiti kelak. Rizal, cepatlah kite amek gambar ramai-ramai. Tersentak aku daripada lamunan kenangan lalu apabila mendengar jeritan Suhaimi. Suhaimi merupakan salah seorang rakan karibku di UKM ini dan dia juga merupakan teman sebilikku malah dia juga mengambil program yang sama dengan aku iaitu sejarah.

Ok, kejap lagi ye, aku nak cari family aku dulu Jawabku kepada Suhaimi, memandangkan hari itu merupakan hari yang bersejarah bagiku maka keluargalah yang pertama tempat aku untuk berkongsi hari bersejarah ini iaitu Majlis Konvokesyen UKM. Alhamdulillah, setelah tiga tahun aku di sini, aku telah melengkapkan pengajianku. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang aku tempuh namun mak dan abahlah yang menjadi penguat untuk aku. Ribuan umat manusia semakin memenuhi di luar Dewan Canselor Tun Abdul Razak iaitu dewan keramat dimana semua graduan menerima pengiktirafan pengajian mereka di sini. Dalam suasana yang hinggar binggar itu, aku ternampak sepasang susuk tubuh yang cukup aku kenali. Mak! Abah! Jeritku sambil berlari ke arah mereka. Satu kucupan daripada mak di pipiku. Air mataku mula berlinang, rasa terharu kian menebal di hati ini. Abah memelukku sambil mengucapkan tahniah. Adik juga ada disitu, bersalam denganku. Selepas adegan yang sangat memberi kesan dalam hidupku itu, aku membawa mereka berjalan-jalan di pesta konvo dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Kini tiba masanya aku untuk mengubah nasib keluargaku. Pengorbanan mereka selama ini terhadap aku memang tidak ternilai dan akan tersemat dalam hatiku hingga bila-bila. Bersyukur aku kepada Allah kerana dikurniakan keluarga yang sangat sempurna bagiku. Walaupun tidak kaya dengan harta benda namun kami kaya dengan kasih sayang. Aku harap dengan kejayaanku ini akan

memberi dorongan kepada adik untuk berusaha bersungguh-sungguh dan lebih berjaya daripadaku, InsyaAllah. Terima kasih Abah, Mak!!

Anda mungkin juga menyukai